CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

Showing posts with label mencari nafkah. Show all posts
Showing posts with label mencari nafkah. Show all posts

10 June 2011

Terima segala baik dan buruk sesuatu perkara

Assalamualaikum. Salam Jumaat yang barakah.

Cuti sekolah 2 minggu tinggal satu hari saja lagi. Ke mana  aku cuti ni?  Aku tak ke mana-mana. Kehidupan  aku seperti biasa. Tak kira cuti ataupun tidak, biasa saja. Tak macam sesetengah orang yang akan plan bercuti dan makan angin di mana-mana destinasi yang mereka inginkan.  aku, hanyalah di rumah. Membantu ibu di kedai makan yang semakin hari semakin ramai pelanggan apatah lagi tiba musim cuti. Alhamdulillah, syukur dengan nikmat Allah. Namun dalam menikmati pemberiannya ini, terasa takut juga kalau-kalau nikmat itu menjauhkan lagi hubungan ini denganNYA. Nauzubillah..mohon-mohon Allah sentiasa pegang hati ini. Dekat denganNYA. 

Masa awal-awal start cuti, menangis juga dalam hati. Buat air dan basuh pinggan tak henti-henti. Berterusan sampai 3 hingga 4jam. Memang letih sangat. Tidurpun susah nak lena sebab terlalu penat..Pekerja tak cukup. Tapi bertehan jelah memikirkan ibuku lagi teruk bekerja berbanding aku huhu~ Berusaha untuk mengikhlaskan niat sewaktu menolong ibu. Bukan senang bagiku....rasa hendak enjoy dan bersenang lenang sewaktu cuti harus dikuburkan. Berusaha untuk rasa enjoy dengan membantu ibu di kedai...huhu~ 2 3 hari ni baru kurang sikit. Ada seorang pekerja baru. Nampak bagus bekerja. Aku mohon pada Allah agar dia kekal bekerja di sini.. Aameen..aameen..aameen... Ada pekerja ni, ringan sikit aku. Basuh pinggan sajalah. Buat air dah 'malas' :(

Tuitionpun aku buat cuti sekolah ni. Ada seorang pelajar saja. Anak murid lain minta cuti sepenuhnya sepanjang cuti sekolah ni. Baguslah,  akupun niat nak berehat dari mengajar siang malam. Tapi yang seorang ni aku buat juga kelas memikirkan ayahnya meminta tolong kerana anaknya sangat lemah dalam kesemua subjek. Bakal menduduki UPSR tahun ini. Aku lakukan seupayaku. InshaAllah. Selebihnya, diri anak itu sendiri untuk melakukan yang terbaik,terus bersemangat dan gigih untuk belajar. Paling penting, mohon pada Allah selalu. 

Hurmmm....sebenarnya aku sedikit muram hari ni. Semuram cuaca hari ni. Mendung, tiada angin, sunyi dan sepi. Semalam berlaku perkara yang amat menyedihkan dan memeritkan. Mahu saja diri ini lari dari semua masalah. Tapi itu bukanlah penyelesaiannya. Aku tabahkan hati dan banyak melihat kesengsaraan orang lain. Apalah sangat nak dibandingkan dengan ujian kecil yang Allah beri ini. Allah, kuatkan aku dengan kesabaran. Kadangkala ujian seperti itu sangat meruntun jiwaku....Tapi aku sedar, manusia bukan sempurna. Aku harus terima segala baik dan buruk sesuatu perkara. 

16 April 2011

Pencil toppers

Assalamualaikum kawan-kawan:)

1.50pagi.

Oh, mataku sangat segar bugar pagi ini. Pagilah kan.... huhu~ Jumaat ni macam biasa tolong mak di kedai. Orang lain mungkin berseronok jalan-jalan atau pulang ke kampung, tapi aku? Setia menemani ibu di dapur..huhu~ Tak sanggup rasa nak tengok kaki mak aku yang dah bengkak! Berdiri memasak terlalu lama...Demi mencari rezeki untuk anak-anak. Malu rasa sebab belum dapat berikan sepenuh kesenangan pada mak....sebab itulah aku gagahi jua membantu mak di kedai, basuh berbesen-besen pinggang mangkuk tadi..keseorangan sahaja. Pekerja tak ada..Tinggal seorang je:(( So sad bila basuh pinggan sorang-sorang

Esok pagi ada tuition kat sekolah. Beratnya nak pergi. Kalau ada teacher lain sanggup ajar, mungkin aku nak berhenti kot ajar tuition hari sabtu ni..Sebab banyak benda jugalah terjejas dan tak dapat involve sebab tuition hari sabtu. Last year 2 hours je, this year dah 4 hours! Lumayan memang lumayan tapi tak ada kepuasan diri bila wekend pun 'kerja'. Huhu~ Tengoklah nanti macam mana..Lagipun sekarang i really need extra money. Extra money akan datang bila buat extra work..kan?kan? huhu~~ Tidak mahu meminta dari sesiapa dah! Cukuplah zaman uia dulu duk minta duit mak abah tiap-tiap bulan huhu~

Oh ya, hari ni dalam kesibukan di kedai, dapat juga siapkan 10 jenis pencil toppers:)) Nak tengok? Nanti aku dah upload kat sini aku beritahu ya:) Seronok sangat buat benda alah tu..Supposely kecik2 lagi..tapi aku ni mana boleh nak jahit benda kecik2..mesti jadi besar juga akhirnya. Tapi takpelah, yang penting cute (ceh perasan sungguh ni..hehe). Ingat nak bagi hadiah kat anak murid yang alwways perform well in class. Nak jual juga sebenarnya (of course!). Nak jual harga berapa ek..sekali dengan pencil... pencil bekualiti aku pilih. Bukan yang bila sharp asyik patah je..hehe~ Harap2 ada yang berminat dan bulk order nanti(^-^) Ok, nak chow dulu. See ya!

13 April 2011

Ujian kepenatan

Assalamualaikum readers:) 

Hari ni 2 kali senamrobik..pagi dan petang! Mantapkan..kuruslah patik nanti hehe~ Actually kat school dah start praktis untuk sukan. Biasalah dengan budak2 ni, apa-apa kena praktis dulu, kalau tak berterabur nanti.. Praktis banyak kali pun still kena 'bimbing' masa hari kejadian hehe~ Ada jelah yang tak nak main, yang segan, yang menangis..:) Sekarangni aku sakit pinggang sangat. Tak tahulah dek kerana memang sakit yang dulu atau kes senamrobik yang mengejut tadi! Tak warm up langsung hehehe...semangat sangat! Tapi memang aku sukalah..best..'menari' ramai2 dengan cikgu2..of cos semua perempuan okay!;)

Hari ni kerja sampai petang. Aku bertugas sampai petang setiap hari Rabu dan Khamis. 7.30pagi hingga 5petang. Kiranya Ahad, isnin, selasa memang dapat balik awallah. Paling awal balik jam 12tengahari:)) Over taw..hehe~ Tapi kalau ada kerja2 lain tu such as tunggu budak, cikgu tak cukup, so baliklah dalam 1/2petang jugak.. Menjelma je Rabu dan Khamis, all out kerja pagi sampai petang. Jumaat tu mulalah rasa nak tidur je setidur-tidurnya:) Setiap malam weekdays plak aku memang ada home tuition. Kat rumah aku ni je. Alhamdulillah setakat ni budak ada 7orang. Satu kelas sekali datang 3-4orang. Aku seorang je mengajar..itupun kadang2 tak sempat nak layan soalan budak-budak ni. Banyak sangat tanya..Out of the topicpun banyak :p Ingat nak carilah dalam 2 3 orang lagi.. Dulu ada juga sahabat ajak buat pusat tuition kat Kerteh, tapi setelah menimbang beberapa perkara, aku terpaksa menolak.. Sedih juga, tapi inilah yang terbaik. 

Aku tuition kat rumahni pun, sambil2 boleh tolong mak kat kedai.. Allah.... tak tahu nak cakaplah, pekerja kat kedai mak aku ni tak 'lekat' sokmo. Huhu~ Sangat sedih dan mengecewakan. Tapi alhamdulillah masih bertahan dan kedai masih berjalan.. Punca rezeki kan..Mana boleh tutup selalu. Nanti pelanggan lari plak.. Aku harap sangat Allah datangkan pekerja yang jujur dan betul-betul commit..Aameen. Ni pun lepas tuition tadi aku terus masuk kedai buat air.....Oh, bersabarlah atas dugaan 'kepenatan' ini....

27 February 2011

Cukuplah:)

Assalamualaikum geng2 semua. Apa khabar?

Aku ada 15minit lagi sebelum kelas sesi petang bermula. Hurm..supposely hari ni balik awal, tapi ada 2 teacher demam, jadi kena gantilah..Takpelah, esok2 teacher tu datang dia ganti semula duty aku hehehe~ Berkira betul :P Penat woo ngajar sampai petang. Nak buat macam mana, student ramai sangat tahun ni, kena buat 2 sessi. Baru je pagi tadi pakai comel2 sikit sebab plan nak spend masa kat MM. Nampaknya kenala tangguhkan dulu:) 

Semalam rasa lega sikit bila ada satu perkara yang membelenggu fikiran, berjaya dirungkaikan.. :) Suka sangat rasa. Saat-saat insan lain tidak memahami, cukuplah ada seorang yang memahami malah memberi sokongan. Alahmadulillah, aku syukur padaMU ya Allah..♥

Ha, semalam sempat pergi majlis bacaan alquran dan cukur jambul (jambul je ke? hehe) anak bestfriends ku 'Alyaa dan Hayyi. Meriah juga. Ramai yang hadir. Makananpun banyak dan pelbagai jenis kih kih kih. Tapi aku makas sikit aje :P Acu Srikandipun turut serta. Tapi tahu-tahu jelah kalau kami dah berjumpa, bersembang macam tak jumpa bertahun lamanya..non stop! hehe~ Tupun tak habis topik lagi tu...
Balik plak rehat 10minit, terus siap-siap tolong mak kat kedai. Pekerja mak ada seorang dah 5 hari tak datang.. Again, penat woo.... huhu~ Tapi aku tabahkan hati demi ibuku. Mak aku bersusah payah untuk aku, takkan aku plak tak sanggup untuk melakukan lebih dari itu?
Ok, nak start asembly dah. Chow! ;) Wassalam.

17 February 2011

Berniaga Online la pula..

Dengan rasminya aku menjemput kawan-kawan semua ke kedai online aku ( bisnes online la plak ye! hehe).. Jemputlah ya:) Tak banyak lagi upload pic..tapi inshaAllah bakal menyusul. Start berniaga ni kat Facebook.. ada link kat tepi tu.. Tapi nak buat jugalah kat blog.. Target untuk mereka yang tak main mukabuku dan...prepare kot2 facebook buat hal one day hehe~


Aku start main-main felt craft ni masa bulan Disember 2010. Masa tu cuti sekolah rasanya. Boring... Lepas tu lama dah duk fikir dengan sis in law nak jual apa..nak jual baju baby (jual gak sekejap tapi sis in law jelah), nak jual hanger bulatlah..nak jual brooch lah.. Finally, terjumpa felt craft! Tak sangka finally bergerak juga bisnes kami dengan felt craft ni..Serius, aku masa mula-mula tu buat memang sebab suka-suka dan nak tolong kak ipar je cari nafkah..hehe~Sekali akupun addicted sama:P Sekarang ni alhamdulillah, bisnes mendapat sambutan. Alhamdulillah. Moga rezeki kami berkat;)

24 January 2011

H.I.D.U.P

Hari ni aku rasa penat amat dan sedikit serabut. 5.45pagi bangkit untuk meneruskan kehidupan seharian. Pagi-pagi lagi dah keluar pergi sekolah. Hari ni kena balik pukul 5 petang sebab menggantikan teacher yang cuti bersalin. Hari ni juga ada iqra'. Habis mengajar iqra' tengahari dalam pukul 12.30, pergi hantar budak, masuk semula pukul 3petang. Tapi tak tahu mana nak rest sementara menanti pukul 3, aku stay kat sekolah je. Kalau dah stay kat sekolah, masa rest pun jadi buat kerja. Balik pukul 5, terus tolong mak kat kedai. 2 orang pekerja mak belum datang. Lepas maghrib, bersiap nak ke sekolah semula. Ada tuition jam 8.30pm. Tapi kena pergi awal sebab kena open school. Rupa-rupanya pekerja mak memang tak datang 2 orang. Allah...lemah semangat dan rasa nak marah sangat bila tahu macam tu. Tapi takkan nak tutup kedai bila semua dah masak, dah tersedia... Aku pergi juga sekolah sebab tuisyen sekolah tak boleh replace. Kalau nak minta teacher lain ajarpun susah sebab last minute sangat. Mak kata "tak pe..gi lah kak in". Berat untuk pergi, tapi aku terpaksa.:( (Siapa sanggup tengok mak dia susah kan...:( Habis tuisyen 9.30pm, tunggu semua budak balik, dalam 10pm aku sampai rumah. Terus tolong mak buat air lagi kat kedai. Mak minta tolong aku kerja sampai 12am. Tapi aku dah tak mampu.....11pm pun aku dah rasa longlai.............(T-T)

14 December 2010

My new hobby with SIL















Sekarang aku start hobby baru:) Alhamdulillah, dapat buat semua ni dengan happy sekali. Release tension. Disamping menambah sedikit pendapatan.. Nak tengok lagi? Jemputlah ke fanpage Qalesya Online Shop @ Facebook :) Boleh order kat sana ye kawan2 :) Ok, chow dulu, nak buat felt craft yang lain plak♥

24 November 2010

Pelbagai kisah

Assalamualaikum.

Again, nak update tapi tak ter'update' jugak. Baru ni dah type panjang majnun, sekali offline sendirinya, lepas tu lesap macam tu je. Dia tak save pun! Sakit hati. Tapi think positif...Mungkin benda tu tak patut diceritakan kepada umum. Hehehe~ Allah maha kuasa.

Ok, sekarang dah pukul 1 pagi, makanya saya harus tidur sekarang juga! Esok aku bertugas. Jadi kena pergi awal sikit. Biasa aku bertolak dari rumah dalam 6.50/6.55 :) Tapi sekarang cuti sekolah, so kalau keluar pukul 7 lebih sikit, still tak jam sangat kot hehe~

Secara ringkasnya, aku nak cerita beberapa perkara;

  • Adik bongsu aku dah start SPM hari ni. Paper BM & Pendidikan Seni Visual. Masa dia balik, aku ketiduran. Tak dapatlah aku nak menyaksikan betapa meleretnya dia senyum. Katanya memang masuk apa yang dibincangkan bersama semalam.. Alhamdulillah! Tapi kan, dengar cerita ada soalan bocor. Dari student Kedah. Entah betul ke tak...macam kat sana tersilap bagi paper, jadi budak2 dapat tahu awal apa soalan-soalan BM. Adik kata memang masuklah yang kata soalan bocor tu.. Dengar plak tadi keluar berita maybe BM akan exam semula kes soalan bocor tu.. Adik aku dah tarik muka  semula. Allah..aku harap semuanya berlalu macam tu saja. No repeat! Kesian wehh...
  • Hari ni birthday puteri Korea. She's one year old now:)  Hehehe. Si kuat makan dan si sengeh sokmo tak kira apa...Nur Afrina Qalesya Binti Adi Fadzry. Tapi sekarang dah pandai merajuk taw... Baru ni saje je usik2 gula-gula yang dia tengah makan.. Kata nak sikit..nak sikit.. Diapun pusing2 badan konon tak nak bagi. Sekali aku, Wan, mama Esya dan nenek usik lagi kata nak sikit.....tahu Esya buat apa? Dia terus baling gula-gula tu then guling2 badan..Hahahaha..Tak sangka plak dah pandai merajuk and tension hahaha.. Sukalah usik dia. Dah pandai duduk..dah pandai buat gaya 'tepuk amai-amai', 'cekur dan gamit', 'kiss kiss', 'bye bye'.. Lepas ni nak ajar apa plak ek? :))
ESYA, MAKNGAH HARAP ESYA SENTIASA SIHAT WALAFIAT, MEMBESAR DENGAN SIHAT JUGA, KUAT ANTIBODY DAN JADI ANAK YANG SOLEHAH!:))
  • Sabtu baru ni sahabat-sahabat yang aku rindui datang menjenguk. Terima kasih Izzah Ulfah dan Tengku. Sangat seronok bila bersama kamu semua:) Kami ziarah 'Alyaa sekeluarga sekali. Niat sebenar nak tengok bagaimana yang dikatakan 'Alyaa gemuks itu.. hehe. Susah nak bayangkan bila 'Alyaa duk cakap dia dah gemuks. Bila jumpa, betullah.. Hahaha.. 'Alyaa jangan marah taw! Biasalah, orang mengandung mana ada kurus kering :P InshaAllah, nanti anak kamupun sihat walafiat macam kamu sekarang:) Comel! Alhamdulillah juga pagi tu dapat siapkan makaroni goreng untuk tetamu istimewa. Walalupun makanan u tak istimewa sangat, tapi aku tetap gembira sebab dapat bangun awal, masak. hehehe..Bukan apa, malam tu sangat letih tolong mak berniaga..


Kakcik yang dirindui..dapat jua bersua:) Teman untuk berkongsi apa saja♥

TQSM Izzah belanja kami:))


Sayang 'anak-anak' semua :))
  • Tuisyen An Najah sempena cuti sekolah dah start. Setakat ni baru ada 7 orang students. Harap-harap lepas ni akan bertambah lagi dan berterusan sehingga tahun mendatang.:) Promosi belum meluas lagi sebab baru ni busy sangat dengan graduation and concert budak-budak. Ni baru boleh fokus. Budak tengah exam sekarang. Esok paper Maths! Hehehe teacher 'Ain tak berdebar langsung :P
  • Rakan kongsi aku, si Acu Srikandi. Ala...sebelumnipun dah pernah buat tuisyen sama-sama. Tapi masa tu suka-suka je cari rezeki dan pengalaman sama-sama. Kali ni, nak buat lebih serius sikit. InshaAllah, kalau dapat aku nak sewa bangunan MARA depan rumah ni. Itu memang plan asal. Tapi tak sangka plak nak buka pusat tuisyen bukan boleh main daftar niaga gitu aje. Hehehe.. Nak sewa bangunan MARA tu dah memang kena ada daftar niaga. Akupun pergilah SSM (Syarikat Suruhanjaya Malaysia) di Kuantan (Terima kasih banyak-banyak kat abang dan kak ipar yang bersungguh-sungguh temankan aku sekali ke sana)  Siap dapat kelulusan nama dah.. Tapi tak boleh daftar niaga lagi sebab kena ada surat keizinan/pelepasan dari pejabat pendidikan swasta.. Ouhh..begitu rupanya. So for the time being, kami putuskan buat dulu tuisyen sempena school holidays ni kat rumah Zaiti. Kebetulan rumah akupun tengah renovate, so sangat tak sedap mata anak murid memandang:)) Moga proses-proses nak bina pusat tuisyen ni dapat direalisasikan nanti. Aaameen.
CLICK FOR ENLARGE
Lokasi berubah ye, Kerteh. Click for enlarge.

20 November 2010

Aidil Adha 2010

Assalamualaikum..

1st, aku nak ucapkan salam Aidil Adha. Kepada yang berkorban tahun ini, Alhamdulillah, tahniah..:) Semoga ibadah diterima Allah dan dapat diteruskan pada masa akan datang.Tahun ni sambutan sederhana saja. Aku sendiri tak ada pun nak pakai baju raya ke apa.. lagipun sambut di rumah sendiri je. Malam raya pergi Kemaman beli barang dapur dan ambil Wan.. Sampai rumah dalam 12tengah malam..Lepas tu masak sekejap sampai 1.30pagi, then tidur. Alhamdulillah raya haji ni dapat kumpul juga semua sanak saudara. Semua datang rumah aku dah Wan bermastautin di  sini:) Alhamdulillah..Terima kasih Angoh, Pok Ngoh, Damia, Acik sekeluarga, Ateh dan Makteh..♥

Hari ni mak dah start buka kedai. Walaupun kedai macam tongkang pecah lagi. Tapi better la sikti daripada hari tu. Nak tak nak, ready tak ready memang kena buka. Mak kata kalau nak tunggu siap semua, memang makan masa lagi la..walhal poket semakin kering..Asyik belanja je:) Kesian aku tengok mak.. Semangat berkobar-kobar nak meniaga. Nak mencari rezeki secepat mungkin. Ada la dalam 3 minggu kedai tutup. Kes apa? Kes jalan utama depan rumah ni nak dibesarkan..Kedai2 area kampung aku ni memang 'makan jalan' pun sebenarnya. Tapi dulu tak adapun nak rombak2 ke apa.. Masa bulan puasa hari tu lagi dapat notice suruh rombak kedai dalam masa 14hari. Tapi kami taklah sampai rombak kedai. Finally kami decide nak rombak sikit bilik bibik, so bilik tu jd dapur kedai.. buat plak bilik baru untuk dia sebelah bilik  aku.. Kalau kawan2 datang rumah sekarang ni, memang 'kuca lana' la orang terengganu kata:) Aku sendiri pun pening...hehe..

Oklah, aku nak chow dulu. Dah pukul 1 pagi. Esok hajatnya nak prepare macaroni goreng sikit. Izzah dan Tengku nak datang jalan-jalan. Seronoknya rasa. Tapi tak larat juga sebenarnya ni. Penangan berniaga hari ni..Ramai sangat customer. Pekerja plak tinggal 2 je. Memang letih! Buat air dan basuh pinggan..Rasa nak tercabut pinggang..Huhu~ Mujur ada kak ipar yang rajin menolong..Rasa best sikit walaupun sama-sama penat..

Harap2 bangun awal dengan penuh semangatlah esok. Boleh masak dulu sebelum ramai2 pergi rumah 'Alyaa pula. Tak sabar juga nak tengok batnun dia hehehe~ Dah nak masuk 8 bulan dah 'Alyaa pregnant.  Rindu juga nak berborak dengan KakCik dan Ummi Asiah. Semoga Allah mudahkan urusan insan-insan yang ku sayang di dunia dan akhirat :))♥

01 November 2010

Rezeki...datanglah yang berkat:)

Assalamualaikum geng-geng semua? Apa khabar?

Whoooaaa...lama majnun aku tak update blog. Laptop mak aku still problem network. Dah hantar kedai, katanya kalau repair semua sekali, sekali dengan mother boad rosak, ada dalam 700! Huhuhu~ tersangatla kering sekarang ni..

Baru ni plak Kassim Selamat aku dilanggar lari. Dalam hati Tuhan saja yang tahu betapa remuknya hatiku tatkala melihat Kassim tertoreh panjang sekali.. Lepas tu siap kemek 2 pintu. Aku parking elok elok je..Siap ada 2 parking kosong kat tepi..macam mana la dia masuk parking...betapa 'celo bolo'nya pemandu lelaki itu! Betapa teruknya sebab dia lari dari mengakui kesilapan!!! Huhuhu~ Ya Allah....Dah doa banyak2 dah selaku hamba yang dizalimi :(( Abah kata nak repair tu kena dalam 300-400..:( Hold dululah..

Bulan ni juga bulan service kereta..Ai, nak repair lagi, nak service lagi..I'm broke! :(( Allah, murahkan rezeki aku dengan rezeki yang berkat. Aameen..

Oklah, sampai di sini je dulu ya. Ni menumpang online di rumah Acu Srikandi:) Lepasni nak ke Paka dengannya. Nak beli sikit lagi barang2 untuk Concert & Graduation Day SRK :) Dekat dah..hari sabtu depan. 13 November 2010. Semoa Allah permudahkan urusan..Sekarang ni mengajarpun sampai 10pagi je. Rehat hal an hour. Lepas tu berjoget je kerjanya :P Haha..tak lah berjoget je, ada nasyid, tarian melayu cina india, lakonan, sajak, dan macam-macam lagi:) Aku seronok handle semua tu dengan teachers di SRK:))
 

21 September 2010

Alhamdulillah, syukur nikmat.

Inilah menu berbuka puasa tadi. Spageti, Potato Onion, Air Anggur. Balik sekolah tadi terus singgah MM beli bahan-bahan. Semangatla pula lama tak masak-masak ni. Kebetulan hari ni kedai mak tutup. Jadi kenalah masak sendiri. No request:) Simple je masak..tapi menambah-nambah la pulak aku dan adik; Muhammad Fakhrullah..Lepas Isya, makan lagi..Ya Allah, bilalah projek nak mengecil ini berjalan tanpa gangguan :P Hajat hati nak sangat dapat puasa sunat 6 hari di bulan Syawal ni. Tapi kena langsaikan yang wajib dulukan? Hutang dengan Allah belum habis lagi terlaksana. Allah, kuatkan aku..Terliur banget kalau tengok anak murid kat school makan..Especially pagi tadi..Fuuhh terliurnya tengok budak-budak makan nasi minyak. Asyik memanggil-manggil je teacher nak tambah nasi, ayam, kuah.. Ish..teacher nak jugak!:P

Ok, nak rest dah. Esok memerlukan tenaga yang begitu banyak. Kelas full esok. Semenjak ada seorang teacher dah berhenti ni, sangat pack jadual Teacher 'Ain. Tak macam dulu ajar Computer Whiz & Math 4 years old je. Sekarang kena ajar Math all levels, plus Computer Whiz kalau ada free time. Maksudnya rest tak rest masa rehat aja.. Tapi rehatpun tak rest mana sebab melayan budak-budak makan..Nak buat macam mana..sudah tanggungjawabkan. Galas ajelah sebaik mungkin, seikhlas hati.. Budak-budak ni kalau kita mengajar tak ikhlas, tak bersungguh, depa dapat rasa...Ok ok, pergi dulu:) Take care kawan-kawan!

03 September 2010

Nur Afrina Qalesya 9 Months

Assalamualaikum wbt kawan-kawan..Apa khabar? Harap semua dikurnikan kesihatan yang baik dan hati yang tenang.

Aku baru je selesai buat puding ni. Nak jual esok. InshaAllah, biasanya kalau hari Jumaat, customer ramai sikit sebab kedai lain banyak tutup. Apatah lagi dah mula cuti sekolah dan seminggu lagi Ramadhan berbaki..:(( Maksudnya seminggu lagi Syawal menyusul. Biasa ramai customer. InshaAllah, laku jualan nanti. Aameen.

Tak rasa sangat nak cakap soal raya. Raya kali nipun macam tak confirm balik kampung ke tak. Macam-macam berlaku sejak bulan April yang lalu. Keadaan masih berlarutan hingga detik ini. Mak akupun lagilah tak bersemangat nak menyambut Syawal. Tak seperti tahun-tahun yang sudah. Aku pasrah. Andaikata memang tak pulang ke kampung, sebab itu keputusan yang terbaik, aku pasrah. Aku terima. Hidup tak selalunya indah. Raya juga tak selalunya bahagia dan ceria. Allah....bahagiakanlah aku sekalipun diuji begini. Berilah ketabahan dan ketenangan untuk terus melalui dugaan ini.

Cukuplah berbicara soal tu. Oh ya, aku tadi buat 2 jenis puding. 1 yang dah biasa buat; puding koktel. 1 lagi baru try buat. Puding Honey Dew. Mak kata sedap juga. Kalau mak kata sedap tu maknanya 'pass' la tu:) 3 hari lepas ada buat puding mangga. Juga habis dijual. Alhamdulillah. Sebenarnya suka buat puding sebab mudah dan simple. Kalau dah selalu buat, 15-20minit dah siap dah. Mangga dengan honey dew tu aku baru je reka:) Tak sangka sedap juga. Tapi aku rasa semulut je. Entahlah, memang tak suka makan masakan sendiri. Kurus la kalau duduk sendiri nanti kui kui kui. 

Tadi Esya singgah kejap dengan papa mamanya(of course la kan, mana mungkin Esya 9bulan tu datang sendiri hehe). Sempatlah snap beberapa keping gambar. Pakaikan Esya dengan tudung syria yang Amal Athirah punya. Cantikla pulak!!!♥ Tapi memerlukan usaha yang jitu juga tadi sebab Esya sekarang dah semakin aktif. Dah pandai tarik-tarik tudung / apa-apa hiasa yang kami 'sangkut' kat rambut dia:) Kalau dulu dia 'diam' je. Pasrah. hehehe

Lihatlah, bukan mudah untuk bergambar dengannya sekarang..aktif. aktif. aktif:))

29 July 2010

Terguris

Assalamualaikum..

Kawan2 apa khabar? Aku? Masih belum pulih demam, batuk dan selsema.. Ubat sudah hampir habis. Ubat demam totally habis! Entahlah, macam pelik sikit kali ni. Aku dapat sejenis ubat batuk yang tak pernah dapatpun sebelum ni. Tapi dah doktor bagi, kita ambil jelah kan.. Bila balik rumah, belek2.. Dia ada tulis tidak sesuai untuk kanak-kanak berumur 2tahun ke bawah, sesuai untuk 2-6tahun. Aik? Kalau 25tahun macam mana? Tapi sebab tu doktor dah bagi, jadi makan aje. Biasanya lepas makan mesti rasa lega sikitkan? Tapi ni tak pun..Malahan makin teruk batuk aku. Entahlah, mungkin memang badan dah tak berapa nak imune huhuhu~ Tapi mungkinkah doktor tersalah ubat?? Wallahu'alam.. Sabtu ni kalau tak kurang sakit aku ni, abah suruh pergi klinik lain. Klinik yang aku pergi hari tu klinik yang paling dekat dengan rumah aku. Senang. Kebetulan masa tu memang tak larat sungguh nak pergi klinik jauh2... Tapi ujian sakitni, apalah sangat nak dibandingkan dengan ujian2 orang terdahulukan? Jadi bersabar sajalah. Namun kena ingat, Allah bagi ujian bukan untuk kita merelakannya semata2 tanpa ikhtiar. Kita mesti buat sesuatu untuk menghadapi dan mengatasinya disamping....DOA SEPENUH PENGHARAPAN KEBADA ALLAH!:)

Actually... ada something happen petang tadi. Tapi sangatlah tak elok untuk diceritakan di sini. Tapi aku tulis ni, sekadar meluahkanlah.. Aku rasa tak berdaya nak pendam seorang diri. Siang tadi memang dah 'hujan' seketika. Sekejap je. Entahlah, mungkin sebab dah selalu sangat berendam air mata lately, so dah 'kering' air mata dah.. Aku memang terguris sungguh dengan kata2 seseorang petang tadi. Aku tak pernah terfikir orang akan kata macam tu dan kata2 tu dikeluarkan oleh orang tu. Sungguh!Pedih sekali... Tapi selepas beberapa titis 'air hujan' tu, aku pujuk diri. Aku fikir buat apalah aku nak bazirkan air mata dengan perkara yang sia-sia...:(( Allah, tabahkan hati aku. Berikanlah hidayahMU pada orang yang mengguriskan perasaanku....

26 July 2010

Kerja Ibadah

Assalamualaikum

Allahu akbar... Full sungguh aktiviti hari ni. Tapi sampai sekarang, tak rasa nak tidur lagi. Sekarang ni biasa 1am baru rasa nak tidur. Alhamdulillah, kat sekolah tak mengantuk sangat. Tapi time balik kerja, akulah awal2 'blah' hehe~ Itupun setelah semua students pulang dan tiada hal kerja lagi untuk dilakukan:) Balik sekolah tadi dalam 1.20pm. 

Sampai je rumah terus ambil alih jaga Esya kejap. Kejap jaga, kejap makan hehe~ Yelah, lapar taw balik2 kerja ni.. Tiba2 hujan turun dengan lebatnya dalam pukul 3petang. Maka dapatlah berehat sekejap sebelum melakukan2 kerja2 rumah yang sepatutnya. Esyapun lena diiulit mimpi ditemani hujan lebat:) Petang, bawak Tirah(anak pekerja mak aku aka anak angkat mak:) Ibunya: seorang tukang masak aka tukang buat roti canai:) pergi beli pakaian kanak2nya. Pergi pasar malam je. Tak boleh bawak pergi MM, bahaya..Macam2 dia request nanti.Kalau bawa pergi pasar malam, kalau ada request tu, atleast taklah mahal banget hehehe~~ Abang, kak Ira dan Esya pun pergi sekali. Saja ambil angin petang seketika.

Balik rumah kemas2 rumah lagi. Entahlah, kerja kemas rumah ni satu kerja yang tiada penghujungnya. Kan? Fuuhhh... 8-9pm, tuisyen seperti biasa. Hari Ahad cuma 1jam. 1 kelas. Alhamdulillah Allah bantu aku mengajar dengan baik sekalipun diri masih demam, batuk2 kuat , selsema, hidung tersumbat, suara macam doraemon..huhu~ Batuk2 ni suara jadi makin kecik plak. Ingatkan makin garau hehe~ Bila dah selesai, as usual jamu anak murid sikit..Tiba-tiba... Assalamualaikum.... Aikkkkk??

Ada plak students yang tersilap jadual. Datang juga tuisyen malam ni. Ni yang biasanya shif 9-10pm.  Sekolah menengah. Allah...Tak larat sangat dah ni...Mata dah nak terkatup rasanya... Tapi kasihan juga tengok budak2 ni. Takkanlah nak call ayah dia suruh datang balik plak kan.. Aku mengajar juga. Tamat je kelas, Allah... ramai sungguh customer mak aku. Tak sempat nak berguling2..Terus masuk kedai tolong buat air....huhuhu~~~ Sanpai jam 11.30malam..surrender..demam2 nih...Lagipun dah ada tukang buat air, cuma bila ramai2 tu, dia jadi cemas, kalut dan berterabur hehe~ Mesti nervous tu nak siapkan berpuluh-puluh jenis air dalam satu masa:))

Oklah, nak berehat dah. Semoga rezeki yang melimpah ruah ini mendekatkan lagi keimanan kepada Allah, merapatkan lagi hubungan terhadap Pemberi rezeki..Meringankan lagi tubuh badan kami untuk beribadah semata-mata keranaNYA..Itukan tanda syukur seorang hamba?Aameen...ZzzzzZZZZZ... Esok kerja. Kerja=Ibadah=Pahala:)

08 March 2010

Kasihnya DIA

Assalamualaikum. Hai semua!=)

Alhamdulillah. Tadi berlangsung tuisyen buat kali ke2 kat rumah ni. Sebelum ni mengajar kat rumah students. Tapi students kesayangan dah terpaksa stop tuisyen. Kelas tambahan kat sekolah boleh kata hampir setiap hari, siang dan malam. Jadi sampai tak ada masa plak nak tuisyen2 extra nih..huhu~ Sedih juga. Bukan setakat sedih rezeki dah tak ada kat situ, tapi sedih juga dah tak boleh release tension kat rumah tu...rumah yang sangat best!;) Aunty dan Maya, bila2 ada kenduri apa2 jemputlah cikgu. hehe~ Boleh cikgu lawat2 lagi rumah kamu syurga kamu itu;)

Allah maha pemurah.. Aku dapat seorang student baru. Yang ni plan ambil sains dan matematik. Tapi baru pergi 1 kelas, dia dan ibunya decide nak ambil lagi subjek lain. Mungkin nak tambah BI dan BM. Kakak dia yang nak ambil PMR tahun ni pun nak masuk tuisyen sekali. Esok, kakak dan adiklah datang tuisyen. Alhamdulillah, gembira sangat tadi. Maha kasihnya Allah.. Menolong aku pada saat aku amat memerlukan...
Gembira gembira juga, tapi rasa amanah tergalas dibahu tu pun berat juga. Kalau ajar yang tak ambil 'pekse besor', ok sikit. Ni bila ada target besar tahun ni, berat sikitlah kan..Tak boleh buat main, tak boleh ambil ringan..(ye, sape nak wat main2 hehe). Aku harap Allah mudahkan aku dalam mendidik dan dididik ni.

Ada lagi seorang budak darjah 4. Aku kenal dia dalam satu majlis kesyukuran. Banyak jugak aku sembang dengan dia dan adiknya. Adiknya ni ada la dalam 5/6 tahun gitu. Sangat manja. Masa dia datang, aku tanya mana mak. Dia jawab 'mak dah meninggal tahun lepas'. Allah..terdiam aku seketika. Aku 'jaga' mereka sementara ayah mereka menunaikan solat hajat berjemaah. Rupa2nya ayahnya juga aku kenal. Tapi kenal gitu2 jelah.. Habis majlis, ayahnya bertanyakan serba sedikit mengenai kerjaya ku. (Amboi, tak tahan~ kerjaya tu!:P) Aku cerita la sikit2 apa yang aku lakukan sementara belum ada kerja tetap ni. Terus ayah dia decide nak hantar anaknya tuisyen dengan aku. Alhamdulillah...

Tapi hari demi hari belum menampakkan hasil. Masalah timbul apabila si ayah ni tak dapat nak hantarkan anaknya malam2 kerana sering balik kerja lewat, outstation, meeting dll. Aku plak tak sedap hati nak mengajar dirumahnya malam2..Sekalipun ayahnya kata yang dia akan ke surau setiap kali aku datang ajar tuisyen, tapi terbit juga rasa kurang enak dihati. Bimbang mulut orang. Memanglah kita tak perlu peduli sangat apa orang cakap, tapi mulut orang tulah yang mengalahkan mulut tempayan huhu~ Aku serba salah mulanya, tapi bila minta pendapat mak dan abah, mereka lebih suka kalau anaknya belajar tuisyen dirumah ni, bukan aku yang ke sana... Kesian plak bila mengenangkan anaknya tu teringin nak ada pembimbing dalam pelajaran... Apapun, aku harap aku dah buat keputusan yang betul. Moga2 suatu hari nanti, pakcik tu dapat hantar juga anaknya ke sini..Kalau tak pun, pakcik tu dapat carikan cikgu tuisyen yang lain..Aameen.

03 March 2010

Soal Kerjaya

Assalamualaikum. Apa khabar anda semua?:) Harap sihat2 selalu. Banyakkan minum air ye panas2 ni. Tapi make sure minum air yang 'berkhasiat' juga:) Kurangkan minum air yang manis2 ni..Hari tu ada orang tag aku kat FB, gambar kaki mangsa kencing manis. Lepas tu terus jadi tak lalu nak makan/minum manis2..takut maa~ Sebelum nipun memang aku amalkan kurang manis dan kurang masin dalam minuman/makanan, tapi bila tengok gambar tu..huhu~ lagi nak kurangkanlah. Sampai air customerpun rasa nak kurangkan gula... tapi...nanti customer complain plak! hehe

Hari ni rasa segar sikit. Dah 3 hari tu kena migrain...memang tak larat sungguh. Bila rasa macam dah nak baik tu, betapa diri ini berusaha tak fikir yang berat2, senyum sokmo walaupun ada beberapa perkara berlaku yang mengundang kemarahan..hehe betapa nak jaga mood dan tak nak migrain datang balik:P Alhamdulillah, hari ni memang dah tak ada. Dah baik betul. Alhamdulillah. Terima kasih geng2 yang mendoakan aku;)

Oklah, aku nak chow dah. Nak house keeping. Macam biasalah, orang belum berkerjaya macam aku ni.. Nilah kerja2 aku selain online hahaha~Rumah dan halaman rumah tersangatlah teratur ecece~ Betapa ada 'bibik' yang menjalankan tugasnya sebaik mungkin..:P  Bilalah nak dapat keputusan interview hari tu. Lambat sungguh. Sungguh! huhu~ Dah tak sanggup nak dengar orang bertanya2 soal kerjaya. Soalan 'wajib' la kan untuk orang2 dah habis belajar macam aku ni. Memang sampai satu tahap, setiap kali ada customer / tetamu yang dikenali datang, rasa nak meyorok dalam bilik. Tapi..mana boleh! Akukan tukang buat air..Nak tak nak kena menampakkan wajah juga.

Bila orang tanya dah kerja belum, kerja apa, dan lain2 lagi soalan berkaitan kerjaya, aku jawab mudah aja. Kerja sementara je dulu...Ikutkan hati nak je jawab 'saya part time penganggur' Sebab apa part time? Sebab memang aku ada kerja sementara; tolong mak aku kat kedai dan mengajar tuisyen 'kaddang kaddang' kata pak belalang hihi~

Bila dah jawab macam tu, ada yang kata

'oo..payoh keje leni op..'
'mitok dok kat ni..mitok dok kat tu...'
'doh wak mende nye dok leh keje lagi ni?'
'dakpelah..koho2..tolong mok kedai pung masuk duit gok kan..'
'doh blajo tinggi2 pun payoh gok keje...'
'masuk U pun dok jamin lagi keje..blajo kat kolej2 biasa jelah..'
'Doh kalu gitu abih SPM amik yang jurusan2 teknikal la molek...blajo skill lalu..napok doh mende hok blajo tu sesuai keje mende..'

Waduh..pendapat2/respon2 yang last2 ni agak menggugat ketabahan hati. Tapi buat2 biasa je. Malasla nak bertekak dengan makcik2/pakcik2 ni kan...Nanti panjang plak debatnya..huhu~

Sampai satu tahap,rasa nak berhijrah pun ada. Ke mana? Ada la..hehe. Nak pergi  berhijrah ke tempat aku dulu..tempat menuntut ilmu lagi penuh kenangan la..Gombak! ;) Tapi ni angan2 je..Kalau memang belum rezeki kat sini, nak pergilah sana. Lagipun aku tengok bisnes mak akupun dah ok sikit. Pekerja2 dah boleh harap. Cuma bab2 air tu masih memerlukan aku lagi kalau customer ramai sikit. Tapi aku yakin, depa boleh survive nanti. Chewah..berangan bukan main lagi! Walhal tak confirm and tak decide pun lagi kih3...

Oklah, panjang plak aku bagi lecture hari ni hehe. Selamat malam semua. Adios!

03 February 2010

Sabar menanti

Assalamualaikum. Geng2 semua sihat? Kalau 'kureng' tu, bawak2lah pergi jumpa tobib ya?:)

Alhamdulillah hari ni customer tak ramai sangat..(aiik..bolehke 'alhamdulillah' sebab kes macam ni?:) huhu) Bukan apa, kan mak aku tak cukup pekerja lagi, jadi dalam hati aku asyik doa 'Ya Allah, janganlah KAU uji kami dengan sesuatu diluar kemampuan kami..' Alhamdulillah Allah makbulkan. Buktinya, aku boleh online awal sikit hari ni kih3..

Sebenarnya..start 3 hari lepas, asyik berkepit je dengan handphone. Rimas? Kadang2 la..sebab aku ni biasa tinggal je handphone tu dalam rumah bila bekerja. Selalu jugak tak berapa dengar bila handphone berdering. Selalu orang lain yang dengar dulu walaupun handphone tu duk dalam poket aku haha..Appadaa.. Aku sebenarnya menantikan panggilan dari PPD Dungun. Minggu lepas aku beranikan diri sms salah seorang pegawai PPD sana. Tawakal jelah masa sms tu. Takut jugak kalau2 dianggap 'mengganggu'. Nak call, lagi la takut. hehe..Walaupun orang cakap dia ok je sebenarnya, tapi aku masih tak boleh nak terima hakikat tu :P Sebab apa? Sebab dialah yang jadi interviewer aku masa mohon guru ganti dulu. Serius amat! Sungguh! Itu yang kesannya kekal sampai sekarang tu hahaha~

Aku tanya pegawai tu bila dapat tahu result interview GSTT masa 13 Januari 2010 hari tu. Dia kata dapat tahu minggu ni. Hari ni dah Selasa, tapi masih sepi tanpa berita. Dia kata yang 'berjaya akan dihubungi..' Tapi aku macam tak sanggup nak tunggu sampai habis minggu ni memandangkan aku ada job offered yang lain. Itu yang membuatkan aku resah sikit memikirkannya. Tak sabar jadinya nak tahu yang GSTT ni. Kalau dapat tahu nanti, banyak benda boleh diaturkan dan diselesaikan satu persatu.

Akupun beranikan diri sms pada pegawai tu lagi sekali. Alhamdulillah, after office hour, he replied. Lega rasa. Dia kata result akan dapat tahu seminggu / dua minggu lagi. Mereka baru je buat mesyuarat data guru. Jadi macam kena buat semulalah pemilihan untuk penempatan GSTT tu. Akupun bukannya tahu sangat bab2 ni hehe tapi bila dia kata seminggu dua lagi, maknanya minggu ni tak perlulah ternanti-nanti panggilannya:)

Ada hikmah sungguh bila lambat dapat tahu ni. Mak akukan memang krisis pekerja sekarang ni. Jadi bolehlah aku fokus membantu mak aku kat warong buat masa ni. Alhamdulillah. Tuisyenpun berjalan lancar. Hajat nak melebarkan sayap lagi. Tapi aku rasa lebih baik tunggu bila dapat result GSTT tu. Manalah tahukan, kalau murah rezeki, dapat, then ditempatkan di sekolah yang jauh..huhu~ Kesian plak budak2 tuisyen nanti.... Harap2 Allah beri yang TERBAIK buat aku, agamaku, keluargaku, akhiratku, duniaku kini dan akan datang. Aameeen.

02 February 2010

Pencarian...rezeki:)

Assalamualaikum, salam Februari, selamat tinggal Januari sayang(sayang sebab lahir bulan ini hehe~). Pantas sungguh masa berlalu!

Hari ni kedai tak beroperasi. Memang 'bos' dah announce semalam tapi macam malas nak percaya lagi.. Bukan apa, bos selalu macam tu hehe jangan marah ye bos. Bila bos cakap nak tutup, esoknya bos ubah fikiran plak. Tu yang malas nak peduli announcement bos tu kih3. Rupa2nya kali ni betul2 tutup kedai! REHAT! Mungkin kami ni pun isytihar cuti sempena Hari Wilayah ke 36 hahaha..

Semenjak 2 orang pekerja balik Siam, oh, sungguh merana kurasakan..huhu~ Banyak sangat nak dilakukan dalam 1 masa. I'm working under pressure! Really!

Nak buat air customer,
nak basuh pinggan mangkuk, gelas2, sudu garfu, kuali2,
nak ambil order,
nak hantar makanan dan minuman customer,
nak angkat pinggan mangkuk dan gelas2 yang dah selesai makan,
nak kira (ada yang datang kat counter dan ada yang buat ''pppsss..pppsss'' dengan mulut suruh datang kira kat meja.. Macam panggil apa entah! Sangat tak suka ok...! Memang aku tak berpaling dan pandangpun pada customer yang buat bunyi2 macam ni huhu),
nak lap meja,
nak masak nasi,
nak potong sayur mayur,
nak lap pinggan mangkuk, gelas2, sudu garfu yang telah siap dibasuh (lap satu persatu taw..)
dan....................semuanya ada 28 meja! huhu~

Memanglah tak penuh semua meja tu dalam satu masa, tapi bila sesekali 'serbuan' dibuat, memang tercungap2 dan berlari-larilah kami ni (mak, ayah, aku dan mbak). Macam semalam, kena serbu dua kali. 'Serbu' ni maknanya datang ramai2 serentak walaupun bukanlah saling mengenali apatah lagi nak berpakat hehe. Tapi macam janji2 je depa ni datang pada masa yang sama. 1st ada bus UTM Skudai stop kat kedai kami. 2nd sebab MU lawan Arsenal huhu~ Bila pelanggan reda sikit je, aku cepat2 buat kerja2 pembasuhan dan pencucian. Cepat2 kemaskan tempat air dan bancuh air siap2 untuk minuman yang biasa customer order. Macam Milo dan Teh'O. Mak aku yang dah merah padam muka duk memasak tak henti2 pun 'join' sekali basuh pinggan mangkuk. Tak sampai hati plak tengok....

Masa aku tengah rancak cuci dan mak aku tolong bilas tu, tiba-tiba mak kata,
"Ni lah yang boleh 'buat' awok semua sekoloh, belajor tinggi2..."

Allah....sayu sangat masa tu...Nak mengalir air mata bersama aliran air sabun tu.. tapi buat2 cool dan senyap je sampailah siap basuh kesemuanya dan meneruskan kerja2 yang tak selesai selagi belum pukul 3 pagi.

21 January 2010

Tersenyum, buatku senang.

Assalamualaikum wbt. Apa khabar semua?


Aku alhamdulillah, Allah masih beri kesihatan yang baik. Hal 'cikton' tu, macam biasalah. Malas nak layan dia dah:) Petang tadi aku mengajar tuisyen awal sikit. Mula jam 2.30petang. Pukul 2pm aku dah gerak. Hajat nak beli ABC, tapi terlajak plak. Next time ye cikgu belikan. Budak2 ni ada latihan sukan sampai awal februari ni. Jadi petang2 dalam 4.45pm depa dah kena ke sekolah semula. Kesian la plak nak ajar depa dalam keadaan macam tu. Yelah, baru je balik sekolah, baru je makan, baru je salin baju sekolah, dah nak kena belajar balik. Kalau sebelum ni, 3pm baru start. Sempatlah budak2 ni rest2 dulu. Tak apalah yep, nak buat macam mana. Sampai awal februari je kan.. Jangan selama2nya sudah..hehe. Si Maya tadipun tak salin2 lagi baju pengawas dia. Nak tuisyen macam tu je. Ikut sukalah. Yang penting selesa:)


Tadipun, hajat nak budak2 ni hasilkan 1 karangan fakta. Dah pilih dah 2 tajuk yang menarik. Tapi mula je tuisyen, mula je nak buat 'tulang ikan', si Maya dah kata ''kenapa macam boring je hari ni... selalu best!'' Ai, tak sampai 5 minit mula tuisyen dah boring? Parah ni Maya.. Akupun ubah plan. Aku suruh depa fikir isi2 untuk masukkan dalam 'tulang ikan' tu je. Tak perlu buat ayat. Tapi still 'lambat semacam'..penat sangat kot...Yang nampak semangat nak penuhkan isi2 tulang ikan tu, si Hajar. Si Nik plak suka ajak sembang. Nik..Nik..cikgupun bagi coklat bar kat Nik. Jadi bila dia makan, dia tak sembang. hehehe. Finally akupun ajak bincang sama2. Barulah ada semangat sikit. Siap je 1 tulang ikan, terus ajar tatabahasa plak. Tatabahasa ok sikit. Budak2pun suka sebab main bulat2 je jawapan. Aku try buat tuisyen tu enjoy tapi efektif! Harap2 berkesanlah dihati mereka apa yang dipelajari hari ni. Aameen.


Balik tuisyen aku tumpangkan sekali Hajar dan Nik pergi sekolah. Kebetulan memang aku akan lalu Sekolah Rantau Petronas yang penuh nostalgia tu:) Mula2 Hajar & Nik macam malu2 kambing, takut rasa menyusahkan kot..tapi aku suruh dia call mak dia & beritahu aku nak hantar. Apa salahnya kan, tolong-menolong... Bukan susahpun sebab 1 way je. Kesian jugak mak dia nak ulang alik ulang alik. Sampai je kat dataran perhimpunan sekolah tu, Hajar dan Nik hulur tangan dan salam dengan aku. Siap cium tangan lagi. Mak aiihh..macam mak hantar anak sekolah la plak. hehehe..terharu~


Oh ya, hari ni dapat lagi hadiah sempena birthday yang ke 25. Terima kasih Hajar. Special sangat. Bagi ferrero roshel(sorry malas nak pergi tengok ejaan yg sebetulnya hehe~)+ 1 mug yang agak besar. Nak buat apa ek mug besar ni? Ha, guna bila nak makan Kellogg's! ;) Terharulah jugak bila anak2 murid bagi hadiah ni tapi at the same time terfikir juga macam menyusahkan mak bapak mereka :( Tapi tak tahulah kalau budak2 ni guna duit tabung kih3



Oklah, nak permisi dulu. Malam ni nak tidur lewat sikit. Nak house keeping. Jadi esok pagi tak perlu sibuk2 nak mengemas. Boleh enjoy buat benda lain:) Sebelum tu, nak tepek jugak gambar2 masa surprise yang mak aku buat. Kelakar sangat sebab mak memang takkan menjadi surprise dia setiap kali dia kata nak buat surprise. Ala-ala tak sabar gitu.. Samalah macam Wan. Ada sekali, bukan main lagi plan detail dengan Fequl nak buat surprise sempena birthday Wan. Pergi beli senyap2, sorok kek dalam kereta. Sekali mak pergi kat Wan dan kata ''Mak tengok dok lagi kek harijadi mak?" Aayok!! Tension sangat masa tuh! Kalau tahu nak tanya direct macam tu, tak perlulah nak sorok2 dan nak surprise! huhu..tapi tak apalah, tak jadipun tak apalah...Asalkan bahagia hehe~


Tengoklah kek ni..dah macam sambutan hari guru jer...kih3. Nak sangat anak perempuan dia jadi cikgu gamaknya..


Abang yang tolong beli. Kek Cappucino...Tapi aku makan semulut je. Aku memang kureng sikit kek2 ni. Kecuali cheese cake ori punyer! Demand la plak :P



Sambut dengan mak dan abang je.



Siap dengan pakaian seragam opis lagi :P


Dah jumpa nasi lemak..tak peduli dah benda lain! Lagu 'Allah selamatkan kamu' pun dia tak nyanyi dah...:P



OK, Bubye, Take Care ya..!:)

12 January 2010

Moga berjalan lancar

Assalamualaikum. Sihat semua?

Aku...urm..alhamdulillah. 2 hari lepas teruk juga cikton aku membengkakkan dirinya dengan jayanya! Sakitnya nak menelan... Nak bercakappun tak ada mood. Suhu badan juga meningkat. Nak pergi klinik tapi tak pergi2. Kebetulan makpun tak sihat. Jadi kesihatan diri sendiri automatik dibiarkan begitu saja. Masuk hari ke 4 bengkak & pedih macam tu, akupun minta tolong abang aku beli tea ais. Perrgghhh..sekali minum, esoknya berkurangan sungguh pedih & bengkak tu(dengan izin Allah jua). Alhamdulillah.. Mungkin sebab 4 hari duk minum air panas je, tak minum ais langsung, diapun jadi makin bengkak. Tapi...betulke? huhu~ Ada sahabat aku cakap memang kalau cikton bengkak ni, kena minum ais..Makan ais krim lagi bagus. Bagi sejuk area anak tekak tu..

Esok aku akan attend satu interview. Rasa macam berat sikit interview kali ni. Berdebar? Berdebarlah juga dari pagi tadi. hehe~ Tapi buat2 slumber je sebab apapun keadaannya, kena lalui juga interview tu esok dan semuanya akan berakhir juga. InshaAllah, aku akan buat sehabis baik! Allah, bantulah aku.. Butiran interview esok;
TEMUDUGA JAWATAN GURU GSTT SEKOLAH MENENGAH DAERAH DUNGUN
Waktu: 9.00 pagi.
Tempat: PKG Seri Dungun, Terengganu Darul Iman
Sebenarnya, ada satu kisah pasal GSTT ni. Hari Isnin baru ni, aku beriyalah ajak abang teman pergi Dungun. Mulanya nak pergi sendiri je. Tak nak susahkan sesiapa, tapi mak tak bagi. Tengok2, makpun ikut sekali.Tengahari tu, bertolaklah ke sana. Dah lama sebenarnya nak mohon GSTT kat dungun ni, tapi ditangguh-tangguhkan hasrat tu. Tak tahu kenapa kali ni rasa nak pergi sangat. Mungkin atas 2 sebab: 1) yang Kemaman ni 'menyepi' lagi walaupun dah 2kali hantar resume 2) Izzah Ulfah dah dapat surat interview (jelous tau hihi)
Tiba jam 2pm. Ada 3 orang staf lelaki rancak bersembang. Aku menegur..

"Assalamualaikum..."
"Oh, waalaikum salam.. "
"Saya nak mohon GSTT, macam mana ye?"(tercakap 'key ell' la plaks hehe)
"Owh..nok ambek surat interview eh? Ni ambek kat ni nih.."
"Eh bukan,,saya baru nak mohon..baru nak isi borang.."
"La...baru nok isi. kalu baru nok isi amik hok nih.."
"Ok, terima kasih eh.."
Dengan pantasnya aku berlalu dan mula mengisi form tersebut di salah sebuah pondok di perkarangan PPD. Mak & abang setia menanti. Tiba-tiba mak sakit perut! Perlukan toilet segera! Abang bawa mak pergi cari toilet di mana2 stesen minyak yang berdekatan.Tak sampai 2 minit, mereka patah balik semula. Mak dapat panggilan yang mengatakan aku tak perlu isi borang tu. Aku dah dapat surat untuk interview.

Hah? Yeke? Akupun masuk semula pejabat tersebut. Staf2 tadi dah tiada. Tinggal seorang staf yang baru masuk bertugas semula. Aku senyum dan mohon ambil surat tersebut. Belek punya belek......Ya lah! Namaku.......huhuhuhu :=) (Ni emoticon untuk 'terharu kegembiraan')

Memang tak sangka sungguh. Dah ada surat interview rupanya. Aku belum lagi memohon. Patutlah hati ni terkenang2 kat PPD sana. Rupanya ada sesuatu 'memanggil-manggil' :). Tapi tak boleh excited sangat.. ni baru panggilan untuk interview. Cuma, aku bersyukur pada Allah. Allah beri 'kemudahan' untukku. Geng-geng semua tolonglah doakan aku yep? Walaupun ni GSTT, tapi bermakna sungguh buat diri ini yang sangat cintakan dunia pendidikan. Tambahan pula memang menanti2 peluang pekerjaan yang stabil sedikit berbanding sekarang. Sekarang ni macam 'cukup-cukup kadang2 tak cukup' :)

Ok, need to go. Esok awal pagi dah kena berangkat ke Dungun. Bersama si Kassim Selamatku. Wish me luck ya! Izzah Ulfah, i'll see you tomorrow..♥

.I ♥ Khat.





Grab A Button