Assalamualaikum.
Best plak tadi balik2 encik abang ajak pergi
JJ.. Ingatkan dia nak ajak makan tepi tasik yang dekat rumah ni je.. sekali
ajak pergi JJ. Tak sangka plak..Semalam baru selamat tiba di sini jam 3pagi.
8.30 pagi dah kena bersiap-siap ke tempat kerja..Balik tadi dalam
6.30petang..larat plak ajak keluar.. katanya nak jalan-jalan di JJ.. Mungkin
abang memang nak jalan-jalan..atau kesiankan saya yang seharian terperap dalam
rumah? Hihi tapi saya tak kisah sebab seharian itu kerja saya tak lain tak
bukan adalah….tidur! Penat weh travel..walaupun hati gembira, kepenatan jelas
terasa..apatah lagi sekarang dah nak masuk 36minggu…9 bulan!
Tidur ibu sarat ni bukanlah tidur sama seperti
zaman sebelum sarat/mengandung. Bila dah 8 bulan ni, serba tak kena pun ada. Tak lena mana..tu yang siangnya qada tidur tu. Nak pusing badan sesuka hatipun tak boleh. Mesti slow motion…kadang-kadang tak
tahu nak buat gaya apa dah nak bagi selesa…hanya Allah yang tahu. Itulah antara
pengorbanan kecil nak bergelar ibu..Belum masuk bila rasa sakit saat nak
melahirkan tu.. Kena banyak sabar. Alhamdulillah, encik abang tak pernah
mengeluh atau menolak bila diminta tolong. Especially bab-bab mengurut dan
menyapu minyak yuyi…huhuh. Terima kasih banyak-banyak abang.. sebab nilah saya
tak mahu berjauhan dengan awak..siapa nak layan saya..hehehe~
Melalut plak ye. Ha, nak cerita masa balik
Terengganu tu, sangatlah best bila join Konvoi PGU 6.0 ni…mulanya nak minta
suami drop aku kat Kemaman je, turun kedai abang.. sekali rasa seronok plak dan
rugi kalau tak follow sampai ke penghujungnya, Paka. Tapak PGU 6.0 berlangsung.
Nak turun kedai abang tu sebab nak jumpa Esya dan spend masa dengannya
semaksimum mungkin..tapi dah panas-panas macam tu, Esya pun tak ada kat kedai
papa dia, maka baik aku teruskan saja sampai Paka…
Oklah, pasal PGU layan gambar aje ye..banyak
juga :)
|
jantung hatiku :P |
|
tugas abang...perasan tak lampin baby kat hujung tu? haha itulah antara barang baby yang dah stanby...sebelah box tu ada beg baby. takut juga nak travel 9bulan ni..prepare aje lah :) |
|
baby tak lepaskan peluang join konvoi..hakikatnya tak nak berjauhan dengan suami dan rindu famili :P sanggup travel! hee.. |
|
geng2 bikers kita... :) cayyalah! |
|
posing dulu sebelum berlepas |
|
balik baru ni ramai tegur perut dah nampak besar sangat..masa 8 bulan siap ada yang tak perasan I pregnant hehe. kelakarlah. perut membesar dengan jayanya |
|
hidangan kami setibanya di Kemaman. Konvoi kemaman join sekali dengan Perantau. tapi terpisahlah bila masuk town..huhu~ kami plak siap singgah toilet, lagila ditinggalkan :P |
|
di Kemaman. Meriah! |
|
Puas hati dapat makan haha..sebelum tu duk sumbat kuih je.. |
|
Paka sudah! |
Seronok dapat balik jumpa family tercinta… mak
dah pindah rumah baru di Pasir Semut, Binjai Kemaman. Nama perumahan tu, Taman
Alam Perdana. Tak sangka plak rumah yang aku suggest tu akhirnya menjadi
pilihan mak untuk berhijrah… suka rasa dapat menolong. Semuanya dari
Allah..Alhamdulillah.. Aku sampai dalam 4 petang. Malam tu mak buat makan-makan
sikit sesama saudara-mara je. Tapi yang datangnya sebuah keluarga je..famili
maksu. Tak mengapalah, masing-masing ada halangan yang tak dapat
dielakkan..kami teruskan juga dengan bacaan yasin..
Kelakar sangat masa ni.
Saja jelah aku ajak Esya join bacaan yasin sekali. Bagi dia pegang buku yasin
yang kecik, yang ada maksdu tu..suruh dia duduk proper, bersila.. dia duduk ‘mengaji’
sekali sampai kami habis baca yasin. Hahaha tak sangka aku. Tak ada pun dia nak
bangun main-main dan join sepupu-sepupu aku yang lain yang tak mengaji tu..yelah, budak-budaktupun
bukan pandai baca lagi, tapi tak sangka Esya ni khusuk mengaji juga dengan
bacaan yang dia reka sendiri..memang nak
tergelak bila tengok dia. Alahai, gambar plak ada dalam camera adik aku. Nanti
lah minta dia mms.. Petang sampai ke tengah malam bergurau senda dengan
Esya..Alhamdulillah, sangat seronok. Esok paginya dia nak ikut papa dia pergi
work..so tak dapat dah lah nak bermesra dengannya..huhuhu… tak mengapalah, adalah tu hikmahNYA kan...Hikmahnya adalah, aku tidur je seharian tu hahaha..bangun-bangun, tolong kemas sikit-sikit rumah baru mak ni.. :)
No comments:
Post a Comment