CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

23 August 2013

1 syawal 1434H

Ya Allah,
Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Kau ampunkanlah segala dosa adikku 
Muhammad Fakhrullah bin Kamaludin
Kau tempatkanlah dia dikalangan hamba-hambaMU yang beriman
Kau jadikanlah alam barzakhnya salah satu syurgaMU ya Allah
Rahmatilah dia..
Bahagiakanlah dia..
Kasihanilah dia..
Dia sangat baik ya Allah..
Dia sangat baik ya Allah..
Ya Allah, Engkau Maha Pengampun..
Engkau yang Maha Mendengar..
Terimalah doa-doa kami ya Allah...


Pusara adik berdekatan dengan pusara datuk sebelah mak yang kami panggil 'ayoh'


21 August 2013

Lebaran 2013 | 1434H

Aku abadikan kenangan Aidilfitri tahun ini.. sedikit lewat..memerlukan kekuatan untuk update semula blog ni. Setelah pelbagai naik turun kehidupan yang aku lalui.. Alhamdulillah, diizinkan Allah untuk mengikut suami training di Miri ni, jadi bolehlah update blog dengan laju dan upload banyak sikit gambar.. rumah di KL ada masalah line sikit..itu yang ambil masa sangat kalau nak update...

Aidilfitri macam biasa,kami sambut penuh sederhana..tahun ni, lagilah sederhana..tapi kami tak ikutkan sangat rasa pilu dan sedih dengan pemergian adik tersayang...Fequl..ke rahmatullah 31 march lalu.. aku tahu,pasti ibuku..adik beradikku..ahli keluargaku..menangis dalam diam.. tidak terang-terangan... aidilfitri tetap dirai..Namun ingatan pada Fequl tak pernah pudar..dalam ketawa, ada sendu di sudut hati...hidup mesti diteruskan.. Aku kagum dengan kekuatan yang Allah anugerahkan pada ibuku...Aaku juga tak sangka ibu dapat kekuatan untuk meneruskan hidup setelah apa yang berlaku dengan agak pantas.. aku tahu..mak sembunyikan rasa hati yang sebenarnya.. tak mengapa mak..'Ain tahu mak sangat kuat dan cekal.. sebab tu Allah uji mak sebegini..macam-macam dugaan mak..mak memang hebat





























01 September 2012

Syawal 2012 :))

Ketupat ni saya yang tolong kemas-kemaskan dan isi nasinya.. Alhamdulillah menjadi..tak keras. hihi~

malam raya kami main bunga api sakan! hehe..siap background music hari raya

bersalaman di pagi syawal..ikut turn:)

tak ingat dah gelak pasal apa ni :)) oh, nampak baby di situ hehe

sayang ibu mertuaku :)

turn bermaaf-maaf sesama adik beradik pula:) disebabkan aku kahwin dengan yang sulong, adik2 ipar yang tua-tua dari akupun kena minta maaf dengan aku dulu hahahaha :P

disebabkan tidak boleh bersalaman, mereka menyusun kata memohon maaf hehe

beraya di rumah saudara mara.. tak ingat ni rumah siapa. 10 buah rumah sehari, mana ingat maa~

ceria di aidilfitri. tahun ni buat makan-makan di luar rumah. senang ramai-ramai kat luar je

syahdu.. mak mesti nangis sokmo hehe


sesi photoshoot di luar rumah..panas dah masa ni

keluarga suamiku, keluargaku jua:))


aksi adik2 ipar yang masih bujang

aksi suamiku yang menggoda :P




nasi ambeng raya kedua :))


.I ♥ Khat.





Grab A Button