CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

Showing posts with label Hobby. Show all posts
Showing posts with label Hobby. Show all posts

28 April 2011

Ke KL sekejap

Assalamualaikum kawan-kawan.

Kurang 2 jam dari sekarang, aku akan bertolak ke Kuala Lumpur. Sekarang dah mula berdebar-debar. Hahaha mesti kamu semua pelik kan?! Tapi memang aku macam ni. Setiap kali nak naik bas, nak turun bas, mesti berdebar-debar entah apa.. Padahal dah 11tahun kot naik bas! As a studentlah:) Ulang alik Kuala Terengganu-Kemaman 5 tahun, Ulang alik Kuala Lumpur-Kemaman 6tahun:) Tapi kali ni pergi bukan sebagai pelajar dah, tapi seorang wanita yang bekerjaya.. Ecece :P

Well, memang aku excited banget nak pergi PBAKL ni. Entahla, semakin aku tengok post2 PTS dan penulis2 tentang PBAKL 2011 ni, makin tak senang duduk. Nak ke sana seberapa segera juga! Tapi of course lah kena tunggu wekend baru dapat pergi. Alhamdulillah, tiket pergi dan balikpun dah beli. Kalau nak ikutkan, kedai buku Popular depan rumah aku je, boleh je beli buku-buku yang diidamkan kat depan rumah ni ha.. Tapi, TAK SAMA! hehehe~ PBAKL lagi SYOK! DUNIA BUKU BUKU BUKU! I LIKE! hehehe~ Berkobar-kobarkan.. Tapi bos dah pesan dah, jangan seronok sangat...Jadi saya simpan sedikit keseronokan didalam diri. hehe~ 

Sebenarnya ada juga part sedih nak pergi KL ni..Sedih sebab Esya akan menyaksikan pemergian makngah..Huhu~ Tak pernah2 nak tinggal Esya kalau Esya ada sini. Kali ni, kena tinggal..Esya, hari ahad duduk sini lagi ye? Makngah cuti ahad tu..boleh kita bergurau senda, makan bersama, menari dan melukis. Ok Esya? =(

Antara senarai buku yang bakal dibeli inshaAllah:

TUAN BERTANYA DR DANIAL MENJAWAB
TEKNIK SURAH YUSOF
31 KISAH NABI
KUASA KEMPIMPINAN ALFATEH- buku senior, ustaz Syaari
BAHAGIANYA MENJADI PENGANTIN  SEPANJANG MASA-buku senior, kak Mardiana;)

Ai..semua PTS! hahaha~ peminat setia PTS ni taw. Erm..buku2 lain nak survey jugak nanti. Budget dalam $300sahaja:) Tak banyak sangat sebab 8May ni kena service si kassim selamat tu..So kenalah menyimpan wawawa~~

Oh, aku juga nak beli tafsir quran.. Tafsir ku sudah diambil orang..:))

17 December 2010

Tonsilitis

Assalamualaikum. Apa khabar kawan2 semua? Aku sememangnya lately badan rasa tak sedap.. Kepala panas je. Entahla, susah nak explain. Bila sentuh, tak panas..tapi dalaman rasa panas je. Tekak memang sakit nak menelan. Aku ignore je. Mujur dah cuti sekolah, jadi tak perlu cakap banyak..tak perlu tinggikan volume. Huhu.. Secara ringkasnya, esok aku akan ke Kuantan Specialist. Nak set appointment dengan Doc untuk operation. Tonsilitis ni maskin menjadi2..:( Kalau dulu demam 2 kali sebulan..Tapi sekarang ni macam sepanjang bulan je. Huhu dalam sebulan ada la dalam 5-6 hari yang aku betul2 rasa sihat. Tak tahan dah.. Baik aku pergi buang je. Walaupun ada yang mengatakan ''Allah cipta tonsil mesti bersebab..jadi kenapa nak buang..usahalah cara lain.''. Masalahnya sekarangni tak jumpa cara.. Huhu~ Operate pun operatelah.. (Walaupun ada rasa gentar sedikit especially membayangkan saat selepas bius  hilang... Macam mana rasa pertama kali untuk menelan selepas operation........BERDEBARNYA!

Actually last Friday pun aku dah pergi Kuantan untuk jumpa pakar di ENT( Ear Nose and Throat). Alkisahnya aku pergi daftar dulu di bahagian pendaftaran Hospital Tengku Ampuan Afzan. Masuk bilik saringan pertama, aku serahkan surat doktor dari Klinik Syed Badarudin. Dalam surat tu memang suruh refer terus kepada ENT Clinic. Tapi nurse tu suruh aku pergi tunggu giliran untuk jumpa doktor.. Tunggu punya tunggu ada la dalam 1 jam setengah. Mengantuk amat!!! Boring tu toksah kiralah... Tapi insaflah juga melihat kesakitan hamba Allah yang lain..yang lebih parah dari aku.

Bila dah dapat jumpa doc, doc marah2. Dia nak marah kat nurse yang suruh aku tunggu giliran kat situ..Tapi of courselah akupun rasa terkena..Huhu~ Doc kata sepatutnya direct pergi ENT Clinic..Bukan datang sana. Habis tu..manalah aku tahu. Aku ingatkan memang macam tu prosedurnya. Rupa-rupanya direct je. Abah aku punyalah tak puas hati..terus pergi tegur bahagian pendaftaran. Abah tegur2 sampailah orang tu keluar perkataan ''Maaf Encik, memang kami tersilap'' baru abah ajak aku beredar... Huh~
Lastly, bila dah pergi ENT Clinic, tak sampai 2 minitpun, set appointment. Tahu tak bila dapat jumpa doc? 31Disember 2010! Wawawawawa 1 hari je lagi nak masuk tahun depan. Betapa lamanya harus aku menanti dan menahan kesakitan. Itupun baru appointment. Operate plak kena 'beratur'. Paling cepatpun mungkin dalam bulan 4 2011.. Allahu akbar.. Aku tak sanggup..Family aku lagi tak sanggup nak tengok aku dalam keadaan macam tu...Tu yang finally pergi juga private hospital :((

Oklah, nak beradu dah. By the way, kat bawah ni hasil tanganku petang tadi. Syukur Allah bagi idea:) Seronok dapat buat. Malam ni tak dapat buat sebab rasa letih..Tolong mak kat kedai kejap2 je tapi letih pelik. Hurm... Oklah, got to go. Kawan2 kalau berkenan boleh order ye:))

Ordered by Kak Da. Nak bagi
kepada anak saudaranya, 2months:)


Ni saja nak hadiahkan kpd cousin
yang dapat 5A UPSR haritu:)
Boleh buat keychain/bookmark


Ini bunga nak tepek kat scarf. Boleh juga jadi applique. Tampal kat baju

Hair clip

Hair clip

Ordered by Kak Linda..Nak letak kat kunci kereta baru katanya:)

Bookmark-emotion of frogs..ehehe. Nak satu set? boleh order ye:)

14 December 2010

My new hobby with SIL















Sekarang aku start hobby baru:) Alhamdulillah, dapat buat semua ni dengan happy sekali. Release tension. Disamping menambah sedikit pendapatan.. Nak tengok lagi? Jemputlah ke fanpage Qalesya Online Shop @ Facebook :) Boleh order kat sana ye kawan2 :) Ok, chow dulu, nak buat felt craft yang lain plak♥

03 December 2010

Tak Sabar:)




Tak sabarnya nak memulakan hobby baru disamping mencari pendapatan sampingan!:)) Ni lah felt craft hasil tanganku yang pertama. Mula-mula duk fikir nak bagi apa lah yang special sikit kat Esya. Her 1st Birthday! Nak bagi basikal kuda tu, rasa macam kecil lagi. Tapi sekali ada mak saudara dia yang bagi ish ish tak aci! Hehehe..terus dapat idea nak belikan dia baju sejuk. Sebab selalu sangat bawa Esya pergi MM....MM sangatlah sejuk especially kalau masuk bahagian jual-jual makanan tu.. Sampai aku sendiri tak tahan kadang-kadang. So belilah lalu mereka felt craft buat pertama kalinya:) Kain felt ni plak aku terjumpa kat Popular. Ada satu kotak kecik tulisan jepun. Tak faham langsung dia tulis apa(of course! hehe) terus buka kotak tu senyap-senyap..Walaupun ada tertera ''Dilarang Buka!''. Hehe~ Best best best! Tak sabar nak buat lagi! Dah online order dah tadi ngan my sis in law :))


.I ♥ Khat.





Grab A Button