Assalamualaikum. Apa khabar kawan2 semua? Aku sememangnya lately badan rasa tak sedap.. Kepala panas je. Entahla, susah nak explain. Bila sentuh, tak panas..tapi dalaman rasa panas je. Tekak memang sakit nak menelan. Aku ignore je. Mujur dah cuti sekolah, jadi tak perlu cakap banyak..tak perlu tinggikan volume. Huhu.. Secara ringkasnya, esok aku akan ke Kuantan Specialist. Nak set appointment dengan Doc untuk operation. Tonsilitis ni maskin menjadi2..:( Kalau dulu demam 2 kali sebulan..Tapi sekarang ni macam sepanjang bulan je. Huhu dalam sebulan ada la dalam 5-6 hari yang aku betul2 rasa sihat. Tak tahan dah.. Baik aku pergi buang je. Walaupun ada yang mengatakan ''Allah cipta tonsil mesti bersebab..jadi kenapa nak buang..usahalah cara lain.''. Masalahnya sekarangni tak jumpa cara.. Huhu~ Operate pun operatelah.. (Walaupun ada rasa gentar sedikit especially membayangkan saat selepas bius hilang... Macam mana rasa pertama kali untuk menelan selepas operation........BERDEBARNYA!
Actually last Friday pun aku dah pergi Kuantan untuk jumpa pakar di ENT( Ear Nose and Throat). Alkisahnya aku pergi daftar dulu di bahagian pendaftaran Hospital Tengku Ampuan Afzan. Masuk bilik saringan pertama, aku serahkan surat doktor dari Klinik Syed Badarudin. Dalam surat tu memang suruh refer terus kepada ENT Clinic. Tapi nurse tu suruh aku pergi tunggu giliran untuk jumpa doktor.. Tunggu punya tunggu ada la dalam 1 jam setengah. Mengantuk amat!!! Boring tu toksah kiralah... Tapi insaflah juga melihat kesakitan hamba Allah yang lain..yang lebih parah dari aku.
Bila dah dapat jumpa doc, doc marah2. Dia nak marah kat nurse yang suruh aku tunggu giliran kat situ..Tapi of courselah akupun rasa terkena..Huhu~ Doc kata sepatutnya direct pergi ENT Clinic..Bukan datang sana. Habis tu..manalah aku tahu. Aku ingatkan memang macam tu prosedurnya. Rupa-rupanya direct je. Abah aku punyalah tak puas hati..terus pergi tegur bahagian pendaftaran. Abah tegur2 sampailah orang tu keluar perkataan ''Maaf Encik, memang kami tersilap'' baru abah ajak aku beredar... Huh~
Lastly, bila dah pergi ENT Clinic, tak sampai 2 minitpun, set appointment. Tahu tak bila dapat jumpa doc? 31Disember 2010! Wawawawawa 1 hari je lagi nak masuk tahun depan. Betapa lamanya harus aku menanti dan menahan kesakitan. Itupun baru appointment. Operate plak kena 'beratur'. Paling cepatpun mungkin dalam bulan 4 2011.. Allahu akbar.. Aku tak sanggup..Family aku lagi tak sanggup nak tengok aku dalam keadaan macam tu...Tu yang finally pergi juga private hospital :((
Oklah, nak beradu dah. By the way, kat bawah ni hasil tanganku petang tadi. Syukur Allah bagi idea:) Seronok dapat buat. Malam ni tak dapat buat sebab rasa letih..Tolong mak kat kedai kejap2 je tapi letih pelik. Hurm... Oklah, got to go. Kawan2 kalau berkenan boleh order ye:))
Ordered by Kak Da. Nak bagi kepada anak saudaranya, 2months:) |
Ni saja nak hadiahkan kpd cousin yang dapat 5A UPSR haritu:) Boleh buat keychain/bookmark |
Ini bunga nak tepek kat scarf. Boleh juga jadi applique. Tampal kat baju |
Hair clip |
Hair clip |
Ordered by Kak Linda..Nak letak kat kunci kereta baru katanya:) |
Bookmark-emotion of frogs..ehehe. Nak satu set? boleh order ye:) |
No comments:
Post a Comment