CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

Showing posts with label masyarakat sekeliling. Show all posts
Showing posts with label masyarakat sekeliling. Show all posts

26 February 2009

Tanggapan Manusia

KES 1

Macam-macam kisah hari ni. Sebelum tu, assalamualaikum geng-geng semua :) sihat? Aku demam semula. Start hari Ahad baru ni. Natijahnya, tak dapat attend sepenuhnyalah Kursus Fasilitator. Sedih jugak. Yelah, duk terperap kat bilikpun tak de buat apa-apa. Tapi nak menapak ke sana, sangat tak bermaya. Batukpun boleh mengganggu gugat ketenteraman fasi-fasi lain. Jadi, rest sajalah. huhu..

Hari ni kelas banyak. 12pm sampailah 7pm. Dalam hati duk kata nak ponteng je. huhu teruk betul! Ada kelas yang tak ponteng lagi. Baguskan? haha.. Tapi tekad juga gagahkan diri ke kelas. Memang moyok jelah dalam kelas & tak banyak cakap. Tak bersembang dengan kawan-kawan. Banyak mendiamkan diri. Rasa sangat penat. Rasanya ni penangan si Ton itu.. siapa si Ton? Si Tonsil.. hehe.. Bilalah nak buang tonsil ni jauh-jauh. Kena berpisah juga dengan si Ton nampak gaya. Sebab semenjak kewujudan dia yang dah 'abnormal' tu, suhu badan aku tak menentu. Selalunya naiklah. Memang mudah demam. Batuk toksah kiralah..... Mak dah 'bising' kenapa batuk semula.

"pergilah check kot masalah kat paru-paru ke..."
"paru-paru okey..."
"mane awok tahu okey?"
"memang okey laa..."
"ye ke dok ni? awok tu bukang buleh kire..panda-panda awok je reka kalu bab2 gi klinik ni..bukang dok tahu awok tu gane.."
"iyye..dokkang la nok reka bab2 gini...paru2 okey.."

Kesudahannya, yang okey je yang aku cerita kat mak. Yang K.O nye belum lagi. Nantilah, tunggu masa yang sesuai. Abah dah tahu. Jadi lega sikit. Kalau ada apa-apa hal, boleh mengadu kat abah. "Anak baapaaaakk.." dialog dalam cerita P. Ramlee- Keluarga 69. hehe Btw, disebabkan keadaan kesihatan aku ni, abah dah hadiahkan pemberian yang memang kunanti selama ini dan dah berkuburpun impian tu. Tapi tanpa kusangka, ia bakal menjadi realiti. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. TQ ABAH!

KES 2

Tadi petang lepak-lepak kat HS Cafe sambil tunggu makanan order. Lama la jugak. Sekali datang seorang makcik ni tumpang duduk meja tu sekali. Aku senyum je. Sangat takde mood nak bercakap hari ni. Tapi makcik ni sangat ramah. Macam-macam dia tanya. Orang dah asyik tanya kita, takkan kita jadi tukang jawab je kan. Nanti dia ingat kita tak suka dia plak. Atau kita sombong. Atau kita malas layan dia. huhuh.. Akupun ringankan mulut.. Tak baik aku ni ikut mood macam ni. Kesian mak cik ni...Aku bertanya kembali,

"Erm..kerja sini ke?"
"A ah...kerja, study pun ye.."
"owh..erm.... mengajar ke?"
"aah.."
"ermm lecturer?"
"aah..kat EDU.."
"owh....
erm..nak panggil apa ye?"
"Wan.."
"Wan?"
"aah..Wan..."
(aisshh..tak kan nak panggil mak cik Wan? Nak panggil madam pun tak sedap je rasa...formal la pulak.hm, tak yah panggillah.)
"awak Ain kan? "
"eh, mana tahu?"
"tadi dengar kawan awak panggil awak Ain.."
"oh..hehe.."
"amik HS ke?"
"aah."
"SOCA?"
"hmm, SOCA." (Jarang orang dapat teka dengan tepat aku major SOCA! 10 markah untuk Mak Cik Wan!)
"Tahun berapa? 2nd year? 3rd year?"
"dah 4th year dah.."
"oo..dah nak habisla ni...."

(muda lagi ke muka aku ni? hehehe)

dia menyambung bicara.. katanya baru je tiba dari kampung. Terus datang sini sebab malam ni kena ajar Leadership. Malas nak berulang alik ke rumahnya yang terletak di Damansara. Bila ku tanya kampung di mana. Jawabnya Terengganu. Wah! terus rancak kami berbual menggunakan bahasa ibunda kami. hehehe Dok sangka la pulok buleh berkenalan denge lecturer Terengganu kat ning. Aku terus jadi selesa nak bertanyakan itu dan ini secara direct! Topik utama, soal kerjayalah. Maklumlah, bulan 6 nanti nak grad dah. InshaAllah. Jadi sekarang ni memang kena start mohon dah apa yang patut. Yang tak patutpun aku mohon jugak. hehe. Maklumlah, peluang kerja bukan mudah, so isi aje sekarang ni offer yang ada.. Kak Wan pun setuju. Dia kata,

"isi je semua. Nanti tengoklah mana yang dapat. InshaAllah ade rezeki awok tuh.. awok mitok lah jadi lecturer..Lecturer SOCA kang kurang sekarang nih... EDU pung kurang lecturer tu..Awok gi department, tanye nok wak gane kalu nok mohon jadi lecturer..
Pahtu TATI pun okey gok..awok gi sendiri. leni kene gitu. kene pandai-pandai sendiri. Mana tahu, mula-mula awok jadi tutor, pahtu die suruh awok amik master, pahtu suruh sambung plok PhD..Kalu TATI tu, dekat sket owk nge rumoh awok..sedak doh! macam saye ni...saya tak mboh amik PhD, tapi orang duk suruh amik..amik jelah...."

Banyak juga input dan kata-kata semangat yang aku terima dari Kak Wan. Rasa nak panggil mak plak sebab tengok wajah dia macam baya-baya mak dah.. hehe. Bagus jugak makanan aku lambat siap, dapatlah berborak panjang dengan lecturer ni. Bestnya kalau lain kali bertembung dengan dia lagi :) Aameeen...

KES 3

Sekarang ni boleh kata tiap-tiap malam akan lepak kat 'port baek punyer' ni. Tempatpun sama. Macam dah cop sejak azali plak. Biasanya aku lepak dengan seorang pelajar Nigeria ni. Dia sangatlah ramah dan suka share makanan yang dia beli. Dahla seleranya orang melayu. Tapi aku tak penah makan lagi, kesian la dia. Selalu dia pelawa kat budak-budak lain, laju je depa makan. Ish, kesian plak tengok..Kot ye pun orang pelawa, berpada-padalah...

Suddenly she asked me..

"are you married?"
"nop..."
"do you have bf?"
"not yet..."
"owh..ok!"
"why?"
"im just asking..."

Dia bertanya lagi,

"to whom you talk just now?"
"when?"
"just now, that phone call.."
"owh..my mom.. why?"
"i thougt you speak with your boyfriend or your husband."
"ya Allah..how come...why you said like that?"
"because the way you speak...."
(diapun membuat gaya-gaya aku bercakap telefon dengan ibuku tadi)

Aiseh..boleh plak ye orang anggap kita sembang dengan boyfriend/husband..walhal kita sembang dengan ibu kita. Macam-macam tanggapan manusia :)


25 June 2008

Keluarga 69

Pentingnya institusi keluarga. Soal amanah keluarga, tak perlu nak tunggu diri bergelar isteri atau suami, ayah atau ibu, tapi sebagai salah seorang anggota keluarga, kita semua bertanggungjawab! Amanah menjaga keluarga tu terletak dibahu semua anggota keluarga yang ada. Tak kiralah berapa jumlah anggota keluarga yang ada. Semakin ramai anggota keluarga yang kita ada, bagi aku, semakin besar jugalah amanah untuk menjaganya.

Bila aku melihat dan mentafsir kehidupan kekeluargaan insan-insan sekeliling aku, aku patut lebih bersukur. Sangat-sangat bersukur.doa Setiap keluarga ada jalan cerita masing-masing. Turun naik institusi keluarga, berbeza pada setiap keluarga dan ada hikmah tersendiri. BENAR!

Contoh terdekat, pekerja mak aku. Ada 2 beradik yang kini menetap bersama keluargaku. Ibu mereka menghantar mereka ke sini agar mereka dapat mencari sedikit pendapatan untuk menyara bukan setakat diri mereka sendiri, tapi adik beradik lain serta ibu bapa mereka sekali.xpasti Dalam 2 3 minggu sekali, si ibu akan datang dan menuntut gaji yang anak-anaknya peroleh hasil dari titik peluh penat bekerja dari 2petang hingga 5pagi. Kedua-dua beradik ni tak pernah merasa alam persekolahan. Membaca, menulis, semua mereka tak tahu. soalTapi Alhamdulillah, bila dah kerja di sini, mereka dah boleh membaca, mengira, menulis dan ada sedikit pendirian diri aku tengok. Paling menyedihkan, mereka tidak mempunyai taraf kerakyatan sekalipun mereka lahir di Malaysia. Sebab? Mereka dilahirkan di dalam hutan… hahmereka tidak pasti bila tarikh lahir mereka. Yang mereka tahu hanyalah tahun kelahiran…sedih

Ada lagi satu kes, kisah keluarga bekas pekerja mak aku. Asal Indonesia. Kak Ju( bukan nama sebenar) berhijrah ke Malaysia untuk menyara keluarganya juga. Hampir dua tahun Kak Ju mencurahkan khidmatnya di kedai makan mak. Sampai masa dia harus pulang ke tanah airnya, dia dikejutkan dengan satu peristiwa hitam yang telah melanda anak perempuannya yang baru berusia 4tahun. Cantik anaknya. Seringkali gambar anaknya ditatap setiap kali sebelum dia melelapkan mata. Tapi sayang, anaknya telah dirogol oleh datuknya sendiri! marahmarahmarahYakni bapa Kak Ju. Menangis kak ju siang dan malam. Apatah lagi ketika itu hari raya aidil fitri bakal disambut keesokan harinya…… tiada apa yang mampu aku buat melainkan menenangkan Kak Ju…. “binatang! Binatang!”, luah Kak Ju.nangih

Ada lagi kisah keluarga yang membuatkan hati aku terhiris. sedihWalaupun ia tidak berlaku terhadap diri ini, tapi aku seringkali menggambarkan jika aku menjadi salah seoarang anak kepada keluarga tersebut.. pastinya aku akan mengalami penderitaan jiwa yang kronik!! Ayahnya tidak bekerja dan merupakan penagih dadah. sighIbunya pula bekerja sebagai cleaner. Petang-petang, aku tengok ayahnya menghisap gam di anjung rumah! Ya Allah.. apa jenis ayah ni.. anak-anak yang masih kecil hanya melihat. Ada raut wajah yang kesedihan disana…sedih malu.. apa lagi yang mampu mereka lakukan… melihat ayah yang seolah-olah tiada pegangan… anaknya pula, hanya seorang yang mampu merasa alam persekolahan. Yang lain-lain hanya memendam rasa untuk ke sekolah. Melihat sahaja abang dan kawan-kawannya yang lain ke sekolah setiap pagi. Sadis…. Bila ayah dan ibu mereka bergaduh, mereka akan duduk di luar rumah. adusAda yang pergi ke rumah-rumah jiran.. tak tergamak untuk melihat pertengkaran tersebut! Mungkin bimbang pinggan kaca melayang terkena kepala!gigitjari

Inilah sedikit kisah yang berlaku pada insan-insan sekelilingku. Sebab itulah aku patut bersyukur dengan keadaan keluargaku, sekalipun apa jua masalah yang telah dan sedang melanda. Sekurang-kurangnya masalah tersebut tidaklah sehingga meruntuhkan institusi keluarga. Nauzubillahiminzalik… takbolebila Allah uji orang lain, patut kita ambil juga pengajaran dan peringatan. Moga-moga kita tidak ditimpa ujian yang sebegitu rupa…. Tak tertanggung rasanya!angkatkening

08 May 2008

Bila Jodoh Dah Sampai...

Bila jodoh dah sampai, tak ada siapa yang dapat menghalangnyakan? Masa tu juga perkahwinan dapat disegerakan. Ajibtu! Itulah kuasa Allah. Sememangnya kita maklum jodoh itu ditangan Tuhan. Kita lazim dengan ayat ni. Kita juga sering mengungkapkannya. Kisah seorang teman, banyak halangan dia tempuhi dalam soal pencarian jodoh ni. Saya sendiri tak dapat bayangkan keadaan saya jika menggantikan tempatnya! Mungkin kena tahan di wad psikiatri lagi. Nauzubillah! Tapi itulah dia ujian Tuhan. Bila Allah dah turunkan pelbagai mehnah ni, Allah Maha Adil, Allah Maha Pengasih, Allah tak berikan lagi ujian yang berat-berat. Ujian-ujian sebelum inipun, kita mampu hadapinya sebenarnya. Janji Allah itu benar. Takkan dibebaniNYA kita dengan dugaan yang tak tertanggung dek diri hamba yang serba lemah ini.

Allah permudahkan akhirnya untuk dia. Dia sudah bertemu jodohnya yang dia cari selama ini. Setelah dia menempuh pelbagai mehnah, kini dia mampu tersenyum puas! Alhamdulillah, dia sudah bertemu Mr Rightnya. Saya bertanya, macam mana dia begitu yakin bahawa itulah jodohnya? Sekalipun dalam keadaan yang singkat, dia mampu bertindak sedemikian. Membuat keputusan! Menjadikan insan itu bakal suaminya tak lama lagi. Semuanya kuasa Allah. Dia tawakal sepenuhnya kepada Allah. Siang dan malam dia bermunajat. Mohon Allah beri kekuatan untuk dia hadapi dugaan hidup sementara ini. Dia tak kisah sesiapapun bakal suaminya. Asalkan yang beragama dan memahami perjuangannya juga! Sefikrah!

Saat menerima lelaki tersebut, perasaan cinta juga seakan-akan belum timbul. Dia tidak pasti. Apa sebabnya dia menerima dengan rela hati kehadiran lelaki itu di dalam kamus hidupnya kini. Dimata kasarnya, dia nampak sedikit kekurangan lelaki itu. Tapi pandangan mata hati mengatasinya. Kenapa rupa paras, tubuh badan yang dijadikan sandaran utama? Dia istighfar beribu kali. Dia yakin dengan Istikharahnya.

Allah mengaturkan segala-galanya. Urusan untuk mendirikan baitul muslim dengan lelaki tersebut, Alhamdulillah, berjalan dengan lancar. Tak disangka-sangka. Kedua-dua belah keluarga juga menerima dengan baik. Pastinya ada dikalangan ahli keluarga yang mempersoalkan pilihannya. Tapi Alhamdulillah, Allah mudahkan jua.

Bila direnung-renungkan, bertuahnya dia! Desis hati saya. Namun bukan mudah untuk dia kecapi kebahagiaan itu. Dia terpaksa lalui dahulu ujian-ujian yang Allah sudah aturkan buatnya sebelum mengecapi kegembiraan hari ini. Ujian mematangkan diri. Ujian mematangkan fikiran. Ujian juga sebenarnya mematangkan keimanan. Semuanya andai kita bergantung sepenuhnya kepada Yang Maha Esa!

Buat diri-diri yang masih belum bertemu jodoh, jangan diresahkan sangat. Tapi jangan tak usaha langsung. Tawakal padaNYA mesti didahului dengan ikhtiar yang berterusan. Seperti kata sahabat saya, Yong yang masih lagi bergelar pengantin baru,
“masing-masing ada cerita tersendiri… ada cepat, ada lambat. Nantikan sajalah saat-saat untuk diri masing-masing… “

21 April 2008

Blog untuk semua...

Kenangan manis bersama Cah di Pantai Kemasik:)

Sayang Selalu

Salam Kasih Sayang buat Insan-insan Tersayang dalam Hidup Soalhati

Alhamdulillah, tadi saya klik macam2..akhirnya saya dapat juga log in blog saya ni. Terima kasih buat Izzah Ulfah yg dah bersusah payah tolong update untuk saya pada entry yang lalu. Agak boring pada malam ni. Sambil saya rest, saya layari blog2 yang saya tak kenali. Akhirnya saya jejaki blog2 para ibu… tak sangka. Ramai rupanya kaum ibu yang suka buat blog. Cerita kisah anak-anak, keluarga, perjalanan hidup sehari2 selaku suri rumah… best plak baca. Terhibur. Lagi best bila dapat baca blog ibu2 yang menetap di luar Negara. Jepun! Hehe. Bukan apa, selalu tengok movie je, kali ni bila baca kisah orang hidup kat sana, rasa seronok plak… tengok2 gambar mereka… Bilalah dapat pergi sana jugak…jom Izzah kita pergi skali! Tapi kena pergi Makkah dulu sebelum nak pergi negara lain….Ameen,moga2 hajat tunaikan haji dan umrah dimakbulkanNYA.



Bila dah dapat posting ni, saya nak wish buat kali ke3 (1-sms, 2- kad, 3-blog) kepada Abah saya yang telahpun meningkat usianya. 50 tahun pada 18 April yang lalu. Selamat Hari Lahir Abah. Tak menjadi plan kami anak beranak nak celebrate birthday abah kat pantai Kerteh, sambil memancing, sambil makan mee mamak, sambil jamu kek… tapi takpelah, abahpun ‘out station’. Jadi lain kalilah kita pergi memancing dan makan sama-sama ye.



Buat seorang lagi sahabat akrabku, Cah! Selamat Hari Lahir juga. Today is your birthday! In harap Cah bahagia, tenang, tabah! Itu saja harapanku….:)

13 March 2008

Macam-macam asam garam hidup

Menemani Wan(nenek) mengundi.

Abang pesan bawak lampu suluh bila nak gi pasar Kemaman.. memang dasyat perang bendera. tapi kalau dah banyak bulan, mesti bertambah terang hehe..

Suasana di Kemaman.

Ni plak di Kemasik. Kampung kelahiranku. Walaupun hujan rintik2, kami tetap keluar mengundi!:)


Demam, batuk, selsema PRU dah pun sembuh. Alhamdulillah. Kuliah juga hampir kebanyakannya dah tamat minggu ini. Cuma tinggal dalam 3 kelas saja lagi minggu depan. Itupun last hari selasa. Hari khamis mauled nabi. Hari jumaat?? Dah start final exam…wawa..takutnya. tak de prerape apepun lagi. Just buat jadual ringkas untuk study saat2 akhir ni. Ish3..teruk sungguh! Tuan-tuan dan puan-puan janganlah contohi aksi ini ye. Alamak, cc dh nak tutup. Nanti sy sambung lagi.

Bersambung kembali…
Esok saya akan pulang ke kampung atok. Di Melaka. Dah lama rasanya tak berjumpa sanak saudara. Ada keduri arwah. Tapi kali ni, saya pulang berseorangan. Naik bas. Biasa balik ngan abah. Abah suruh saya balik dulu memandangkan abah banyak urusan nak diselesaikan. Tak apalah, moga2 Allah lindungi saya yg 1st time naik bas balik Melaka. Walaupun jauh lebih dekat berbanding Terengganu, tapi saya sedikit gusar. Maklumah, tak biasa… nanti sampai sana macam manalah rupa stesen bas tupun saya tak pasti. Tak pernah melihatnya…Mungkin pernah, tapi masa kecik2 dulu.. tawakkal, insyaAllah..

Jumaat depan dah nak final exam, tapi sempat lagi berjalan2 hehe. Tak apalah, ni dikira percutian untuk release tension! Ingat lagi before nak PMR dulu. Abah kata kena makan angin sebab nak relaks kan minda! Dah balik makan angin, rasa segar nak study and hadapi exam hehe.. tapi kali ni betul2 makan angin ke? Apapun, saya kena balik jugak. Terasa hati abah nanti kalau saya cakap tak jadi nak balik. Setiap sesuatu, mesti ada hikmah! Bukan selalu nak dapat peluang macam ni…

Kenangan menghadapi PRU masih segar diingatan. Macam2 perasaan ada. Lucu, sedih, gembira, geram, sakit hati..semuanya bercampur menjadi satu. Yg paling best, saya bejaya mempengaruhi abang saya supaya tidak keluar mengundi akhirnya. Kenapa? Sebab abg saya nak pangkah parti yg saya tak berapa berkenan! Hehe. Mulanya memang kami pergi ke pusat mengundi bersama2. Tapi atas beberapa keadaan, akhirnya saya seorang saja yang mengundi. Lepas tu hantar tok wan plak mengundi kat kampung. Bila dah petang, abg pun dah kepenatan dan tak ada feel nak mengundi hehe. Gumbiranya saya! Mak ngan abah pula mengundi di Kerteh.

Sekalipun undi dikatakan rahsia, tapi saya dengan bangganya menyatakan pilihan saya kepada kaum keluarga dan saudara mara. Pastinya ada yang tak menyangka dengan pilhan saya. Ada juga yang bertanyakan macam2 kenapa parti itu menjadi pilihan. Ada juga yang kata saya ni pura2 je nih… Hah, nilah masanya saya nak berhujah! Tapi saya taklah terlalu nak menegakkan pendirian saya. Sama-sama menghormati pilihan masing2. Lagipun saya bercakap dengan kaum keluarga, saudara mara, jadi mesti guna pendekatan yang bersesuaian. Tidak terlalu tinggi, tidak pula terlalu remeh..

Adakala rasa tercabar juga bila saya seorang je berpihak kepada sesebuah parti manakala yang lain2 menentang. Ni masa on the way nak ke pusat mengundi. Siap pujuk lagi suruh pangkah parti lain. Tapi pendirianku takkan mudah goyah! Hehe… yang sokong saya masa dalam kereta tu, sepupu2 saya yang baru berusia 6, 8 tahun. Mereka kata “undilah PAS.. PAS comel sebab warna hijau..adik suka warna hijau…”. Masa pengumuman keputusan PRU PUN sepupu2 saya ni melompat dalam bilik bila PAS menang. Kelakar betul! Masa saya kecik2 dulu tak ada plak sentimen2 politik macam budak2 ni hehe..

Banyak juga gambar2 yg dirakam. Sampai adik bongsu saya kata “ allah.. hok nipun.. prapp..prapp… dok abih2 amik gambo…nok wak mende tahu..”. “nak sandarkan pada kenangan...”


22 January 2008

Praktikal II

20 JANUARI 2008
Hari ni hari terakhir aku bersama adik-adik di asrama ini. Sayu rasa hati. Dah saat-saat akhir ni, banyak pula adik-adik ni berkongsi cerita. Pengalaman kena tangkap polis, pengalaman bergaduh, bertumbuk, lumba haram, pengalaman kena marah dengan mak ayah, pengalaman lari dari rumah, pengalaman kena hukum di situ dan macam-macam lagi suka duka hidup mereka. Tak sangka juga aku. Sebab aku tengok ada juga yang naik angin bila kawan-kawan dia bercerita punca dia berada di sana. Kisah silam dia. Seboleh-bolehnya sesetengah adik-adik ni tidak suka kami tahu perihal sebenar mereka. Kami tak memaksa, tapi bila dah kawannya terlepas cakap, apa boleh buat. Terus mereka perang mulut...

Sekalipun aku ke sana tak sekerap ahli kumpulan yang lain, tapi aku tetap terasa diperlukan oleh adik-adik ni. Terasa juga hubungan seorang kakak dan adik lelaki. Adik-adik selalu cakap, “kak, bila nak datang lagi?” “kak, nanti datang buat game best-best tau” “kak, nanti kami dah bebas bolehlah kita keluar-keluar makan eh” “kak, bagilah number phone nanti boleh kita boleh telefon akak kalau ada apa-apa..”

Aku turuti saja kehendak adik-adik ni. Dah ada peluang mengenali mereka, apa salahnya kita terus‘jaga’ merekakan. Mungkin mereka sendiri kurang mendapat perhatian ibu bapa atau ahli keluarga yang lain. Jadi bagi aku memang wajar aku terus keep in touch dengan mereka. Supaya mereka tahu dan sedar yang mereka masih ada tempat untuk berkongsi masalah, meluah rasa dan lain-lain.

Aku ada juga bersembang dengan adik-adik yang kembar ni. Sangat akrab hubungan mereka. Sama-sama nakal plak tu. Hari terakhir baru aku dapat ‘korek’ masalah mereka. Rupa-rupanya bukan mereka berdua saja ditangkap, tetapi ada lagi seorang adik mereka di situ. Ya Allah, tiga-tiga beradik sekali masuk sini?!

“ingat tau, nanti dah keluar, jangan masuk-masuk sini lagi..”

“Iyelah kak..saya pun tak nak dah masuk sini.. duk sinipun, walaupun boring, tak boleh buat bising sikit dah kena marah, tapi ok lah..tu lah hukuman untuk kita orang.. masa senyap-senyap tu lah kita orang terfikir masa depan… menyesal jugaklah.. kalau tak masuk sini, rasanya sampai sekarang kita orang balik rumah kul 5 6 pagi..bila mak marah, kita orang lari..”

“Baguslah tu.. biasalah.. kita buat salah sekali, kita jangan ulang lagi.. nanti dah keluar, nak buat apa? Nak belajar?”

“Umur dah 18tahun kak.. nak tolong ayah berniaga je lah..kesian kat ayah…”


16 January 2008

Praktikal






Alhamdulillah, akhirnya Allah pertemukan aku dengan adik-adiIK yang kesemuanya berumur 18 tahun ke bawah ini. Memang aku terasa berat untuk meneruskan misi ini. Bayangkanlah! Setiap kali hujung minggu, Sabtu dan Ahad, kami mesti memperuntukkan masa kami sekurang-kurangnya 6jam sehari untuk community service. 2 hari dah jadi 12 jam. Lecturer nak kami buat 4 kali setiap hujung minggu. So total 48jam! Fuhh… madam..madam.. macam kami ni dah tak ada assignment lain? Huhu. Kesimpulannya, setiap weekend bermula tahun baru ni, aku akan busy. Padahal weekend itulah masa aku nak rest sikit dari dunia akademik ni. Dah macam orang berkerjaya plak. Pergi 8.00pagi, balik 5 petang.

Lecturer bagi pilihan tempat. Disebabkan kumpulan lain terlebih dahulu cop nak buat community service di HUKL, PPUM, HUKM..maka kami terpaksa memilih destinasi lain. Akhirnya kami pilih salah sebuah asrama bertempat di Jabatan Kebajikan Masyarakat. Memandangkan di sini boleh dikatakan ‘penjara’ bagi mereka yang masih mentah, maka berbezalah service yang kami lakukan. Kami bersepakat untuk mengadakan program berbentuk motivasi kepada adik-adik ini. Santai tapi bermakna.

Mereka ditempatkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat ini kerana 2 sebab. Dijatuhi hukuman ataupun direman. Kebanyakan mereka dikurung di sini kerana melakukan jenayah ringan. Contohnya bergaduh, mencuri, membawa benda tajam dan lain-lain lagi. Ada juga 1 kes bunuh. Namun disebabkan umurnya menginjak 19tahun, dia dipindahkan ke penjara. Kiranya aku tak berkesempatan mengenalinya. Salah seorang adik kumpulan aku, melakukan jenayah rogol. Umurnya baru 14tahun.

Seorang lagi adik dari Sabah, 17tahun , non-Muslim. Dia dijatuhi hukuman di Asrama Sentosa kerana mengaku tidak bersalah setelah 3 kali dihadapkan di mahkamah. Dia terlibat dalam satu kes bunuh suatu masa dulu. Apa yang menyedihkan aku, adik ini seolah-olah tidak dapat berfikir sebaiknya. Dia baru sahaja keluar dari hospital bahagia akibat tekanan yang dialaminya. Dia tidak dapat bercakap dengan baik. Namun aku lihat dia cuba memahami dan memberi respon bila aku cuba berinteraksi dengannya. Kesian… sungguh kesian…

Kali pertama aku bertemu adik-adik ini, aku dah naik sebak. Entahlah.. aku terus teringatkan adik-adik aku. Betapa pentingnya kita selaku ahli keluarga untuk mendidik dan mengawasi adik-adik kita yang menginjak remaja. Darah muda.. mereka bisa bertindak diluar kawalan, di luar rasionalnya pemikiran.. ada yang terpengaruh dengan kawan-kawan, tertekan akibat masalah keluarga, masalah kewangan, dan lain-lain lagi.

Dalam kes ni, kita nak bertegas sangatpun, tak elok juga. Bimbang mereka tertekan, memendam rasa, jiwa memberontak… sesekali meletus, kita juga yang menerima akibatnya. Dari kecil lagi ibu bapa khasnya patut mendidik anak soal agamani. Agar mereka membesarkan dengan suasana yang teratur dan terdidik. Paling penting agar mereka mempunyai keimanan kepada Allah. Takut untuk melakukan yang mungkar dan bersegera menunaikan kewajipan kepadaNYA.

Lihat sajalah apa yang terpampang di dada akhbar kini. Setiap hari pasti ada kes jenayah. Semakin hari semakin dasyat, menggerunkan dan memang masyarakat hidup dalam ketakutan. Sekalipun Malaysia dikatakan negara yang aman damai, rakyat berbilang kaum dan bla..bla..bla.. tapi hakikatnya, kita dapat lihat sendiri…

07 January 2008

Bila Bertudung Labuh...

8.35 pagi-6 Januari 2008. Aku menanti kehadiran beberapa orang lagi Group members untuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sementara menunggu, aku hanya mendengar kawan-kawan berbual kosong. Aku diam saja. Mengantuk sungguh pagi tu. Tiba-tiba, lalu seorang muslimah yang bertudung labuh dan berjubah sambil bercakap telefon. Ada lagi beberapa orang sahabatnya yang juga bertudung labuh menunggu di suatu sudut dan sebenarnya….mereka adalah sahabat-sahabat. Tapi aku hanya melemparkan senyuman dari jauh buat mereka. Aku tiada mood untuk bertegur sapa pada pagi itu. Tersentak aku mendengar perbualan kawan-kawan sekelas….

A: Yang pakai tudung labuh macam tu..tak semestinya baik perangai dia… Nampak je macam tu. Entah-entah lagi teruk perangai dia..
B: Eh tak baiklah kau cakap macam tu!
A: Ah, betul apa aku cakap. Tak semestinya baik!
B: Memangla don’t judge a book by its cover..Tapi apa yang kita nampak, luaran dia tu baik, kita anggaplah dia baik.. soal perangai dia baik ke tak, nanti kita dah bergaul, lama-lama, kia tahulah…
A: Ala.. kalau dia konsisten pakai macam tu sampai dia mampus, aku respect arr..
B: Ish!! Tak baik tau kau cakap macam tu…!
A: Betulla aku cakap. Kalau dia konsisten tak pe arr..
B: Ko ingat senang ke nak pakai macam tu.. aku respect kat orang macam ni. Bagi aku dia orang baik-baik. Hati tu nak kena betul-betul…..ish, payah aku nak kata. Tapi aku respect ngan dia orang sebab boleh pakai macam tu.. nak banding ngan aku ni, jauh skali lah… dia orang dah boleh menutup aurat macam tu, kira baik lah tu…
A: (tidak membalas kata-kata si B namun mulut terkumat kamit, membebel sendirian…)

Aku terkedu mendengar ‘perdebatan’ mereka. Aku hanya duduk di sebelah si B. Si A pula hanya selang 2 orang dari tempat duduk ku. Lancang betul mulutnya menutur kata. Kasar. Ish..ish..ish… sedarkah dia bahawa aku yang berada tersangat dekat dengannya juga........

02 January 2008

Diambang Tahun Baru

Di ambang tahun baru, aku menuju ke KLCC. Bila mak dapat tahu, terkejut mak. “Allah… beriyanya awak ni kak in…!

Macam-macam ada
Sampai di sana dalam 1030malam. Menanti bus di dalam kampus juga mengambil masa. LRT juga sesak. Alhamdulillah dapat tempat duduk. Bukan apa, keletihan berprogram sepanjang weekend lepas masih terasa. Seperti yang telah djangka, memang ramai betul manusia. Ya Allah..mana datangnya ni.. tapi kebanyakannya muka indon je aku tengok. Aku and the geng mengatur langkah pantas. Menuju ke masjid Asy-Syakirin. Aku tengok ada ceramah sedang berlangsung. Ustaz Zawawi Yusof je yang aku ingat nama ahli panelnya. Rancak juga,berkobar-kobar ustaz berkongsi ilmu. Dalam kalut begitu, aku sempat tangkap beberapa point yag ustaz cakap.ustaz kata “ kita kalau beli kereta, kita beli separuh tak? Kalau kahwin, ada ke kita cakap saya nak kahwin awak sebelah badan je, lagi sebelah saya tak nak..tak adak kan? Macam Islam juga, tak boleh kita ambil separuh-separuh je untuk diamalkan..”. Betul tu ustaz! Saya sokong 110%!

Ramai juga yang memenuhi masjid. Namun, di luar sana bertembah-tambah ramai. Sesak! Dah macam semut aku tengok. Macam-macam golongan ada. Dari yang kecik, membawa ke tua. Bermacam-macam fesyen, bermacam-macam ragam nak menyamut tahu baru. Yang berkepitnya, berpeluknya, yang pakai ‘seksa’nya, yang minum araknya…ya Allah..mana perasaan malu mereka…anak siapalah ni…macam bangga plak bila mereka dapat buat macam tu!

Kepala mula terasa kebas! Pelik. Rasa macam kembang semacam je kepala ni. Tak tahu nak describe macam mana. Terus rasa nak muntah.. seriously, memang tak tahan dengan lautan manusia begini. Sebab tu kalau pergi shopping pun, aku akan pergi tempat yang tak perlu nak berasak-asak dengan ramai orang. Tenang je..macam Giant Batu Caves.

Kami naik ke tingkat 2 masjid. Terderngar lagu Where is the love-BEP. Eh, lagu tu datang dari mana plak. Sama naik dengan konsert yang diadakan di satu lagi kawasan. Sampai tenggelam suara orang berceramah. Sedih rasa hati… ya Allah… begini rupanya keadaan di ambang tahun baru. Tahun-tahun sudah, aku tak berpeluang mengkuti xpdc dakwah ini. Macam tahun lepas, aku ikut sepupu balik Ampang. Bila nak dekat pukul 12malam, kami sanak saudara pergi atas bukit, tengok bunga api. Lepas tu balik. Macam tu jelah. Tapi tahun ni berbeza sekali. Allah izinkan aku melihat reality masyarakat yang perlu aku hadapi. Yang perlu aku lakukan sesuatu. Apatah lagi aku sendiri major dalam Sociology and Anthropology! Ish..ish..ish..dasyatny.. inilah dunia akhir zaman!

Misi mesti diteruskan!
Aku berkesempatan melihat ustaz Akhil Hayy siap sedia nak buat performance! Waa..nak tengok! Tapi aku datang sini bukan unuk ini semua. Misi bermula di saat ustaz baru nak naik pentas. Huhu..sedih plak tak dapat tengok.

Aku cuba bermanis muka dengan orang-orang yang aku jumpai malam tu. Semestinya mereka melihat kami dengan sedikit pelik. Tanggungjawab kami malam tu ialah mengedar risalah yang berkisar tentang gejala sosial di Malaysia. Kami dinasihatkan agar perempuan approach perempuan dan lelaki approach lelaki. Tapi aku banyak hulurkan risalah pada kaum adam. Bagi aku lebih mudah sebab..entahlah. bila depa tengok perempuan bagi ni, lain sikit responnya. Cepat sikit dia ambil. Kalau perempuan,mesti dia tenung semacam dulu.. lepas aku cakap “ni free je..ambillah…” baru depa ambil. Hajat aku malam tu, biarlah tak dapat nak bercakap panjang, asalkan aku dapat bagi risalah ni sehingga habis pun sudah cukup.
Alhamdulillah, aku berjaya edarkan semua risalah yang ada di tangan. Mencabar juga bagi aku untuk hanya memberikan sehelai kertas A4 itu. Tapi aku tawakal kepada Allah. Niat kita baik, pasti Allah tolong kita. Cuma, biasalah. Bila kita nak buat baik, pasti ada cabaranya. Kena ngorat sikit-sikit, kena perli, dan lain-lain lagi. Tapi bila kami terserempak dengan orang yang tengah bergduh, siap bertumbuk, terus aku bagitau muslimin supaya kita berpatah balik ke masjid. Lagipun waktu tu dah 11.30malam. kami ni Cinderella. Mesti pulang ke kampus sebelum 12 malam. Tapi aku dah dapat agak,mana sempat! Kami tawakal lagi…

Tak jumpa jalan pulang
Jam menunjukkan lagi 7 minit untuk rakyat Malaysia melaungkan happy new year! Dek kerana terlalu sesak, kami tak jumpa laluan pulang ke stesen LRT. Akhirnya aku tanya seorang polis yang sedang bertugas. Itupun kami tersilap laluan juga. Akhirnya aku masih berlegar-legar disana sehinggalah detik 12malam. Padan muka! Detik hati ku bila melihat ramai orang berlari-lari mencari dari mana sebenarnya datang bunga api tu. Mungkin depa ingat depa boleh nampak. Padahal dengar bunyi je bila duduk area situ. Semua berkejar-kejaran mencari bunga api. Uish, dah mengalahkan perhimpunan BERSIH! Macam rusuhan plak!!! Ee..menakutkan…pening..serabut…geli…menyampah…semua ada!

Akhirnya aku tiba di kampus dalam jam 1 pagi. Pak guard juga banyak bersoal jawab, tapi pandai-pandailah membuat helah. Sempat aku mengucapkan Selamat Tahun Baru buat pak guard. Penatnya. Bajupun dah lembap sebab meredah hujan. Syukur kerana tak ada perkara yang tak diingini berlaku sepanjang xpdc tuA. Alhamdulillah.. Demikianlah kisah aku ‘menyambut’ tahun 2008.

23 November 2007

Usah dipaksa

Ini kisah salah seorang pekerja mak aku. “Lina” (bukan nama sebenar) hehe.macam dia buat kesalahan besar aje. Katanya jumaat ni mak dia akan datang ambil dia pulang. Sebab? Mak dia suruh dia kahwin dengan seorang pemuda kampong yang baru sekali Lina memandang wajahnya. Lina tak nak kahwin. Katanya dia belum bersedia. Bergenang air mata Lina saat aku bertanyakan perkhabaran kahwinnya itu. Dia terus mengadu. Katanya dia ak mahu kahwin, tapi mak yang suruh…
Bayangkanlah, Lina yang mak aku ambil sebagai anak angkat, dulunya tak kenal huruf, langsung tak tahu membaca, apatah lagi mengeja. Mengirapun tak tahu. Penampilan dirinya juga tak terurus. Tapi, hari demi hari, dia bekerja dengan mak, dia semakin improve. Sangat berlainan berbanding Lina yang dulu. Dia sudah menjadi Lina yang sudah pandai mengeja sedikit2, membaca sedikit2 dan mengira. Alhamdulillah… Lina sekarang sudah ada keyakinan diri!
Tapi itu saja belum cukup. Lina perlu berfikiran matang. Lina perlu bijak dalam membuat keputusan. Jangan hanya ibarat lembu yang ditusuk hidung…
Bukanlah aku nak menyalahkan ibu bapa Lina. Tapi berpada-padalah dalam mencari kesenangan. Jangan kerana derita kesusahan yang dialami, anak hendak disegerakan nikah agar dapat wang yang sewajarnya…astarghfirullah…. Sekarang Lina masih belum membuat sebarang keputusan. Mak aku tidak menghalang. Malah mak fikir, mungkin sudah sampai masanya untuk mak melepaskannya pergi. Tak sangka begitu cepat masanya tiba.
Aku pesan pada Lina, bincanglah dengan maknya baik-baik. Beritahu kehendak Lina yang sebenar. Kahwin ni hal besar. Setakat tu saja ayat aku pada Lina. Tak mahu Lina menangis panjang. Sebab waktu tu, office hour. Lina pun sibuk menghantar makanan yang dipesan pelanggan.

.I ♥ Khat.





Grab A Button