CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »


Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

.Tetamu Istimewa.

16 May 2014

Rindu sungguh

Ya Allah..
Rindu sungguh pada adikku yang tersayang Muhammad Fakhrullah bin Kamaludin..
Ya Allah
Semoga allahyarham baik2 saja disisiMu.
Moga rohnya bersama hamba2Mu yang beriman

Aku sangat rindu padanya.. hari hari aku terkenangkannya
Kucuba untuk tidak terlalu melayan perasaan
Bimbang mengundang kesedihan yang panjang dan seolah2 aku tidak redha dan pasrah dengan kehendak Tuhan...

Pemergiannya satu kehilangan yang besar buat diriku...
Kerana aku paling rapat dengannya berbanding adik beradik dan ahli keluarga yang lain....

Qul...... :'(

03 April 2014

Sepetang exercise dengan anakanda

Assalamualaikum.


Semalam encik suami buat surprise balik awal. Seronok! Cuma kureng sikit sebab kita tengah kusut masai, hapak, berdebu..semua ada..hehe. Memang macam bibiklah. Masa balik tu tengah bersih habuk bilik tetamu. Sangat banyak! Macam hari-hari kena lap habuk. Oh tidak berdaya nak buat hari-hari.. Encik abang ada training semalam jadi dia dapat pulang awal. Biasanya maghrib juga baru sampai rumah. Jadi petang semalam tanya encik abang nak rejat tak..dia kata nak exercise. Dengan pantas aku ajak exercise sambil bawa Amjad jalan-jalan macam Kevin Zahari tu buat dekat anak dia..hehe...bukan senang nak dapat peluang jalan-jalan taman dengan abah petang weekdays ni...






Nampak indah kan........sebenarnya sekejap je kami di playground tu. Nyamuk banyak! Ish ish ish..memang membahayakan kesihatan..kami teruskan exercise di tempat lain..trauma dah ibu tengok nyamuk ni...teringat Amjad kena demam denggi hari tu..oh..nauzubillahiminzalik..moga dijauhkan..aameen

13 November 2013

Anakanda 10 bulan

Assalamualaikum..
Tak dapat nak lelapkan mata malam ni.sebabnya tadi dah terlena sekejap.. Amjad masih ralit bermain..sungguh aktif. Ibu mengantuk sangat.. Abah pergi meeting. Terlena ibu..terjaga pukul 115am, nampak Amjad lena di sebelah ibu tetapi kedudukannya bukan seperti selalu...ni mesti terlena sendiri ni..entah..akibat ibumu terlelap dahulu..huhu... Dengar abahpun baru balik..dah siap2 nak tidur dah pun..ya Allah lena betul ibu tidur.. Sampaikan abah balik pun ibu tak sedar..

Alhamdulillah anakanda sekarang sudah masuk 10 bulan masa 4 November baru-baru ni. Nak kongsi perkembangan anakanda sejak awal 10 bulan ni..

* pandai sayang (cium dengan sesungguhnya..habis air liur tu jadi scrub kat muka kita hehe).
* pandai good bye..dengan kuatnya lambaian itu dan diiringi dengan sengihan menggoda..
* pandai duduk sendiri..tapi ibu tetap make sure sekelilingnya lembut..sebab kadang2 boleh terlentang tetiba aje.
* pandai panjat dan usaha nak berdiri..skip merangkak...tapi selalu juga nampak dia angkat tubuh tapi tak merangkak..nak buat push up agaknya
* pandai cari ibu kat master bedroom..yang ni tak sangka sungguh..dia cari sampai pintu toilet!
* pandai minum guna sippy cup dan straw

Banyak juga perkembangan mendadak Amjaf since dia masuk 9 bulan hari tu..masuk 10 bulan ni macam dia jadi lagi expert lah hasil dari siri-siri latihan ketenteraan yang dia amalkan sendiri hehe.. Ada kemahiran2 di atas yang dia dah mahir.sejak 7/8 bulan.. Tapi ni ibu baru ada mood nak berblog semula:))

Ok..got to go..semoga Allah pelihara kita semua.. Masih menangis hari-hati saat terkenangkan allahyarham Fequl....adikku tercinta..tapi aku dah tak kongsi di FB..mak sudah aktif fb kembali..aku bimbang mak akan kembali sedih..walaupun aku tahu sememangnya mak masih dan akan sedih selalu teringatkan arwah...

23 August 2013

1 syawal 1434H

Ya Allah,
Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Kau ampunkanlah segala dosa adikku 
Muhammad Fakhrullah bin Kamaludin
Kau tempatkanlah dia dikalangan hamba-hambaMU yang beriman
Kau jadikanlah alam barzakhnya salah satu syurgaMU ya Allah
Rahmatilah dia..
Bahagiakanlah dia..
Kasihanilah dia..
Dia sangat baik ya Allah..
Dia sangat baik ya Allah..
Ya Allah, Engkau Maha Pengampun..
Engkau yang Maha Mendengar..
Terimalah doa-doa kami ya Allah...


Pusara adik berdekatan dengan pusara datuk sebelah mak yang kami panggil 'ayoh'


21 August 2013

Lebaran 2013 | 1434H

Aku abadikan kenangan Aidilfitri tahun ini.. sedikit lewat..memerlukan kekuatan untuk update semula blog ni. Setelah pelbagai naik turun kehidupan yang aku lalui.. Alhamdulillah, diizinkan Allah untuk mengikut suami training di Miri ni, jadi bolehlah update blog dengan laju dan upload banyak sikit gambar.. rumah di KL ada masalah line sikit..itu yang ambil masa sangat kalau nak update...

Aidilfitri macam biasa,kami sambut penuh sederhana..tahun ni, lagilah sederhana..tapi kami tak ikutkan sangat rasa pilu dan sedih dengan pemergian adik tersayang...Fequl..ke rahmatullah 31 march lalu.. aku tahu,pasti ibuku..adik beradikku..ahli keluargaku..menangis dalam diam.. tidak terang-terangan... aidilfitri tetap dirai..Namun ingatan pada Fequl tak pernah pudar..dalam ketawa, ada sendu di sudut hati...hidup mesti diteruskan.. Aku kagum dengan kekuatan yang Allah anugerahkan pada ibuku...Aaku juga tak sangka ibu dapat kekuatan untuk meneruskan hidup setelah apa yang berlaku dengan agak pantas.. aku tahu..mak sembunyikan rasa hati yang sebenarnya.. tak mengapa mak..'Ain tahu mak sangat kuat dan cekal.. sebab tu Allah uji mak sebegini..macam-macam dugaan mak..mak memang hebat





























Sehari di Brunei Darussalam

Alhamdulilllah Ahad lepas kami berpeluang ke Brunei. Syukur..Allah berikan rezeki untuk bermusafir..sangat suka walaupun sedikit penat.. hehe.. sebenarnya hubby ada training di Miri selama seminggu..eh, 5 hari sebenarnya. tapi kami ambil peluang ni untuk jalan-jalan sekali. Makan minum hubby, syarikatlah tanggung..jadi hubby kena tanggung makan minum aku dengan Amjadlah:) 

Kami naik flight dari KLIA jam 9.05malam. flight berlepas dalam 925..sampai Airport Miri jam 1125.  2 jam perjalanan. Aku syukur sangat Amjad tak meragam dalam flight. Ini 1st time buatnya:) Segala tips2 naik flight bersama baby aku dah study sebelum tiba hari nak berlepas ni hehe. Alhamdulillah, everything run smoothly. Masuk2 flight je Amjad nak 'bak'..aku terus susukan dan dodoi2 bagi dia tidur..teruslah Amjad tidur sampai 1jam setengah..ada lah bangun2 nak bak tu, cepat2 sumbat hahaha.. Aku nervous sikit sebab seat husband kat lain..nun di depan sana. seat kami berbeza sebab ticket hubby office yang book.. kami punya abang book online sendiri.. tu yang lain-lain seat. Dah request nak seat lain masa dekat KL Central, tapikatanya seat yang kosong seat kecemasan, tak sesuai kalau ada baby.. aku redha jelah. InshaAllah ok..lagipun 2 jam je..itupun syukur dah sebab asal-asalnya, flight hubby pun time lain...hehe. Akhirnya dapat flight sama sebab ada orang lain yang cancel fligh kot..itu yang mula2 study bagai tu..sebab ingat kena handle sorang2 :)

Sampai Miri, kawan abang datang ambil dan bawa kami bermalam di rumahnya. TQSM Akram dan Akma:) Esok pagi, dalam pukul 8 lebih dah siap-siap nak jalan-jalan cari sarapan..sayangnya kedai mee jawa yang abang teringin sangat nak pergi tu tutup..mungkin sebab hari raya lagi kot..pusing punya pusing, kami makan di kedai roti canai..oklah, buat alas perut.. Lepas tu kawan abang bagi kami pinjam keretanya untuk ke Brunei...Alhamdulillah, jimat dah tak perlu sewa kereta hehehe... dalam pukul 10 kami bertolak ke Brunei dengan sendirinya..tanpa peta, tanpa gps, tanpa internet dan google2 tempat...follow our clever je :P

(alamak, sakit perut sangat plak...inshaAllah nanti sambung lagi cerita jalan-jalan sehari di Brunei ni yep)








































.I ♥ Khat.





Grab A Button