CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

29 May 2008

SOCA UIAM-SEKOLAH HENRY GURNEY

group member aku...


sempat singgah di Bandar Hilir Melaka, tapi 15minit je!

“Ala kak.. saya buat bukan sebab saya terdesak nak duitpun. Saja suka-suka..boring, lepas tu pergilah buat kerja tu.. buat ramai-ramai..plan dululah sebelum buat tu.. kita nak buat apa-apapun mesti ada perancangan kan kak.. ….Saya dah kena buang sekolah time tu. Dah pergi sekolah pun 2 3 kali je sebulan, mana tak kena buang. Lepas tu saya enjoylah buat benda tu.. Nampak je orang withdraw duit, kitorang serang… ada orang park kereta tak lock, kitorang curi.. macam tu arr… banyak kali dah buat… buatpun denga orang-orang dewasa.. saya je yang muda sekali…”

“Saya kes rogol…”

“Saya sebab kes samun… macam-macamlah.selalu samun motor…”

“Saya sebab dadah… menagih dadah.. bagi saya, bukan sebab kawan-kawanpun, memang saya yang nak. Sebab kalau kawan-kawan tak de pun, saya buat jugak. Memang awal-awal masuk sini, tak tahan kak… tapi tak boleh buat apa arr… keluar ni nanti tak tahulah camana.. memang payah arr nak control.. ni pun ingat-ingat lagi…”

“Saya kes pecah masuk rumah.. tu lah kali pertama saya buat. Tapi kali pertama tulah saya kena tangkap.…nasib..nasib..”

“Saya kes macam-macam kak.. tapi memang teruk arr saya..samun, cari gaduh…kes ‘sedap’…”

Itulah serba sedikit respon adik-adik di Sekolah Henry Gurney, Melaka. Alhamdulillah, misi untuk ke sana telah berjalan dengan baik dan lancar. Mulanya hanya seorang yang sangat responsif. Walaupun aku ajukan soalan tu pada adik yang lain, tapi dialah yang selalu menjawab soalan-soalan yang diutarakan.. sukar juga aku nak stabilkan keadaan ni.

Mungkin adik-adik yang lain perlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan aku.
“Sorry arr kak, bukan tak nak ckap..tapi dah lama tak jumpa pompuan, dah tak tahu nak start macam mana…”

“A’a la kak..dah srew dah otak ni…kat sini manalah jumpa pompuan..asyik-asyik jumpa sarjan je…”

Macam-macamlah adik-adik ni. Tapi Alhamdulillah, selepas zohor, kami main beberapa games, kemudian baru kami teruskan lagi dengan slot motivasi dan akademik. aku dan Lisa dipertanggungjawabkan untuk lead 6 orang pelajar tu. Kumpulan kami semuanya Muslim. Jadi agak mudah untuk selit-selitkan tazkirah dan kaikan dengan pegangan kita.. adik-adik ni pun dah mula nak berkongsi. Sampai kena ambil turn nak bercakap.

Selaku researcher, aku mesti patuhi beberapa etika semasa membuat field research. Aku tak boleh bertanyakan soalaN-soalan yang terlalu sensitive. Kalau nak tanya kes-kes merekapun, mesti kena dengan caranya. Bagi masa untuk mereka build kepercayaan terhadap diri kita. Buat mereka rasa selesa untuk berkogsi dengan kita. Jangan mudah menghukum, menegur atau membuat mimik muka yang tak sepatutnya jika kita mendengar cerita-cerita yang agak asing bagi kita. Contohnya, kes rogol seorang adik grup aku. Serba salah dibuatnya. Sarjanpun dah pesan sebelum masuk kawasan tu, jangan sembang sangat kalau kes “sedap”.. takut nanti, jadi lain plak. Kamipun faham-fahamlah.

Tapi hati aku sayu betul bila melihat wajah-wajah adik-adik ni. Handsome tu, lain kiralah hehe. Tapi memang Nampak muka nak berubah, sedih, rindukan keluarga, rindukan kebebasan! Ada yang kata dia bersyukur sangat sebab masuk sekolah tu.

“kalau sebelum ni saya tak solat, masuk sini, masuk waktu, saya solat.. kalau kat luar, mak ayah cakap, saya tak dengar, saya lawan.. tapi dalam ni. Apa saja die orang suruh, saya ikut…senang je saya ikut… hati saya macam lembut plak…”

“saya kak, syukur gak lah masuk sini. Kalau tak, memang tak macam orang ah… mak ayah datang lawat sayapun, gembira.. sebab tengok saya dah jadi orang… ‘baru Nampak muka anak aku’ mak saya cakap…”.

Saya, adik beradik saya semua cerdik-cerdik, masuk U. tapi saya je yang macam ni… tapi saya rasa syukur sebab kat sinipun, macam-macam kemahiran saya belajar.. boleh saya gunabila keluar nanti..”

Etika lain, aku tak boleh terlalu emosional. Masa dengar keluhan adik-adik tu, rasa nak nangis pun ada. Aku terbayang kehidupan sehari-hari adik-adik ni. Diditakdirkan masuk sekolah ni.. macam mana layanan pihak penjara..ish, teruk..dasyat…dengar cerita saja dah rasa sedih! Belum tengok lagi adik-adik ni kena seksa. Tapi, tulah tarbiyah untuk mereka. Mereka memang tak boleh diberi layanan yang baik. Mesti dipaksa, mesti dimaki, mesti di rotan, mesti dipukul. Buat baik dalam tu pun, tak ada orang pandang. Buat jahat, teruklah kena denda! Tapi bagi adik-adik ni, tulah yang patut kami terima kata mereka. Kalau tak, kami tak sedar. Kami tension, kami geram, tapi tu lah yang mendidik jiwa kami…

Sebelum berangkat pulang, aku sempat bertanyakan perancangan selepas habis hukuman dan harapan mereka terhadap kehidupan selepas ni. Alhamdulillah, semuanya positif dan mahu menebus kesalahan lalu. Ya, tak salah untuk kita terus mengimpikan pelbagai perkara, tapi pastikan ia menjadi reality ya adik-adik… semoga kita jumpa lagi dan adik-adik terus diberi kekuatan oleh Allah untuk menghadapi cabaran yang lebih besar diluar sana.. yang menuntut kecekalan, kesabaran dan keimanan yang utuh padaNYA. MASA UNTUK BERUBAH!

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button