CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

30 May 2008

EXHIBITION DEVIANT BEHAVIOR

Alhamdulillah, pameran untuk kelas Deviant Behaviour sudah selesai. Di sini aku paparkan sedikit laporan sepanjang pameran itu berlangsung:)


Ini adalah contoh-contoh kes yang dipilh oleh grup masing-masing. Ada kes dadah, kes dera isteri(dera suami tak ada sebab hanya seorang je lelaki kelas aku, itupun pelajar antarabangsa hehe jadi dia kena ikut majority sister lah nak pilih topic apa), kes pembunuhan, homoseksual dan penyakit mental.


Kami ditugaskan untuk mencari makna disebalik setiap deviant behavior yang kami pilih, contoh case study, statistic, cause and effect, history, kaitan kes yang dipilih dengan keadaan sosial masayarakat di Malaysia dan paling penting, apa pandangan dari segi Islam tentang kes-kes yang dipilih.

Grup aku, kami pilih homoseksual. Kenapa?akupun tak pasti kenapa mereka ni berminat sangat nak study kes ni hehe. Generallay, homoseksual bermaksud erotic, sexual and usually genital relationship antara 2 insan yag mempunyai jantina yang sama. Jika lelaki sesame lelaki, kita panggil ‘gay’. Perkataan gay ni digunakan sebagai kata nama yang bermaksud ‘homosexual man’ semenjak 1970-an lagi. Jika perempuan sesama perempuan plak kita panggil lesbian.semestinya, kita semua maklum yang Allah melaknat golongan seperti ini. Seperti yang tersurat di dalam Al-Quran, surah 7 ayat 80-84, surah 26 ayat 159. Kawan-kawan bolehlah rujuk sendiri ye.

Prophet Muhammad s.a.w also said,
“Doomed by God hwo does what Lot’s people did”


“No man should look at the private parts of another man, and no woman should look at the private part of other woman.”


Sepanjang perbentangan tadi, banyak dibincangkan mengapa seseorang tu menjadi homoseksual. Setakat ini, memang tiada fakta saintifik yang mengatakan homoseksual berlaku atas factor genetik. Kebanyakannya disebabkan konflik diri( confuse of sexuality), hubungan ibu bapa dan anak-anak, didikan agama yang kurang, keadaan sosial masyarakat dan media massa. Semestinya bagi western people, sesetengahnya menganggap homoseksual suatu perkara yang biasa. malah mereka rasa bangga dan mahu masyarakat meghormati mereka. Kalau selebriti tu, tak ada masalah untuk mengaku gay atau lesbian. Sebab mereka kata mereka tidak menyusahkan orang lain. Mereka ada kekayaan, mereka ada nama, jadi itu hak mereka untuk berbuat apa saja..

Di Malaysia sendiri, sudah wujud club gay, club lesbian. Kalau yang perempuan ni masuk club gay, pakai seksi macam manapun, sorangpun tak pandang. Sebabnya? Tak ada daya tarikan terhadap mereka yang berlawanan jantina ni… apa nak jadi dengan masyarakat kita hari ni? Sedangkan di IPT sendiripun memang terdapat hubungan sejenis ni. Mereka bukan setakat rapat, sentiasa meluangkan masa bersama, tapi melakukan hubungan terlarang tu sekali. Innalillah…


Ni sessi yang paling mendebarkanlah bagi kami. Khususnya diri sediri. Sebab? Ya, aku kurang prepare untuk menjawab soalan-soalan yang mungkin ditanya oleh madam. Pagi ni juga aku sangat mengantuk! Keletihan membuat research di Melaka semalampun belum hilang lagi…. Mata aku sepet je…Case study yang aku buatpun, aku hanya baca sepintas lalu. Tapi Alhamdulillah, ada term-term yang aku tak check dalam kamus, madam tolong translate dan aku elaborate lepas tu. Huhu... teruk betul.. Tq madam Aisah Areff. Dr.Pute Rahimah(berbaju hijau), selaku Head Department of Sociology And Anthropology turut diundang untuk menjadi pengadil. Tq madam Pute.



Tahniah buat grup member aku sebab dah buat sehabis baik untuk tugasan kali ni. Aku banyak terhutang budi pada mereka. Terima kasih kerana memahami situasi aku yang ambil 2 subjek sem 3 ni. Kedua-duanya memerlukan aku untuk membuat field research. Kebetulan kena buat pada waktu yang sama. Kalau individual task, aku rasa tak kemanalah aku… tunggang langgang jadinya. Thank you so much!


Thanks Allah!

5 comments:

Hafiz said...

sukar juga kalau nak buat kajian mengenai topik macam ni. Topik ni dianggap 'taboo' di kalangan rakyat Malaysia...

hAiRiL/spiderman_pink said...

tapi gay juga bermakna happy tau :D

SoalHati said...

hairil,
happy?baru tahu..bahay tu...hehe

hafiz,
memang susah. tu belum buat field research, kalau tak mencabar jugak nak kena interview depa...:/

hAiRiL/spiderman_pink said...

Main Entry: gay
Pronunciation: \ˈgā\
Function: adjective
Etymology: Middle English, from Anglo-French gai, of Germanic origin; akin to Old High German gāhi quick, sudden
Date: 14th century

1 a: happily excited : merry (in a gay mood) b: keenly alive and exuberant : having or inducing high spirits (a bird's gay spring song)
2 a: bright, lively (gay sunny meadows) b: brilliant in color

3: given to social pleasures; also : licentious
4 a: homosexual (gay men) b: of, relating to, or used by homosexuals (the gay rights movement) (a gay bar)

memang dalam kamus pun. kata berbilang makna. jadi kalau ada orang kata "let's all be gay" jangan plak terkejut ingat dia suruh semua orang jadi gay. dia suruh orang semua gembira tu. lainlah kalau dia memang nak semua orang jadi gay huhu

SoalHati said...

ooo...i hope u r gay today... haha,gurau jek!
thanx Hairil atas penerangan..sy buat part case study n statistic je. sampai tak peduli the real definition;)


.I ♥ Khat.





Grab A Button