CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

Showing posts with label ramadhan kareem. Show all posts
Showing posts with label ramadhan kareem. Show all posts

14 August 2012

Kurang bertenaga

Assalamualaikum.

Hari ni 25 Ramadhan.. selalunya aku tak kirapun, tapi bila masuk 10hari terakhir aku start kira.. Tambah pula sekarang ni badan aku lemah semacam.. sahur kurang selera nak telan nasi. Tapi paksa juga sebab takut tak bertenaga.. InshaAllah dengan keberkatan bersahur, aku mampu berpuasa..

2 3 hari ni, cepat sangat pedih perut..loya..pening..muntah.. all in one. Ya Allah, sabar banyak-banyak.. kadang termenangis juga.. bukanlah manja, tapi sekadar nak melepaskan perasaan.. selalu aku mudah menangis dibahu suamiku. Huhuhu~ tapi legalah lepas tu. Alhamdulillah.. Masa dalam kereta, ada lah 2 3 kali insiden termuntah.. Ada sekali mujur sempat turun kereta.. Muntah dengan banyaknya.. Suamiku mengurut2 belakangku.. Masa tu jugalah nak menangis lagi..sakit.. terharu..semua ada..huhu~ Kalau boleh nak sangat jadi kebal..tak mudah menangis..Takut juga kalau anak nanti suka nangis. Orang kata anak ikut perangai ibu masa pregnant.. Tapi bila aku menangis tu, aku pesanlah kat anak, aku gosok-gosok perut sambil kata "anak, ibu nangis sebab nak lepaskan sikit perasaan ni..jangan ikut ye..anak be tough ye..". Lately juga masalah-masalah kritikal banyak melanda diriku dan insan sekeliling..Lagilah aku rasa down dan tertekan.. masa tu juga aku selalu pesan pada baby.. Jangan ikut perangai ibu yang terpaksa 'emosi' beberapa ketika.. Ujian sungguh akhir-akhir ini.. tapi kuyakin, pasti ada hikmahNYA..walau pahit untuk diterima, tapi mesti pasrah dan redha dengan ujian Tuhan..

Oh ya, tak habis lagi rasa terharuku dengan suamiku.. Baru ni aku muntah-muntah lagi sebelum bertolak pergi kerja. Aku taks empat nak bersihkan sebab dah terlewat.. aku pesan pada suami, nanti aku bersihkan, sekali suami cakap "abang dah bersihkan dah..." Ya Allah, terharu sangat rasa...malupun ada..tapi terharu mengatasi.. Suami bersihkan muntahku...huhuhhu~ Terima kasih Allah atas nikmat pinjamanMU ini.. (T-T)

Okeylah, sekian saja daku menceritakan soal terharu ku..hehe~ Ni ada anak murid tak mahu masuk transit pula. Tak pasal-pasal diangkutnya segala beg masuk kelas teacher 'Ain..Padahal teacher 'Ain lately garanglah juga dan tak berapa melayan karenah anak murid..huhu~ 

Ok, selamat meneruskan ibadah dibulan ramadhan..Ramadhan sudah dipenghujung, moga kita tidak menjadi orang yang menyesal. Rebutlah peluang ini.. Aameen..


10 August 2011

9 Ramadhan 1432H

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dah 9 hari kita semua umat Islam berpuasa. Alhamdulillah juga puasa tahun ni aku rasa tak lah selemah puasa2 tahun sudah. Kalau sebelum ni masalah utama aku, gastrik. Sampai nak muntah2. Tapi tahun ni, alhamdulillah, segar bugar..alhamdulillah. Cuma banyak dugaan mengantuk masa kat school..Selalu juga minta tolong anak murid picitkan huhu teruk betul teacher 'Ain ni... tapi picit sikit2 je pun..hehe

Hari ni dalam hati sangat happy. aku masak untuk berbuka sekeluarga. Masak simple je, spageti. Ada dua jenis kuah/sos. 1 yang perisa original tu, satu lagi yang cream sauce. Aku suka yang cream sauce ni sebab rasa mushroom.. tapi family semua suka yang ori tu..rasa ketimuran sikit.. hehe tak tahulah kat mana ketimuran spageti tu:P Mungkin sebab dah dimasak pedas2 dan bahan2 plak yang selalu makan je:)) Gambar? Dah makan semua bau teringat huhu. Tapi snap lah juga baki2 kuah yang tinggal. Semua dalam handset abang dan mak. Handset aku dah rosak! Sangat sedih... nak beli yang baru, macam kena tangguhkan dulu je keperluan ni. Nak raya ni..banyak lagi keperluan lain yang perlu diutamakan. For the time being, guna jelah sony ericson yang dah masuk tahun ke4 tu:)) Sangat berjasa walaupun buruk :P

Semalam plak satu family berbuka kat kemaman. Kedai tutup 2 hari dah ni sebab pekerja mak ada yang ke KL.. Jadi memang tak dapat buka kedailah kalau tenaga pekerja tak mencukupi. Kelakar sangat mak aku nak ajak berbuka kat restoren tapi siap bawa ayam berempah dengan ikan pari bakar. Over tak? Hehe apapun, sangat sedap!! Actually memang sebelumni pun macam tu. ada je lah bekal kalau nak berbuka kat kedai..bukan apa, stanby kalau kedai lambat hidang dan...........kalau masakan ka kedai tu tak berapa menepati selera hahaha~ Bukan kedekut okey!! :P Berjimat, mungkin:)) Lepas makan tu, terus menuju ke masjid yang memang setentang dengan kedai makan tu. Then terus cari baju raya sehelai dua dekat CP.. aku sempat beli jubah sehelai, tudung sehelai, sejadah. Tu je. InshaAllah nanti nak cari sehelai lagi jubah.. sebab jubah yang aku beli utk raya tu..warna putih..Warna putih ni bukanlah pakai selalu kan..So kena stanby another one:)) Terhad juga masa duk pilih kat CP tu..banyak fesyen lama je.. huhu. yang baru plak size tiada..yang ada terlalu keil dan terlalu besar plak..huhu :(

Oh ya tadi bukan masak spageti saja...hehe. Sempat juga buat puding gula hangus tapi letak roti yang dipotong dadu.So panggil apa ye? Puding roti karemel ke?? Entahla..hehe. Alhamdulillah, masakan hari ni semua kata sedap  (lega!) hehe~ Selalu kalau tak sedap memang kena sound direct je especially from master chef Norma hehe.. Air plak buat sirap laici aje.. Oklah, duk cerita makan je dari tadi nih...tapi sesungguhya, ku tak berapa makan kalau aku masak...Nak juga masakan mak! Huhuhuh makan sikit je tadi...

Ok, nak beradu dah.Nak bangkit awal, inshaAllah... Kawan2 pun time sahur nanti sama-samalah kita ambil kesempatan masa utuk solat tahajud, solat taubat, solat hajat, mengaji dan solat sunat subuh sementara menantikn azan subuh berkumandang:)) Better tak tidurlah lepas sahur..takut terlajak perahu hehe~ Ok, see you all again:)

Uppppsssss!! Ada satu lagi lah... semalam juga kami kidnap Esya kejap haha. Sebenarnya plan memang pergi kemaman dan ambil Esya and her mom. Tapi kebetulan plak mama esya kena masak untuk family belah sana sebab mak dan kakaknya tak sihat.. So kami dengan penuh hikmahnya cakap nak bawa esya jelah.. kesian kak Ira gaduh2 nak masak lagi, nak siap2 ikut kami lagi..Jampun dah 6.30 masa tu. Betapa 'gumbiranya' esya bila kami ajak dia keluar.. Sampai menangis2 bila mama dia nak ikatkan rambut dia. Dia tak nak dah..nak pergi terus! Hehe kelakar sangat esya nih...bagi pakai selipar biasa, tak nak.. dibuangnya. Terus berlari pegi pakai selipar/terompah tinggi dia.. ya Allah..kecil2 dah suka sangat pakai high heels ni! Siap lari2 & joget2 hahaha..

Seronok sangat jalan2 bila ada esya. Cuma satu jelah, aku memang tak boleh fokus shopping. Rasa nak main dengan esya je sepanjang masa bersama tu..huhu... Sekarang ni pun dah susah nak jumpa esya selalu.nenda dia sebelah sana kurag sihat. jadi mama papa esya banyak duk sanalah..jaga nenek. kami di sini rindu-rinduan lah sikit..tapi tak mengapalah, itulh pengorbanankan.. semoga Mak kak ira cepat sembuh. Aameen~

Bila dah nak balik tu, papa mama esya datang ambil dia kat bandar..Bila kereta kelisa lalu je depan esya..terus dia cakap "mamma......." "pappa...." syahdu sangat masa tu. Sampai aku bergenang air mata! HAHAHA entah apa2 duk bergenang air mata kes macam tu! :PTerharu kot sebab esya dah pandai cakap and kenal papa mama walaupun nampak kereta je dulu:)) Lepas tu tak pas lagi esya kat mama dia.. mama papa dia follow kami pergi kedai lain plak..Sepanjang masa tu esya duk sebut "mamma.. mamma..mamma.." tapi tak menangis.. cuma macam tercari-cari jugalah sebab tadi dia dah nampak mama dia.. hehe lagi aku bergenang masa ni HAHAHAHAHA

06 August 2011

4 Ramadhan 1432H

Assalamualaikum wbt. :: 4 Ramadhan >>

Kawan2 semua ok ke setakat ni puasa? Sahur tak? Jangan tinggal sahur tau..keberkatan ada di situ. Sahur bukanlah bermakna makan banyak sampai kenyang:) Tapi sahur tu menjamah makanan, niat untuk berpuasa esok harinya.. Jadi kalau sesiapa yang tak larat nak bangun sahur, stanby aje air masak & kurma kat tepi katil.. Bangun terus minum air & jamah kurma sikit:) hehe~ Tapi aku memang tak bolehla..mesti nak nasi jugak. Kalau tak sahur dengan nasi, alamatnya esok tu menyanyi-nyanyilah perutku ini. Siap dengan lagu rock lagi huhu..

Ramadhan ni, aku dah stop tuition buat sementara waktu. Lepas raya on balik:) yelah, ramadhan ni semestinya kita semua nak merebut peluang-peluang hebat yang Allah sediakan buat kita. Rugilah kalau tak grab it kan! Jadi malam2 tu tak mahu dah ajar tuition...nak pergi terawih...Terawih datang setahun sekali je. Parent budak2 ni pun mesti nak pergi terawih juga kan. Jadi, kita hold lah dulu tuition kesayangan kita;)

*******

Catatan di atas di type petang tadi.masa kat sekolah:) Sambil2 anak murid yang tak puasa menikmai bubur ayam teacher pun online jap. Huhu bubur ayam benar2 menusuk kalbu.  Oh ya pasal tuition tu, nampaknya kena buat juga bulan puasa ni. Tapi weekend, dalam 2-3pm. Baru petang tadi ada 1 of the parent yang mohon aku buat juga tuition before anaknya nak upsr ni. Tadi si ayahnya sms,

"Baru ambil iqah trial upsr dapat ..... peningkatan yang mendadak. terima kasih. kalau boleh nak sambung lagi tuition dia. mungkin pas raya atau mana2 masa yang sesuai sebelum dia exam upsr. sebab cikgu sekolah kata dia ada potential dapat banyak lagi A. nak mintak kerjasama cikgu. sekali lagi terima kasih"

Aku kalau ayat2 macam ni selalu je rasa syahdu..Huhu sebab rasa tak layak nak dapat ucapan terima kasih dan penghargaan dari parent. Semua tu dari Allah. dengan izinNya. Aku hanya lakukan dan berikan yang termampu. Bila dapat hasil yang memberangsangkan, rasa syukur sangat pada Allah...

03 September 2010

Nur Afrina Qalesya 9 Months

Assalamualaikum wbt kawan-kawan..Apa khabar? Harap semua dikurnikan kesihatan yang baik dan hati yang tenang.

Aku baru je selesai buat puding ni. Nak jual esok. InshaAllah, biasanya kalau hari Jumaat, customer ramai sikit sebab kedai lain banyak tutup. Apatah lagi dah mula cuti sekolah dan seminggu lagi Ramadhan berbaki..:(( Maksudnya seminggu lagi Syawal menyusul. Biasa ramai customer. InshaAllah, laku jualan nanti. Aameen.

Tak rasa sangat nak cakap soal raya. Raya kali nipun macam tak confirm balik kampung ke tak. Macam-macam berlaku sejak bulan April yang lalu. Keadaan masih berlarutan hingga detik ini. Mak akupun lagilah tak bersemangat nak menyambut Syawal. Tak seperti tahun-tahun yang sudah. Aku pasrah. Andaikata memang tak pulang ke kampung, sebab itu keputusan yang terbaik, aku pasrah. Aku terima. Hidup tak selalunya indah. Raya juga tak selalunya bahagia dan ceria. Allah....bahagiakanlah aku sekalipun diuji begini. Berilah ketabahan dan ketenangan untuk terus melalui dugaan ini.

Cukuplah berbicara soal tu. Oh ya, aku tadi buat 2 jenis puding. 1 yang dah biasa buat; puding koktel. 1 lagi baru try buat. Puding Honey Dew. Mak kata sedap juga. Kalau mak kata sedap tu maknanya 'pass' la tu:) 3 hari lepas ada buat puding mangga. Juga habis dijual. Alhamdulillah. Sebenarnya suka buat puding sebab mudah dan simple. Kalau dah selalu buat, 15-20minit dah siap dah. Mangga dengan honey dew tu aku baru je reka:) Tak sangka sedap juga. Tapi aku rasa semulut je. Entahlah, memang tak suka makan masakan sendiri. Kurus la kalau duduk sendiri nanti kui kui kui. 

Tadi Esya singgah kejap dengan papa mamanya(of course la kan, mana mungkin Esya 9bulan tu datang sendiri hehe). Sempatlah snap beberapa keping gambar. Pakaikan Esya dengan tudung syria yang Amal Athirah punya. Cantikla pulak!!!♥ Tapi memerlukan usaha yang jitu juga tadi sebab Esya sekarang dah semakin aktif. Dah pandai tarik-tarik tudung / apa-apa hiasa yang kami 'sangkut' kat rambut dia:) Kalau dulu dia 'diam' je. Pasrah. hehehe

Lihatlah, bukan mudah untuk bergambar dengannya sekarang..aktif. aktif. aktif:))

01 September 2010

Peluang

Assalamualaikum readers, apa khabar? Macam mana setakat ni puasa? Ok tak? Kalau ada terpaksa tinggal puasa, jangan lupa tulis kat mana-mana. Kat diary ke, reminder dalam handset ke, bukan apa..Kita bersedia untuk sebarang kemungkinan. Jika ajal menjemput, sekurang-kurangnya ada orang yang tahu kita ni ada berapa banyak 'hutang' dengan Allah. Bolehlah orang tolong gantikan. Begitu juga jika kita berhutang dengan manusia kan? Mesti kena tulis. Akupun selalu tulis dalam diary. Bukan diary luahan rasa taw:P Diari tu sekadar untuk catat perkara-perkara penting dan perbelanjaan harian:) Aku beritahu juga pada ahli keluarga 'hutang' yang ada. As i said before, bersedia.

Ramadhan sudah masuk fasa 3. Bermakna inilah 10hari berbaki. Lepas 10hari, Ramadhan akan berlalu.. Syahdu sangat rasa bila sedar tak sedar, dah tinggal 10hari je lagi. Sangat pantas masa berlalu. Berkira-kira apa aku dah lakukan sepanjang Ramadhan 1431 kali ni.. Allah.....:(

Alhamdulillah bila nak dekat fasa ke3 ni, Allah berikan aku kesihatan yang baik. Selsema je tiba-tiba menjengah semula. Tapi masih mampu menggagahkan diri ke surau berdekatan rumah. Batuk teruk2, alhamdulillah dah kurang. Muntah-muntah masih terasa tapi buat-buat ignore je. Kalau ikutkan rasa nak muntah, susah juga. Berbuka, sahur, rasa 'membazir' macam tu je sebab lepas tu mesti terkeluar balik huhu~ Sekarang ni betul-betul tak layan semua tu. Aku nak fokus dan rebut peluang! Allah, bantu aku♥

Ramadhan kali ni rasa seronok sikit sebab setiap kali nak tunaikan terawih di surau, ada si kecil yang ikut serta. Taklah jalan berseorangan seperti tahun-tahun sebelumnya. Si kecil Nor Amal Athirah ni sangatlah suka solat. Orang belum azan lagi dia dah gaduh-gaduh nak solat. Kadang-kadang tu termalu sendirilah bila orang-orang dewasa ni 'liat' nak segerakan solat. Tengok dia berlari ambil wudhu' bila dengar azanpun dah terasa insaf:)) Moga Nor Amal Athirah istiqamah sampai dia faham erti solat, sampai ke akhir hayat:) Umurnya kini 4tahun:) Tapi kalau dia buat 'hal', ada juga pergi terawih senyap-senyap, hukuman la konon. Tapi diapun tak sedar sebab setiap kali dia buat hal, lepas tu dia mesti tidur dengan lenanya. Jadi memang kena pergi masjid sendirianlah:)

Oklah, nak masuk tidur dah. Sebelumtu, suka untuk aku tinggalkan beberapa motivasi dari Al-Quran dan Hadith Rasulullah s.a.w berkenaan Ramadhan Kareem ni:



Maksudnya : " Sesungguhnya kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar? malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu,  turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara ( yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut ) . Sejahteralah malam ( yang barakah ) itu hingga terbit fajar " . Surah Al-Qadr ayat 1-5

"كَانَ النَِّبيُّ (ص) إِذاَ دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَأَحْياً لَيْلَهُ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ".

Maksudnya : " Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. apabila masuk sepuluh hari terakhir Ramadan, Baginda akan mempertingkatkan amal ibadah, menghidupkan malam dan mengejutkan ahli keluarga " ~ Hadith riwayat Bukhari.

"تَحَرَّواْ لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ".

Maksudnya "Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil sepuluh terakhir Ramadan "~Hadith riwayat Bukhari.




 
Jom sama-sama memburu redha Allah♥

23 August 2010

9/10

Assalamualaikum. Kawan2 berbuka apa tadi? Hurm aku as usual, tak dapat memisahkan diri dengan nasi bila berbuka dan sahur. Kalau sekali sekala mak buat mee sup ke, mee goreng ke, mesti tak lama tu nak menelan nasi jugak sikit:) Hari ni gagahi diri buat puding. 2 jenis. Puding Kastard Koktel  Berkuah dengan Puding Koktel Colourful. Wan dengan family abang nak balik kampung halaman, jadi tak sedap plak kalau depa balik tangan kosong je. Saja buat lebih puding tu..untuk dibahagi-bahagikan dan dijual!(semestinya hehe). Tapi tak tahu kenapa kali ni puding lembek sikit.Macam orangnya huhuhu. Memang lembik sungguh hari ni. Sampai rasa nak berbuka dek muntah 3 4 kali. Termasuk di tempat kerja. Tapi terus bertahan. Sayanglah..nanti kena ganti plak. Tak mahu la saya huhu~ 

Ok, ni nak kongsi resipi puding2 ni. Mak budak tuition pun ada tanya, jadi share di sinilah ye. Actually sebelum try buat puding kastard ni, aku survey banyak resipi juga. Jadi tengok situ sikit, sini sikit, finally, reka2 sendiri sikit hehe. 

PUDING KASTARD KOKTEL BERKUAH
Bahan-bahan:
1 paket agar-agar
1 1/2 tin susu cair( aku guna susu cair F&N)
Setengah tin fruit cocktail, air fruit cocktail ni asingkan ya.
Setengah tin susu pekat
4 gelas air
4 sudu gula
1sudu teh esen vanila
1 tin buah peach (ikut suka ni nak letak ke tak)
Sedikit cherry merah
4 sudu besar tepung kastard

Cara-cara membuat puding kastard:
Mula-mula rendam dulu agar2 bersama 4 gelas air tu. Lepas tu panaskan sehingga agar-agar larut dalam air. Jika ada yang lambat sangat nak larut(hehe macam saya jenis tak sabar sikit) tapis je agar-agar tu. 
Masukkan gula. Larutkan. Kecilkan api.
Tuang 1 tin susu cair, susu pekat dan esen vanila. Kacau perlahan-lahan atas api yang kecil tu.
Larutkan dahulu tepung kastard dengan sedikit air biasa(sejuk), kemudian baru tuangkan dalam adunan puding tu. Kacau perlahan-lahan. Api tu maintain kecik taw.. 
Kacau..kacau..kacau..Agak2 dah larut semua dan sebati, pekat2, sedia untuk tuangkan dalam bekas.

Basahkan dulu bekas supaya senang nak keluarkan puding tu nanti.
Atur buah cocktail peach dan cherry. Design lah kut lagu mana pun hehe~
Tuangkan perlahan-lahan adunan puding.
Biarkan sejuk sikit, masukkan dalam peti ais.

Kuah/sos puding
Tuangkan susu cair, lebihan air fruit cocktail, 1 sudu gula, esen vanila. Kacau sebati atas api yang perlahan. Kalau boleh tak perlu manis sangatlah kuah dia ni sebab puding kastard tu dah manis:) Bila dah siap, macam tadi juga, biarkan sejuk dan masukkan dalam peti ais.

Dalam 5 minit lagi nak berbuka, eloklah dihidangkan...Nyum nyum nyum:) SELAMAT MENCUBA!


Hari ni juga rasa happy sangat. Walaupun puding tu lembek2 sikit tapi tak sangka habis:) Nak claim untung jual kuih dengan Chef Norma ni hehehe~ Sebab modal guna duit saya kih kih kih. Benarlah 9/10 rezeki tu datang dari peniagaan. Laku..laku..untung..untung..♥ hehe pelanggan pun suka. Alhamdulillah.

Bila tak dapat berpuasa

Assalamualaikum kawan2. Sihat tak? Mesti dah tidur ni. Aku tak dapat lelapkan mata lagi. Siang tadi lepas kerja terasa penat betul. Terus ketiduran...Bukan penat sebab bekerja, tapi penat dek batuk yang melanda. Huhu~ 4 hari ni memang muntah2 aje pagi2 lepas sahur / malam2 lepas berbuka puasa...Nak try cara traditional plak lah lepas ni. Tak sanggup rasa batuk macam ni. Mengeluarkan segala isi perutku. huhu~~ Tapi bagus juga, turun sikit berat :P

RAMADHAN. Macam mana kawan2 setakat ni? Puasa jangan tak puasa taw hehe.. Tapi kalau tak dapat berpuasa disebabkan keuzuran(sakit/period;bagi muslimat) tak mengapalah. Dah fitrah wanita. Nak buat macam mana kan.. Tapi mesti rasa kecewa sikit bila tak dapat berpuasa tu:((. Apapun, sebagai umat Islam, kita ada ruang dan peluang yang luas untuk beribadah sekalipun kita berada dalam keadaan tersebut. Ibadah tu kan tak semestinya solat..puasa..haji.. tapi ibadah merangkumi amal yang diniatkan kerana Allah sewaktu melakukannya. Contoh kalau kita sediakan makanan untuk orang yang berpuasa, kita niat kerana Allah, kerana itu satu tanggungjawab, kita lakukan dengan sepenuh hati dan ikhlas, inshaAllah, kita turut dapat pahal berganda:) Aaameen. 

من فطّرَ صائِماً آانَ لهُ مثْلُ أجرِهِ غَيْرَ أنّهُ لا يَنْقُصُ مِنْ أجْرِ الصّائِمِ شيئاً
“Barangsiapa yang memberi ifthor kepada orang-orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala
senilai pahala orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut”
(HR. Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah).

Maha Pemurahnya Allah kan..Rasulullah juga pesan yang kita akan dapat apa yang kita niatkan. Jadi, kalau niat kita baik, pasti dapat kebaikan jua;) Ibadah2 lain yang masih dapat kita lakukan dalam keadaan tersebut;
  • Memperbanyakkan zikir, doa dan istighfar
  • Tadabbur Al-Quran
  • Baca Mathurat
  • Bersedekah, infak

أفضل الصدقة صدقة رمضان
“Sebaik-baiknya sedekah yaitu sedekah di bulan Ramadhan’ 
(HR Al-Baihaqi, Alkhotib dan At-
Tirmidzi)

  • Menolong mereka yang memerlukan / melakukan kegiatan2 sosial; gotong royong 
  • Tidak bercakap perkara2 yang melalaikan/ menjaga lidah
  • Menyampaikan ilmu dan mengajarkannya
  • dan baaaanyyaaaaaak lagi:))
Eh, dah 2.16am lah.. kena caw dulu nih. Nanti berat plak nak bangun sahur. Ok kawan2, permisi ya. Selamat Sahur:))Pesanan: Jangan sedih sangat taw bagi 'korang' yang tak dapat berpuasa tu:)

17 August 2010

Ramadhan Kareem daripada SoalHati

Assalamualaikum wbt. Salam ramadhan:)

Ramadhan 2,1431H

Apa khabar kawan2 semua? Macam mana puasa masuk hari kedua ni? Wah2..menghitung hari nampaknya hehe. Tak baik taw:P Tapi bagus juga menghitung hari ni, jadi kita lebih aware bila masuk fasa pertama ramadhan; rahmat, fasa kedua; keampunan dan fasa ketiga; dibebaskan dari api neraka. SoalHati? Alhamdulillah ok setakat ni. Cuma sehari sebelum puasa memang keadaan aku agak teruk. Petang lepas pulang kerja, menjamu selera bersama mak tercinta. Lepas tu rest sekejap, bersiap-siap nak pergi Kemaman. Plan mengejut. Nak beli baju raya. Kedai jahit yang kami selalu hantar kain tu dah tutup! Wawawa sedih banget. Jadi tak tahu nak hantar ke mana sebab susah nak dapatkan tukang jahit yang 'sedap' jahitannya. Akhirnya, sampai ke sudah aku tak tempah jubah. Terpaksa beli aje. Sampai je Kemaman, dekat2 nak masuk area rumah kak ipar, sebab nak ambil kak ipar dan Esya.....Bluweeeeeekkkkkk... Ya Allah..apalah yang telah berlaku dalam sistem perutku. huhuhu~ Pelik plak rasa. Tiba-tiba aja...

Akhirnya mood nak membeli hilang begitu saja...:( Loya sangat2...lepas muntah tu rasa nak muntah lagi:(( Kena pergi lain kalilah nampak gaya. Mak je yang sempat beli jubah sehelai...Lepas Isya', kami pergi klinik..Memang doktor kata tonsil akupun dah 'melampau' bengkaknya..Patutlah demam akupun berderet 2 minggu ni...Allah...

Ramadhan 3,1431H

Alhamdulillah, 10-11pagi dan 3-4petang aku berjaya juga buat home tuition. Alhamdulillah. Memang niat asalnya nak 'rehat' sekejap daripada mengajar tuition sempena Ramadhan ni. Yelah, nak buat malam2 pun, habis terawihpun dah lewat. Tapi tak sangka plak aku parents budak2 ni still request nak tuition during weekend. Setelah berfikir tak berapa panjang, aku setuju. Kesian juga. Budak2 nipun dah tak lama dah nak final exam. Niat aku nak menolong budak2 ni berjaya. InshaAllah. Moga belajar di bulan Ramadhan ni bertambah lagi keberkatan. Bertambah lagi mudahnya ilmu menusuk di qolbu:)) So untuk bulan Ramadhan ni jadual tuisyen @ An Najah adalah:
Jumaat 10-11pagi, 3-4 petang.
Sabtu 10-11pagi, 3-4petang.
Inipun aku ambil 4 orang students sahaja. Maafin cikgu ya anak2 murid yang lain huhu~ Erm...rasanya ni 1st time kot aku cerita hal home tuition aku ni:) Oklah, nak cerita sikit lagilah hehe(sementara ada mood ni). Aku start buat tuisyen di rumah ni lebih kurang masa bulan April yang lalu. Idea ni datang dengan azam yang kuat setelah mula mengajar tuisyen di rumah Aunty Lina dan rumah Acu Srikandi . Lepas anak2 murid yang belajar di rumah Aunty Lina nak stop tuisyen sebab dah ada extra class kat sekolah, akupun mula promote home tuition aku ni. Ala..promote biasa2 je, panjangkan qalam, buat mini poster dan tampal depan kedai mak.(Mujur tak buat banner taw..hehe kalau buat rasanya tak terjawab panggilan telefon nanti :P)

Aku buat kat rumah saja. Itupun menggunakan bilik aku. Dah jadi mini library dah bilik tu. Tapi oklah kalau nak tampung 3-4 orang student dalam 1 masa. Aku tak ambil ramai2 sangat. Setakat ni paling ramai dalam 1 masapun, 4orang. Aku bahagi-bahagikan group untuk student2 yang lain agar tidak bertembung. Malam2 weekdays memang full. Dari 8.00-10.00malam. Alhamdulillah. Penat? Boleh tahanlah..penat otak.hehe. Tapi kalau dah minat mengajar, everyday mengajarpun jadi suka:) Alhamdulillah, rezekipun ada melalui home tuition yang telah kuberikan nama KELAS TUISYEN AN NAJAH:)) Murid-murid setakat ni semua sekali ada 8orang. Alhamdulillah♥♥♥

p/s: tulis dah lama..baru sempat nak publish huhu~~

27 September 2009

Iftar dengan Abahanda

Ni cerita yang dah basi sikit hehe. Seingat aku, masa tu hari khamis, time lagi 2 hari nak raya. Abah ajak berbuka puasa sekali kat Kemaman. Kali ni aku pergi sendiri. Bukanlah sebab aku dah ada kereta (hehe) tapi aku pergi dengan Cah sahabatku. Cah nak cari tudung kahwin dia, jadi aku temankan & ajak berbuka puasa sekali bersama keluargaku. Fequlpun ikut aku sekali 7 ajak kawan dia seorang. Ramailah plak abah kena belanja hehehe. Takpe bah, bersedekah dibulan mulia:) So..inilah pic kenang-kenangannya.





Lepas iftar, kami pergi solat maghrib & isya' berjemaah kat Surau Limbong tu. Lepas tu shopping dengan abah plak. Setiap seorang abah bagi bonus. Aku ingatkan aku tak dapat dah sebab dah kerja..tapi abah kata sebab kerja sementara,dapat juga cuma amount dikurangkan kui3. Arigato gozaimas abah.

Lepas shopping sikit2, beli mana yg patut je, abah bawak pergi main golf kejap. Mujurlah aku pakai jubah seluar, selesalah sikit nak pukul bola hik3.

Sopannya main golf :)Akuz kat belakang macam nak tebas lalang je hehehehe...

Bersedia semua! Abah menunjukkan kepakarannya :) Setiap orang abah ajar cara nak pukul dengan betul. Kak ipar yang tengah pregnantpun kena hehehe

Berpoluh poluh dah..

Badie yang mula2 tak nak main tapi tetiba tak nak balik plak!

Fequl..yang ni memang sokmo main :)

12 September 2009

HIDUP tiada jaminan sampai bila

Assalamualaikum. Selamat melalui fasa terakhir Ramadhan.

Macam mana persiapan raya? Aku? Tahun ni rasa berbeza sangat. Entah. Bab2 raya tak fikir sangat. Mungkin sebab dah dewasa? Lagi 4 bulan nak menginjak 25 tahun. Mak Abah pun tak ada ajak shopping raya lagi. Mungkin kedua-duanya sibuk. Tak kisahlah aku. Tapi kalau boleh, aku nak juga bagi rasa 'happening' nak raya pada adik2 aku. Biar depa rasa jugak happy nak raya macam mana aku rasa masa kecik2 dulu. Pergi Kuantan, pergi KL, round2 bazar dan lain-lain. Indahnya suasana dulu. Tapi, itu dulu. Sememangnya hanya boleh dikenang2. Tak dapat dirasai semula. Kitapun tak boleh hidup dalam kenangan sahaja kan? Mesti terima kenyataan dan lalui hari ini dengan sebaik-baiknya. Ish...apa aku melalut nih? Hmm..baju raya akupun tak beli apa lagi. Tak beli dah kot. Just cari tudung sehelai. Hari tu mak ada tempahkan jubah untuk aku. 4 helai semuanya. Dah kerja ni, kekurangan pakaian plak rasa. Tu yang tempah banyak tu. Semua aku dah guna buat pergi kerja. Tapi aku ada simpan 1. Nak buat pakai raya. Cukuplah kan...

Tadi Wan tanya mak nak sedekah tak sebab surau kampung ada buat 'namat'(penamat). Elok juga tu. Apatah lagi dengan keadaan mak yang berniaga sepanjang malam di bulan Ramadhan ni. Eloklah beramal melalui sedekah. Amal tu kan luas. Ibadah tu luas. Jadi terpulang pada masing2 macam mana nak beramal kepada Allah dengan keadaan & situasi diri sendiri :) InshaAllah, jika kita nak dekat pada Allah, selangkah kita kepadaNYA , 1000 langkah Allah dekat dengan kita. Pasti Allah bukakan jalan..

Oklah, nak undur diri dulu. Buat seluruh umat Islam, jom manfaatkan hari2 akhir ramadhan ni. Banyak kematian yang aku dengar sepanjang bulan mulia ni. Kita tak tahu ajal maut kita bila. Kalau dah sampai saat mati kita, takkan dilewatkan mahupun diawalkan walau sesaat. Tak ada orang yang boleh jamin dia akan lalui lagi ramadhan tahun depan. Jadi......apa tunggu lagi? Abdikan diri pada Allah. Selamat Beramal :)

09 September 2009

Day 2

Alhamdulillah, hari ni sangat tak larat nak ke sekolah.. tapi tak perlu mengajar sebab jaga budak2 ujian OTI 5. Tapi jaga ujianpun boleh tahan jugak. Macam2 soalan. Maklumlah tahun 1 & 2. Tanya jawapanpun sama naik. Nak kena ni! :) Slot aktiviti khas, aku join Muallimah Zaiti & Muallimah Faezah ajar nasyid. Seswai bebenorlah dengan Muallimah Zaiti tu. hehe.. Semangat sungguh dia ajar. Aku tengok aja sambil tangan duk palu2 kompang bebudak tu. Wah, teringat zaman SHAMS, main kompang untuk kenduri kahwin area KT! Memang bestlah! Tak sangka plak dari sana aku belajar kompang secara serius:) Petang tadi tak ada tadarus seperti biasa(biasa la sangat baru 2 hari di sekolah tu hehe). Ada mesyuarat guru. Bincang detail pasal Iftar Perdana Sabtu ni. Sekali lagi, aku jadi pemerhati setia saja. Saya 'muallimah' baru kerja, jadi tengok jelah dulu ye :)

Ok, need to go. Dah exceed the limit ni! Janganlah menguap kuat sangat esok. Tadipun dok cakap nok kepit doh mulut ni jangang nguak ngak..huhuh~

Btw, hari ni juga aku telah menandatangani sesuatu..sesuatu yang akan menjadi tanggungjawabku untuk tempoh yang agak lama. Ya Allah, permudahkan aku.

Last but not list, tadi Cah mybesfren called. Kelakar plak. Ingatkan masalah rumahtangga :P Rupa2 nya masalah pakaian pengantin II. Kenapa 'II'? Sebab ni majlis sambut menantu la pulak.. InshaAllah raya ke-5 nanti. Hmmm...nampaknya aku kena survey apa yang patut selaku mak andam terjun Cah ;P

Muallimah Zaiti duk komen tone suara :p

SPECIAL GIFT FOR RAMADHAN :)

Ni aku design guna publisher. Agak terkejar2 buat ni memandangkan buat last minute. Dah try buat masa awal2 kena suruh dek Tengku hehe tapi bila duk rumah ni, ya Allah..payah betul mood men'design' nak datang.... Malam ni, dapatlah hasilkan 2 'hadiah' yang tak seberapa ini. Moga ada manfaat :)

(klik picture untuk paparan yang lebih jelas ya)



(klik picture untuk paparan yang lebih jelas ya)

p/s: Ada rujuk ayat kat poster ramadhan di facebook.... Upin Ipin, saya 'guna' kamu untuk berdakwah ya....Mohon halalkan....♥

05 September 2009

Syoknya puasa dengan family

Sukanya berbuka hari ni. Meja makan penuh satu meja. Beza sungguh dengan semalam. Semalam berbuka seorang diri je kat meja yang ada 8 kerusi tu... Sedihkan? Sebenarnya mak ada je, tapi ada order customer, jadi mak minum air jelah beberapa teguk kat dapur mak tu. Aku yang dah siap buat air customer ni, duduklah mengadap mee lidi basah tu. Adik berbuka kat Kerteh dengan member2 sekolah. Abang & kak balik kampung sana. SUNYI

Hari ni, semua ada. Kecuali adik yang kat Ampang. Bilalah Akuz nak balik..teringin nak berbuka dengan seluruh ahli keluarga... Hari ni Wan aku buatkan bubur lambuk. Lama dah request kat Wan nak makan favourite food aku ni. Ramadhan ke 14 ni baru dapat rasa. Alhamdulillah:) 'Pindang tapey' pun aku dapat makan hari ni. Mak yang buat. Oh, manja plak rasa. hehehe... Aku tak tahulah kenapa, aku jenis tak lalu nak makan kalau aku yang masak. Kuih2 yang aku buat sepanjang Ramadhan ni, percaya tak kalau aku kata aku tak pernah makan? Huhu..sungguh, tak makan sangat. Ada sekali dua je rasa sebab takut tak sedap. Mak kata baguslah macam ni. Nanti dah kahwin, tak makan sangatlah. Boleh turun berat! Huhuhu begitukah? We'll see!

Oklah, nak kena beradu dah ni. Esok aku ada interview di salah sebuah sekolah. 10pagi. Doakan segalanya berjalan dengan baik ye:) Ni interview ke-3 lah setelah aku tamat pengajian ni. Dah tak rasa berdebar sangat dah. Cuma duk fikir apakah soalan yang bakal ditanya nanti... Ikutkan hati tak nak mengajar bulan puasa ni. Penat jugak sebab petang2 sampai berbuka tolong mak kat kedai. Tapi fikir punya fikir, peluang dah ada ni, baiklah kita grab the chance. Bukan selalukan? :)

Buat Abahanda yang dah a few days demam ni, moga cepat sembuh abahanda. Kangen sama abahanda!

01 September 2009

Mencari rezeki halal

Assalamualaikum. Salam Beramal Ibadah :)


Alhamdulillah, hari ni customer agak memberansangkan. hehe. Pernah jugak masa awal2 puasa, 2 3 meja je ada orang. Kesian sangat kat mak masa tu.. Tengok je lauk pauk yang dia masak. Tapi nak buat macam mana kan..rezeki Allah. Lagipun awal2 puasa tu dekat maghrib sokmo hujan lebat. Orang tak ramailah nak berbuka kat luar agaknya.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya jika bersyukur kamu, akan ditambahkan untuk kamu. Dan jika kufur kamu, sesungguhnya azab-Ku adalah sangat pedih.” – (Surah Ibrahim, ayat 7)

Hari ni aku buat 3 jenis kuih. Buat sikit2 je sebab takut tak habis buat banyak2 (plus tak reti kuih lain..tak belajar lagi hehe). Alhamdulillah, habis licin puding cocktail. Tak sangka laku plak puding ye. Kesian roti jala..Selalu dia yang laku. Harini orang tak pandang sangat dia. heheh Aku rasa semenjak puasa ni aku macam 'makcik jual kuih' je. Aku start buat kuih dalam 3petang-5petang. Lepas tu prepare & hias apa yang patut :) Suka sangatlah saya bab2 menghias ni:)

Puding Cocktail. Warna warni sikit, khas sempena ramadhan :)

Roti jala

Bubur pulut hitam. Yang ni Chef Kak Ma yang buat :)

Kuih Cara. Saya lebih suka Cara Berlauk :)
Terima kasih kat Angoh (mak saudara aku) yang ajar buat kuih ni masa aku kecik2 dulu(kecikla sangat hehe)


Kuah kari untuk roti jala.

Ini hidangannya. Simple je kan:)


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

“ Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah S.W.T. kepadanya. Maka takutlah kepada Allah S.W.T. dan berusahalah dengan baik; dan lambatnya datang sesuatu rezeki itu janganlah menjadi pendorong kepada kamu untuk melakukan usaha mencari rezeki berbentuk maksiat kerana sesungguhnya rezeki Allah S.W.T. tidak akan dapat diperolehi melainkan dengan cara ketaatan.”

Riwayat Ibn Majah dan al- Tabrani

Dugaan Ramadhan di KL II

Assalamualaikum. Salam Ramadhan: Fasa ke2, Fasa Pengampunan Allah.

Malas plak nak sambung dengan detail kisah hari tu. hehe~ Inilah akibat duk TBC..akhirnya jadi malas nak sambung balik. Bertangguh, jadilah macam ni :p Oklah, nak cerita jugaklah sikit hal clearance hari Jumaat yang mulia itu. Memang kalut & kelakar & penuh drama. hehehe~ Nak tergelak sensorang kalau teringat balik. Alkisahnya sampai di UIAM jam 10.30pagi, mata sangat mengantuk. Terus ke bilik kak Ainon dengan langkah longlai namun bersemangat......untuk tidur! Dapat tidur sekejap pun jadilah. Dalam 11am nak startlah buat clearance tu. InshaAllah sempat KOT. Memang tawakal sungguhla. (tawakal ke gitu kalau tak usaha dulu hehe) . Tidur punyalah lena, terlajak sikit. Mujurlah ada cik Izzah tolong kejutkan.

Bersiap-siap, dalam 11.30 jugak kami menapak ke A&R. Ok, misi bermula. Takdir Allah, kami terserempak dengan cik Spekmataku, kak Su, Fadila Aini dan beberapa orang lagi geng2 TESL, geng2 teacher:) Tak sangka betul. Sokmo jumpa depa ni kalau depa mai UIA. Rupa2nya ramai lagi teacher2 yang datang. Nisa, Anum dan lain2. Riuh A&R seketika. Jadi tempat reunion plak :p

Kami sempat ambil borang je masa sebelum zohor tu. Nampaknya terpaksalah tunggu sampai selesai solat jumaat & sampai office buka: 2.45... Nak round2 bazar yang penuh dengan jubah2 menarik, tertarik & da boom tu, aku tak larat. Sungguh, tak larat.. kes tak cukup tidur. Akhirnya lepak saja di masjid. Kesian kat Izzah..Sumimasen...

Penatnya....sampai terpaksa mintak tolong Ain urut.. (sifat2 buli junior masih menebal dalam diri kih3)

Step by step kami buat untuk setel clearance. Ni antara misi datang ke KL. Clearance + Attend Program. Part last sekali, kena jumpa security. Masa ni dah 4.10pm. Maknanya? Dah habis waktu pejabat. huhu~ Mujur ada motor Dinda Teha. Walaupun tak leh nak 'pegheh' laju, oklah daripada berjalan ke sana.. Sampai tu terus merayu2 kat Pak Guard. Pak Guard plak main drama2 time nih.. Aku & Izzah merayu2 penuh harapan, dengan muka 'semewek'nya, cakap dari Terengganulah, dll lagi. Akhirnya Pak Guard yang 'nampak aje garang tapi tak tu' ajak kami masuk office."Cepat2, ni masa kecederaan nih.." kwang3. ALHAMDULILLAH..... SETTLE! Rasa nak sujud syukur kat security guard tu jugak! hehe


♥Sayang kamu semua♥

Gembira sangat rasa sebab dapat jumpa sahabat2 akrab masa pergi program kat Sungai Congkak. Masa sampai tu, bukan setakat happy dapat jumpa sahabat2, tapi terharu, tersentuh dan lain2 lagi 'ter' sebab dapat datang tempat tu... Tempat yang memberikan 1001 erti pada diri ni. Banyak kenangan berlaku di sini..owh..... (feeling kejap). Tapi sedihnya sebab terpaksa pulang cepat. Izzah kerja hari ahad. Aku? Biasalah kena tolong mak kat kedai. Tak boleh nak tinggal mak lama2. Kesian mak bersusah payah tanpa aku di bulan Ramadhan ni...


Tak mengapalahkan, syukurlah atleast Allah bagi juga peluang untuk mengubat sedikit kerinduan yang ada. Sangat2 rindu, sangat2 sayang pada sahabat2 yang memanggilku 'bonde'..huhu~ Walaupun panggilan ini nampak tua, tak apalah, aku rasa dihargai je bila sahabat2 panggil macam tu:)


Buat Tengku♥Mem♥Bik♥Aidah♥Dekda♥KakZatil♥Wani♥KakAini♥Cikbah♥Jangan tangisi pemergianku hehehe.. nanti kita jumpa lagi, inshaAllah kalau dimurahkan rezeki Allah Ta'ala... Aameen.

cik Izzah yang menitikberatkan langkah2 keselamatan :)

Bang!

My brader.. :)

30 August 2009

Dugaan Ramadhan di KL

2 hari lepaskan aku pergi KL. Ingatkan aku kata aku bawak bekal untuk sahur siap2 tu? Bekalannya adalah nasi + ayam berempah + timun batang + kuah kari + telur dadar. Alkisahnya disebalik semua makanan yang lazat ini sangatlah sadis. Makanan2 ni aku bawak banyak skali sebab nak berkongsi dengan adikku yang ada di Ampang & sahabat2 di rumah generasi. Oh, malang memang tak ada bau. Naik bas malam tu dalam 1.15 pagi. Mengantuk tahap gaban time tunggu bas! Bas ambil masa 3 jam nak sampai dari KT-Kemaman.. Huhu lambatnya...!Terima kasih & mohon maaf kat Abahanda sebab terpaksa stay teman kami malam tu.

Bila baru je setengah jam duduk dalam bas, macam biasa bas berhenti kat Chendor. Dalam hati aku memang malas nak turun sebab awal lagi. Takkan nak sahur sekarang? Masa ni baru 2 pagi. Nak makan lambat2 sikit sebab takut lapar nanti makan awal2. Lagipun esok nak guna banyak tenaga. Adikku, Fequl dah ajak turun makan. Aku menolak sebab masih awal & rasa kelakar je sebab baru je bungkus makanan tadi, tetiba turun sini dan makan terus.. Aku agak bas akan stop lagi nanti untuk sahur....

Apa yang terjadi adalah.............bas tak berhenti langsung! Waaawaaawaaawaaaa..aku meraung di dalam hati. Adikku disebelah menjeling. "Tulah dok dengor cakap orang sangat", komen adik. Huhu mana tahu bas tak berheni dah. 5pagi, bas sampai area Karak. Faham2 jelah highway kat sini. Berliku2 & masa nilah kebiasaannya aku tak bergerak dalam bas. Takut pening & nak m****h! Tapi, disebabkan fikir nak jamah makanan jugak sikit, akupun meraba2 lah bekalan yang ada di dalam beg aku tu. Huhu.. Akhirnya aku ambil ayam, bagi seketul seorang. Adik & Izzah makan ayam yang mak masak tu. Akupun sekali. Tapi memang tak lalu....Nak makan nasi, nasi plak bungkus dalam plastik. Kalau bubuh dalam polystrine, bolehla buka & makan je dalam bas tu. Hai nasib...nasib.... Duk fikir macam manala nasib nasi, telur dadar, timun2 ni... sedihnya..:(

5.30pagi, bas tiba di Greenwood. Hah, ada dalam 15minit lagi! Aku dan Izzah bergegas mencari port yang sesuai untuk menjamah sedikit nasi tadi. Fequl plak memang dah tak selera. Pening katanya. Kesian pulak adik aku... Maafkan kakak sebab tak endah cadanganmu tadi.

Alhamdulillah, sempatlah jamah beberapa suap nasi. Gopohla jugak sebab dah nak 'katup'. huhu~ Akhirnya, memang banyak tak sempat untuk dihabiskan :(

Kami pun tahan cab nak ke masjid Ar Rahimah tepi jalan tu. Nak berjalan kaki menapak ke sana, jauh pula. Naik cab jelah, mesti tak mahal sangat tambangnya. Nak jadi cerita jugak naik cab ni... Orang nak pergi masjid tepi highway tu je, langsung dia pergi masjid area Batu Caves sana.. ayyoyyo.. pakcik..pakcik.. Mujur dia minta maaf cepat2. Ada sesetengah driver teksi tu, kita pulak disalahkan walaupun dia yang silap dengar huhu~

Alhamdlullah, tenang sikit hati dapat solat berjemaah di masjid ni. Lama wirid & zikirnya.. Baguslah, patut ramai datang masjid ni. Lepas solat subuh, ada tadarus al-quran. Sampailah ke 'ceroh'.. Tapi kami tak joinpun...... sangat mengantuk & kepenatan huhuh~ Takpelah, dengar orang mengaji pun dapat pahalakan?kan?kan? :)
8.15pagi, Kak Ainonpun datang menjemput kami. Aku mohon maaf pada kak Ainon sebab terpaksa menyusahkannya.. Minta maaf juga pada Izzah sebab tak dapat pergi awal2 ke UIA. Aku kena hantar adik aku dulu ke Ampang. Mak tak bagi adik aku pergi sendiri(akupun tak bagi)/abangnya datang ambil. Mak nak aku hantar juga. Tambahan pula hujan tak henti2 pagi tu.. Bab nipun boleh jadi 1 lagi kisah.. Ya Allah...dugaan sungguh buat kami pada pagi ramadhan ini :( Aku tersilap bagi direction lalu kami termasuk lorong yang salah. Hanya kerana 1 lorong itu, maka semakin menyimpanglah kami dari jalan yang sebenar-benarnya huhu~Padahal selalu je pergi rumah adik kat Ampang tu, tapi kali ni confuse simpang mana kena masuk... Akhirnya tersesatlah kami selama 2jam wawa.. 10pagi jugak baru setel hantar adik...

10.30pagi.....AKHIRNYA TIBA DI UIAM.....TBC

27 August 2009

Kena berjaga-jaga

Assalamualaikum geng2 semua..Salam Ramadhan.
3 hari aku demam ni, agak lesu untuk update blog. Ada benda nak dicerita. Tapi main tak larat gitu, terbantut semuanya. Alhamdulillah, hari ni beter than semalam. Semalam aku pergi salah sebuah klinik kat Kerteh. Pesakit tak ramai sangat, dalam 3 orang je. Tapi masa menunggu nak dapat ubat....mak oi! sampai tinggal aku seorang diri tercongok kat situ, still tak dapat ubat lagi. Aku tengok pekerja diapun tak la busy sangat.


"Ubat saya dah siapke?"
Dia plak tersengeh2.. "Kak nok cepat ke?" Lepas tu tersengeh2 lagi...
Eeee geramnya, ikutkan hati nak je jawab "tak kiralah saya nak cepatke, lambat ke, kalau dah siap bagila terus. Takkan saya nak kena tanya plak!"


Tapi disebabkan ramadhan yang mulia ini dan aku malas nak hot2 kan suasana tambah pula suhu badan aku yang dah hot tu, akupun angguk je dengan seriusnya huhu... Masuk je dalam kereta, terus aku pok pek pok pek kat abang & adik yang setia menanti (tapi dalam kereta)~ Abang kata "sabar..sabar...nikan bulan puasa..."


Ok, stop kisah pasal customer service yang tak berapa nak bagus tu. Malam ni inshaAllah aku akan ke KL. Bas transnasional 11.15pm dari Dungun. Tapi bas tu dari Kuala Terengganu sebenarnya...Jadi aku agak mesti 12 lebih jugakla aku naik bas nanti... Aku tunggu kat bustop Kemasik sekali dengan Fequl. Adik aku nak ikut kali ni. Katanya nak rasa pergi KL naik bas & nak jalan2 KL. Kesian jugak dia, cuti sekolahni tak pergi mana2pun... Aku ok je. Lagipun adik aku lagi sorang ada kat Ampang Indah. Jadi bolehla tidur kat bilik sewa tu je. Aku plak akan ke rumah generasi kat Taman Melewar tu. Alhamdulillah. Senang plak rasa sekarang ni kalau nak pergi KL sendiri.. Adik ada, sahabat2 ada, rumah ada... hehehe. Kalau rumah tak adapun, boleh menumpang secara suka hatinya kat kampus tu..junior2 kan ramai... hahaha.. sahabat2 yang masih study pun ramai lagi.. tak gitu? :)


Tapi, disebabkan kami sampai pepagi buta nanti, jadi eloklah kami menumpang rumah generasi saja. Tengku, nantikan kedatangan kami!!!( yang bakal menyusahkan anda ini. hehehehe~)

Ohye, lately, rumah aku ni macam2 berlaku. Takut plak rasa. Rasa dah tak selamat anymore. 2 hari lepas ada orang pecah masuk kat bahagian dapur mak aku, kat sinki. Boleh plak dia lalu celah tu & patah2kan papan kayu tu. Dia curi barang2 & sebungkus duit syiling. Yang lain, tak ada yang hilang. Aku bersyukur sangat sebab dia tak masuk dalam rumah huhuh~ Rumah aku dengan kedai bersambung kut dapur... Jadi memang kalau dah masuk kedai, terus boleh masuk dalam rumahlah huhu~. Dianggarkan pencuri tu pecah masuk dalam 10pagi gitu. Masa tu, memang seluruh penghuni rumah ni tidur dengan lenanya lah huhu~ Orang rumahni memang tidur lepas subuh. Malam, berjaga...Jadi pencuri tak bolehla curi malam2 hari....


Petang tadi plak, aku tengok tingkap mak aku tercabut & ada tersadai kat atas lantai. Tingkap rumah ni semua ada gril... Kalau nak kata tingkap tu tercabut sendiri & terjatuh, kenapa cermin2nya tak pecah? Huhu misteri sungguh. Mak lagilah terkejut & tak senang hati. Kesian mak.Bilik mak plak tu huhu risaunya aku. Aku plak nak pergi KL 2 hari ni. Tinggallah mak dengan ayahje. Abang balik kampung mertua. Kalau ada anak2, especially anak2 lelaki ni, lainlkah sikit. Ya Allah..lindungilah kami. Jauhilah kami dari anasir2 jahat perbuatan manusia...
Tiada apa yang mampu kami lakukan selain mempertingkatkan keselamatan, solat hajat & terus doa & berjaga2. huhu~ Tak sangka awal2 puasa ni dapat ujian macam ni...


Oklah, aku nak pergi bersiap. Nak bungkus lauk pauk & nasi sikit untuk sahur sampai sana nanti. Jimat kos sikit. huhu Lagipun tak rasa nak makan2 kat kedai bila sampai sana. Bimbang dengan wabak2 sekarang ni.. Makpun dengan semangatnya bekalkan ayam berempah untuk kami adik beradik & sahabat2 aku kat sana nanti. Doakan kami selamat pergi dan pulang. Doakan juga keluargaku jauh dari dugaan2 yang tak mampu kami tanggung..

23 August 2009

Info Sihat Sempena Ramadhan :)

1) Makanan paling berkesan untuk diambil ketika bulan puasa ialah makanan yang mempunyai kandungan tenaga dan serat yang tinggi bagi menjamin tenaga kita kekal seharian.

2) Makanan yang mengandungi serat tinggi ialah oat dan beras perang. Makanan daripada kategori itu mampu memperlahankan kadar penghadaman dan melambatkan proses pembebasan tenaga, malah ia juga dapat membekalkan tenaga untuk tempoh lebih daripada lima jam.Berbanding beras biasa, beras perang yang tidak mempunyai perasa dan pewarna tiruan sesuai untuk diamalkan ketika berpuasa kerana kandungan tenaga yang dibekalkan dipercayai mengandungi 400 kali ganda lebih tinggi berbanding beras biasa.

3) Kekurangan fiber dalam badan juga boleh menyebabkan masalah obesiti, penyakit usus dan masalah kardiovaskular.

4) Badan juga memerlukan nutrien mencukupi misalnya melalui pengambilan makanan tertentu seperti telur untuk bekalan protein. Mungkin puasa kali ini, boleh diamalkan pengambilan telur separuh masak ketika bersahur selain buah-buahan dan sayuran hijau.


5) Amalan pemakanan ketika berbuka:


#Memakan tamar mengikut amalan Rasulullah kerana buah itu mengandungi karbohidrat tinggi, asid amino antaranya triptofan yang dipercayai dapat menenangkan fikiran


# Sediakan minuman daripada bahan semula jadi. Elakkan gula putih, sirap, pewarna dan perasa tiruan. Gantikan dengan gula merah, madu lebah dan jus buah asli

# Sediakan air yang ditambah dengan kembang semangkuk, biji selasih dan getah anggur kerana ia dipercayai dapat membantu mencuci usus dan menyenangkan pembuangan air besar

# Kopi dan teh perlu dielakkan kerana ia mempunyai kafein yang memberi terlalu banyak rangsangan kepada saraf dan jantung ketika berpuasa. Kafein juga merangsang kepada bahagian perut dan menghasilkan asid hidroklorik berlebihan dan menyebabkan keadaan gastrik.

# Protein binatang adalah makanan paling kompleks dan susah hadam. Ia juga makanan yang mempunyai kandungan bahan buangan yang tinggi dipercayai akibat kaedah ternakan sekarang yang menjadikan ia bahan paling tercemar dengan kimia dan pelbagai jenis racun termasuk kuman, hormon, antibiotik dan logam berat.

Amalan tidak berkesan:

# Makan terlalu banyak ketika berbuka dan bersahur

# Makan terlalu banyak daging terutama pesakit batu karang, gout dan alahan

# Mengunyah makanan sepanjang malam
# Kurang minum air pada malam hari atau minum air dalam kuantiti yang banyak ketika makan

# Tidur sejurus selepas makan.

Oleh Siti Nur Almizan Aripin

.I ♥ Khat.





Grab A Button