Assalamualaikum readers, apa khabar? Macam mana setakat ni puasa? Ok tak? Kalau ada terpaksa tinggal puasa, jangan lupa tulis kat mana-mana. Kat diary ke, reminder dalam handset ke, bukan apa..Kita bersedia untuk sebarang kemungkinan. Jika ajal menjemput, sekurang-kurangnya ada orang yang tahu kita ni ada berapa banyak 'hutang' dengan Allah. Bolehlah orang tolong gantikan. Begitu juga jika kita berhutang dengan manusia kan? Mesti kena tulis. Akupun selalu tulis dalam diary. Bukan diary luahan rasa taw:P Diari tu sekadar untuk catat perkara-perkara penting dan perbelanjaan harian:) Aku beritahu juga pada ahli keluarga 'hutang' yang ada. As i said before, bersedia.
Ramadhan sudah masuk fasa 3. Bermakna inilah 10hari berbaki. Lepas 10hari, Ramadhan akan berlalu.. Syahdu sangat rasa bila sedar tak sedar, dah tinggal 10hari je lagi. Sangat pantas masa berlalu. Berkira-kira apa aku dah lakukan sepanjang Ramadhan 1431 kali ni.. Allah.....:(
Alhamdulillah bila nak dekat fasa ke3 ni, Allah berikan aku kesihatan yang baik. Selsema je tiba-tiba menjengah semula. Tapi masih mampu menggagahkan diri ke surau berdekatan rumah. Batuk teruk2, alhamdulillah dah kurang. Muntah-muntah masih terasa tapi buat-buat ignore je. Kalau ikutkan rasa nak muntah, susah juga. Berbuka, sahur, rasa 'membazir' macam tu je sebab lepas tu mesti terkeluar balik huhu~ Sekarang ni betul-betul tak layan semua tu. Aku nak fokus dan rebut peluang! Allah, bantu aku♥
Ramadhan kali ni rasa seronok sikit sebab setiap kali nak tunaikan terawih di surau, ada si kecil yang ikut serta. Taklah jalan berseorangan seperti tahun-tahun sebelumnya. Si kecil Nor Amal Athirah ni sangatlah suka solat. Orang belum azan lagi dia dah gaduh-gaduh nak solat. Kadang-kadang tu termalu sendirilah bila orang-orang dewasa ni 'liat' nak segerakan solat. Tengok dia berlari ambil wudhu' bila dengar azanpun dah terasa insaf:)) Moga Nor Amal Athirah istiqamah sampai dia faham erti solat, sampai ke akhir hayat:) Umurnya kini 4tahun:) Tapi kalau dia buat 'hal', ada juga pergi terawih senyap-senyap, hukuman la konon. Tapi diapun tak sedar sebab setiap kali dia buat hal, lepas tu dia mesti tidur dengan lenanya. Jadi memang kena pergi masjid sendirianlah:)
Oklah, nak masuk tidur dah. Sebelumtu, suka untuk aku tinggalkan beberapa motivasi dari Al-Quran dan Hadith Rasulullah s.a.w berkenaan Ramadhan Kareem ni:
Maksudnya : " Sesungguhnya kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar? malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara ( yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut ) . Sejahteralah malam ( yang barakah ) itu hingga terbit fajar " . Surah Al-Qadr ayat 1-5
"كَانَ النَِّبيُّ (ص) إِذاَ دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَأَحْياً لَيْلَهُ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ".
Maksudnya : " Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. apabila masuk sepuluh hari terakhir Ramadan, Baginda akan mempertingkatkan amal ibadah, menghidupkan malam dan mengejutkan ahli keluarga " ~ Hadith riwayat Bukhari.
"تَحَرَّواْ لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ".
Maksudnya : "Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil sepuluh terakhir Ramadan "~Hadith riwayat Bukhari.
Jom sama-sama memburu redha Allah♥
No comments:
Post a Comment