CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

Showing posts with label kisah bilisku. Show all posts
Showing posts with label kisah bilisku. Show all posts

04 June 2009

Debate-DONE!

Hari ni rasa lega sangat. Finally, kami setel jugak debate tu.. Setelah 2 minggu tertangguh. Dah la tak pernah masuk debate, sekali kena debate in english. Uiisshh, tercabar juga diriku. Setelah hampir 3minggu tak de kelas Pop&Soc ni, akhirnya this week kelas start macam biasa + kelas ganti setiap yaumul jumuah hehe~ Takpelah madam, nak buat macam mana kan. Bagus jugak sebab kalau tak aku cuti start Jumaat, tak tahu nak buat apa nanti.. huhu~ jadi bolehlah mengelakkan diri ini daripada dilanda kebosanan.. ecece padahal kelas 3jam je. 9-12tengahari. Ohye, topic debate tadi: "Government should encourage population growth"(i'm from the government side:)

Rasanya kumpulan kami semangat sekali. haha 'perah santan' plak dier.. Bukan apa, kami siap pakai blazer(ada yang pinjam hehe~) siap ada name tag, ada slide show berwarna warni hehe~ Madam kata 10markah each person and the decoration also dikira. So apa lagi, kita deco bersama Soalhati! hehe~ Berapalah markah aku dapat. Tak sabar nak tahu. Best madam ni sebab bila dia nilai setiap orang, dia ada form rtersendiri. Sangat detail. So bila tengok form tu nanti kita tahu specific la kita lack kat mana & bagus kat mana hehehe~ Ohye, brader ada rakam debate kami tadi. Nanti bolehlah aku letak kat sini :) Mesti tergelak sensorang bila tengok nanti...

Oklah, mengantuk sangat. Tapi malas betul nak panjat level 4 Safiyyah tu huhu~ Sekarang ni time solat zohorpun, walaupun dah habis kelas, sangat malas nak balik bilik. Baik solat je kat masjid then lepak kat lab. Laptop pun rosak. Entah bilalah akan pulih. Sabar Bilis ye..Aku juga sangat merindui kamu huhuhu~ Tak sangka kamu sakit begitu sekali. Hopefully dalam minggu ni akan dapat semula Bilis. Tapi tak tahulah kan, orang tengah Muktamar PAS ni, takut busy je dia.. huhu~

Ok, (2kali dah ok) nak balik dah. Assalamualaikum.....

P/S: Lagi 19 Hari Untuk Pulang Ke Rumah Selama-lamanya....♥

15 October 2008

Bilis sakit!

BILIS

Assalamualaikum. Hari ni kehidupan lebih tenang bebanding semalam. Ya, semalam usai subuh, aku mahu menyambung mimpiku,tapi apakan daya, mataku seolah-olah ada lidi yang disendalkan di ruang mata. Agar kelopak mata tidak bisajatuh dan terkatup! Akhirnya aku mengambil Bilis. Aku melayan Bilis seperti hari-hari sebelumnya. Semalam elok saja. Bilis tak meragampun. Sekalipun ramai yang datang melawat Bilis dan memerlukan Bilis untuk transfer pelbagai gambar dan video kenangan. Bilis tetap senyum dan melayan sebaik mungkin. Ya, memang ada yang membawa virus serba sedikit, tapi Bilis mampu tempuhinya dengan antibody yang Bilis ada…AVG

Namun, pagi ini, Bilis meraung kesakitan! Sama kuat nadanya dengan empunya Bilis! Akulah! Mata tak dapat menahan tangis lagi tatkala menyedari kesemua files dalam MY DOCUMENT lesap!!! Innalillah.. ya Allah..apakah dosaku…. Jam menunjukkan jam 7.30pagi. aku benar-benar tak ketahuan apa yang patut dilakukan. Menghantar Bilis berjumpa doctor peribadinyakah? Atau aku terus saha RETYPE assignment yang dah siap semalam!? Lalu beberapa keeping sms ku kirimkan kepada geng-geng yang arif bab-bab ini. Aku juga sms pada doctor peribadi Bilis. Kata doctor, bawalah ke kliniknya, dia boleh cuba cari file2 yag hilang tu. Aku ada kelas 2-6.30petang. andaikata aku bawa Bilis berjumpa doctor peribadinya, pastinya akan mengambil masa. Itupun belum tentu medical check up ke atas Bilis akan selesai. Akhirnya, aku RETYPE assignment tersebut. Aku cabar diri, untuk menyiapkannya dalam masa 2jam! Alhamdulillah. Akhirnya aku dapat siapkan assignment tersebut! Betapa sedih dan tak excited aku nak menaip semula assignment tersebut. Lantas tidur disambung kembali memandangkan semalam hanya tidur 2 jam. Qadha’! petang nanti kelas lama weh….

Sebentar tadi, sir membuat 1 pengumuman. Katanya buat apalah awak submit assignment hari ni sedangkan saya tak dapat nak check juga. Ya Allah..baiknya sir….fikir macam tu….hehe.sir kata hantarlah Isnin depan! Lama tu… tapi assignment aku telahpun siap. Tinggal nak print je. Jadi mungkin hantar Jumaat nilah. Boleh recheck mana yang perlu. Semalam kan sangat kalut dan tak tenang menyudahkannya. Hehe. Alhamdulillah. HIKMAH UJIAN!


03 March 2008

Dicelah kesibukan AKADEMIK dan PRU12




Agak lama saya tak mencoretkan sesuatu tentang diri.. bila laptop tiada, nak type dekat lab pun malas dan serba salah. Sebabnya memikirkan mungkin ada student lain yg lebih memerlukan pc tersebut untuk membuat pekara yang lebih urgent daripada saya…

Alhamdulillah, laptop yg abah pos dari kampung selamat sampai. Nak pulang mengambil laptop, mak tak bagi. Kata mak mengabehkan bogheh jo… iyolah mak. Eden mintak tolong abah pos kan dah… arigato gozaimas abah..

Pada hari kelahran saya yang dah 2 bulan berlalu, pelik2 hadiah yang saya terima. Bukanlah benda tu benda yang luar biasa, tapi saya yang tak biasa menerima benda2 seumpama itu.. sahabat2 ada yang bagi very colourful butterfly, very cute teddy bear, chocolate bar, sebiji pasu yang tertanam ‘magic bean’ di dalamnya… saya sangat teruja menjaganya. Saya namakannya BE MY FRIEND TREE. Sahabat saya berharap agar saya akan menjadi kawannya sampai bila-bila.. insya Allah u.. i harap hubungan kita berpanjangan..

Tak pernah terlintas di fikiran saya yang sahabat2 akan memberikan hadiah seumpama itu.. saya ingatkan mereka hanyalah wish dan terus mendoakan sayaJ biasanya orang akan menghadiahkan buku, diary, maklumlah, dah makin meningkat usia dan umurpun dah makin pendek. Apapun, terima kasih sahabat2… soalhati sangat sukakan hadiah2 tu. Rasa sayang sangat.. sayang awak juga.. hehe.. dan hadiah paling bermakna yang saya terima ialah apabila doa sahabat2 terus mengiringi perjalanan hidup saya di bumi Allah yang penuh dugaan ini..

.I ♥ Khat.





Grab A Button