CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

03 September 2010

Puding Honey Dew

Sedia untuk dijual:)
Cantik tak?:)
Ada 1/4 telah disorokkan sebenarnya. Tuan empunya diri nak makan bila berbuka:)
Puding Honey Dew SoalHati

Bahan-bahan:
Agar-agar 1 paket (35gram)
Susu cair 1 tin
Gula 3 sudu besar
Susu pekat 1 cawan
Air 4 gelas
Honey dew yang telah dikisar.
(Ikut suka nak tapis ke tak. Aku tak tapis:) Bagi rasa kaw sikit)

Cara-cara membuatnya:
Rendam agar-agar seketika bersama 4 gelas air.
Panaskan dan kacau hingga larut.
Bila sudah larut, kecilkan api.
Tuang gula, susu cair, susu pekat. Kacau sehingga sebati.
Tuangkan honew dew yang telah dikisar. Kacau lagi.
Basahkan bekas yang hendak dituangkan adunan tersebut.
Tuangkan, biarkan sejuk. Kemudian masukkan dalam peti ais.
Hiasan: Potong honey dew mengikut bentuk yang disukai:)
Sedia untuk dimakan:))
p/s: Masa nak blend honey dew, pastikan ambil bahagian yang berwarna putih je. Kalau ambil yang hijau, (keras sedikit tu) puding akan terasa sedikit pahit nanti.

SELAMAT MENCUBA!:)

No comments:

.I ♥ Khat.




Grab A Button