.Tetamu Istimewa.
10 July 2011
Tak dapat ke sana :(
07 April 2009
Ya Allah, berikanlah pertolonganMU!
Ketiga-ketiga kerusi ini ditandingi oleh wakil Pakatan Rakyat, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS), Manikumar dan Jawah ak Gerang dari Parti KeADILan Rakyat. PRK ini bukan soal individu yang bertanding, tetapi mesej yang hendak dibawa mereka kepada rakyat. Ketiga-tiga calon ini merupakan simbol perpaduan dan komitmen Pakatan Rakyat, sebagai kesinambungan usaha bagi menumbangkan BN dalam Pilihan Raya Umum akan datang.
Seperti kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, bukan soal siapa yang jadi Perdana Menteri atau Presiden Umno, jika 52 tahun rakyat sudah tertipu dengan BN, maka apa perlunya kali ini, dalam tiga PRK ini, rakyat mahu tertipu lagi.
Maka tiga PRK ini amat signifikan kepada politik Malaysia. Ia harus dijadikan kesinambungan kepada penolakan berterusan rakyat terhadap BN sejak PRU 8 Mac 2008. Kemenangan harus diberikan kepada Pakatan Rakyat selepas dua PRK iaitu di Parlimen Permatang Pauh dan Kuala Terengganu memihak kepada Pakatan Rakyat- HarakahDaily
08 February 2009
BUBAR DUN, ADAKAN PILIHANRAYA SEMULA & KEMBALIKAN KUASA RAKYAT UNTUK MEMBUAT PILIHAN!
"Ini bukan soal Melayu (menderhaka) tetapi dalam Islam, raja atau rakyat, orang bandar, orang kampung, tak kira raja, tok guru, setaraf semuanya dan mereka bertanggungjawab kepada Allah di akhirat kelak,'' katanya.
Pas tidak mengiktiraf kerajaan baru Perak yang dibentuk oleh BN dengan anggapan ia adalah kerajaan haram.
Ini berasaskan kerajaan itu muncul dengan tiba-tiba mengambil alih kerajaan yang sah setelah dipilih oleh rakyat melalui proses pilihan raya lalu.
Tidak kisah jika sesiapa hendak lompat parti disebabkan rasa tidak puas hati tetapi menimbulkan persoalan apabila mereka hilang dan muncul dengan tiba-tiba.
"Saya berharap apa yang berlaku di Perak tidak akan berjangkit ke Kelantan atau negeri-negeri lain. Sekiranya hendak tubuh kerajaan, hendaklah dipilih oleh rakyat, bukannya main 'tangkap' saja seseorang itu,"
Kami akan memfailkan satu saman bagi mencabar keabsahan perlantikan Menteri Besar yang baru dari Barisan Nasional. Panel peguam sedang mengkaji tindakan ini. Kami masih berpendirian bahawa YAB Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi Menteri Besar Perak yang sah.
Bubar DUN Perak, beri peluang rakyat memilih- Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
PAS berpandangan bahawa Menteri Besar (MB) Perak pada masa ini, iaitu Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, hanyalah boleh diturunkan dari kedudukannya sebagai menteri besar menerusi undi tidak percaya yang dilakukan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa ianya bersidang.
PAS yakin bahawa sekiranya permohonan MB untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri diterima, maka suasana yang tegang dan boleh menuju kepada satu krisis perlembagaan boleh dielakkan.
Pembubaran Dun akan membuka ruang kepada rakyat untuk membuat pilihan mereka menerusi satu pilihan raya yang menyeluruh di negeri Perak.
Saya juga ingin meminta kepada seluruh rakyat di negeri Perak khususnya dan seluruh ahli dan penyokong kerajaan Pakatan Rakyat di seluruh negara secara amnya supaya bertenang dan tidak terjebak dalam perangkap provokasi yang mungkin ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu"Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin
"Saya ingin sampaikan salam kepada semua kakitangan kerajaan negeri yang selama ini telah memberikan khidmat cemerlang sepanjang saya menerajui kerajaan Pakatan Rakyat Perak."
"Saya ingin berpesan kepada kalian agar meneruskan kerja-kerja baik yang telah dilaksanakan sepanjang 11 bulan yang lalu. Insya-Allah, kita akan bertemu lagi dengan kejayaan yang lebih besar kerana saya yakin pertolongan daripada Allah makin hampir"
** YAB Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, bersabarlah. Hanya insan yang benar-benar KUAT dipilih Allah untuk hadapi ujian sebegini.
** Kita? teruskan berdoa dan solat hajat moga kemelut yang melanda Perak kini berkesudahan yang baik. "Apa yang kamu suka tak semestinya baik untuk kamu dan apa yang kamu benci, mungkin baik untuk kamu"
16 January 2009
Lain kita rancang, lain yang jadi.
Abah ada kat ni? uia cuti esk. kes air x de
otw mlaka. ok la tu.. Gaza xde mkn
so far m'sia d best place
Aku reply mms kat abah yang ada suara Upin Ipin kata ''betul betul betul...aaa...manyak betul..aaa" Kampus ketiadaan air kes accident lori tangki minyak kelapa sawit. Bila dapat tahu kena simpan air malam tu, hati sedikit gelisah.. malasnya nak tadah air, nak angkut air, lecehnya.... tapi alhamdulillah, mahallah aku tetap ada air seperti biasa. cuma semalam je air stop dalam waktu isya', bangun pagi tadi tengok air dah ada semula. Alhamdulillah. Air yang kami warga Safiyyah simpanpun kami guna sikit cuma. walaupun air dah ada hari ni, kampus tetap cuti. Dah isytihar cuti semalam. Tapi kalau kampus tak isytihar cutipun, aku memang cutipun.. Dah tak ada kelas hari Jumaat. Eh, ada kelas ganti Miss Aldila lah! Tapi dah isytihar cuti tu......so cancel jugalah kelas tu! yeeehaaaa!
Selepas pengumuman Jumaat cuti, dapat lagi satu pengumuman! Campus Election tunda hari Khamis depan. 22hb. sepatutnya Isnin ni dah, 19hb. Hari ni 16hb nomination. Tapi sekarang ni, Isnin ni 19hb nomination, election Khamis 22hb. Hmm... hari minggu yang dibayangkan sangat busy, akhirnya jadi tak tahu nak buat apa. Serius! hari ni jadi buntu nak buat apa. Kes PRK tunda lagi.Tapi bila difikirkan balik, ada hikmah semua tu. Bolehlah aku promote kawan aku kat kuliyyah. Tak payah susah payah pergi Mahallah yang confirm tak ada orang sangat. huhu... Allah dah rancang macam tu untuk kita...kita merancang juga, tapi akhirnya itu yang berlaku. pastu ada BAIKNYA! Akupun awal-awal lagi dah settle kerja sekolah, kemas apa yang patut, semuanya gara-gara nak hadapi weekend yang digambarkan busy itu. Tapi akhirnya, tak busy sangatpun. hehehe. Kelakar plak bila difikirkan balik. Jadi, NAK BUAT APA CUTI NI???
Kalau tahu PRK tunda, awal2 lagi aku beli tiket balik Terengganu. Boleh tengok suasana Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu esok! 17Januari 2008. Duk kampus ni, tak rasa mana bahang PRK KT tu... Apapun, doa terus dipohon moga-moga kemenangan berpihak kepada pemimpin yang ikhlas. Pemimpin yang berjuang kerana asasnya adalah Allah semata.Ingat pesan Ayah Cik, "Amanah yang paling besar dalam ajaran Islam ialah memilih pemimpin. Ianya amanah kepada rakyat Terengganu untuk memilih pemimpin yang tepat". So buat semua pengundi, sebaik-baiknya lakukan istikharah jika ragu-ragu hendak memilih mana satu bakal pemimpin yang selayaknya. Biasalah, sekarang ni macam-macam isu ada. TV ni cakap macam ni, paper ni cakap macam tu.Kita selaku 'pemerhati' pun confuse juga kadang-kadang. Semoga undian kita nanti berasas dan jelas. Bukan sesuka hati pangkah je. Bukankah apa yang kita lakukan hari ini, semalam dan akan datang segalanya akan dipersoalkan 'kelak'? Aku ingatkan diri aku terlebih dahulu sebenarnya. Sekalipun aku tak mengundi kali ni. Aku orang Kemaman! hehe


10 January 2009
DEMO PALESTIN SELURUH MAHASISWA MALAYSIA
Persiapan demo.
Demo dah tamat. Alhamdulillah, semua masih mampu bertahan dan gembira kerana urusan ini telah dimudahkan Allah. Terima kasih pakcik2 polis yang memberikan kerjasama kepada kami.
07 January 2009
Jom!
Bilakah akan terhenti?
~DEMONSTRASI AMAN MAHASISWA~~BAGI MEMBANTAH SERANGAN KE ATAS GAZA~
~JUMAAT 9JAN 09~
~SELEPAS SOLAT JUMAAT~
~MASJID TABUNG HAJI~
*Kita akan berarak menghantar memorandum bantahan kepada kedutaan AS*
Pasti kita mengalirkan air mata tatkala melihat gambar ini.Usahlah meratap sadis sahaja.
Ayuh kita lakukan apa yang kita mampu SEBENARNYA!
Masalah CABARAN bukan BEBAN
Btw, sepanjang 4 hari tak update ni, banyak sekali perkara yang berlaku.
"cikgu, butang baju kita dah cabut..."
"cikgu, dia ketuk kepala kita.."
"cikgu, dia tak bagi kita makan kek tu.."
"cikgu, air tumpah..."
"cikgu, air tumpah lagi...."
Cikgu...itu...cikgu...ini...Mungkin sebab aku berada di sana hanya sejam lebih, jadi aku taklah rasa penat sangat melayan budak-budak ni. Kalau berhari-hari macam tu, hehe... Tak tahu nak cakap maa..'fenin' juga! Sah tak boleh jadi cikgu tadika aku ni. Memerlukan kesabaran yang tinggi. Tapi, belum cuba belum tahu kan. Tu baru pergi sejam lebih. Alhamdulillah murah rezeki aku hari tu, Pengarah PASTI bagi aku gaji hari. Huhu..banyak jugaklah, terharu ada, tak sampai hati nak ambilpun ada.. Tapi, rezekikan tak boleh kita tolak :)
Malamnya Akuz adik aku datang juga. Kami lepak di HS Cafe. nak lepak dalam kelas sebenarnya, tapi bimbang pak guard marah kami. tahu jelah kami ni dah berapa kali kena sound di pak guard. depa ingat kami dating! kami adik beradik! walaupun suasan di HS Cafe sangat hiruk pikuk mengalahkan pasar, kami bertahan jua. rasa nak sumbat je mulut student yang duk gelak besar tu dengan roti canai kami!! :(
Alhamdulillah dapatlah bantu dia untuk persiapan final exam esok. kali ni bukan setakat perah otak, tapi mata, suara, tenaga...semua guna secara total. Adik aku minta tolong aku translate nota-nota english dia. semua berkait dengan sejarah Art and Design...Ayyoyo.. Best of luck to you Akuz!
Ok lah, dah nk masuk zohor ni, kita jumpa lgi lain kali ya! Jaga diri semua. Jemput juga ke:
30 December 2008
Serangan gila rejim Zionis. Tindakan kita?
KEJAM... Ribuan penduduk Gaza berarak mengiringi jenazah kanak-kanak Palestin, Dena Balosha, 4, untuk dikebumikan. Dena dan empat ahli keluarganya terbunuh dalam serangan terbaru tentera Israel, semalam.-Utusan Malaysia Online
SEORANG lelaki mendukung anaknya yang cedera akibat serangan Israel di Beit Lahiya, Genting Gaza semalam- Kosmo
04 June 2008
Kenaikan harga minyak, hadiah kerajaan 'PM terlampau'!
KOTA BHARU, 4 Jun (Hrkh) - Pengumuman kenaikan harga minyak (diesel RM1,00 dan Petrol RM0.78 sen) yang dibuat kerajaan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad badawi disifatkan sebagai hadiah dari kerajaan 'PM terlampau' kepada rakyat.
Demikian kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar kepada Harakahdaily hari ini selepas pengumuman kenaikan harga minyak yang dibuat kerajaan sebentar tadi.
Sambil menyatakan ia sebagai satu tindakan yang terlampau, Mahfuz berkata kerajaan Abdullah Badawi sekali lagi menipu rakyat dengan tanpa sebarang petanda terus mengumumkan kenaikan harga minyak pada tahap tertinggi.
Sedangkan sebelum ini kenaikan dikatakan akan dikaji dan berkemungkinan akan berlaku pada Ogos ini, ujar Mahfuz.
Namun tanpa sebarang 'signal' awal kepada rakyat, kerajaan terus memperbodohkan rakyat dengan menaikkan sekali lagi harga minyak pada satu tahap yang cukup menjerat kehidupan rakyat.
"Ini keputusan dari kerajaan yang terlampau, rakyat dihadiahkan dengan kenaikan RM0.78 sen harga petrol sementara diesel sehingga rm1.00. Ini satu kenaikan yang tertinggi yang pernah dicatatkan," ujarnya.
"Dengan tindakan ini, rakyat dihumban kerajaan Umno/BN kepada satu kehidupan yang lebih teruk tanpa sebarang belas kasihan," ujar Mahfuz.
Baginya tindakan ini sekali lagi satu penipuan dimana sebelum ini semasa pilihan raya umum yang lalu, kerajaan berjanji tidak akan menaikkan harga minyak.
Sebaliknya selepas tiga bulan pilihan raya umum berlalu dengan rakyat hampir menolak kerajaan yang ada, kerajaan BN membalas dendam dengan menaikkan harga kepada tahap yang melampau.
"Kita akan berbincang dengan NGO dan Pakatan Rakyat untuk membuat tindakan bantahan.
"Saya bimbang jika pilihan raya lalu rakyat telah memberi signal yang jelas kepada kerajaan agar jangan mempermainkan rakyat, kali ini rakyat bakal memberi signal kepada kerajaan untuk berundur dengan kenaikan harga minyak ini," ujarnya.
Sementara itu dalam tinjauan Harakahdaily di stesen-stesen minyak di sekitar ketereh dan Machang, deretan kenderaan sedang bersesak untuk mengisi minyak berikutan pengumuman kerajaan sebentar tadi.
Kesesakan hampir 5 kilometer berlaku di Ketereh sementara di Kok Lanas pula kesesakan bermula daripada Jalan Kok Lanas ke Ketereh berhampiran Stesen Minyak Caltek Jalan Kota Bharu Kuala Krai.
Ramai yang ditemui mengungut dengan kenaikan harga minyak yang melampau ini.
09 May 2008
Warkah Nik Aziz Buat Raja Petra
YM. Raja Petra Raja Kamarudin
Warkah Simpati dan Pengiktirafan
Saya menerima berita mengenai nasib tuan yang dituduh dibawah Akta Hasutan 1948 dan kini ditahan reman dalam penjara Sg. Buloh sehingga kes disebut di mahkamah pada 6 Oktober 2008 dengan penuh kesedihan.
Bagaimanapun, jauh di hati saya, saya masih terasa kagum kerana di sana masih ada seorang sehebat tuan yang cekal mempertahankan apa yang difikirkan benar.
Prinsip ini cukup selaras dengan dasar anutan Agama Islam kita yang sentiasa bertunjangkan amar makruf nahi mungkar.
Ia kebetulan disebut juga oleh demokrasi dan turut diperuntukkan di dalam perlembagaan kita di bawah perkara kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat.
Soal bersalah atau sebaliknya; maka terlanjur tuan telah dituduh di bawah Akta Hasutan, maka ia terpulanglah kepada proses keadilan di mahkamah yang selanjutnya.
Sewaktu Nabi Allah Yusuf 'alaihissalam dikurung oleh pihak berkuasa di zamannya kerana fitnah, Yusuf berkata, "wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan daripadaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh."
Lantaran istiqomah Nabi Yusuf itu, Allah maqbulkan doa baginda lalu "menghindar Yusuf dari tipu daya mereka. Sesungguhnya, Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Petikan dari Surah Yusuf Ayat 33 dan 34).
Selaras dengan perkembangan ini, izinkan saya turut bersama mendoakan tuan agar sentiasa dipelihara kesihatan dan keselamatan oleh Allah SWT.
Semoga yang benar itu akan terserlah jua walaupun harganya adalah pengorbanan. Selagi tuan benar dan kita semua benar di sisi Allah SWT, tuan dan kita pada amnya tidak perlu merasa khuatir.
Mari kita terus tabah, bersama dengan perjuangan demi menegakkan yang hak dan menolak kebatilan.
Salam perjuangan. Wassalam.
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT Menteri Besar Kelantan
13 March 2008
Macam-macam asam garam hidup
Ni plak di Kemasik. Kampung kelahiranku. Walaupun hujan rintik2, kami tetap keluar mengundi!:)
Demam, batuk, selsema PRU dah pun sembuh. Alhamdulillah. Kuliah juga hampir kebanyakannya dah tamat minggu ini. Cuma tinggal dalam 3 kelas saja lagi minggu depan. Itupun last hari selasa. Hari khamis mauled nabi. Hari jumaat?? Dah start final exam…wawa..takutnya. tak de prerape apepun lagi. Just buat jadual ringkas untuk study saat2 akhir ni. Ish3..teruk sungguh! Tuan-tuan dan puan-puan janganlah contohi aksi ini ye. Alamak, cc dh nak tutup. Nanti sy sambung lagi.
Bersambung kembali…
Esok saya akan pulang ke kampung atok. Di Melaka. Dah lama rasanya tak berjumpa sanak saudara. Ada keduri arwah. Tapi kali ni, saya pulang berseorangan. Naik bas. Biasa balik ngan abah. Abah suruh saya balik dulu memandangkan abah banyak urusan nak diselesaikan. Tak apalah, moga2 Allah lindungi saya yg 1st time naik bas balik Melaka. Walaupun jauh lebih dekat berbanding Terengganu, tapi saya sedikit gusar. Maklumah, tak biasa… nanti sampai sana macam manalah rupa stesen bas tupun saya tak pasti. Tak pernah melihatnya…Mungkin pernah, tapi masa kecik2 dulu.. tawakkal, insyaAllah..
Jumaat depan dah nak final exam, tapi sempat lagi berjalan2 hehe. Tak apalah, ni dikira percutian untuk release tension! Ingat lagi before nak PMR dulu. Abah kata kena makan angin sebab nak relaks kan minda! Dah balik makan angin, rasa segar nak study and hadapi exam hehe.. tapi kali ni betul2 makan angin ke? Apapun, saya kena balik jugak. Terasa hati abah nanti kalau saya cakap tak jadi nak balik. Setiap sesuatu, mesti ada hikmah! Bukan selalu nak dapat peluang macam ni…
Kenangan menghadapi PRU masih segar diingatan. Macam2 perasaan ada. Lucu, sedih, gembira, geram, sakit hati..semuanya bercampur menjadi satu. Yg paling best, saya bejaya mempengaruhi abang saya supaya tidak keluar mengundi akhirnya. Kenapa? Sebab abg saya nak pangkah parti yg saya tak berapa berkenan! Hehe. Mulanya memang kami pergi ke pusat mengundi bersama2. Tapi atas beberapa keadaan, akhirnya saya seorang saja yang mengundi. Lepas tu hantar tok wan plak mengundi kat kampung. Bila dah petang, abg pun dah kepenatan dan tak ada feel nak mengundi hehe. Gumbiranya saya! Mak ngan abah pula mengundi di Kerteh.
Sekalipun undi dikatakan rahsia, tapi saya dengan bangganya menyatakan pilihan saya kepada kaum keluarga dan saudara mara. Pastinya ada yang tak menyangka dengan pilhan saya. Ada juga yang bertanyakan macam2 kenapa parti itu menjadi pilihan. Ada juga yang kata saya ni pura2 je nih… Hah, nilah masanya saya nak berhujah! Tapi saya taklah terlalu nak menegakkan pendirian saya. Sama-sama menghormati pilihan masing2. Lagipun saya bercakap dengan kaum keluarga, saudara mara, jadi mesti guna pendekatan yang bersesuaian. Tidak terlalu tinggi, tidak pula terlalu remeh..
Adakala rasa tercabar juga bila saya seorang je berpihak kepada sesebuah parti manakala yang lain2 menentang. Ni masa on the way nak ke pusat mengundi. Siap pujuk lagi suruh pangkah parti lain. Tapi pendirianku takkan mudah goyah! Hehe… yang sokong saya masa dalam kereta tu, sepupu2 saya yang baru berusia 6, 8 tahun. Mereka kata “undilah PAS.. PAS comel sebab warna hijau..adik suka warna hijau…”. Masa pengumuman keputusan PRU PUN sepupu2 saya ni melompat dalam bilik bila PAS menang. Kelakar betul! Masa saya kecik2 dulu tak ada plak sentimen2 politik macam budak2 ni hehe..
Banyak juga gambar2 yg dirakam. Sampai adik bongsu saya kata “ allah.. hok nipun.. prapp..prapp… dok abih2 amik gambo…nok wak mende tahu..”. “nak sandarkan pada kenangan...”
04 March 2008

Mohd Sabri Said Tue Mar 04, 08 1:15:52 pm MYT
TASEK GELUGOR, 4 Mac (Hrkh) -Kalau dikatakan 'Islam Hadhari' ajaran sesat, melenting pimpinan Umno. Tetapi sekeping gambar yang dirakamkan ini sudah cukup untuk menjelaskan segalanya betapa Umno-BN tolak Islam.
Bagi mereka, Islam bukan ajaran dan pegangan hidup. Jika bukan Islam, siapakah mereka ini (Umno)? Apakah Islam Hadhari diiktiraf sebagai agama baru menggantikan Islam? Khalayak pembaca, terutama pengundi dan rakyat serta orang-orang Islam di negara ini lihatlah sendiri sandiwara yang cuba dimainkan oleh Umno.
Banner yang terpampang berhampiran Pejabat Umno Bahagian Tasek Gelugor dan di tepi jalan di Teluk Air Tawar, Butterworth menjelaskan siapakah ahli-ahli parti pimpinan Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Umno dan Barisan Nasional (BN) sah ketandusan idea apabila terpaksa menulis banner 'Pergi Jahanam dengan Islam', 'Hidup Melayu' serta melukis gambar seekor khinzir bertentangan dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Umno di parlimen ini terpaksa bekerja keras kerana calon baru, Tan Sri Nor Mohamad Yaacob belum dikenali ramai berlainan dengan tokoh sedia ada yang juga Ketua Bahagian Tasek Gelugor, Dato' Seri Shariff Haji Omar.
Jadi, untuk memastikan jentera mereka bergerak lancar semua serangan tidak kira ia boleh menjatuhkan akidah, maruah seseorang tidak dipandang asalkan orang melihat kepada Umno seolah hanya satu pilihan.
Seorang pengundi Pekan Tasek Gelugor, Hasan Aziz berkata, Umno tidak wajar melukis gambar sedemikian rupa kerana ia menunjukkan mereka ketandusan perancangan.
Lagipun kempen seumpama itu hanya layak pada era 90-an kerana di era tahun 2000 risalah menerusi blog, internet dan sebagainya rancak dimainkan.
"Biarlah lawan secara terhormat bukannya melebarkan fitnah dengan melukis gambar yang bukan-bukan, " terangnya.
27 February 2008
KIRIMAN EMEL
Semasa saya menyediakan nasi untuk makan malam keluarga saya, tiba- tiba Mak Cik Cah, jiran sebelah rumah saya menyapa dari tingkap dapur.“Nurul, maaflah menganggu dekat-dekat maghrib ni.Mak cik nak bagi sesuatu pada Nurul..”Sambil tersenyum, Mak Cik Cah, adik ipar kepada TNC tempat saya meneruskan pengajian, menghulurkan sekeping kertas.Saya tergelak kecil. “ Dato’ VC cakap, semua pelajar kampus kena pangkah ni tau”“Oo.., tolong kempen ye mak cik?” Saya mengambil kertas tersebut sambil mengusik manja Mak Cik Cah.Kertas yang mempunyai lambang pangkah dacing lengkap dengan butir-butir diri saya sebagai pengundi di Shah Alam saya simpan.Buat kenangan..
Saya berfikir sejenak di meja makan.Seketika, fikiran saya melayang kepada manifesto-manifesto yang dicanangkan oleh kedua belah pihak yang bertanding.Kedua- dua janji kelihatan amat menarik namun saya mencari yang mana lebih relevan dengan masalah semasa.
Antara pembangunan material dan insaniah
Kes pertama, adik Nur Fatiha Zaidi, 6, dilaporkan diculik oleh seorang lelaki ketika b bermain pada pukul 5 petang di pekarangan flat Desa Sepakat Sri Manja, Kampung Medan….Dalam kes kedua, adik Sharlinie Mohd. Nashar,5, dilaporkan hilang pada pukul 11.30 pagi Rabu lalu ... “Kita harus mengakui bahawa persekitaran kita pada hari ini tidak lagi selamat. Salah satu puncanya adalah kerana runtuhnya institusi kejiranan dan lemahnya institusi kekeluargaan,” jelas Dr. Rozaidah. (Ututsan Malaysia – 26 Februari , 2008)
Statistik oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menunjukkan secara purata empat wanita dirogol atau dicabul setiap hari.Tujuh wanita pula menjadi mangsa gangguan seksual manakala 100 kanak-kanak didera setiap hari. (MSTAR online – 16 Januari 2008)
DUNGUN – Semuanya gara-gara pelajar lelaki bernama Judin.Itulah punca sebenar pergaduhan `ala kung fu’ di kawasan belakang sebuah sekolah dekat sini melibatkan tiga pelajar perempuan baru-baru ini.- (KOSMO – 11 FEBRUARI 2008)
KUALA LUMPUR: Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) sudah mengemukakan syor kepada kerajaan bagi mewujudkan Akta Hidu Gam sebagai usaha berkesan membendung gejala itu daripada terus menular, terutama di kalangan remaja di negara ini. (Berita Harian (6 Ogos 2007)
KUALA LUMPUR 25 Okt. - Pendedahan majalah Mastika keluaran terbarunyamengenai aktiviti songsang kumpulan Black Metal, mendapat perhatian Dewan Rakyat apabila beberapa ahli Parlimen dengan lantang meminta perkara tersebut diberi perhatian (www,pustaka. usm.my)
Kerut dahi saya memikirkan mengapa perjalanan masa sekarang kelihatan agak menyesakkan. Rata-rata keadaan semakin tidak tenteram dan semakin parah.Jika hendak dikatakan masyarakat sekarang tidak semakin cerdik, kemudahan pendidikan kita semakin bertambah malah masyarakat kini lebih moden dan celik it. Namun, mengapa masalah sosial kian parah dari hari ke sehari?Semua situasi tidak selamat. Malah ibu saya amat takut untuk membiarkan adik saya , Humaira yang berumur 10 tahun keluar bermain di luar hatta ke sebelah rumah pun sekiranya tidak diteman oleh saya, satu-satunya kakaknya.
Terlalu lamai lelaki gila seks.Terlalu ramai penjenayah.Terlalu ramai mat rempit. Terlalu ramai gangster dan pelajar-pelajar sekolah hari ini semakin biadab.Terlalu ramai orang yang bermasalah dan boleh menyebabkan kesusahan pada orang lain.
Apakah tidak cukup limpahan kemudahan infrastruktur yang semakin mewah dan dasar-dasar yang digubal kerajaan untuk merawat penyakit-penyakit ini? Merawat penyakit kepupusan deria ke’insan’an.
Berbanding tahun sebelum merdeka dengan sekarang, saya akui Malaysia jauh berbeza. Bertambah cantik, moden. Sofistikated dan berdaya saing. Bangunan-bangunan semakin galak dibina untuk mencakar langit. Tahniah dan terima kasih Barisan Nasional atas kejayaan ini. Namun, di sebalik satu sudut, masyarakat semakin parah dengan masalah kejiwaan mereka.
Saya teringat, tanggal 13 Februari 2008, sejurus selepas pembubaran parlimen diumumkan, siaran radio yang menemani saya membuat kerja overtime di pejabat sekitar jam 8 malam tiba-tiba menganggu tumpuan saya. Lagu yang enak membuai pendengaran saya tiba-tiba bertukar dengan ucapan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib. Saya cuba menukar siaran ke frekuensi lain. Anehnya, semua siaran radio menyiarkan perkara yang sama.Saya mula menekuni ucapan tersebut.Antara bait kata-kata yang saya tidak dapat lupakan, Datuk Seri begitu gah sekali mengutarakan isu betapa teruknya Kelantan berkenaan isu masjid.Katanya masjid kebanyakannya dibina oleh rakyat, bukan kerajaan negeri.Beliau dengan bangganya mengatakan betapa bagusnya BN kerana mampu membina banyak masjid malah jauh lebih moden dan indah berbanding dengan yang ada di Kelantan....
Saya tersenyum.
Merawat masalah jiwa manusia
Masjid yang banyak sepatutnya berjaya mengurangkan gejala kebejatan sosial yang semakin prah ini jika kena dengan fungsinya.Persoalan yang bermain di fikiran saya, jika semakin banyak masjid, mengapa pula bilangan manusia tidak beradab juga semakin bertambah?Di mana peranan masjid sebenarnya?
Terlalu mengejar kemewahan material semata dan terlalu tertekan dengan desakan hidup yang mencabar menyebabkan semakin ramai mempunyai masalah jiwa.
Statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan 11,120 pesakit mental mendapatkan ng rawatan pada 2003 berbanding hanya 5,687 pesakit pada 1998. Ini menunjukkan pertambahan dua kali ganda dan tidak mustahil ianya meningkat pada masa sekarang jika dilihat pada meningkatnya tekanan yang kita hadapi saban hari.
Harga barang, tol, naik.Susah mendapat pekerjaan dan projek seandainya tiada kabel yang kuat.Yuran semakin mahal.Sukar mendapat pekerjaan, maka terpaksa menjadi guru walaupun tidak menyintai profesion mendidik ini.Bil semakin mahal, cukai semakin bertambah dan bermacam lagi.
Inilah harga yang perlu dibayar bagi sebuah kemajuan. Semaju dunia Barat.
Ya, tidak salah kita mahu maju di segala bidang ke depan.Malah Islam amat menggalakkannya. Namun begitu, ia perlulah selaras dengan kefahaman agama itu sendiri agar seimbang perkembangannya dengan fitrah manusia.Jika tidak, sindrom “Aku tertekan” lah jawabnya.Maaf BN, kamu terlepas pandang perkara penting ini.
Penggerak utama kepada kemajuan , yakni manusia itu sendiri,perlulah dibentuk terlebih dahulu sebelum membentuk yang lain. Manusia yang terisi jiwanya dengan kekuatan kerohanian, emosi dan spiritual yang utuh akan berjaya mengimbangi dunia kemajuan yang penuh mencabar, malah akan memandu dunia ini ke jalan yang lebih baik.Kehidupan yang terarah mengikut acuan penciptaNya akan melahirkan manusia yang lebih beradab walaupun maju. Islam mengajar agar kita saling memuliakan.Islam mengajar agar kita saling memaafkan. Islam mengajar agar kita saling menjaga. Islam mengajar agar kita saling menghormati. Alangkah indahnya sekiranya suasana aman dan damai itu dapat kembali dibentuk.Terkenang saya pada zaman Rasulullah dan para sahabat.
“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diperturunkan Allah kepadamu..” ( Al-Maidah : 49)
Tiada lagi perogol berani menganggu kaum wanita kerana semua lelaki menghormati dan memuliakan wanita. Tiada lagi kes pergaduhan di mana-mana hatta di sekolah sekalipun kerana semua saling memaafkan dan berkasih sayang. Tiada lagi si kaya berani menganiayai si miskin kerana saling menghormati hak masing-masing.Taraf hidup saling terbela.Cantiknya apabila semua kembali pada Islam.
Inilah maksud Negara berkebajikan yang ditawarkan Parti Islam Malaysia.
PAS tidak menggadaikan prinsip mereka dalam memperjuangkan Islam kerana mengambil “Negara Berkebajikan” sebagai motto .Islam itu sendiri berkebajikan. Dalam usaha mendakwahi apa itu Islam secara berperingkat kepada pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai pelbagai kefahaman, PAS memperkenalkan sala satu ciri-ciri asas Islam itu sendiri.
PAS sebenarnya sudahpun melaksanakan konsep berkebajikan yang bermatlamatkan kesejahteraan rakyat ini sebenarnya.Sebenarnya isu masjid ini adalah titik penting buktinya.Melalui kenyataan “banyak masjid yang dibina rakyat”, kita sudah boleh mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri kerana sudah berjaya membentuk masyarakat cintakan masjid. Malah, mereka tidak perlu disogokkan dengan keindahan masjid untuk mengimarah rumah Allah tersebut.
“Dan apakah (kerugian) yang akan menimpa mereka jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, serta mereka mendermakan sebahagian dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada mereka? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mengetahui akan keadaan mereka.”(An Nisa’:39)
Jika diperhatikan, walaupun keadaan masjid-masjid di Kelantan tidak se”gah” masjid-masjid yang dibina BN di negeri-negeri lain, Putrajaya umpamanya, rumah-rumah ibadat Islam di sini ternyata jauh lebih bermaya dan “hidup” dengan aktiviti dan qaryahnya yang komited. Kerajaan negeri sentiasa mengutamakan konsep kecintaan dan ketaqwaan pada Allah dalam pembentukan modal insannya.Lihat sahaja program-program yang diatur sepanjang pemerintahan Kelantan.Contoh yang paling memikat hati saya ialah, Program Bulan Sembahyang.
PAS percaya bahawa satu-satunya jalan penyelesaian untuk mengubati penyakit ketempangan kewarasan manusia ini adalah dengan mententeramkan mereka dengan kembali pada ajaran Yang Maha Bijaksana.Apabila manusia semakin sihat akal, emosi dan rohani mereka, maka, barulah Negara akan SELAMAT, AMAN dan MAKMUR. Bagaimana?
Maaf Barisan Nasional, sesekali, perhatikanlah salah satu masjid kebanggaan anda di Putrajaya.Apabila tiba waktu solat, di kawasan mana lebih ramai makmumnya, di dalam masjid atau di kafetaria di sebelahnya? Bukan tujuan menyindir, cuma mahu menyedarkan tentang formula sebenar membentuk negara yang lebih baik.
Mengapa, tak percaya ke?? =)
17 February 2008
Sekadar Pandangan
Sepatutnya, rawatlah tempat sendiri dulu. Kalau tengok statistic jenayah rogol, kes buang anak, bilangan penagih dadah, dan macam-macam lagi masalah social di Kuala Lumpur dan Selangor terutamanya, semuanya semakin meningkat dan meningkat. Ni apa yang dapat dikesan atau kes-kes yang dilaporkan. Bagaimana pula dengan kes2 yang berlaku tetapi didiamkan sahaja? Maklumlah, perkara-perkara sebegini mengaibkan diri seseorang jika diketahui umum. Biasanya pihak terlibat lebih suka berdiam diri daripada menanggung malu yang besar. kita sendiri sedar, disebalik peningkatan kes-kes ni, pastinya di sana berlaku penzinaan, maksiat yang semakin berleluasa... Inilah agaknya yang dinamakan Islam Hadhari...
05 February 2008
Masjid Kristal & 21 Replika: Bazir RM 250 Juta Bukan Kehendak Tamadun Islam
Teras Pengupayaan Melayu (Teras) berpendapat mendirikan struktur binaan yang mewah sedangkan ada keutamaan yang lain untuk rakyat seperti perumahan yang lebih penting, tidak memenuhi maksud tamadun Islam seperti yang ditonjolkan di Terengganu itu.
Demikian menurut kata Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid yang mengulas pembaziran terkini kerajaan dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.
"Perbelanjaannya sangat tinggi, Masjid Kristal termasuk pembinaan 21 monumen replika hanya untuk tontonan sedangkan ia tidak membawa manfaat nyata kepada rakyat terbanyak.
"Soalnya adakah tamadun Islam ingin dipersembahkan melalui monumen replika yang menelan belanja yang banyak walhal yang lebih utama ialah bagaimana memperbetulkan budaya hidup yang kini telah rosak akibat tamadun kebendaan yang kini sedang dialami negara," katanya.
Katanya kerajaan Terengganu mendakwa bahawa TTI akan menjadi produk pelancongan yang menarik, akan tetapi bukan dengan cara berbelanja tinggi untuk menunjukkan sebuah tamadun apatah lagi Terengganu masih termasuk antara negeri yang miskin di negara ini.
Teras turut kesal kecenderungan pihak kerajaan pusat dan negeri selama ini yang terus berlumba-lumba untuk membangun projek-projek kosmetik yang tidak menyelesaikan masalah rakyat yang lebih utama.
Lebih menyedihkan kata Azmi, laporan indeks Gini yang mengukur jurang kaya-miskin di Malaysia adalah yang tertinggi di Asia, sangat mengaibkan dan lebih malang lagi didapati jurang itu adalah yang paling besar membabitkan golongan bumiputera .
"Oleh itu apakah erti TTI bagi rakyat yang masih ramai memerlukan pembelaan untuk hidup dalam keadaan yang mencukupi.
"Perbelanjaan RM250 juta disaat rakyat bergelut dengan kos hidup yang semakin meningkat adalah suatu tindakan tidak bertanggungjawab di pihak kerajaan,"ujarnya lagi.
Malah kata Azmi lagi, 21 buah monumen replika itu sendiri bukan melambangkan tamadun yang sebenar kerana yang diutamakan dalam sebuah tamaduan manusia yang Islamik ialah kesederhanaan yang mengutamakan keperluan rakyat, bukan binaan-binaan mewah.
"Sesunguhnya wang rakyat yang berupa amanah yang perlu ditadbir-uruskan dengan baik. Tidak boleh dibelanjakan dengan sesuka hati tanpa melihat kesan langsung kepada rakyat," tegasnya. - mks.
14 September 2007
Akhir-akhir ini, aku asyik tengok video klip yang aku rakam sepanjang berada di rumah. Aku rakam guna handset yang abah dan mak belikan (bukan nak beritahu handset baru ye..hehe..handset yang aku guna selama 3tahun tu dah rosak, jadi terpaksa cari pengganti walaupun dalam keterpaksaan dan ketidakrelaanku) Lepas tu aku gelak seorang diri. Entahlah roomate kata apa. Mesti depa fikir aku tengok movie agaknya. Memang rindu sangatlah ni. Antara tanda lainnya, aku selalu cakap pasal mak, abah, adik beradik, wan, segalanya berkait ngan orang rumah… miss them so much! Tak cukup dengan sms, aku telefon hari-hari. Habis kredit pun aku sanggup! Nak baliiikkkkk!!!:
( 09 September 2007
Yuran sekolah sudah dihapuskan..PTPTN macam mana?
Patut ke generasi pelapis ini dibebankan dengan yuran pengajian yang begitu mahal sedangkah generasi inilah yang menjadi pelapis pada pemimpin negara?Menerajui negara?Bukan adik-adik sekolah yang masih setahun jagung itu.. Tak salah nak hapuskan yuran sekolah yang takat berapa sen je tu...Malah sepatutnya sudah berpuluh-puluh tahun ia perlu direalisasiakan. Tapi kalau betul-betul nak bagi pendidikan percuma, bagilah kepada yang banyak memngangung kos pengajian ni... Mereka kata nak berkongsi kekayaan yang dimiliki negara dengan semua...nampaknya mahasisiwa masih berkecuali.
Setelah 50tahun merdeka, baru kali ini yuran pelajaran dihapuskan dan SPBT diberikan kepada semua golongan pelajar..Mungkin kita terpaksa menunggu kemerdekaan negara ke 100 agaknya baru mahasiswa dapat habuan!
Sekadar pendapat peribadi.
29 August 2007
Isu..Isu..Isu..

Seorang yang peka terhadap isu?
Responsive terhadap isu?
Pandai mengolah isu?
Kritis berfikir bila membaca isu?
Itulah yang aku sangat kurang mahir. Bila baca akhbar, aku cuba fikir, apa yang boleh dikaitkan dengan situasi atau keadaan mahasiswa, khususnya ataupun keadaan semasa. Setakat ni jarang sekali aku dapat respon terhadap isu. Melainkan apabila ada yang meminta aku mengkaji isu tersebut.
Bagaimana ye sahabat-sahabat? Tolonglah aku…
Aku budak sedang belajar, ada tips tolong tunjukkan.
21 August 2007
Ada apa dengan 21 OGOS?



Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Dennis Michael. Michael mendakwa bahawa dia diutus Allah untuk melakukan pembakaran itu sesuai dengan berita dari Kitab Zakaria. Kemudian, Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Michael ‘gila’. Maka, atas sebab itu, Michael tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut. Negeri-negeri Muslim seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa. Maka sejak itu 21 Ogos setiap tahun menjadi Hari Al-Quds sedunia.
Episod duka Palestin ini, ditambah dengan penindasan dan kezaliman yang tidak henti hingga ke saat ini hakikatnya menuntut sokongan dan bantuan kita, seluruh lapisan Ummah—pemilik tanah Palestin yang sah. Malah, 21 Ogos hadir setiap tahun mengingatkan kita bahawa sekiranya kita tidak mempertahankan tanah suci Palestin dan Masjidil Aqsa, kelak, kita bukan sahaja tidak dapat mempertahankannya daripada sekadar dibakar, malah dirampas terus keseluruhannya secara haram oleh Zionis Yahudi.
Justeru, bersempena Sambutan Memperingati Hari Al-Quds Sedunia tahun ini, adalah amat wajar untuk kita sama-sama mengajak masyarakat sekeliling memperingatinya, apatah lagi merencana langkah strategik, efektif dan praktikal yang boleh dilakukan dengan mengoptimakan kemahiran dan sumber yang ada demi menyumbang ke arah pembebasan Palestin. Semoga usaha kerdil kita demi mewujudkan keadilan dan keamanan di bumi Palestin diberkatiNya. Islami Ya Quds!
09 August 2007
Hamas vs Fatah, anda dipihak mana?

Kuasa yang sepatutnya dimiliki oleh Hamas telah dicabuli oleh Fatah. Pelbagai ancaman yang diterima. Sehinggakan ada usaha-usaha jahat untuk membunuh Presiden Hamas. Mahmood Abbas sendiri dalam ucapannya mengancam Hamas dengan mengatakan "pemimpin Hamas menggali kubur mereka sendiri". Terpancar sikap Abbas sebagai seorang pemimpin Palestin yang tidak bertanggungjawab dan berhati busuk. Jelas sekali Abbas mengikut agenda politik Amerika dan Israel.
Namun Hamas jauh sekali bezanya dengan Fatah. Sekalipun dikecam sebegitu rupa, apa yang dilemparkan Hamas, penuh hikmah dan kebijaksanaan. "Kami akan menjadi seperti pohon kurma, menjulang ke langit, meski dilempar batu kami balas dengan buah kurma" tegas Hamas. “ Namun kami juga mengingatkan agar jangan cuba menyentuh pendokong/pemimpin Hamas kerana ia umpama bermain api.Kami bersabar tapi berencana" Terserlah ketegasan pendirian Hamas dalam kelembutan yang ditonjolkan terhadap musuh.
Fatah merupakan talibarut Israel. Segala yang dilaksanakan oleh Fatah hakikatnya merupakan perancangan kotor dari AS. Ini kerana Fatah hanya mengikut segala arahan AS. Kenapa Fatah sanggup menentang Hamas yang merupakan saudara seIslam mereka? Mengapa mereka sanggup menjadi saksi pertumpahan darah yang berlaku di Palestin sendiri? Tindakan mereka memberikan impak yang cukup besar kepada ruh kebangkitan umat Islam di Palestin khususnya dan diseluruh dunia amnya. Umat Islam yang kurang arif mengenai isu ini akan mula membuat andaian. Mereka nampak seolah-olah umat Islam sibuk berlaga sesama sendiri. Berebut kuasa. Hakikatnya inilah sebuat tafsiran yang bengkok sama sekali.
Situasi ini boleh saya ibaratkan seperti di Malaysia sendiri. Sekalipun pemimpin Umno dan Pas beragama Islam, namun mereka tidak bersatu. Mengapa? Semuanya kerana berbedanya dasar perjuangan yang ingin dibawa oleh sesebuah parti itu. Begitulah jua keadaanya di antara Hamas dan Fatah. Fatah mahu mencari jalan mudah. Taat saja pada suruhan AS, maka segala-galanya menjadi mudah. Mereka hanya mementingkan matlamat tanpa melihat haLal atau haram tindakan tersebut.
Pada pendapat saya, Hamas ternyata berada di landasan pejuangan yang benar kerana mereka sanggup menghadapi cengkaman dan ancaman Yahudi demi mempertahankan bumi Palestin. Sesungguhnya,itulah lumrah dalam perjuangan penuh mehnah dan tribulasi yang menagih pengorbanan dan kekuatan iman yang kental. Jalannya tidak dihampar dengan permaidani merah tapi penuh darah!


















