Kelakar plak rasa bila terbaca didada akhbar “Tahun Merawat Kelantan” Hah? Dia nak rawat apa plak kat Kelantan? Sedarkah dia yang sebelum nak rawat orang tu, diri sendiri kena rawat dulu? Entahlah, cakap bukan main lagi. Tapi hakikatnya ? kuman diseberang kita nampak tapi gajah didepan mata? Pelik..pelik… walaupun aku ni bukanlah menetap di Kelantan, tapi kali pertama ke sana, dah rasa betapa sejuknya hati dan perasaan bila berada di sana. Sekalipun mungkin pemandangan sekitarnya lebih kepada ‘kampung’, tapi biasalah tu, namapun balik kampung kan..hm… apa yang nak dirawat, lebih kepada infrastruktur..lebih kepada yang material semata-mata. Agaknya nak bina masjid kristal edisi kedua plak kot.
Sepatutnya, rawatlah tempat sendiri dulu. Kalau tengok statistic jenayah rogol, kes buang anak, bilangan penagih dadah, dan macam-macam lagi masalah social di Kuala Lumpur dan Selangor terutamanya, semuanya semakin meningkat dan meningkat. Ni apa yang dapat dikesan atau kes-kes yang dilaporkan. Bagaimana pula dengan kes2 yang berlaku tetapi didiamkan sahaja? Maklumlah, perkara-perkara sebegini mengaibkan diri seseorang jika diketahui umum. Biasanya pihak terlibat lebih suka berdiam diri daripada menanggung malu yang besar. kita sendiri sedar, disebalik peningkatan kes-kes ni, pastinya di sana berlaku penzinaan, maksiat yang semakin berleluasa... Inilah agaknya yang dinamakan Islam Hadhari...
P/S: Rawatlah ‘diri’ kita dulu sebelum kita sibuk nak rawat ‘negara’ orang.
No comments:
Post a Comment