CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

05 February 2008

Masjid Kristal & 21 Replika: Bazir RM 250 Juta Bukan Kehendak Tamadun Islam

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Hrkh) - Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man, Terengganu yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini adalah suatu pembaziran yang tidak memenuhi kriteria dan kehendak tamadun Islam yang sebenar.

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) berpendapat mendirikan struktur binaan yang mewah sedangkan ada keutamaan yang lain untuk rakyat seperti perumahan yang lebih penting, tidak memenuhi maksud tamadun Islam seperti yang ditonjolkan di Terengganu itu.

Demikian menurut kata Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid yang mengulas pembaziran terkini kerajaan dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.
"Perbelanjaannya sangat tinggi, Masjid Kristal termasuk pembinaan 21 monumen replika hanya untuk tontonan sedangkan ia tidak membawa manfaat nyata kepada rakyat terbanyak.
"Soalnya adakah tamadun Islam ingin dipersembahkan melalui monumen replika yang menelan belanja yang banyak walhal yang lebih utama ialah bagaimana memperbetulkan budaya hidup yang kini telah rosak akibat tamadun kebendaan yang kini sedang dialami negara," katanya.

Katanya kerajaan Terengganu mendakwa bahawa TTI akan menjadi produk pelancongan yang menarik, akan tetapi bukan dengan cara berbelanja tinggi untuk menunjukkan sebuah tamadun apatah lagi Terengganu masih termasuk antara negeri yang miskin di negara ini.
Teras turut kesal kecenderungan pihak kerajaan pusat dan negeri selama ini yang terus berlumba-lumba untuk membangun projek-projek kosmetik yang tidak menyelesaikan masalah rakyat yang lebih utama.

Lebih menyedihkan kata Azmi, laporan indeks Gini yang mengukur jurang kaya-miskin di Malaysia adalah yang tertinggi di Asia, sangat mengaibkan dan lebih malang lagi didapati jurang itu adalah yang paling besar membabitkan golongan bumiputera .

"Oleh itu apakah erti TTI bagi rakyat yang masih ramai memerlukan pembelaan untuk hidup dalam keadaan yang mencukupi.
"Perbelanjaan RM250 juta disaat rakyat bergelut dengan kos hidup yang semakin meningkat adalah suatu tindakan tidak bertanggungjawab di pihak kerajaan,"ujarnya lagi.

Malah kata Azmi lagi, 21 buah monumen replika itu sendiri bukan melambangkan tamadun yang sebenar kerana yang diutamakan dalam sebuah tamaduan manusia yang Islamik ialah kesederhanaan yang mengutamakan keperluan rakyat, bukan binaan-binaan mewah.
"Sesunguhnya wang rakyat yang berupa amanah yang perlu ditadbir-uruskan dengan baik. Tidak boleh dibelanjakan dengan sesuka hati tanpa melihat kesan langsung kepada rakyat," tegasnya. - mks.
AZAMIN AMIN
soalhati:
Minggu lalu aku pulang ke kuala terengganu. Hajat dihati nak juga melihat replika-replika tersebut. Aku tak pernahpun tengok masjid kristal tu... Bukan main lagi media massa mewar-warkan aktiviti-aktiviti yang berlangsung di Pulau Wan Man. Bila difikirkjan semula, benarlah. buat apalah membazir sebegitu rupa. Terengganu merupakan negeri ke 2 yang paling banyak menghasilkan pengeluaran minyak di Malaysia. Tapi terengganu juga yang mencatatkan bilangan rakyat miskin paling tinggi di Malaysia...ai,macam mana tu??!

5 comments:

hakim dirani said...

ya lah, saya juga setuju. kan lebih elok duit tu desalurkan kepada yang memerlukan, bukankah lebih berfaedah.

banggugar said...

salam,

kita mem"bina" orang untuk mengimarahkan masjid rasanya lebih baik kita membina masjid yang banyak

(",)

banggugar said...

salam,

kita mem"bina" orang untuk mengimarahkan masjid rasanya lebih baik kita membina masjid yang banyak

(",)

SoalHati said...

betul tu bang gugar n hakim dirani. entahlah..itulah akibat kalau memilih pemimpin yang sgt 'bijak' memanfaatkan wang dan harta yang sepatutnya untuk kebajikan rakyat!

Anonymous said...

sy juga berpendapat sedemikian...asy pun tak faham saper punya idea la nk bina masjid kristal tue...tak tau ke berdosa bina masjid kalau bkn utk diimarahkan bersolat jemaah?takkan la dlm golongan yg "bijak" tue, takder yg tegur kot?semua batu ker?sayang, konon2 "bijak" sgt, tp mereka sndiri yg menunjukkan kebodohan mrk...tue pun pengikut2 dorg x nmpk ke?mmg buta hati tul...


.I ♥ Khat.





Grab A Button