CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

Showing posts with label tagged. Show all posts
Showing posts with label tagged. Show all posts

29 June 2009

Tagged by AMAL

1) Bekas kekasih saya
-entah mana pergi hahaha x delah. gurau jer.
2) Saya sedang mendengar
–Lagu2 korea yang saya suka :)
3) Mungkin saya patut
–lawan perasaan nak sambung tidur ps subuh... perasaan ke? hehe
4) Saya suka
–me'reka' masakan
5) Sahabat-sahabat saya
-Sentiasa ada walau apa jua keadaan saya
6) Saya tak faham
–Macam mana ex-roomate saya boleh suka lagu tamil hehe
7) Saya kehilangan
–Kerajinan untuk melipat kain
8) Ramai yang berkata-"anda comel"
-biasa je..terima kasih. Tapi ada kata lebih dari tu hahahaha haktuih!
9) Cinta itu adalah
–boleh diumpakan bagai makan sambal belacan. walau pedas hingga mengalir air mata masih mahu dimakan jua... hahaha ketagih cerita erra la ni...
10) Di suatu tempat, seseorang sedang
–merenung masa depan (saya la tu)
11) Saya akan cuba
–buat orang sekeliling rasa selesa dengan saya
12) Perkataan SELAMANYA membawa maksud
–tiada penghujung
13) Telefon bimbit saya
–sony ericson k50i pemberian abah. Abah menang main golf time tu :)
14) Bila saya terjaga
–terus tengok jam, alhamdulillah, terjaga subuh.
15) Saya paling meluat
–orang tuduh tanpa usul periksa
16) Pesta/parti adalah
-tempat yang saya tak berapa suka nak pi
17) Haiwan yang paling comel pernah saya temui
–ikan yang adik saya dapat masa dia memancing. Perut dia kembung sangat tapi dia kecik je. Comel sungguh.
18) Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah
–Zaman sekolah menengah. Banyak putaran roda kehidupan berlaku pada zaman ini.
19) Hari ini
–saya berpusa bersama emak :)
20) Malam ini saya akan
–kerja buat air macam biasa dan siapkan design Tinta Advertising.
21) Esok pula saya akan
–Lalui kehidupan dengan harapan tomorrow is much better than today
22) Saya betul-betul inginkan
–gathering keluarga belah mak saya
23) Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini
–Yeay! tak gelupas. Terimakasih Tia Amelia hehehehe
24) Pusat membeli-belah atau arked permainan
-Ikut je mana family bawak pi... Tak kisah
25) Makanan Barat atau Jepun?
– Dua-dua i suka
26) Bilik yang terang atau gelap?
–Terang! Tak suka hidup dalam kegelapan
27) Makanan segera adalah
–tak makan sangat. Nanti dapat CB hehe
28) Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang
-Badi, tolong beli susu cair eh?
Nak tag sape? Anda yang baru je habis baca posting ni.. Jawab eh???

08 April 2009

Tag from Ummi & 'Alyaa-Hajat

10 wishes during my birthday.. boleh dapat ke kalau wish ni? Birthdaypun dah lepas..
1) Tiada kejadian buruk berlaku.
2) Saya sihat walafiat
3) Allah berkati umur saya selama ini4) Wish dari semua yang mengenali dan menyayangi. Paling awal paling suka!
5) Surprise yang best! Tak nak melampaui batas-batas surprise hehe.
6) Makan masakan mak yang paling special!
7) Family raikan
8) Peluk cium mak, abah, wan, adik beradik + kak ipar
9) Hadiah yang unik. Suka hadiah yang boleh saya gunakannya berpanjangan. Hehe bukan sekadar hiasan.
10) Cheese cake! Ory punyer.. kat ‘Resipi Rahsia’ ada jual! Hehe..tak gemar sangat makan kek. Tapi kalau cheese kek, masyaAllah….

Nak forward tag ni kat sape ye? Wish ke 11, tak nak forward tag ni..haha boleh tak, boleh tak? Terima kasih Ummi & 'Alyaa. Anda berdua boleh prepare la ye untuk hari lahir saya yang ke 25 nanti. Hahaha… inshaALLAH.. ish, 25??? Dok cayye wasse…

Nak kongsi sikit sambutan hari lahir yang paling best sepanjang hidup aku. Masa tu usia ku nak masuk 18tahun. Sepanjang 5tahun sebelum tu tak sambutpun birthday bersama keluarga, sebab 5tahun tu duk asrama huhu.. bila tiba hari lahir ke 18, aku dah kat rumah masa tu. Menganggur sebelum dapat masuk matrik. Hehe.

Kebetulan ada kenduri keluarga tok saudara aku. Jadi semua ahli keluarga, saudara mara sebelah mak berhimpun di rumah aku setelah makan nasi minyak di sana. Rumah aku dekat je dengan rumah tok saudara tu. Jadinya, aku dan mak dah plan nak sambut bersama saudara mara. Mak beli 2 kek! Macam nak cover 5 tahun tak sambut birthday je. Tapi patutnya 5 bijik la mak..sebab 5 tahun! Hahaha..

Seronok sangat sebab dapat sambut dengan ramai insan-insan tersayang masa tu.. Istimewa sekali, ada bacaan doa selamat dari wan ku dan semua sanak saudara meng’amin’kannya. Owh, saya sangat terharulah waktu tu. Walaupun dimarahi saudara mara sebab tak inform awal-awal ‘ Hari Jadi Nurul ‘Ain sudah tiba, sila datang membawa hadiah’~macam Ahmad Albab je… tapi takpelah.. surprise jugak ni! Surprise dari birthday girl. hehehe

26 March 2009

16 fakta tentang...

Kak Mar, maaf lambat bangat jawab tag... Masih ada lagi 2 tag yang belum dijawab. Sabar ye SufyGirl & CikguLama:)

Peraturannya, jawab 16 fakta tentang diri (ada orang yang ingin mengenali diri anda dengaJustify Fulln lebih mendalam). Kemudian pilih 16 rakan lain yang anda ingin mengetahui tentang dirinya pula... -Siapakah orang tu? Jodoh sayakah? kih3...

16? Banyak tu.....
ok, soalhati try jawab ye.
1) Pendiam tapi talktive bila orang lain start tegur dulu. Jadi awas, jangan tegur. hahaha
2) Pendam rasa. Tapi bila orang yang rapat mula bertanya, agak mudah untuk menceritakan. Tapi taklah segala-galanya. Surface only :)
3) Suka mereka masakan tapi tak suka makan masakan sendiri.
4) Suka beli buku tapi tak baca terus. Simpan buat khazanah hahaha..
5) Suka duduk rumah. Rumah Manis Rumah. hehehe
6) Suka makanan yang pedas..but now, doctor dah warning maa....
7) Mudah mendisiplinkan diri. Jadi kalau pergi tamrin, tiada masalah:)
8) Suka menyendiri kebiasaannya. Especially di kampus. Sebab...tenang!
9) Mudah tak tenang bila ada masalah walau dengan sesiapa saja. Mesti settlekan cepat2..Paling penting, dapat sampaikan kata-kata : mohon maaf.
10) Suka budak-budak. Suka sangat. Especially yang tak boleh jalan lagi & yang baru pandai nak cakap.... selalu suruh sebut "kak in comel" hahah..
11) Suka buat surprise tapi tak melampau. Sederhana level;p
12) Menangis senyap-senyap satu kemestian untuk melepaskan semua tekanan.
13) Apa lagi ek....huhu semua sikap/sifat diri setakat ni..erm...... ha, pernah 2 bulan straight tak datang sekolah masa sekolah menengah. Cipta rekod tuh ;p
14) Suka karaoke.
15) Tak mudah percayakan orang.
16) Diriku dipanggil Kak In, Soalhati, Bonde, Alang, Anjang, Sayap Kiri.... oleh insan-insan yang berbeza:)

16 orang seterusnya???
IzzahUlfah + MusafirahAmani + CikguLama + HakimahZuhari + Mofir + KakAC + Spekmataku + Salsabila + MyBookOfHappiness + Hypnotic + SyauqahElWardah + UstazAbdulAziz + Sufygirl + Bibiraihana + SaljuPutih + BayuMediterranian

Tadaa..cara-cara nak buat tamagoyaki ;p
Mempersembahkan..
Tamagoyaki Ain~chan :)
Cameragirl: Izzah~chan.
Pemerhati: Ila~chan.
hehehe...


04 December 2008

JAWAB TAG

1stly mohon maaf sebab agak lewat menjawab tag dari Syahidat & 'Alyaa... terimalah segala jawapan yang terlintas difikiran saya tatkala ini. hehe

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
benda? handset yg ada credit

2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?
topup celcom 10. baru beli tadi. guna duit sendiri tu hasil titik peluh kerja kat kedai makan mak:)

3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?
kat kampung Wan saya. Felda seberang Tayor. sebab laman rumah luas. boleh masak memasak dalam tu, pasang khemah dalam tu. semua dalam pagar je. nak akad nikah plak, surau sebelah rumah Wan jer...rumah wan besar. jadi saudara mara & kawan-kawan nak tumpang tidur malam kenduripun senang:)

4. Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?
hubungan dengan siapa? hehe. harap hubungan tu terus.....

5. Adakah anda di lamun cinta?
baru putus cinta. haha. takdelah, tak dilamun cintapun sekarang. sibuk menguruskan 'cinta' orang...

6. Di manakah restoran terakhir kamu makan malam? restoren mak saya. terima tak jawapan ni?? hehe. hari2 makan kat sini. tapi kalau restoren orang lain..urm...foodcourt kat 'double M' lah. makan chicken chop!

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
hmm.... Bunga Kebahagiaan -Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

8. Apakah nama penuh kamu?
Cahaya Mata Kemuliaan Agama

9. Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?
Both!

10. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
Jodoh saya.

11.Sebutkan 8 nama sahabat yang paling rapat dengan kamu? Paling??? tak terjawab lah. maaf. biar soalhati saja yang tahu. :)

12. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?
ye. dengan bantuan washing machine.

13. Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?
Mekah

14. Pelukan atau ciuman?
Both.

15. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu.

Syahidat :
ceria
sensitif juga sebenarnya
pendam
creative
hormat saye:)

'Alyaa :
manja walaupun kak long :p
pandai motivate diri
pinky girl!
ada style lah!
cepat nervous

16. 8 perkara yang amat saya gilai
laptop yang boleh connect internet hehehe
round-round blog orang
graphic design
decorate bilik..nak bilik besar!!!
tengok movie korea & japan
being photographer & cameragirl
kacau orang
singing

17. 8 perkataan yang sering di ucapkan
okkey!
bakpe?
0o0o...
jap eh
yela tu...
sedapnyer....
hhmm....
ya Allah... (sambil mata terbeliak / menggelengkan kepala / menepuk dahi/ merenung ke bawah/ke atas...)

18. 8 buah buku yang paling terbaru dibaca.
Al-Qur'an. boleh? sebab dah lama tak baca buku bila balik cuti ni.. huhu

19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali.
lagu cerita My Girl
Samudera Kehidupan
i'm yours
lagu p.ramlee
sandaran hati- letto
delima - hijjaz
soal hati - erra
lagu samy yusuf

19. 8 perkara yang saya pelajari tahun lalu
1) lebih cakna dan mengambil berat
2) menghargai insan sekeliling
3) ujian dunia...sementara jek
4) sabar dengan sikap insan tertentu
5) penantian memang menyiksakan
6) lebih matang hadapi dugaan
7) hati-hati dengan kenalan baru
8) pengorbanan itu sesuatu yang tak sia-sia

20. Mari meng'tag' 8 orang lain.
izzah dan 'alyaa dah kena. nak kenakan sape ek..
1- hayyi (walaupun izzah tag dia, tapi dia tak jawab lagi hehe)
2- prof mofir
3- Wani Hamid
4- Mbak Inta
5- cikgu lama aka ummi
6- Suhaila (ke suebaik dah jawab tag ni?)
7- Wan Firdaus
8- Hakimahzuhari

28 May 2008

TAG! baru nak cuba jawab..

8 fakta tentang diri aku?

1) Aku ni pendiam sebenarnya. Tapi lepas aku selalu kena ‘kacau’ masa sekolah menengah dulu, aku berubah karakter jadi seorang yg agak ramah dan periang. So far alhamdulillah dah tak ada nak ‘kacau’.

2) Aku selalu dilantik jadi ketua. Tak tahulah kenapa.. rasanya diri ni low profile saja… Bermula dari tabika kemas lagi. Jadi ketua dikir barat, ketua melukis, naik darjah 1 sampai darjah 4 aku jadi ketua kelas. 4tahun berturut-turut memegang trofi sebagai ketua kelas hehe..Akulah satu-satuya ketua kelas perempuan. Sebab? Budak laki kelas aku suaranya slow. Haha.. mesti ada yang tak percaya aku juara jerit masa sekolah dulu. Aku juga ketua kelas yang paling banyak cipta rekod. Ada pelajar patah tangan(aku rota kuat sangat), sakit mata kena habuk duster(aku ketuk kat dahi dia),badan jalur-jalur kena rotan, semua gara-gara aku yang terlebih amanah menjaga kelas sewaktu ketiadaan cikgu! Sampai ayah depa datang jumpa aku kat sekolah! Huhu kecut perut masa tu…padahal baru sekolah rendah! Disebabkan terlalu obses jadi ketua, aku tak nak pindah sekolah sebab nak kekalkan tittle tu. Tapi akhirnya aku kena pindah juga.. tak dapat dah jadi ketua kelas sebab masih baru di Sekolah Rantau Petronas dan...… tak glamor dah huhuhu.

3) Aku suka spend masa bersama keluarga. Selalu kami karaoke, main bowling, makan-makan...kalau tak sempat nak pergi jauh-jauh, kami pergi memancing je kat mana-mana tempat favourite. Ada sekali tu, sampai 5tempat kami pergi dalam sehari sebab umpan tak mengena. Tapi hati tetap gembira sebab bersama keluarga..

4) Aku anak ke2 daripada 4 adik beradik. Tunggal perempuan. Manja? Oh tidak..kerana akulah yg selalu kena buat macam-macam benda bila balik rumah. Maklumlah, anak-anak lelaki ni jarang nak jumpa yang pandai urus kerja rumah..

5) Masa kat SRP, aku geng dengan budak-budak laki. Kalau naik bas balik sekolah, tak payah beratur, mesti ada kroni-kroni aku yang copkan tempat..kalau ada nak kacau, mesti ada geng-geng yang mempertahankan :p Perangai entah pape..Memang ganas sikit. Tak main bola bola jaring macam musafirah_amani...aku main bassboll, lumba basikal, bola baling..hehe..
Alhamdulillah Allah bagi hidayah pada mak abah aku untuk suruh aku masuk SHAMS(SHeikh Abdul Malek School) masa form 1(akupun merelakan dalam keterpaksaan)Kalau tak, tak tahulah apa nak jadi sekarang ni… banyak tarbiyah aku dapat kat SHAMS..syukur..

6) Kalau cuti agak lama, aku suka pergi SHAMS. Selalu pergi dengan idotpearl, izzah ulfah or musafirah_amani. Walaupun cikgu-cikgu yang aku kenal dah ramai tak ada, tapi masih ada ayahanda2 dan bonda2 tersayang yang selalu ambil berat tentang diri ni. Kalau tak jumpa cikgu-cikgu kat sekolah, aku cari cikgu sampai ke rumah depa..Dapatlah berjumpa dan berkongsi macam-macam cerita. Sebab tu bagi aku, dulu, kini dan selamanya mereka cikgu-cikgu aku!

7) Aku minat masak. Minat sangat-sangat! Suka cuba resipi-resipi baru dan lama. Suka juga reka resipi. Kalau tengok rancangan masakan kat tv or drama, mesti aku teruja nak buat! Tapi aku tak suka makan apa yg aku masak. Selalu wan(nenek) dan adik-beradik akulah yang jadi mangsa kena habiskan masakan aku hehe. Terbaru aku dah cuba resipi jepun dan arab hehe. Mujurlah laku...Mak marah kalau tak habis!

8) Apa lagi? Aku suka beli buku. Walaupun buku yang aku beli sebelum ni aku tak bacapun lagi. Entah, rasa seronok bila ada banyak buku. Tapi ada masa aku baca juga.. suka juga bagi sahabat-sahabat pinjam...cth:ahshab...hehe jangan mare...bagus sebab sama-sama dapat kongsi manfaat.

Nak 8 je kan?.Tulah, sape suruh tag..kan dah panjang jela tu..terima kasih kerana sudi membacanya... itulah perihal aku serba sedikit yang aku suka-suka nak kongsi dengan kengkawan semua...

.I ♥ Khat.





Grab A Button