Selamat menempuh 2011. Semoga aku dan kamu yang membaca juga ;) beroleh keberkatan Ilahi dalam segenap urusan seharian. Aameen♥
.Tetamu Istimewa.
01 January 2011
Urusan dunia
Selamat menempuh 2011. Semoga aku dan kamu yang membaca juga ;) beroleh keberkatan Ilahi dalam segenap urusan seharian. Aameen♥
01 January 2009
Keep on MOVING!
1429 Hijri dan 2008 Masihi telahpun melabuhkan tirainya. Semua dah set up azam baru? Aku belum. Kenapa? Kebiasaanya aku akan pasakkan azam baru ni bila tiba hari kelahiranku. Yakni......RAHSIA :p Aku dilahirkan di awal bulan yakni Januari. Jadi setiapkali usiaku bertambah, setiap kali itulah aku memikirkan azam yang ingin dicapai. Kebiasaannya tak banyak dalam 2/3 azam saja yang aku betul-betul nak capai dalam umur ku pada tahun tersebut. Azam aku juga tak semestinya azam yang baru setiap tahun. Terdpat juga azam tahun sudah yangbelum dapat kucapai, aku anjakkan pada tahun ini. Apa ya? juga RAHSIA. :)
Aku baru saja membeli sebuah buku karangan Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah dan Abang Fadzli Yusof (selalupanggil abang Mad je:). KUASA HIJRAH,KUASA UNTUK BERUBAH! Begitulah tajuk yang tertera dimuka hadapan buku tersebut. Aku belinya di 'doube M' depan rumah aku. Balik haritu, sekalipun demam dan kaki bengkak dek terpijak paku baru, aku ada juga 2 3 kali ke double M. Mula-mula aku pergi bersama abang dan sepupu. Belikan barang sekolah sepupu aku. uishh..mahal-mahal belaka. Nak beli pencil box je, Rm 15-RM 25 harganya. Itu yang sepupuku berkenanlah. Cari yang biasa-biasa je, ada la dalam RM 6-7 harganya. Ish3..nak letak alat tulis je pun, awat yang mahal bebenor? Abangku menggelengkan kepala. Kami sedaya upaya cari yang berpatutan saja harganya. Lama juga nak memilih tu. Apatah lagi sepupuku yang nak masuk darjah 3 tu agak 'particular' orangnya. Keesokkannya pergi lagi dengan adik. Juga teman dia beli segala keperluan sekolah. Eh, tak lah segalah, just beli mana yang belum ada je. Rasa macam mak orang plak bila duk bawak budak-budak ni shopping riang ria ke sekolah huhu..
Back to the real topic, aku baru saja membaca beberapa helai muka surat. "Sekali air bah, sekali pantai berubah, tapi manusia bagaimana?" Entry sebegini menarik perhatianku. Benarlah, pantai bisa berubah. Tapi pantai berubah kerana air... Manusia tak bisa berubah kerana orang. Manusia mesti mengubah dii sendiri. Memulakannya dari dalam diri sendiri. Bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud Dia tak akan mengubah nasib sesuatu kamu melainkan kaum itu mengubah nasibnya sendiri.
Jadi, apapun perubahan yang ingin kita lakukan, azam yang kita pasangkan, pembaharuan yang ingin kita realisasikan dalam hidup, segala-galanya bergantung kepada diri kita sendiri. Orang lain hanyalah pemangkin semangat kita. It just, whether we want to do it or not! Jika hanya berpeluk tubuh, tak kemanalah kita. Tapi jika kita melakukan hanya satu langkah dan disusuli lagi langkah-langkah yang seterusnya dengan penuh keazaman dan semangat baru, inshaAllah kita bakal lihat azam kta tercapai. InshaAllah. Tak lupa, pergantungan pada Allah adalah asas untuk segalanya berlaku dengan baik, dengan izinNYA. Teruskan berdoa tak kira apa kondisi kita. Manusia seringkali ingat Allah bila mereka susah. mengapa tidak kita ingat Allah sepanajang masa? Masa senang, bila kita ingat Allah, itu lebih baik. Tanda kita syukur :)Salam Optimis,
KEEP ON MOVING!
25 November 2008
17 October 2008
peringatan
26 July 2008
positive quotes
GOOD CONDUCT TOWARD OTHERS:
The Prophet Muhammad (s) said, “None of you truly believes until he wishes for his brother what he wishes for himself.”
——— Bukhari and Muslim.
The Prophet Muhammad (s) said: “He will not enter Paradise whose neighbour is not secure from his wrongful conduct.“
——— Sahih Muslim, Hadith 15.
The Prophet Muhammad (s) said: “Anybody who believes in Allah and the Last Day should not harm his neighbor, and anybody who believes in Allah and the Last Day should entertain his guest generously, and anybody who believes in Allah and the Last Day should talk what is good or keep quiet (i.e. abstain from all kinds of evil and dirty talk).“
——— Narrated by Abu Hurayrah, Sahih Al Bukhari, Vol: 8 Hadith 47.
The Prophet Muhammad (s) said: “There is reward for kindness to every living thing.”
——— Bukhari and Muslim.
The Prophet Muhammad (s) said: “God is kind and likes kindness in all things.“
——— Rihadh us-Saleheen, Volume 1:633.
The Prophet Muhammad (s) said: “Be kind, for whenever kindness becomes part of something, it beautifies it. Whenever it is taken from something, it leaves it tarnished.“
——— Imam Bukhari’s Book of Muslim Manners.
“Those who work for you are your brothers. Allah has made them your assistants.”
——— Bukhari and Tirmidhi.
“There are many doors to goodness. (Saying) ‘glory to God,’ ‘praise be to God,’ ‘there is no deity but God,’ enjoining good, forbidding evil, removing harm from the road, listening to the deaf (until you understand them), leading the blind, guiding one to the object of his need, hurrying with the strength of one’s legs to one in sorrow who is asking for help, and supporting the weak with the strength of one’s arms - all of these are (forms of) charity prescribed for you.”
——— Prophet Muhammad (s) in Fiqh-us-Sunnah, Volume 3, Number 98.
“People are often unreasonable, illogical, and self-centered;
… Forgive them anyway.
If you are kind, people may accuse you of selfish, ulterior motives;
… Be kind anyway.
If you are successful, you will win some false friends and some true enemies;
… Succeed anyway.
If you are honest and frank, people may cheat you;
… Be honest and frank anyway.
What you spend years building, someone could destroy overnight;
… Build anyway.
If you find serenity and happiness, they may be jealous;
… Be happy anyway.
The good you do today, people will often forget tomorrow;
… Do good anyway.
Give the world the best you have, and it may never be enough;
… Give the world the best you’ve got anyway.
You see, in the final analysis, it is between you and God;
It was never between you and them anyway.”
——— Mother Theresa.
“Do not be people without minds of your own, saying that if others treat you well you will treat them well and that if they do wrong you will do wrong. But (instead) accustom yourselves to do good if people do good and not to do wrong if they do evil.”
——— Prophet Muhammad (s) as reported in Al-Tirmidhi, Hadith 1325.
source: http://makkah.wordpress.com
29 June 2008
thank you ALLAH!
STRENGHT
ALLAH gave me
DIFFICULTIES
to make me
STRONG
i asked for
WISDOM
ALLAH gave me
PROBLEM
to
SOLVE
i asked for
COURAGE
ALLAH gave me
OBSTACLE
to o
OVERCOME
i asked for
LOVE
ALLAH gave me
TROUBLED PEOPLE
to HELP
i asked for
FAVORS
ALLAH gave me
OPPOTUNITIES
to
GRAB
i RECEIVED NOTHING i WANTED..
BUT
i RECEIVED EVERYTHING i NEEDED!
04 June 2008
Bersama Pemimpin!
.jpg)
Petua-petua untuk menjadi seorang negarawan:
Mulanya ceramah YB , beliau dah tekankan soal niat. Niat bukan sekadar kita niat dalam hati dan itulah yang kita akan dapat. Tapi niat juga boleh disamakan dengan program-program atau aktiviti yang kita buat. Setap program atau aktiviti, mesti ada target!
Jangan rasa rendah diri yang tak perlu. Contohnya bila kita nak becakap bahasa Inggeris. Tak mengapa jika bahasa Inggeris kita kurang lancar atau silap tatabahasa sana sini, sebab kita sedia maklum, bahasa tu bukanlah bahasa ibunda kita. Dah cukup baik dah tu kita boleh berbahasa Inggeris walaupun ada salah sikit-sikit. Pedulikan!
Penampilan diri sangat penting! Kalau kita tengok hidung kita kemek ke, senget ke, kita kena anggap cantik. Sebab? Itulah ciptaan Allah. Kalau manusia yang tafsirkan kecantikan sampai bila-bilapun tak kan ada kepuasan pada kecantikan seseorang…
Mesti ada IQ (Intellectual Quotiuos): KECERDASAN MINDA.
Dia dalam kelas, cuba jadi seorag yang vokal. Lantang, jelas, berprinsip tapi sopan bila memberi pendapat danmenyampaikan hujah.
Ilmu mesti sentiasa dicari, dikembangkan, diterangkan kepada orang lain. Semakin kita melakukannya terhadap ilmu, semakin ilmu itu subur. Sebab sel-sel dalam otak sentiasa mencapah dan berkembang!
Mesti ada EQ (Emotional Quotiuos) :KECERDASAN EMOSI.
Kita mesti usaha bina kecerdasan emosi dalam persekitaran. Ramai yang cerdik pandai, tapi kurang pandai dalam membina EQ. misalnya, kurang pandai mengambil hati kawan. Kurang pandai menjaga hati kawan.
Pelbagaikan kawan. Jangan hanya mencari kawan yang sama perangai, minat dan seumpanya dengan kita. Jaga betul-betul hati kawan. Ambil berat soal kawan. Biar kawan kita merasa kita memahami dia seperti mana dia memahami dirinya sendiri! Jaga hubungan antara kawan-kawan dari sekarang sebab akan datang, merekalah yang bakal menjadi jaringan dakwah kita.
Mesti ada SQ (Spiritual Quotiuos) : KECERDASAN SPIRITUAL.
Mesti ada kekuatan fizikal.
Berjalanlah dengan gaya seorang pemimpin. Bagaimana Rasulullah berjalan? Contohi cara Rasulullah. Pemimpin tak semestinya mempunyai jawatan. Ada yang mampu menjadi pemimpin sekalipun dia tidak berjawatan. Itulah sebenar-benar pemimpin!
Wah, panjang pula rasanya. Aku rasa cukup buat setakat ini perkongsian ilmu kita. Kita tutup majlis dengan bacaan tasbih kafarah dan… hehehe. Ceramah YB berlansung selama sejam lebih. Pastinya banyak lag yang YB kongsikan bersama. Kata-kata akhir YB,
Jangan tinggal Dhuha
Jangan ke kelas tanpa wudhuk
Lakukan tahajjud sebab tahajjud member kekuatan fizikal juga. Badan rasa sihat. Seba disepertiga malam itulah kita dapat menghirup udara yang paling asli!
Sampaikan ISLAM di lapangan masing-masing.
Cari keberkatan dalam setiap sesuatu.
Wallahu'alam.
22 April 2008
B.E.S.T.F.R.I.E.N.D?
02 April 2008
04 January 2008
"Sesekali jadilah kawan yang mendengar daripada hanya bercerita. ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia;dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. jadilah kita kawannya itu. kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. disebalik senyumannya itu mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan,kita tidak tahu...tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia mungkin kita akan tahu..."
16 December 2007
Macam mana nak ceria II

p/s: Ohye, bahaya yang saya katakan tadi, ini mengikut pengalaman dirilah. Nanti saya ceritakan lagi di episode akan datang. Ceria pengubat duka!
12 December 2007
Macam mana nak ceria?
Ha..anda pernah rasa seperti ini? Nilah namanya penyakit tak ceria. Tak ceria ditempat kerja. Kenapa? Kenapa ada yang tak ceria bila melakukan sesuatu kerja? Padahal dah berbulan-bulan, bertahun2 dia melakukan kerja tu. Tapi akhirnya dia sendiri kata bosan!benci!
Kenapa kita tak ceria? Sebabnya, kita tak nampak keperluan untuk kita ceria semasa bekerja. Kita tak pernah berdoa untuk seronok dengan kerja kita. Kita ikut mood. Kalau kita tengah happy, kita ketawa sampai nampak gigi berlubang.. Kalau hari tu kita bad mood, semua orang kita rasa nak telan. Menyampah tengok muka! Mulutpun muncung dah boleh sangkut hanger. Hai cik abang…jangan moyok macam tu. Kawallah mood anda. Sebenarnya kalau anda tak ceria, anda boleh menceriakan diri anda dengan menceriakan orang lain. Usah terbawa2 masalah kita tu di tempat kerja. Usahalah untuk tukar mood kita. Eh, macam mana tu? Senang je, SENYUM!
Buatlah orang rasa seronok dengan kehadiran kita. Seronok tak semestinya senyum. Tapi senyum boleh menimbulkan rasa seronok, ceria, happy dan merupakan rahsia awet muda. Eh, bukan rahsia lagi dah. 1 DUNIA DAH TAHU!jadi senyumlah seindah suria.tak kene bayar pun. Cuma memerlukan sedikit keikhlasan bagi menjamin senyuman yang bermakna dan efektif.
Cara lain lagi, wujudkanlah suasana ceria di tempat anda nak buat kerja tu. Contohnya, macam student, di meja study. Hiaslah sikit meja study tu. Letak wallpaper colour kegemaran anda ke. Tapi kalau favourite colour tu hitam, better letaklah colour lain untuk meja study anda. Takut makin kusut je otak tu kalau permandangan gelap dan kusam.. biru ok jugak. Biru menunjukkan romantic. Kuning-ceria, hijau tenang, pink pulak tanda bersemangat and sometime boleh menimbulkan ransangan. Ni mengikut kajian Dato’ Dr. Fadzillah Khamsahlah.
Antara lain lagi… tunggu di episode akan datang ye hehe.














