Alhamdulillah, baru-baru ini Allah izinkan aku menghadiri satu kuliah bersama YB Senator Mumtaz. Sekalipun aku ada midterm exam keesokan harinya, tetapi disebabkan aura senator Mumtaz ni, aku tak nak lepaskan peluang. Begitu juga dengan sahabat-sahabatku yang lain. Semua sanggup menunggu sekalipun ceramah bermula sejam lewat daripada waktu yang dijadualkan. Aku masih ingat lagi antara nasihat-nasihat YB pada sessi ceramah 2tahun lalu kalau tak silap. YB kata dia kalau dah study, dia target setengah jam saja. Kalau dah habis setengah jam, tapi masih kabur atau tak faham apa-apa, dia akan tutup buku. Cukuplah! Sebab kita sebagai manusia hanya berusaha. Yang bagi kefahaman kepada kita adalah Allah. Ilmu itu milik Allah. Insha Allah kalau kita baca lagi di lain waktu, kita akan faham.
Petua-petua untuk menjadi seorang negarawan:
Mulanya ceramah YB , beliau dah tekankan soal niat. Niat bukan sekadar kita niat dalam hati dan itulah yang kita akan dapat. Tapi niat juga boleh disamakan dengan program-program atau aktiviti yang kita buat. Setap program atau aktiviti, mesti ada target!
Jangan rasa rendah diri yang tak perlu. Contohnya bila kita nak becakap bahasa Inggeris. Tak mengapa jika bahasa Inggeris kita kurang lancar atau silap tatabahasa sana sini, sebab kita sedia maklum, bahasa tu bukanlah bahasa ibunda kita. Dah cukup baik dah tu kita boleh berbahasa Inggeris walaupun ada salah sikit-sikit. Pedulikan!
Penampilan diri sangat penting! Kalau kita tengok hidung kita kemek ke, senget ke, kita kena anggap cantik. Sebab? Itulah ciptaan Allah. Kalau manusia yang tafsirkan kecantikan sampai bila-bilapun tak kan ada kepuasan pada kecantikan seseorang…
Mesti ada IQ (Intellectual Quotiuos): KECERDASAN MINDA.
Dia dalam kelas, cuba jadi seorag yang vokal. Lantang, jelas, berprinsip tapi sopan bila memberi pendapat danmenyampaikan hujah.
Ilmu mesti sentiasa dicari, dikembangkan, diterangkan kepada orang lain. Semakin kita melakukannya terhadap ilmu, semakin ilmu itu subur. Sebab sel-sel dalam otak sentiasa mencapah dan berkembang!
Mesti ada EQ (Emotional Quotiuos) :KECERDASAN EMOSI.
Kita mesti usaha bina kecerdasan emosi dalam persekitaran. Ramai yang cerdik pandai, tapi kurang pandai dalam membina EQ. misalnya, kurang pandai mengambil hati kawan. Kurang pandai menjaga hati kawan.
Pelbagaikan kawan. Jangan hanya mencari kawan yang sama perangai, minat dan seumpanya dengan kita. Jaga betul-betul hati kawan. Ambil berat soal kawan. Biar kawan kita merasa kita memahami dia seperti mana dia memahami dirinya sendiri! Jaga hubungan antara kawan-kawan dari sekarang sebab akan datang, merekalah yang bakal menjadi jaringan dakwah kita.
Mesti ada SQ (Spiritual Quotiuos) : KECERDASAN SPIRITUAL.
Semua manusia ada SQ tapi kita tak aktifkan.
God Spot. Dalam otak manusia, memang ada God Spot ni. Di mana setiap manusia mempercayai adanya Tuhan. Ada nilai-nil universal. Yakni al-Asma ul-husna. Misalnya angkasawan Malaysia, Sheikh Muzaffar. Bila beliau berada di angkasa, apa yang beliau nampak? Beliau Nampak kebesaran Allah… lagi tinggi kita naik, lagi tinggi amal kita, lagi kita nampak Allahu Akbar!
Mesti ada kekuatan fizikal.
Berjalanlah dengan gaya seorang pemimpin. Bagaimana Rasulullah berjalan? Contohi cara Rasulullah. Pemimpin tak semestinya mempunyai jawatan. Ada yang mampu menjadi pemimpin sekalipun dia tidak berjawatan. Itulah sebenar-benar pemimpin!
Wah, panjang pula rasanya. Aku rasa cukup buat setakat ini perkongsian ilmu kita. Kita tutup majlis dengan bacaan tasbih kafarah dan… hehehe. Ceramah YB berlansung selama sejam lebih. Pastinya banyak lag yang YB kongsikan bersama. Kata-kata akhir YB,
Jangan tinggal Dhuha
Jangan ke kelas tanpa wudhuk
Lakukan tahajjud sebab tahajjud member kekuatan fizikal juga. Badan rasa sihat. Seba disepertiga malam itulah kita dapat menghirup udara yang paling asli!
Sampaikan ISLAM di lapangan masing-masing.
Cari keberkatan dalam setiap sesuatu.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment