CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

Showing posts with label macam-macam ada. Show all posts
Showing posts with label macam-macam ada. Show all posts

19 February 2010

Membesar dengan sihat

Assalamualaikum

Cepat betul masa berlalu kan? Rasa baru je lalui hari Jumaat minggu lepas. Ni dah Jumaat balik. Sekejap sangat sangat sangat. Malam ni customer tak ramai sangat. Akupun banyak duduk dalam rumah. House keeping. Bilik maklah yang menjadi fokus utama. Walaupun mak tu sibuk kat kedai, tapi biliknya...masya Allah..hehehe~ Kesimpulannya memang kena 'house keeping' sokmo la.. Tak tahu masa bila mak 'sepahkan' bilik dia hehehe~

Aku ingatkan 16hb dah dapat tahu result interview hari tu. Tapi tunggu punya tunggu, senyap je. Aku tanya pegawai PPD, dia cakap 1mac mungkin dapat tahu. Itupun MUNGKIN. Bersabar jelah lagi.. Duk cari2 juga kerja lain, tapi belum ada rezeki lagi. For the time being, memang ajar tuisyen dan tolong mak kat kedai jelah. Boring? Ada masa2nya boring juga. Ada masa2nya penat tak terkata. Tapi part mengajar tuisyen tu, tak pernah terasa penat! Malah excited:) Mungkin sebab memang jiwa aku ni suka mendidik dan dididik kot..:)

Oklah, nak stop dah. Nak sambung house keeping. Sebelum tu, nak share gambar terbaru si Nur Afrina Qalesya ni..Sangatla debab dia kini. Geram sangat sangat sangat jadinya:)

Papa dan mama dia boleh kata tiap2 hari ambil gambar dia. Dah nak masuk 3 bulan ni, dia dah pandai dah tengok orang. Kalau kita nak snap gambar dia je, pandai je dia buat2 senyum dan maintain freez kejap hehe~ Nampaknya ada ciri2 makngah di situ:P Suka bergambar yep! Isha ni jugak tak banyak karenah. Setakat ni lah.. Kalau lambat susu je dia nangis bagai nak rak sikit. Biasa2, memang dia senyap je. Banyak buat senaman kaki hehe~ Aktif betul kaki dia! Kalah shaolin soccer hehe~

17 February 2010

Bila SoalHati ber'falsafah' :p

Sinar itu akan tiba
namun entah bila
tapi aku pasti
ia akan kutemui
dengan usaha setiap hari
dengan doa ku pohon pada Ilahi
agar bertemu sinar dihati
mengiringi aturan hidup ini
yang penuh ranjau dan duri
ya Rabbi
tabahkan hatiku
cekalkan semangatku
kuatkan keimananku
agar aku bisa menjadi
salah seorang hambaMU
yang sentiasa dekat padaMU
ameen.
-12 Disember 2006-
*******

Bila bercakap tentang cinta
indah terasa
bahagianya jiwa
namun ada jua yang terluka
ada yang memendam rasa
dan ada yang terdiam seketika
hatinya meraung
kerana?
beberapa perkara
tapi itu cinta manusia
cinta Tuhan?
tiada siapa kan terluka
kerana DIA....Pencipta Cinta
dan cintaNYA..cinta Agung! cinta sejati!
-8 Oktober 2006-
*******

Cinta tulus biasa begitu..
kita tak tercari-cari..
yang kita kejar hanya cinta Ilahi..
untuk redha sepanjang hayat..
adakala kita gusar juga..
siapakah pasangan kita nanti?
 siapa yang Allah dah takdirkan untuk kita?
lalu kita mengambil langkah tidak peduli..
tak mahu fikirkannya lagi..
kita teruskan kehidupan..
kita taqarrub padaNYa.
biarkan soal cinta yang entah bilakan terjawab..
namun diluar jangkaan kita..
 cinta tulus datang..
 dari insan yang elok peribadinya..
murni hasratnya..
dan suci hatinya..
tiada sebab untuk kita menolak..
 senang hati kita untuk menerimanya..
tenang sekali..
 tanggapan kita,
 dialah orangnya..
 dialah jodohku..
 berkat petunjuk Tuhan..
ya, dialah dihati..
di dunia hingga akhirat..
menuju hidup di syurga yg abadi...
-9 Ogos 2006-
*******

Saat dia punyai pangkat yang akan luput jua
Rasa dirinya lebih daripada yang lain
Rasa dirinya seorang berkuasa
Rasa dirinya teramat mulia

Manusia mudah memandang rendah
Saat dia punya bakat yang Tuhan pinjamkan
Rasa dirinya seorang saja yang pandai
Rasa dirinya saja berbakat sebegitu rupa
Rasa bakatnya saja yang boleh dibanggakan

Manusia mudah memandang rendah
Saat dirinya tahu apa yang orang lain tiada mengetahui
Rasa dirinya sangat berilmu
Rasa dirinya seorang saja yang peka
Rasa ilmunya mengatasi ilmu orang lain

Manusia sering memandang rendah
Selagi ego tak dikurangkan
Selagi hanya memikirkan diri sendiri
Selagi hanya menurut kata hati

Manusia sering memandang rendah
Andai diri tak sedar diri
Andai tiada cahaya keinsafan
Andai tak pernah selami isi hati orang lain

Manusia sering memandang rendah
bila terlupa memandang yang berkuasa ke atas dirinya...
kitakah manusia sebegitu?
 -5 Jun 2006-
*******
Awak,
saat awak tiada
sepi saya rasakan
teramat sunyi
sedangkan awak
hanyalah sahabat saya
dan kita
tak pernah memutuskan apa-apa
atas jalinan persahabatan yang terbina...
awak,
saat awak ada
saya terhibur
awak menceriakan hari-hari saya lalui..
saya nak marahpun,
tak menjadi
nak merajuk,
tak lama
kerana awak
pandai mengambil hati
awak telus menasihati saya
awak kritik saya
awak nyatakan ketidakpuasan hati
saya terima walaupun berat
sebab adakala bukan kerana salah saya
tapi hati dan perasaan awak sebenarnya
kurang meyakini saya...
tapi itu bukan kekurangan awak
tapi
kerana saya
yang tak pernah memberi kata putus!
awak,
awak harapkan saya
saya tahu itu
tapi awak
dalam hati ini.........
(bersambung...)
-12 May 2006-
*******
Hari-hari ujian datang
suka atau duka
semua kita lalui
kita tahu
ada hikmah disebaliknya
kita terima segalanya
kita tahu
DIA sayang kita
sebab itulah kita diujiNYA
tapi kita
hanya tahu
adakala
kita persoalkan jua
adakala
kita kesal jua
tiada kekecewaan bagi yang meyakini
anggap sahaja dugaan Ilahi
kita lalui dengan kesyukuran
walau pahit hendak ditelan
itulah suratan
bagi menguji iman insan
-24 Oktober 2005-
*******


Awak...
saya sering teringatkan awak...
saya merindui awak...
saya berseorangan di sini...
perjalanan kita tidak sama...
namun niat kita satu,
perjuangan satu matlamat...
awak...
saya sayang awak...
saya kasihkan awak...
''lebih dari yang awak tahu''
saya sayang persahabatan ini...
saya sayangkan pertemuan itu...
awak...
saya tak mahu awak pergi...
lari meninggalkan saya...
mungkin saya sudah bengkok!
tak seumpama dulu...
tapi ketahuilah,
saya perlukan awak...
untuk meluruskan saya...
kerana manusia,
adakala lurus...
adakala bengkok
jangan sampai suatu hari nanti....
saya begitu tersentuh mendengar lagu ini...
kerana saya salah seorang darinya...
*bertanyakan berita
* merisik khabar
* mendengar cerita
* melaluinya kau kuhampiri
* tiap hari
* bersama luka dihati
-29 September 2005-
*******

Terkenang aku saat dulu
hidupku yang tiada bereti
nafsuku merajai diri
akalku lemah untuk bersuara
imanku melayang entah kemana
saat dulu..
kulakukan dosa tanpa kesal
kunikmati hidup tanpa batasan
kuanggap dunia syruga yang abadi
dosa dan pahala tak dapat kubezakan lagi...
namun hatiku resah
tiada ketenangan bertamu..
sejenak kuterfikir
apakah kesudahan semua ini?
hidup bagai di awangan
sedangkan ku berdepan dengan murka Tuhan
dapatkah ku kecapi ampunanMU?
sedang hatiku kelam tak bercahaya
ku kunjung rumah ILAHI
ku sujud menghambakan diri
kupinta dikurniakan hati
rahmatNYA tak bertepi
dan...
usah dipaling lagi
pada saat dulu!!!
-5 Jun 2005-
*******

Ni la 'falsafah-falsafah'(kononnya la haha) yang aku kutip kat villa lama aku. Bila baca semua, ish, jiwang karatpun ada. Haha..'korang' janganla gelak terguling2 plak. Biasalah tu, ada masanya jiwang2 tu berlaku saat zaman 'jahiliyah' aku hehehe..Yang kelakarnya, ada jugak sajak bersambung tu..tahun 2006! Ni dah 2010..Lama betul 'babak' seterusnya nak ditayangkan kih3..

p/s: Hak cipta terpelihara!

30 August 2009

Ada apa pada namaku?

NURUL AIN
NNaif
UUntung
RRamah
UUlung
LLemah-lembut
AAmanah
IIkhlas
NNaif
Apa ada pada nama?

10 June 2009

Alkisah adik aku kemalangan kecil.

Adikku kemalangan kecil

Semalam aku terima berita kemalangan adikku Akuz. Terkejut jugak. Tapi dia kata dia ok je cuma sakit-sakit badan & luka banyak tempat. Dia terjatuh motor. Area Pudu. Mujur masa tu depan restoren. Jadi orang ramai angkat dia & baringkan dia di tepi jalan. Dia dah nak pitam katanya. Darah agak banyak mengalir, di kaki terutamanya. Dia ni plak pantang tengok darah (jauh beza dengan aku yang 'suka' tengok darah...kalau terluka, mesti aku tenung dulu darah tu, sayang nak lap..). Dalam setengah jam juga dia terbaring sebab tak mampu nak berdiri & bawa motor tu..Dia pesan kat aku jangan beritahu mak & abah. Huhu~ macam mana lah aku boleh pendam sendiri hal sebegini? Serba salah dibuatnya. Tapi aku buat relax saja. Nak pergi tengok diapun, hari dah jauh malam. Dah jam 11.30malam masa tu. Aku layan cerita korea. Huhu wajarkah?

Hari ni aku niat nak lawat adik aku. Nak tengok keadaannya sebenar. Dia nak datang kampus sebab ada hadiah yang dia minta tolong aku balutkan. Dia nak hadiahkan kepada kawannya. Aku kesian kat dia yang tak stabil macam tu. Takkan nak drive jauh-jauh begini. Walaupun Ampang-Kampusku mengambil masa 20 minit, tapi sebab dia tengah sakit-sakit macam tu, nak tunggang motor lagi, tak sampai hati jadinya. Jadi aku suruh dia datang terminal jelatek je, jumpa kat sana. Tak jauh sangatlah dari rumahnya. Aku naik lrt... Kepala aku sangat sakit petang tadi. Tak tahu kenapa. Dah lama tak sakit kepala, tetiba datang plak hari ni. Lama plak tu.. Tapi aku gagahi jua. Malam ni Akuz dah nak balik. Hadiah ni mesti diberikan segera. Lagipun nak report keadaan dia tu kat Abah... Aku ambil teksi ke terminal putra. Tak tahan nak berdiri dalam bas. Takpelah keluar duit lebih sikit (banyak jugak). Hal kecemasan ni kan...

Sepanjang kelas tadi, hati terkenang-kenangkan Akuz. Akhirnya aku sms juga Abah. Aku beritahu abah hal sebenar tapi bersyarat!

"Abah jangan kabo ke Akuz ea... "

Abah terus call akuz. Kononnya bertanya khabar. Walhal baru je 2 hari lepas kami bertiga berjumpa & jalan-jalan di Sogo. Abah kata

"Jangan bimbang Kak In, Abah dok tanya pun hal tu. Akuz kata dia nak balik Kemasik malam ni"

Tiba-tiba Abang aku plak sms.

"Akuz ape cerita??"


Sah abah dah beritahu Badi ni. Badi kerja dengan Abah. So takkanlah abah tak bercerita plak hal sebeginikan.. Aku cepat-cepat reply sms Badi. Aku bimbang hal ni diketahui Mak. Kalau Mak tahu, alamatnya mesti kalut satu dunia. huhu~ Aku tak naklah Akuz anggap aku tak boleh pegang rahsia plak. Akuz tu jarang nak bercerita hal-hal yang dirasakannya baik dipendam saja. Tapi dengan aku, dia bercerita apa saja. Jadi, aku tak nak lah hilang kepercayaannya terhadap diri ni. Lagipun, malam ni dia dah nak balik, jadi biar mak tengok sendirilah nanti lukanya macam mana. Keadaannya taklah parah, cuma kalau dah hal accident ni, sangat sensitif la kan... Apatah lagi si Akuz tu dah berapa kali accident & dasyat2 dari kami adik beradik yang lain. huhuh~ Kalau mak dapat tahu, pasti mak sangat susah hati dan bergenang air mata memikirkan anaknya.

Alhamdulillah, dah dapat jumpa dia tadi. Banyak juga luka. Bahu, lengan, tangan, kaki. Kaki memang berbalutlah sebab sakit nak pakai selipar. Diapun jalan terhincut-hincut. Aku ajak dia minum-minum kedai mamak berhampiran. Sembang-sembang sikit, bagi duit belanja, lepas tu aku pulang. Diapun tak boleh lama-lama sebab dah tak larat katanya.

Tiba di kampus, aku ajak AEY pergi pasar malam. Kali ni pergi bersendirian. Ramai plak jumpa insan-insan yang mengenali diri ini. Rata-ratanya bertanya "hai Kak In/ 'Ain, nape sorang je?" . Aku bagi jawapan semua sama. Memang tu skema jawapan dia. "single kan..." hehehe~




Gigi hancur.

Aku selalu mimpi gigi hancur. Eh, taklah selalu, ada dalam 3 kali. Hmm..2 hari lepas aku mimpi yang sama lagi. Bila bangkit tu, teringat orang kata mimpi gigi ni berkait dengan kematian. Gigi patah. Tapi mimpi aku gigi hancur. huhu~ Aku tak endah sangat hal-hal macam ni. Kalau betul ada kematian, itu sudah suratan dan sudah sampai ajal dan waktu kematian seseorang.

Tadi mak telefon. Semenjak cuit sekolah ni, jarang-jarang aku dapat bersembang dengan mak. Ah, rindu sungguh jadinya. Sms pun lambat balas. Aku sms maghrib biasanya. Mak reply jam 1.30-3.30 pagi. Subuhnya barulah aku balas. huhu~ Kesian betul mak aku. Kalau aku sms

"mak, makan mende arini?"

Mak reply.

"Jangan kata nak makan, nak buang air pun tak sempat kak In.."

(Terpaksa dikemaskini ayatnya. Ayat sebenar sungguh kurang sopan hehehe)

Mak cerita sikit je masa call tadi. Ada dalam 2 minit sembang. Mak kata mak kepada MakSu(mak saudara sabit saya) meninggal duni 2 hari lepas. Mak sokmo gitu~ Memang tak maklumkan ASAP kalau ada kematian di kampung. Entahlah. Mak kata takut aku ni 'berfikir' nanti.

"Awak kan ada 'penyakit'..mak tak mboh la kabo..biar lewat-lewat sikit baru kabo..Mak bincang dengan Wan, Wan pun setuju dak yoh kabo ke awak.."

Ni pun ok lah mak beritahu 2 hari kemudian. Ada sekali tu, jiran akrab meninggal, mak beritahu aku bila aku balik kampung. Masa tu dah berbulan-bulan lamanya. huhu~

Al Fatihah disedekahkan kepada arwah. Semoga arwah tenang di persinggahan sana. Sebelum ke akhirat yang abadi...Dimana kita semua akan berhimpun disana untuk proses perhitungan. Ya Allah, tempatkan kami dibawah naunganMU ya Allah...

21 May 2009

Oh Madam..


Hari ni kelas cancel lagi. Wuhuu~ Sudah 3 kali berturut-turut ia cancel. Tapi kali ni madam masuk. So saya tak rasa kecewa sangat bila kelas terpaksa dibatalkan. Madam kata dia sendiri tengah MC sekarang ni. Anak pertamanya dah 3 hari masuk wad. Hari ni her 5 months baby plak masuk wad. High Fever. Rayyan nama diberi.. Oh madam.. kesian sungguh! Nampak diapun tak keruan masa masuk kelas tadi. Dengan blouse hijau, seluar coklat( okey lagi..) tapi sekali tudung purple! Sah, memang madam terkejar-terkejar, kalut dan semuanya tengah tak teratur sekarang ni. Kesian sungguh madam... Kami nak wish Happy Teacher's Day ramai-ramaipun tak menjadi. Tapi aku dah wish dah kat dia hari tu. Through SMS je:) Terharu sebab madam sempat lagi balas THANK YOU 'AIN!

Madam seolah-olah berusaha menyedapkan hati kami dalam pertemuan yang singkat tadi. Mada m kata jangan bimbang. Subjek ni tak susah sangat. Kalau alert tentang Population and Society in the World, inshaAllah, mudah..(saya harap begitulah madam..) Madam pun dah bagi task siap-siap. Bagus jugak, atleast ada sesuatu yang kami kena lakukan! Minggu depanpun madam dah inform siap-siap, "NO CLASS FOR THE WHOLE WEEK!" Gembira? Nak balik?

Ya, memang nak balik. Balik hari Rabu inshaAllah.. Tapi taklah gembira sangat bila tak de kelas during short sem ni. Aku membayangkan replacement class yang akan berlangsung nanti wuhuu~ Apapun, ini dah suratan.. Madam sendiri pasti tak mahu ini semua berlaku. Tapi kena redhalah kan dan menjalani kehidupan sedia ada:)

♥ Madam, bersabarlah atas dugaan ini dan moga segalanya selamat serta madam kembali bertugas seperti biasa:) Aameeen.


10 April 2009

Simbolik Sang Kupu-kupu

Assalamualaikum. Geng-geng semua sihat? Semalam tengah asyik study(asyik sangatla tu sambil layan lagu BSB hehehe) tiba-tiba masuk sang kupu-kupu dalam bilik. Warna putih. Eh, tak pernah ada tetamu haiwan sebegitu. Biasa yang masuk nyamuk dan semut. Hehe.. akupun tangkap dan kurung dia bawah tudung saji mini. Ish, jahatnyer.. Rasa dah jahat masa buat tu, tapi nak tengok dia boleh hidup lama tak kalau duduk dalam tu berbekalkan water cooler. Kira ujikajila ni..hehehe..Pagi ni bangun tengok dia hidup lagi. Aktif jugak terbang ke sana ke mari (dalam tudung saji tulah). Akupun lepaskanlah dia. Rasa berdosa menghimpit kalau terus menerus 'kurung' dia dalam tu. Biarlah dia hidup bebas kata IzzahUlfah.

Uniknya kupu-kupu ni sebab bila aku bebaskan dia, dia terbang dan 'singgah' di setiap tempat yang sangat bermakna. Mula-mula dia pergi kat 'kad' wish for final exam yang sahabat-sahabat aku bagi masa matrik dulu kalau tak silap. Lepas tu dia pergi kat gambar penguat semangat untuk belajar- gambar aku dan mak. Finally dia pergi kat exam slip. Ai, apa maknaya tu??? 3 tu je dia singgah, lepas tu dia rest jap kat langsir, dan keluar..huhu.... Akupun teruslah sambung study. Maknanya dia suruh study betul-betul kot ;p dan ingat kesusahan mak abah dalam membesarkan aku.. huhuh~


18 March 2009

I.S.T.I.K.H.A.R.A.H.

Assalamualaikum. You all sihat?;)
Justify Full
Minggu yang membimbangkan.
Minggu yang agak membimbangkan sudah sampai ke penghujung. Esok! Esok lagi satu kuiz. Alhamdulillah petang tadi dah submit assignment SCD. Dah selamat jawab kuiz PT 1. Dapat 10/10. Percaya tak? huhu nak nangispun ada. Titisan air mata gembira! Memang semalam aku tak sempat nak study untuk Kuiz PT1 ni. Topics covered: Al Juwayni, St. Thomas Acquinas and Nizam al-Mulk. Aku selesai buat assignment SCD pun dalam 1.30pagi. Rest sekejap, my otak cannot go dah. Aku baca sepintas lalu je. Bangkit esoknya aku sambung study lagi dalam 45minit. Alhamdulillah. Masa tu memang aku hanya harapkan KEBERKATAN ALLAH dalam apa yang aku baca. Ilmu yang aku pelajari. Alhamdulillah. Rezeki Allah bagi walaupun usahaku tak setinggi mana, namun bersungguh-sungguh. THANK YOU ALLAH!

Go back to Kuantan.
Esok! Selepas kuiz SCD, aku akan bersiap-siap untuk pulang ke Kuantan. Kuantan? Macam pelik jer .... hehe. InshaAllah aku akan menghadiri majlis pernikahan sepupuku. Dia nikah jumaat pagi. Awal pagi plak tu. Tak sabar dah agaknya. hehehe jangan marah Abang Aby aka Abqari nama sebenar. Sabtu lepas zohor barulah kenduri, makan-makan, makan Raja Sehari...(best ni kalau boleh duk semeja dengan pengantin ;p) Ingat lagi dia dah janji aku boleh duk kat meja tu! Tapi dia pesan jangan makan laju sangat, nanti pengantin tak sempat makan! hehehe Tahniah buat Abang Aby dan Khairiyah. Alhamdulillah dah nak kahwinpun akhirnya... Hari yang ditunggu bakal tiba!

Menjaga hubungan sebelum berumahtangga.
Aku respectlah mereka berdua ni. Sebab? Sebab bila nak berjumpa je, mesti ajak aku teman. hehe... bagus bagus bagus. Kami bertiga sama-sama satu kampus. Kos je lain. Mereka KAED. Aku SOCA. Aku kenal bakal isteri Abang Aby pun masa sama-sama jadi committee LEADTRAIN masa zaman matrik dulu. Tak sangka la plak dia ada affair dengan sepupuku sendiri. hehe jangan marah, gurau jer..

Best jugak bila diajak keluar sekali... sebab bila jumpa, mesti pergi pasar malam ke, makan kat restoren ke, balik Melaka ke, balik rumah saudara ke, okey le tu! Daripada keluar berdua je, bukan mahram....dan....kita tahukan, antara berdua itu adanya si TANduk. huhu.. Nauzubillahiminzalik. Ya Allah, berkatilah percintaan hamba-hambaMU. Jauhilah dari perkara-perkara yang menjatuhkan nilai cinta itu sendiri.


Banyak juga kenangan terindah bersama pasangan yang bakal disatukan ni dan mempunyai ikatan yang sah lagi berpahala:) Jadi sangat rugi rasanya kalau tak dapat hadir untuk memeriahkan majlis mereka, apatah lagi merasai makanan beradab mereka. hahahaha.... Aku sangkakan tak dapat pergi dah. Sebab lecturers aku nak buat kelas ganti. 3 kelas! Akhirnya, semuanya dikhabarkan cancel petang tadi...Alhamdulillah!

Aku confuse lagi samada nak balik rumah terus lepas kenduri hari Sabtu, atau terus pulang ke kampus. Sabtu & Ahad ada konvensyen HISMAT. Aku tak pernah mis konvensyen HISMAT. Sayang plak rasa kalau tak pergi kali ni. Lepas ni nak grad dah. Entah dapat pergi lagi ke tak... :( Tetiba sedih plak... Tapi tadi sembang-sembang dengan abang, macam bersemangat je nak aku balik rumah lagi minggu ni. Lagipun dah kat Kuantan. Dekat sangat dah dengan kampungku. Kuantan-Kemasik ada dalam sejam lebih je. Jadi abang kata dia boleh ambil aku nanti... Hm...still thinking. Kena istikharah dulu ni... huhuh...

Halatuju selepas GRAD?
Mak aku call petang tadi. Laju-laju cakap sebab aku ada kelas lagi jam 5.30. Masa tu baru usai solat. Mak tanya aku betul-betul tak nak sambung KPLI? Nak sambung? Dapatpun belum tahu lagi mak.. Tapi mak kata kalau betul-betul nak, boleh diusahakan. Aku? Still thinking....

Pertemuanku dengan Head Department SOCA (SOCIOLOGY AND ANTHROPOLOGY DEPARTMENT) minggu lalu banyak membuka mindaku. Selama ni memang aku tak ada cita-cita langsung untuk sambung lagi pengajianku. Ambil Master. Tapi, madam banyak menyedarkan aku. Aku rasa tak layakpun sebelum ni. Tapi madam kata okey je result aku. "If i were you, i will take master. i will go up and up and up.." Memanglah nak up madam, tapi...... rasa nak bekerja dan memiliki 'harta' sendiri lebih mengatasi dari rasa nak belajar lagi. Rasa nak bagi nafkah kat parent dah sekarang ni. Malu dah nak mintak-mintak huhuhu... Tapi....sekarang ni.....Hmm.... confuse lagi. Mak suruh istikharah dulu. Esok bagi jawapan. ESOK???

Apa pendapat you all? Sharelah dengan soalhati.
Sambung master? KPLI? DPLI? Kerja sendiri? (tang kerja sendiri ni mak tak restu huhu....)

30 January 2009

'wak sughe~ Family Wan Rokiah'

Assalamualaikum geng-geng semua. Pekabo?

Aku kurang sihat sikit. Batuk menyerang kembali. Mulalah ke kelas tengahari 'panas dering' orang terengganu kata, pakai sweater jugak. Nak buat macam mana...sejuk maa..Kalau tak, sakit dada dan batuk menjadi-jadilah dalam kelas tu. Bimbang ganggu orang lain.

Balik rumah baru ni, sangat pantas masa berlalu. Ahad dalam 4.30pagi aku tiba dirumah dari Kelantan. Siangnya aku berehat agak lama. Sangat penat. Qadha' tidur... Bila bangun, tengok2 aku seorang diri je yang tinggal dalam rumah. Hah? Ke manakan semua orang? Rupa2nya mak dah ke pasar beli barang kedai dan persiapan nak buat 'sughe' aka bubur asyuro. Abang dan kak ipar dah pergi kerja. Adik yang cuti sekolah tupun ikut abang dan kak ipar pergi kerja sekali. Wan yang datang semalam pun ikut mak pergi pasar. Sampai hati semua tak ajak aku. Bangkit, buat breakfast untuk diri sendiri...

Petang, ikut abang ambil kawah kat rumah jiran. Rasa baru je angkut kawah hari tu masa kenduri abang. ni kena angkut lagi....

Malamnya, sangat sibuk menyediakan bahan mentah nak buat 'sughe'. Kupas bawang, mesin bawang, makan bawang..hehehe. Aku tolong sekejap je Wan sediakan bahan2 tu. Banyak masa aku tolong mak. As usual, tukang buat air lah. Pelanggan agak ramai memandangkan ni cuti cina raya... Ramai nak balik kampung... Aku tidur agak lewat..lepas subuh baru tidur...

Isnin! 'time for 'sughe'! Rumah dah riuh rendah dengan kehadiran anak beranak Wan Rokiah dan juga jiran tetangga beberapa kerat. Cukuplah. Lagipun buat sughe sekawah je. Bahan-bahanpun dah prepare separuh semalam. So tak banyak sangat kerja. Saudara mara yang datang banyak tolong persiapan makan besar time tengahari. Hehe..memang makan besarlah sebab semua yang datang membantu makan sekali.. dan aku yang baru nak tidur lepas subuh ni.......join buat sughe jam 12 tengahari. kih3.....Sangat malu nak pergi tolong.. mujur mereka mengetahui aku tidur lewat. Itupun setelah aku announce kat semua saudara mara, adik beradik Wan dan jiran tetangga..cover tuh.... hehehe...

Alhamdulillah, sughe kali ni sangat sedap! sehingga menjilat bekas! Ni 1st time family buat grand sikit macam ni. Sebelum ni mengharapkan sughe orang bagi jer..hehehehe... Tapi mak kata tak puas. Orang bagi sikit jer...(demand plak). Jadi baik buat sendiri. Boleh makan banyak-banyak :)

Saudara mara cadang supaya aktiviti buat sughe ni dijadikan upacara tahunan keluarga Wan Rokiah! Ye, cadangan yang baik tu! Selalu buat bubur lambuk, nasi dagang, nasi minyak..Tapi lepas ni kita buat sughe plak... Seronok jugak! Lepas tu edar kat orang kampung. Selain mengeratkan ukhuwwah sesama umat, dapat juga pahala bersedekahkan... :)

Selasa, pagi-pagi lagi ikut abang ke Hospital Kemaman. Ambil kak ipar, lepas tu ke rumah kakak kak ipar. Then pergi balik kampung Wan .Lamalah juga. Balik ni sebab nak ambil beg duit aku dalam hand beg tokwan aku.. hehe pelupa sungguh. Ada ke tinggal beg duit dalam hand beg Wan..Mak tanya "gane boleh ada dalam beg Wan...?" aku jawab" nak wak gane,cucu tokwan! " Dalam 7pm baru aku balik rumah semula.Oh tidak..tak kemas lagi barang nak pulang ke kampus! Naik bas jam 1030malam. Alhamdulillah....segalanya sempat setel! Aku tidur mati dalam bas! Mujur Izzah Ulfah tolong kejut huhu..dari Kemaman tidur, sedar-sedar dah ada di Greenwood!






07 January 2009

Masalah CABARAN bukan BEBAN

Assalamualaikum.
MasyaAllah dapat juga aku jenguk blog hari ni. Haisshh..semput rasa. Aku terpaksa masuk cc memandangkan ada masalah unutk online wireless. Depa duk upgrade system kot.

Btw, sepanjang 4 hari tak update ni, banyak sekali perkara yang berlaku.

Isnin:
Aku sempat ke PASTI Ilmi di Bandar Baru Selayang. Sahabatku kak Ainon dihantar di PASTI di Ampang. 7.30pagi kami dah tercongok kat 'tangga besar' kampus. Wah, seronok rasa dapat melayan budak-budak. Umur sekitar 4,5,6 tahun. Memang best! Rasa macam pergi buat terapi plak. Yelah, tengah keserabutan otak ni elok juga dapat bermanja mesra dengan budak. Eh, budak-budak yang bermanja dengan Cikgu 'Ain! hehe.

"cikgu, kita tak pandai pakai seluar..."
"cikgu, butang baju kita dah cabut..."
"cikgu, dia ketuk kepala kita.."
"cikgu, dia tak bagi kita makan kek tu.."
"cikgu, air tumpah..."
"cikgu, air tumpah lagi...."

Cikgu...itu...cikgu...ini...Mungkin sebab aku berada di sana hanya sejam lebih, jadi aku taklah rasa penat sangat melayan budak-budak ni. Kalau berhari-hari macam tu, hehe... Tak tahu nak cakap maa..'fenin' juga! Sah tak boleh jadi cikgu tadika aku ni. Memerlukan kesabaran yang tinggi. Tapi, belum cuba belum tahu kan. Tu baru pergi sejam lebih. Alhamdulillah murah rezeki aku hari tu, Pengarah PASTI bagi aku gaji hari. Huhu..banyak jugaklah, terharu ada, tak sampai hati nak ambilpun ada.. Tapi, rezekikan tak boleh kita tolak :)

Selasa:
Hari yang full dari pagi sampi ke pagi semula. Aku ditugaskan membuat poster, melakar banner, dan lain-lain lagi. Kelas? Ya, aku tetap pergi dan mesti pergi. itukan core-bussiness dikampus ni. Menuntut ilmu! Malangnya, dah kalut pergi kelas, kelas ditukarkan tarikh dan masa. Aaarrrgghhhh!!!! Rasa nak tendang je pintu yang tertera notis tu! Tapi, jauhi vandalism! huhu. Masa kelas tersebut bertembung dengan subjek lain. Sekarang memang masih dalam tempoh drop subjek. Tapi add??? huhu... Geram juga di saat-saat begini, dah 3rd week belajar, datang masalah macam ni. Subjek apa lagi yang boleh aku ambil? Apa prosedurnya? Dengan siapa harus aku jumpa? Masihkah wajar untuk add subjek lain memandangkan student lain dah belajar 3 minggu? huhuhu... Aku tak suka betul benda-benda macam ni. Walaupun mungkin tak rumit sebenarnya, tapi aku tak suka birokrasi. huhuhu... Aku harus hadapinya juga. Ingatkan diri sendiri, masalah bukan beban, tapi cabaran!

Malamnya Akuz adik aku datang juga. Kami lepak di HS Cafe. nak lepak dalam kelas sebenarnya, tapi bimbang pak guard marah kami. tahu jelah kami ni dah berapa kali kena sound di pak guard. depa ingat kami dating! kami adik beradik! walaupun suasan di HS Cafe sangat hiruk pikuk mengalahkan pasar, kami bertahan jua. rasa nak sumbat je mulut student yang duk gelak besar tu dengan roti canai kami!! :(

Alhamdulillah dapatlah bantu dia untuk persiapan final exam esok. kali ni bukan setakat perah otak, tapi mata, suara, tenaga...semua guna secara total. Adik aku minta tolong aku translate nota-nota english dia. semua berkait dengan sejarah Art and Design...Ayyoyo.. Best of luck to you Akuz!

Ok lah, dah nk masuk zohor ni, kita jumpa lgi lain kali ya! Jaga diri semua. Jemput juga ke:

03 January 2009

Gambar menyusul.

Ini saja beberapa gambar terpilih yang sempat saya snap. Nak lagi kena cari cameragirl hari tersebutlah :)





Persiapan pada malam sebelum Demo.



Gambar selingan. Lepas demo... :)

24 December 2008

confuse!

Confuse nak amik Intro to Econs atau Principles of Public Relations. dua2 sesuatu yang baru untuk dipelajari sebab memang bukan under Sociology and Anthropology. Intro to Econs kelas setiap isnin dan rabu jam 11.30pagi-12.50tengahari. Principles of Public Relations plak kelas pada hari yang sama tapi jam 5.30-6.50petang. nak ambil yang mana ni? advisor kata sebaiknya jangan ambil Intro to Econs. walaupun tu subjek level 1, tapi its quite hard bagi kita yang tak pernah belajarpun pasal economics. madam nasihatkan ambil subjek yang boleh relates dengan major aku. hmm... nampaknya Public Relations lah. tapinya......petangnya kelas dia?!! huhu.. subjek tu plak subjek level 3...under Communications. kena istikharah dululah nampaknya... masih ada 2 hari untuk membuat keputusan!

Hari ni plak aku tak berdaya nak jalan ke kelas. bangun pagi, tengok tapak kaki bengkak. terpijak paku semalam masa berkunjung ke rumah generasi. ya Allah..dalam sungguh. sampai habis paku dia masuk. ku menarik keluar paku tersebut perlahan-lahan. alhamdulillah bukan paku karat. paku baru beli! hua hua hua..sakitnya. berdenyut2. hajat nak pergi kelas naik motor pagi ni. Muakhah saya dah bagi saya guna motornya sampai pertengahan january nanti. terima kasih kak! tapinya.... motor tu sangat bermasalah bila nak start pagi... nampaknya kena call abang bengkel dululah...

ok, got to go. ada assignment nak siapkan untuk kelas petang ni. 1st class dah dapat assignment. bagus betul!

19 November 2008

Aku jadi Tok Kadi

Hari ni, tak ada kerja lain sebaik saja bangkit tidur. kemas rumah. tak habis-habis hal kemas rumah ni...mak, abang dan adik awal-awal lagi dah ke kemaman. banyak perkara tak settle lagi. adik plak naik bengkak-bengkak kat kepala dia. dalam 4 ketul(ketul ke??) ntahla. tapi sakit katanya. mula-mula ada seketul je bengkak tu, tapi hari kedua, satu-demi satu ditemui. memang obviousla nampak. ada 4ketul semuanya tumbuh area kepala. ish, bimbang kami dibuatnya. empunya diri apatah lagi. sampai tak dapat tidur. resah. memikirkan yang buruk-buruk belaka. tapi aku pesan kat adik supaya banyak doa, jangan bagi penyakit pelik-pelik.

Depa pergi jumpa doktor pagi tadi. doktor cakap makan ubat tu dulu selama 5hari. kalau tak surut juga bengkak tu, doktor suruh pergi hospital. cek darah. bimbang jangkitan kuman. adik aku ni ada masalah resdung yang agak kritikal. tak boleh kena habuk sikit, tak boleh kena angin kipas! yang terseksanya akulah, kena duduk dalam kepanasan. huhu. tapi selalunya dia beralah, dia pergi cari tempat yang tak ada kipas.... sanggup tidur dalam kepanasan daripada kena angin kipas. kalau tak, mesti tak boleh tidur sebab resdung menyerang dengan dasyatnya. ish..kesian sungguh...

Esok ada majlis solat hajat kat rumah. ni. lepas isya' orang masjid datang. tak jemput ramai sangat. just jiran dekat-dekat je. anggaran dalam 20 oranglah. solat hajat sempena kenduri abang aku ni. geng-geng yang baca catatan aku ni pun doakan sama ye. semoga segalanya lancar dan diberkati Allah. Ameen...

Abang aku dah tak senang duduk tu. dari semalam duk praktis nak lafas akad nikah tu. watak tok kadi disandang oleh aku dan adik. hehe. kelakar plak. kesian juga orang laki ni kan. kena uji masa nak akad nikah. kalau perempuan tu just duduk diam, tunduk kepala sikit dan senyap! hehehe.

Oklah, mak dah suruh shut down. shut down mata sekali. esok nak pergi 'idouble M'. esok mak dah tak berniaga dah. entah sampai bila mak nak tutup kedai ni... kenalah pelanggan tetap Kak Ma cari makan kedai lain:)

14 November 2008

TATKALA REMBULAN MENGAMBANG



Assalamualaikum.

Hmm.... baru sudah cat rumah. malam-malampun cat rumah? hehe. sikit jer. ada bahagian-bahagian yang dah tertanggal cat dia. ni dah bukan bibik/tok wan bibik ni...malah lebih dari tu! tapi takpe, sebab memang suka cat mengecat nih.

Esok Wan datang! YEAY! tak sabar nak tidur dengan tokwan. hehehe. Esok pagi inshaAllah mak pergi ambil Wan kat kampung. hmm...tapi aku tak dapat ikut. 1st sebab mak tak bagi. mak kata tak muat kereta nanti ( entah apa mak nak taruk dalam kereta esok sampai aku nak ikutpun tak muat huhu...padahal seat belakang kosong jer..). 2nd, abang ajak aku dan adik cat pagar rumah pepagi besok. sekali dengan 'berkebun' lagi. sekarang ni petang-petang sokmo hujan. jadi kena cat pagilah. moga-moga pagi esok tak hujan. Ameen..

Tadi pergi 'double M' kejap. aku nak beli something. hajatnya nak pergi sendiri je dengan si 'Legend' aku tu. tapi semua orang rumah membantah! ayyo..im 23! dah nak masuk 24 pun (inshaAllah) tapi nak pergi mall depan rumahpun tak boleh tunggang motor sendiri? apa kes?huhuhu. tapi aku akur saja kali ni. small matterlah. tak nak bagi orang drive, so teman orang pergi sana!! orang ada benda penting nak beli! akhirnya, 2 orang abang guard teman aku ke sana. siap bonceng aku lagi. .. best2!

Badi & Fequl....best lah round2 kampung naik motor tatkala rembulan mengambang penuh.

12 November 2008

BERKEBUN SATU SENAMAN

Assalamualaikum.

Hari ni aku tak 'berkebun'. abang pergi Kemaman ambil kad kahwin yang ditempah lagi. tak cukup la plak...3hari ni memang setiap petang aku 'berkebun' dengan abang di laman rumah. dah macam hobi baru plak. walhal aku terpaksa meng'clear'kan segala semak samun sekeliling kawasan rumah. actually, taklah semak sangat. cuma keadaan tak berapa teratur. pasu-pasu tunggang terbalik, pokok-pokok tumbuh merata, longkang tak berapa nak cun, hmm...banyak juga nak kena betulkan. sampai sakit tulang belikat aku tatkala rukuk ketika solat tadi. agaknya kerana angkat pasu besar semalam. sangat berat. aku memang dah tak boleh angkat barang berat-berat. baru lagi kena sakit ni. sebab dulu pernah main roller blade, sekali terjatuh! gedebab!!! abah kata nangka busuk dah jatuh... tapi ya Allah, sakitnya hanya Allah yang tahu. aku tak dapat berkata-kata masa jatuh tu. mulut ternganga dan hanya mampu kata 'aaaaaa.......'. rasa sesuatu dah tersekat kat kerongkong ni. dalam beberapa minit, barulah abang angkat aku. itu kisah dulu. kisah 11tahun yang lalu. tapi kesannya, bila besar baru terasa. masa jatuh dulu tu, jatuh pinggang dulu....aiseh...

malam ni tak pasti nak buat apa, bilik mak dah kemas, bilik abang dah kemas, bilik adikpun dah kemas.dah macam bibik plak rasa. kena kemas bilik semua ahli keluarga.tapi takpelah, bukan untuk orang lain, untuk 'orang rumah tercinta' juga kan... nak tolong mak berniaga, pekerja dah ada. lagipun malam ni nampak customer taklah ramai sangat. mungkin sebab hujan.. ha! kain baju tak lipat lagi tapi........aku takkan lipat. kenapa? sebab tak suka lipat kain. haha..boleh tak macam tu? sebab tu kalau kat kampus banyak sangat hanger dalam loker. sebab memang tak suka lipat kain, so beli hanger banyak-banyak, sangkut je semua. mak kata "boleh plak pilih-pilih nak buat kerja mana ek..."

09 November 2008

'merdeka'? belumlah!

Alhamdulillah tadi petang baru habis exam. Sociological Theory III. perasaan? biasa je. tak ada nak melompat-lompatpun dalam CAC tu. kalau nak lompatpun tak boleh sebab aku keluar awal. nanti terkejut monkey plak student lain yang duk khusyu' mengarang lagi. dlm 4.40minit, aku keluar. 'MERDEKA' dah ke??? belum....selagi result tak keluar.

Aku terus menuju ke bas stop safiyyah. dah janji nak date dengan someone yang merindui aku hari ni. hehe... siapa? Ila. sahabatku! kami dating dekat je. tak ada yang
penting sangatpun nak beli. Ila je yang nak beli hard disk. tapi mahal giler kat situ. jauh sangat bezanya dengan hard disk yang aku beli hari tu. so cancel. kami just round and round. lapar. kami isi perut jap. sekali terpaksa bergegas pulang. family Ila plak dah sampai kampus. heheh... macam-macamlah Ila. dah tahu family nak datang sempat lagi dia keluar makan angin....

Esok balik. baru petang semalam aku tiba di kampus. masa dalam perjalanan,sangat terkejut! ternampak satu kemalangan. kereta tu terbabas dan terbalik. berasap... dari jauh dah nampak kepulan-kepulan asap tu. sekali nampak seorang makcik tengah usaha nak keluar secepat mungkin dari perut kereta tu..ya Allah..selamatkanlah makcik tu..janganlah kereta tu meletup! itu saja yang mampu aku lakukan. aku dalam bas ketika itu dan bertentangan arah dengan kereta yang terbabas..memang mereka yang lalu lalangpun tak berani agaknya nak stop 'tengok' sebab kereta berasap macam tu... lagipun tu kawasan selekoh..ish3...... trauma plak bila tengok accident nih!

Oklah, aku nak balik dah.nak mengemas sikit. tak banyak yang nak dibawa pulang kali ni sebab dah bawa balik hari tu.

Rasa sedih sebenarnya malam ni. sebab ada terasa hati dengan seseorang. apa nak buat, aku anggap dia belum matang berfikir. jadi kemarahannya disemburkan padaku begitu saja.. uish, terluka rasa hati ni. mana plaster...aku nak tampal dekat luka hati aku ni..ish...sedih...sedih..sabar jelah wahai hati.


17 October 2008

EMOSI TURUN NAIK

ENGKAU TIBA BAGAIKAN PELANGI. TAK BERCAHAYA NAMUN KAU BERSERI. TAPI CUKUP MENGHIBURKAN HATI INI.
Sukanya saya. 9.30malam tadi Cah datang lawat saya. walaupun tak sampai 10minit, tapi saya sangat2 menghargai kehadiran cah. terima kasih cah. sayang awak... kali ni cah datang bawa kuih raya. kata cah lama dah nak bagi, tapi tak berpeluang. malam ni cah datang juga sekejap. walaupun adik cah ada sini, cah datang tak jumpa adik cah. tapi jumpa saya..terharu. mungkinkah kerana semalam saya sms cah... "cah, tertekan rasa...nak balik, tapi keje banyak". terus cah ajak saya balik sekali. kebetulan cah balik terengganu sabtu ni. tapi apakan daya, saya ada program yang mesti dihadiri. sabarlah...sedikit masa saja lagi.

REZEKI DARI 'LANGIT'
saya plan nak balik 23 hb. sebab saya ada gap exam 5hari. next papernya 29hb. saya plan juga esok nak pergi cari tiket. kebetulan, tadi kaunter tiket transnasional ada sms saya. suruh datang ambil duit tolak tiket 2 april dulu. hehe..suka sangat dapat mesej tu. tengah kurang duit sekarang ni....sayapun dah lupa yang saya ada minta tolong trans jualkan tiket saya. masa tu sy delay 'flight' saya..hehe. jadi sayang kalau dibiarkan saja. alhamdulillah ada orang beli.

MAK....SAYA RINDU SEMUA 'ORANG RUMAH'
saya nak balik bukan apa. saya rasa saya sangat memerlukan 'charger' sekarang ini. kalau balik, dapat charge sekejap, kembali ke kampus dengan penuh semangat baru! nafas baru! jawab exam juga pasti hati berbunga2 kerana mood 'orang rumah saya' masih ada...huhu.. tapi nampaknya impian tinggal impian. saya ada 1 lagi decenralized exam. sir cakap 26hb. huhuhu..sedih betul saya. tak apalah, Allah aturkannya..pasti ada sesuatu kebaikan disana.. SAYA MESTI POSITIF!

DALAM KEBURUKAN, ADA KEBAIKAN.
setelah semua file dalam my document saya tak kelihatan, doktor peribadi Bilispun tak dapat nak cari file tu, saya akur. saya teruskan misi menyiapkan asssignments tersebut.sekalipun terpaksa menaip sesuatu yg sama untuk kali kedua. "moga yang kali kedua ini lebih baik". kata Hazwani sahabat saya. Ameen. itu yang saya harapkan. alhamdulillah segalanya dapat saya submit ontime. sekalipun lecturer memberikan tempoh extra, tapi cukuplah. saya tak mahu mengadapnya lagi. saya mahu bereskan semua ini. agar bisa saya 'enjoy' selepas ini. tapi bilakah?

oklah.saya mohon permisi. entah mengapa saya mahu menggunakan 'saya' pada malam ini....

29 September 2008

Hari ini

Assalamualaikum.

Lama je rasanya aku tak menceritakan sesuatu di sini. kenapa ye? mungkin sebab aku terpaksa online guna bukan laptop sendiri. kalau laptop sendiri, mesti banyak nak citer. senang. semua bahan ada dalam tu. guna laptop mak ni, malas plak nak transfer2 file..hmm..aku tak berjaya install streamyx tu. banyak kali cuba. last dia suruh call. hmm..malaslah nak cakap dengan operator dia.huhu. so buat masa ni. online lah guna laptop mak atau adik..

Hari ni mak tidur kejap je. mak pergi kuantan plak. bertenaga dan bersemangat waja betullah mak aku ni. kalau aku jadi mak, dah kerja dari pukul 2 petang straight sampai sahur, ish, mesti tidur mati punya pastu. keletihan! tak nak gi mana-mana dah. baju rayapun aku kirim je kot kat sape2 minta tolong beli. hehe. tidur lagi syok! lebih awla. hehe. mak pergi dengan ayah. aku? malasla nak ikut. makpun tak ajak. tak pe..tak pe...

Aku nak ikut abang hantar wan jap lagi. dalam kul 10pagi. wan nak singgah pasar Kemaman dulu. beli persiapan nak raya sikit. kesian wan. anak menantu busy belaka. tak siapa dapat diharapkan untuk membantu. semua balik lambat mungkin. ikutkan hati aku nak ikut wan dan terus tidur kampung sampai raya. tapi kesian kat mak plak. hari ni last kedai mak buka. mesti ramai pelanggan daripada biasa. almaklumlah orang dah balik kampung ni. mesti ramai singgah berbuka puasa. macam semalam. kalau aku tak bantu buat air, kalut juga tu. kesian kat mak. kesian kat pelanggan, lambat dapat teguk air.

Maaf wan ye. esok ain tolong wan kejar ayam, cabut bulu ayam, siat2 ayam, cucuk2 satay..and as usual, pagi raya ain la yang bakar satay and ngap dulu! hehe.

Ah, dah dekat jul 10 dah. need to go! jumpa lagi ye geng-geng semua. didoakan yang terbaik buat semua. Hati-hati dijalan raya. Rancanglah perjalanan anda :)

18 September 2008

koho sibuk....

Aku ke cc sekejap untuk print assignment. Sebetulnya aku ada meeting jam 11malam. Tapi aku tak sempat nak attend. Aku wakilkan sahabat aku. Terima kasih Tengku. Sahabat susah senangku… esok pagi aku ada midterm exam lagi. Petang tadi selesai satu paper. Lega sikit rasa. Walaupun midterm exam, tapi midtermlah kena score betul-betul, baru dok seeh nok final kekgi…(ha, cakap tranu doh..kalu dok pahang, boleh tanye pahni) nok balik sangak doh ni. Bak tu cakap tranu..huhu… ghama plok beratur nok print..ayyo..aku ink abih dok kat bilik. Terpakse maghi print sini. Ghamalah pullok nok print..huhu online lah kejak…

Esok dan weekend ni sangat full. Orang kate “dok lekat bilik”. Esok habis kelas 1.30 petang, lepas solat zohor, abah akan jemput..yabedabedu….lama doh dok jalan-jalan gitu…aku terpaksa cancel berbuka pose ngan MB TERENGGANU. Chewah! Macam aku plok yg arrange iftar tu. Hehe… tapi sedey gok, dok leh naik bas ghama-ghama nge geng2 HISMAT nok gi buke pose.. dakpelahkan, aboh punye pasal, semua benda anakanda cancel! hehe

Sabtu pagi, ada educational visit plok bowoh skill khat II. Dari pagi sapalah petang..huhu malas plok nok gi. Sebab ade program lain yang dirasakan lebih bermakna untuk gi. Tapi nok wak ganer, gi visit tupun kene buat research. By group. Kang dok gi kang..nok report mende?huhu.. markah banyok plop tu..

Hmm………as usual, semakin dekat nak balik kampung, semakin padat jadual harian…

p/s: haritu cakap terengganu sikit ada dah tegur & gelak2. cakap tak faham. hehe..maaf la ye, sekali sekala nak meng'glamour'kan bahasa ibunda ku.hehe

25 August 2008

BENAR-BENAR TERISI

Hari minggu yang dah berlalu, terasa sangatlah padat dan benar-benar terisi. Bermula subuh, diri ini tak henti-henti mengaktifkan diri. Aktifkan dirimu! Macam tagline maxis plak. Pagi sabtu dan ahad, dalam 8.30pagi aku dah merempit seorang diri ke institut memandu. Memang tak boleh bawa pemboncenglah dah akupun baru lessen L motor (ce..ce..tiba-tiba je mematuhi undang-undang jalan raya hehe.. padahal memang kena pergi sorangpun sebab Teha ada program sempena CONVEST) . Alhamdulillah, hari pertama pergi belajar motor, pergi pusat memandu sendiri, aku rasa oklah. Rasa jauh sangatpun ada bila bawa motor pergi sana. Tapi, alhamdulillah, Allah permudahkan dan Allah lindungi. Alhamdulillah. Hari kedua pergi, aku terlewat sikit. Dahla pergi tak pakai helmet. Motorpun aku pinjam. Helmet lagilah pinjam hehe. Tapi semalam helmet kawanku basah dek hujan. Jadi nak tak nak, redah je! Sampai skem, minyak habis. Hmm..macam mana nak pergi isi minyak kat Petronas tu tapi tak ada helmet? Mujurlah cikgu aku ada bawa helmet. Bolehlah aku pinjam seketika. Terima kasih cikgu.

Balik belajar motor, pergi beli barang-barang untuk sediakan air bagi parent masa konvo nanti. Tumpang Ku dan Kak Ha ke pasar borong Selayang dan Greenwood. Lepas tu aku dan sahabat-sahabat berkerjasama mengecat banner untuk wish kepada semua graduan UIAM. Khas dari SRC dan Ma’ruf Club. Best! Sebab rasa enjoy je bila bermain dengan warna. Jaga stall convest seketika cuma. Itupun selepas maghrib. Pelangganpun tak ramai lagi waktu tu. Jadi tak perlulah nak bermanis muka sangat kat stall tu. Badanpun dah letih sebab tahap kesihatan tak berapa memuaskan sepanjang mingguni. Bermula dengan sakit perut, demam, sakit mata dan latest, batuk….huhu. hapuskan dosaku ya Allah…Jumpa ‘Alyaa pun sekejap je. Kesian alyaa.. tak puas shopping lagi ya hehe.

Selalu macam nilah, bila minggu nak balik, mesti jadual harian sangat sibuk. Sehinggakan di saat-saat nak balik tu, ada lagi kerja-kerja yang terpaksa ditanggungkan selepas cuti. Ya, cuti memang betul-betul cuti. Buku dan nota tak bawa balik, kerja-kerja semua tinggal! Kita enjoy…! kata putri. Hehe..

Khas buat Abang Aby aka Abqari, mohon maaf sebab tak sama-sama sambut hari bersejarah dalam hidupmu....Sabtu- student KAED konvo! mesti Mak Ngah tertanya-tanya kenapa dak 'Ain tak muncul tiba. Macam mana la boleh tak teringat langsung yang aku ada sepupu yang juga konvo tahun ini huhuhu. sangat sedih! sibuk sampai...... huhu...maaf ya Abang Aby... Nanti 'Ain konvo jangan balas dendam plak tau! :(


Buat Ummi aka Rafidah & Shawal, selamat menempuh alam kerjaya..eh, Shawal belum lagi. Dia masih 1st year student! haha.. Kalau lecturer tak masuk, bolehla kita bergambar ramai2 kul 12 nanti :)

11 August 2008

Hidup penuh warna

10 Ogos 2008
Belajar untuk ulangan ujian.
Aku harap ini adalah hari terakhir aku belajar kereta. Ya Allah, perkenankanlah. Agak teruk performance kurasakan. Langgar tiang masa last turn parking, enjin asyik mati, naik bukitpun salah masuk gear 3. Huhu teruk betul. Pening cikgu aku agaknya.. kesian.. dah la aku ni student terakhir. Mesti cikgupun dah hilang daya. Start dalam pukul 7pm habis dalam 7.45pm. Berhenti, terus pergi menunaikan kewajipan seorang Muslim. Dah kosong rupanya tempat belajar kereta tu. Tak ada orang dah.. yang ada anjing-anjing berkeliaran.ee…

Wireless.
Mungkin ramai dah student kampus ni dah menikmati nikmat yang dinantikan selama ini. Online di bilik! Yeke? Tapi aku tak berpeluangpun lagi merasai nikmat tersebut. Pagi tadi masuk cc 1jam. RM 2 kena bayar. Tapi kerja yang aku nak uruskan secepat mungkin langsung tak dapat diselesaikan. Lembap bangat! Huhu.. akhirnya aku minta tolong sahabat yang sedang online untuk publishkan satu artikel di salah satu blog. Hmm… nasib..nasib.. ke nak pakai broadband??? Aku try juga online berdekatan dengan ofis mahallah. Dah orang lain elok je dapat online. Tapi aku? Still tak dapat…mengapakah….

Minat & hobi
Apa hobi aku sebenarnya? Hobi sesuatu yang kita gemari dan kita lakukan di waktu lapang. Tapi bila masa lapangnya?huhu… Alhamdulillah bila ambil skill khat II, dapatlah aku memperuntukkan sedikit masa untuk menjayakan hobiku! Suka bangat dapat buat semua ni.. lama dah tak enjoy main benda-benda gini…









actually tak siappun lagi ni. bordernya hajat nak tampal2 kulit kayu manis. tapi bila plak nak gi pasar beli benda alah tu..hehe..

.I ♥ Khat.





Grab A Button