CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

29 September 2008

Hari ini

Assalamualaikum.

Lama je rasanya aku tak menceritakan sesuatu di sini. kenapa ye? mungkin sebab aku terpaksa online guna bukan laptop sendiri. kalau laptop sendiri, mesti banyak nak citer. senang. semua bahan ada dalam tu. guna laptop mak ni, malas plak nak transfer2 file..hmm..aku tak berjaya install streamyx tu. banyak kali cuba. last dia suruh call. hmm..malaslah nak cakap dengan operator dia.huhu. so buat masa ni. online lah guna laptop mak atau adik..

Hari ni mak tidur kejap je. mak pergi kuantan plak. bertenaga dan bersemangat waja betullah mak aku ni. kalau aku jadi mak, dah kerja dari pukul 2 petang straight sampai sahur, ish, mesti tidur mati punya pastu. keletihan! tak nak gi mana-mana dah. baju rayapun aku kirim je kot kat sape2 minta tolong beli. hehe. tidur lagi syok! lebih awla. hehe. mak pergi dengan ayah. aku? malasla nak ikut. makpun tak ajak. tak pe..tak pe...

Aku nak ikut abang hantar wan jap lagi. dalam kul 10pagi. wan nak singgah pasar Kemaman dulu. beli persiapan nak raya sikit. kesian wan. anak menantu busy belaka. tak siapa dapat diharapkan untuk membantu. semua balik lambat mungkin. ikutkan hati aku nak ikut wan dan terus tidur kampung sampai raya. tapi kesian kat mak plak. hari ni last kedai mak buka. mesti ramai pelanggan daripada biasa. almaklumlah orang dah balik kampung ni. mesti ramai singgah berbuka puasa. macam semalam. kalau aku tak bantu buat air, kalut juga tu. kesian kat mak. kesian kat pelanggan, lambat dapat teguk air.

Maaf wan ye. esok ain tolong wan kejar ayam, cabut bulu ayam, siat2 ayam, cucuk2 satay..and as usual, pagi raya ain la yang bakar satay and ngap dulu! hehe.

Ah, dah dekat jul 10 dah. need to go! jumpa lagi ye geng-geng semua. didoakan yang terbaik buat semua. Hati-hati dijalan raya. Rancanglah perjalanan anda :)

2 comments:

.I ♥ Khat.




Grab A Button