CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

30 September 2008

AMPUNKAN SOALHATI

Fuh.. baru je kemas rumah. Tapi part ruang tamu je yang baru setel. Biik sendiri punyalah tunggang langgang. Hmm, malam ni memang tak tolong mak kat kedai, just kerja masa nak berbuka tadi je. Mak suruh focus isi rumah. Bagi kemas semuanya. Ahamdulillah, tadi pelanggan ramai, tapi lagi bersyukur sebab aku dapat berbuka awallah juga. Just lewat dalam 15minit. Esok kena setelkan bilik mak, perkarangan rumah dan pergi kubur ayah( panggilan untuk arwah datuk sebelah mak). Dah plan dengan wan nak cat kubur ayah semalam tapi cat pula tertinggal kat kedai abah. Jadi inshaAllah kami pergi esok ye wan. kesian wan. Kami nak penuhi hajat wan.

InshaAllah esok juga akan pulang ke kampung wan di Feda Seberang Tayor Kemaman. Mungkin bertolak dalam 11pagi. Setel dulu hal rumah ni. Maklumlah, mak berniaga, nak boleh tinggal rumah dan kedai makan ni, banyak benda nak kena make sure dulu. Pekerja mak , si Man yang asal Thailand tu dah balik kampungnya pagi tadi. Tinggallah 2 orang lagi pekerja yang kami anggap dah macam anak beranak kami juga. Mereka ni akan ikut kami pulang beraya rumah wan. Kesian pula… macam manalah perasaan orang beraya tanpa kaum keuarga di sisi ye? Ish.ish.ish sedihnya..

Kebiasaan bila syawal menjelma, umat Islam saling bermaaf-maafan kan. Soalhatipun nak ambil kesempatan baik yang ada ni. Mohon ampun kepada semua yang mengenali soalhati. Tak kiralah bagaimana perkenalan tersebut, tapi soalhati mohon, ampunkan segala salah silap soalhati pada anda semua ye??? Kalau soalhati ada hutang dengan sesiapa, mungkin soalhati terupa nak catit, tolong beritahu juga. inshaAllah soalhati usahakan bayar. Jangan segan-segan pula . kalau ada yang tak puas hati dengan soalhati, juga soalhati mohon tampilkan diri. Takpun setel through sms. Hehe. Bukan apa, soalhati suka orang berterus terang, tapi antara kita jelah. Jangan tegur depan khalayak, tak tertanggung perasaan malu tu nanti.

Buat sahabat-sahabat yang berpeluang untuk berkunjung mengunjung, datangah rumah soalhati. InsyaAlah, raya kedua, ke tiga , ke empat dan ke lima, pintu rumah soalhati akan sentiasa terbuka. Cuma kalau nak masuk maghrib tu, soalhati tutuplah, takut masuk nyamuk. Kih..kih..kih.. tapi better ‘helo’ dulu ye. Kot a soalhati plak merayau ke alam mimpi.

Bagi yang tak dapat datang, takpe, datang ‘rumah’ kedua soalhati ni pun dah cukup Selalulah mendoakan kesejahteraan dan keredhaan Aah terhadap soalhati sekeluarga ye?

Salam Lebaran Penuh Kesederhanaan,

Soalhati.

2.02pagi.

30 Ramadhan 1429H

Rumah Murah Kemasik.

3 comments:

nurislam.com said...

salam lebaran di ucapkan..moga segala yang dirancang dipermudahkan olehNYA..nak halau nyamuk senang jer kak,gunalah fumakilla..kui3:)

Cahaya Mata Kemuliaan Agama said...

umah kak in ni..fumakila ke, mopikolaila ke...semua x jadi.nyamuk besa2..gomuk2..huhuhu...

tima kasih idat! maaf slh silap ye

Nurdyana said...

salam lebaran kak in...
maafkan dyana segala salah silap sepanjang kita kenal... walau la ni jumpe skali skala je.. may our ukhuwah last till the end of our life..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
maaf zahir & batin =)

.I ♥ Khat.




Grab A Button