CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

Showing posts with label nikmat sihat. Show all posts
Showing posts with label nikmat sihat. Show all posts

21 November 2012

Rezeki jalan-jalan

Yeay..packing baju nak tidur hotel esok:)) yippi.. macam budak-budak je excited nak tidur hotel haha.. lagi satu yang best selain permandangan yang indah di Putrajaya, malamnya tu ada BBQ.. sedapnya... ok, itu saja. Esok 6.30 pagi dah nak bertolak. Encik abang start workshop pagi esok. 

Sebenarnya...tengah sakit 'keng' ni. Tak tahulah kenapa tetiba aje. Ni dah masuk hari ke3. Nak telan, sakit sikit tapi bukan dekat bahagian tonsil yang dah kena operate tu, dalam lagi..dekat rahang gitu. Apalah yang berlaku sebenarnya. Nak pergi klinik....erm.....mesti aku tak makan juga ubatnya nanti. Encik abangpun baru balik, kesian dia..hari ni macam kurang sikit rasa sakit tu..tak macam semalam, seharian rasa sakit. Hari ni kadang-kadang je...Harap esok-esok hilang sakitnya. Aameen...

10 July 2011

Tak dapat ke sana :(

Assalamualaikum.

Segar mata sungguh tengok pics and videos BERSIH2.0. Sungguh rasa juga sedikit terkilan tak dapat pergi.. Namun, dalam hati tak putus-putus aku berdoa agar sahabat2 seperjuanganku di sana dilindungi Allah. Pagi tadi aku ke tuition sekolah. Aku ajar 2jam sahaja hari ni. Awal2 dah minta bos carikan pengganti untuk lagi 2jam. Aku harus pulang. Hari ni rancangan kami sekeluarga periksa tahap kesihatan dengan seorang doktor dari Pahang. Doktor ni ada buka klinik di Gombak. Bukan family aku sahaja, tapi family kak iparku juga datang. Ramai juga tadi... Menyedihkan sungguh bila melihat ibu kepada kak iparku. Tiba-tiba macam diserang angin 2 hari lepas. Aku memanggilnya Mak. Selama ni dialah yang paling riuh, segar, sihat wal afiat. Tapi ujian Allah kan...Bukan dapat diduga. Tiba-tia jatuh sakit macam tu..Allah.. lain sungguh la aku tengok tadi. Sedih sangat.Takutpun ada huhu~ Sebab ada yang kata macam kena gangguan juga. Wallahualam. Sekarang ni ikhtiarlah selagi boleh.. Moga-mga Allah sihatkan Mak cepat-cepat. Moga kak ipar sekeluarga juga tabah hadapi ujian ini.

Tadi mak aku lah yang banyak buat rawatan. Daripada cek penyakit, urutan, bekam sehinggalah mandi ais..Mak bimbang sangat sekarang ni sebab baru ni doc kata kena buat folow up kat KMC..takut ada masalah jantung. Mak plak memang dah ada darah tinggi sebelum ni..Baru ni memang mak lemah sangat...sampai nak pitam..Masa tu pergi KL plak tu huhu~  Tu yang beriya sikit buat rawatan dengan doc ni. Aku plak just cek kesihatan je. Alhamdulillah semua bagus dan sihat kecuali 1 bahagian..Bahagian apakah? Rahsialah..hehe~ Malu lah kalau akap kat sini. Berdebar juga masa doc tengah scan tadi..huhu~ takut ada penyakit pelik2..nauzubillah.. Dari pagi sampai 5 petang juga doc tu duduk sini.. Wan rajin sungguh. Sediakan nasi minyak untuk kami semua. Alhamdulillah. 

Ok, got to go now. Esok aku bertugas buka pintu sekolah.. Biasa 7am kena bertolak dah. Tadi sangatlah penat buat air dan basuh pinggan mangkuk. As usual masalah warong kak ma, pekerja tak cukup...huhuhuhu:( Ok, selamat malam semua. 

p/s: esok jangan jeling apatah lagi memandang dan membaca akhbar2 perdana... huhu...pasti meloyakan!

30 December 2010

OT I

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ni dah masuk seminggu selepas aku operation. Rasa kurang sikit sakit nak menelan. Tadipun mak dah bagi greenlight untuk makan nasi..Selama seminggu ni makan bubur je. Semalam je aku buat kue tiaw goreng kosong (kosong sebab tambah bawang, kicap dan secubit garam je). Dah boring makan bubur..Alhamdulillah boleh makan daripada tak boleh makan langsungkan..:P

Nak kongsilah juga pengalaman detik detik nak operate tu. Huhu I really hope that this is the first and last!!! Aaameen. Memanglah last kan, tonsil mana ada tumbuh2 lagi hehe..tapi maksud aku last untuk tidak menjalani operation2 lagi..Cukuplah! Tak nak! Tak nak! Tapi dah berfamily esok esok, mesti kena masuk OT gak kan kalau nak bersalin kui kui kui.

Ok, alkisahnya...

Rabu 3.00pm
Aku bertolak ke Kuantan bersama Abah tercinta. Ambil Wan dulu kat kampung. Sempat aku jamah sesenduk nasi dan beberapa suap sura..Perrrggghh sedapnya sura. Dapat gak makan. Lepasni kena pantang dah! Memang pagi tupun makan roti je. Sampai KHS dalam 5pm lebih. Abah uruskan. Aku menanti je dengan Wan.. Hati tak ada perasaan apa-apa. NAK BALIK! huhuhu~ Dalam 5.30, abah dah nak pulang. Ada urusan katanya. Aku peluk cium Abah. Ingatkan abah akan hantar kami sampai wad... Akupun melepaklah kat situ tunggu nurse panggil utnuk masuk wad. Lamalah juga. Ada dekat sejam! Huhu~

Wad 216-5. Bilik untuk 5 orang pesakit. Malam tu ada 3orang je pesakit kat situ. Kami request untuk duduk bilik seorang, tapi kena tunggu turn. Bilik penuh. Tapi tengok bilik 5 orang tupun dah selesa sangat..Toilet 3 4 langkah je. Senang Wan yang tak berapa sihat nak ulang alik toilet. Malam tu pening-pening sikit. Pening naik kereta kot. Setiap kali ulang alik Kuantan mesti pening:( Lepas Isya' rasa boring amat. Tv pun tak ada. Nak lepak2 tengok tv kat bawah, kesian plak Wan sakit lutut. Lapar. Terus turun jugak nak beli dinner kami berdua. Tengok-tengok kedai dalam KHS tu dah tutup since maghrib. Huhu sangat sedih! Lapar...Mujur ada kiosk dalam tu. Belilah roti...sob..sob...Sedih bukan apa, esok tu kan dah nak kena bedah dan akan berpantang, sekali malam tu makan roti je. Kecewa. :P Aku layan juga felt malam tu. Bawa sikit2 je..11pm dah tidur dah. Berdua dengan Wan diatas katil single hospital;)

Khamis 8pagi
Nurse datang cek tekanan darah. Depa bagi baju yang kena pakai masa operation. Hodohnya...Macam jubah apa je..kui3. Aku pakai terbalik! kah kah. Nurse kata dalam 8.30 kena get ready dah.

9.45pagi
Mereka datang! To be continued!

25 December 2010

Day 3

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, ni dah masuk hari ke3 since aku kena operate tonsilitis. Allah...sakit rupanya... Tapi macam bos aku cakap, mana ada orang operate tak sakit..semua sakit.. Cuma aku tak gambarkanlah sakitnya macam tu sekali. Kalau sakit beranak, entah macam mana pula ye....huhu takut.. Aku nak cerita detail pasal operaton tu, tapi terpaksa tangguh dulu. Jari jemari dah terasa letih ni..huhuhu. Doakan aku cepat sembuh ya. Hari ni kuat plak batuk..Sakit sangat sekali batuk tu..:(( Sabar...sabar.. Ujian tanda Allah sayang dan kafarah dosa... Aameen♥

18 December 2010

KSH

Assalamualaikum dan selamat pagi:) Pagilah sebab dah 2.04am :)

Tak mengantuk lagi sebab lepas balik dari Kuantan tadi tidur 2jam..Pening sangat. Tak tahu kenapa. Ke sebab ambil darah? Tapi sebelum-sebelum ni derma darahpun tak ada la pening macam tu sekali. Maybe pening naik kereta dan menyaksikan kemalangan yang berlaku huhu~ Alhamdulillah perjalanan pergi dan pulangku bersama abahanda tercinta selamat.Terima kasih Abah:)

Bertolak ke KSH(Kuantan Specialist Hospital) dalam 12.30pm. Singgah jap solat Jumaat dan lunch kat Balok. Sampai KHS jam 3.05pm. Tunggu turn jumpa doc dalam 4.40pm. Doc ramai patient hari ni. Turn aku jadi lambat sikit sebab doc stop jap pergi solat. Masa dia keluar nak pergi solat tu aku nampak dia, terus hati jadi tenang sikit. Tengok doc yang berperwatakan macam tu dah rasa tenang & sejuk hati. Bertudung labuh. Senyum. Humble. Oh, aku suka suka suka♥ Usai je dia solat, terus nurse memanggil namaku. Sekali nganga je doc dah cakap "Hah, memang kena buang dah ni". Dua2 belah kena buang huhu~ Terus set a date. 23 DISEMBER 2010 :(((( tak sampai 5 minitpun consult dengan doc bahagian ENT Surgeon, terus keluar dan pergi laboratory. Ambil darah. Bukan ambil sebenarnya...beri. hehehe. 

Maka, sebelum tarikh tersebut, aku nak makan semua yang panas-panas yang aku teringin hehe~ Contohnya mee bandung.panas-panas baru sedap:) Nanti dah operate dengar cerita seminggu kena telan yang sejuk-sejuk je. Sedar je dari operatepun terus kena suap air krim. Aku tak suka sangat ais krim tapi ok la kan..special je rasa lepas operate wajib makan ais krim hehehe~ Ok, jumpa lagi. Selamat malam semua. 

17 December 2010

Tonsilitis

Assalamualaikum. Apa khabar kawan2 semua? Aku sememangnya lately badan rasa tak sedap.. Kepala panas je. Entahla, susah nak explain. Bila sentuh, tak panas..tapi dalaman rasa panas je. Tekak memang sakit nak menelan. Aku ignore je. Mujur dah cuti sekolah, jadi tak perlu cakap banyak..tak perlu tinggikan volume. Huhu.. Secara ringkasnya, esok aku akan ke Kuantan Specialist. Nak set appointment dengan Doc untuk operation. Tonsilitis ni maskin menjadi2..:( Kalau dulu demam 2 kali sebulan..Tapi sekarang ni macam sepanjang bulan je. Huhu dalam sebulan ada la dalam 5-6 hari yang aku betul2 rasa sihat. Tak tahan dah.. Baik aku pergi buang je. Walaupun ada yang mengatakan ''Allah cipta tonsil mesti bersebab..jadi kenapa nak buang..usahalah cara lain.''. Masalahnya sekarangni tak jumpa cara.. Huhu~ Operate pun operatelah.. (Walaupun ada rasa gentar sedikit especially membayangkan saat selepas bius  hilang... Macam mana rasa pertama kali untuk menelan selepas operation........BERDEBARNYA!

Actually last Friday pun aku dah pergi Kuantan untuk jumpa pakar di ENT( Ear Nose and Throat). Alkisahnya aku pergi daftar dulu di bahagian pendaftaran Hospital Tengku Ampuan Afzan. Masuk bilik saringan pertama, aku serahkan surat doktor dari Klinik Syed Badarudin. Dalam surat tu memang suruh refer terus kepada ENT Clinic. Tapi nurse tu suruh aku pergi tunggu giliran untuk jumpa doktor.. Tunggu punya tunggu ada la dalam 1 jam setengah. Mengantuk amat!!! Boring tu toksah kiralah... Tapi insaflah juga melihat kesakitan hamba Allah yang lain..yang lebih parah dari aku.

Bila dah dapat jumpa doc, doc marah2. Dia nak marah kat nurse yang suruh aku tunggu giliran kat situ..Tapi of courselah akupun rasa terkena..Huhu~ Doc kata sepatutnya direct pergi ENT Clinic..Bukan datang sana. Habis tu..manalah aku tahu. Aku ingatkan memang macam tu prosedurnya. Rupa-rupanya direct je. Abah aku punyalah tak puas hati..terus pergi tegur bahagian pendaftaran. Abah tegur2 sampailah orang tu keluar perkataan ''Maaf Encik, memang kami tersilap'' baru abah ajak aku beredar... Huh~
Lastly, bila dah pergi ENT Clinic, tak sampai 2 minitpun, set appointment. Tahu tak bila dapat jumpa doc? 31Disember 2010! Wawawawawa 1 hari je lagi nak masuk tahun depan. Betapa lamanya harus aku menanti dan menahan kesakitan. Itupun baru appointment. Operate plak kena 'beratur'. Paling cepatpun mungkin dalam bulan 4 2011.. Allahu akbar.. Aku tak sanggup..Family aku lagi tak sanggup nak tengok aku dalam keadaan macam tu...Tu yang finally pergi juga private hospital :((

Oklah, nak beradu dah. By the way, kat bawah ni hasil tanganku petang tadi. Syukur Allah bagi idea:) Seronok dapat buat. Malam ni tak dapat buat sebab rasa letih..Tolong mak kat kedai kejap2 je tapi letih pelik. Hurm... Oklah, got to go. Kawan2 kalau berkenan boleh order ye:))

Ordered by Kak Da. Nak bagi
kepada anak saudaranya, 2months:)


Ni saja nak hadiahkan kpd cousin
yang dapat 5A UPSR haritu:)
Boleh buat keychain/bookmark


Ini bunga nak tepek kat scarf. Boleh juga jadi applique. Tampal kat baju

Hair clip

Hair clip

Ordered by Kak Linda..Nak letak kat kunci kereta baru katanya:)

Bookmark-emotion of frogs..ehehe. Nak satu set? boleh order ye:)

26 September 2010

Syukur 26

Assalamualaikum. Hai semua:) Entry bertajuk Syukur 26 sempena 26haribulan hehehe~

Alhamdulillah, hari ni Allah murahkan rezeki. Alhamdulillah. Attend 2 rumah terbuka hari ni. 1st rumah anak murid, beberapa meter je dari sekolah. Pergi ramai-ramai dengan  rakan sejawat. Memang seronok:) 2nd rumah Acu Srikandi. Tapi terbuka untuk beberapa orang sahajapun. Hehe. Special sikitlah. Terima kasih ye Acu Srikandi dan Khaled. Siap sediakan Nasi Bukhori lagi. Terima kasih.

Alhamdulillah jua Allah permudahkan urusanku hari ni ♥ ♥ ♥ walaupun pagi-pagi hari tadi lepas solat subuh, kena sengat lebah. Entah datang dari mana daa..~ Bengkak sikit. Tapi sakitnya sekejap je. Pergi sekolah, rasa kering tekak dan pedih-pedih. Malam, hidung dah berair, bersin-bersin..Ai, demam menjengah lagi.. Madu..oo madu, meh sini! Huhuhu~

26 August 2010

Madu. Bukan bermadu okey!:P


Nak kongsi khasiat madu:)) Kecilkan skop, madu khaula yang aku tengah amalkan sekarang ni. Uishh 1st time makan memang terkeluar balik! Madukan pekat gitu. Lepas tu teringat petua sahabat2 kata perah limau nipis sikit. Tapi aku bukan sikit, mahu sebiji limau hehehe~ Baru boleh telan sebab jadi masam manis lemak-lemak gitu. Sedap juga. okeylah daripada yang pekat likat tuh huhu~ Kali ni berdisiplin sikit makan ubat/madu sebab fikir kerja aku sekarang ni berdepan dan bergaul dengan kanak-kanak. Bimbang juga kalau berjangkit. Diri sendiripun rasa terganggu bila batuk terlalu kuat sehingga muntah2. Huhu~ Almost 1 week ni memang everyday muntah. Allah.....Allahumma'afini fii badanii♥ 2 kali ubat batuk doktor bagi aku dah habiskan. Tapi macam tak berkuranganpun. Ikhtiar. Ikhtiar. Ikhtiar. Maka akupun dengar nasihat bos aku untuk amalkan madu setiap hari. Terima kasih bos..Syukur sangat dapat bos macam akak♥

"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu pada gunung-ganang, dan pada pokok-pokok kayu, dan juga pada bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia". 

"Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu" (dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia ( dari berbagai-bagai penyakit) sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang berfikir" 
- (Surah An-Nahl, 68-69)

Madu KHAULA dapat memulihkan sistem dalaman badan manusia dengan:
  • Memanaskan badan
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Mengimbangkan diet badan
  • Menguatkan tenaga dalaman
  • Meningkatkan kecergasan, daya ingatan, emosi, kreativiti, hafalan dan kepintaran anak-anak
  • Melawaskan usus besar dan kecil
Madu ini juga berfungsi sebagai:
  • Anti-alergik
  • Anti-septik
  • Anti-anemia
  • Anti-ulcer
Dari Ibnu Majah, Al-Hakim daripada Ibnu Masul (R.A): Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Madu adalah penyembuh bagi penyakit dan Al-Quran adalah penyembuh bagi penyakit di dalam hati. Maka berubatlah kamu dengan madu dan Al-Quran".

Amalan menyukai dan memakan madu merupakan amalan Rasulullah S.A.W. Lebah telah mendapat ilham dari Allah dan madunya dijadikan sebagai penawar untuk penyakit seperti dinyatakan di dalam Surah An-Nahl Ayat 68-69. Jadikanlah ia satu amalan harian kita semua.~Sumber~


Hurm..teringat dekat CikBah..pernah masa kampus dulu dia sanggup datang mahallah aku, panjat blok aku sebab nak bagi madu..Harga madu tu aku tengok ada dalam RM75. Memang terharu banget ada sahabat se'concern' itu:'(  

23 August 2010

Bila tak dapat berpuasa

Assalamualaikum kawan2. Sihat tak? Mesti dah tidur ni. Aku tak dapat lelapkan mata lagi. Siang tadi lepas kerja terasa penat betul. Terus ketiduran...Bukan penat sebab bekerja, tapi penat dek batuk yang melanda. Huhu~ 4 hari ni memang muntah2 aje pagi2 lepas sahur / malam2 lepas berbuka puasa...Nak try cara traditional plak lah lepas ni. Tak sanggup rasa batuk macam ni. Mengeluarkan segala isi perutku. huhu~~ Tapi bagus juga, turun sikit berat :P

RAMADHAN. Macam mana kawan2 setakat ni? Puasa jangan tak puasa taw hehe.. Tapi kalau tak dapat berpuasa disebabkan keuzuran(sakit/period;bagi muslimat) tak mengapalah. Dah fitrah wanita. Nak buat macam mana kan.. Tapi mesti rasa kecewa sikit bila tak dapat berpuasa tu:((. Apapun, sebagai umat Islam, kita ada ruang dan peluang yang luas untuk beribadah sekalipun kita berada dalam keadaan tersebut. Ibadah tu kan tak semestinya solat..puasa..haji.. tapi ibadah merangkumi amal yang diniatkan kerana Allah sewaktu melakukannya. Contoh kalau kita sediakan makanan untuk orang yang berpuasa, kita niat kerana Allah, kerana itu satu tanggungjawab, kita lakukan dengan sepenuh hati dan ikhlas, inshaAllah, kita turut dapat pahal berganda:) Aaameen. 

من فطّرَ صائِماً آانَ لهُ مثْلُ أجرِهِ غَيْرَ أنّهُ لا يَنْقُصُ مِنْ أجْرِ الصّائِمِ شيئاً
“Barangsiapa yang memberi ifthor kepada orang-orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala
senilai pahala orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut”
(HR. Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah).

Maha Pemurahnya Allah kan..Rasulullah juga pesan yang kita akan dapat apa yang kita niatkan. Jadi, kalau niat kita baik, pasti dapat kebaikan jua;) Ibadah2 lain yang masih dapat kita lakukan dalam keadaan tersebut;
  • Memperbanyakkan zikir, doa dan istighfar
  • Tadabbur Al-Quran
  • Baca Mathurat
  • Bersedekah, infak

أفضل الصدقة صدقة رمضان
“Sebaik-baiknya sedekah yaitu sedekah di bulan Ramadhan’ 
(HR Al-Baihaqi, Alkhotib dan At-
Tirmidzi)

  • Menolong mereka yang memerlukan / melakukan kegiatan2 sosial; gotong royong 
  • Tidak bercakap perkara2 yang melalaikan/ menjaga lidah
  • Menyampaikan ilmu dan mengajarkannya
  • dan baaaanyyaaaaaak lagi:))
Eh, dah 2.16am lah.. kena caw dulu nih. Nanti berat plak nak bangun sahur. Ok kawan2, permisi ya. Selamat Sahur:))Pesanan: Jangan sedih sangat taw bagi 'korang' yang tak dapat berpuasa tu:)

17 August 2010

Ramadhan Kareem daripada SoalHati

Assalamualaikum wbt. Salam ramadhan:)

Ramadhan 2,1431H

Apa khabar kawan2 semua? Macam mana puasa masuk hari kedua ni? Wah2..menghitung hari nampaknya hehe. Tak baik taw:P Tapi bagus juga menghitung hari ni, jadi kita lebih aware bila masuk fasa pertama ramadhan; rahmat, fasa kedua; keampunan dan fasa ketiga; dibebaskan dari api neraka. SoalHati? Alhamdulillah ok setakat ni. Cuma sehari sebelum puasa memang keadaan aku agak teruk. Petang lepas pulang kerja, menjamu selera bersama mak tercinta. Lepas tu rest sekejap, bersiap-siap nak pergi Kemaman. Plan mengejut. Nak beli baju raya. Kedai jahit yang kami selalu hantar kain tu dah tutup! Wawawa sedih banget. Jadi tak tahu nak hantar ke mana sebab susah nak dapatkan tukang jahit yang 'sedap' jahitannya. Akhirnya, sampai ke sudah aku tak tempah jubah. Terpaksa beli aje. Sampai je Kemaman, dekat2 nak masuk area rumah kak ipar, sebab nak ambil kak ipar dan Esya.....Bluweeeeeekkkkkk... Ya Allah..apalah yang telah berlaku dalam sistem perutku. huhuhu~ Pelik plak rasa. Tiba-tiba aja...

Akhirnya mood nak membeli hilang begitu saja...:( Loya sangat2...lepas muntah tu rasa nak muntah lagi:(( Kena pergi lain kalilah nampak gaya. Mak je yang sempat beli jubah sehelai...Lepas Isya', kami pergi klinik..Memang doktor kata tonsil akupun dah 'melampau' bengkaknya..Patutlah demam akupun berderet 2 minggu ni...Allah...

Ramadhan 3,1431H

Alhamdulillah, 10-11pagi dan 3-4petang aku berjaya juga buat home tuition. Alhamdulillah. Memang niat asalnya nak 'rehat' sekejap daripada mengajar tuition sempena Ramadhan ni. Yelah, nak buat malam2 pun, habis terawihpun dah lewat. Tapi tak sangka plak aku parents budak2 ni still request nak tuition during weekend. Setelah berfikir tak berapa panjang, aku setuju. Kesian juga. Budak2 nipun dah tak lama dah nak final exam. Niat aku nak menolong budak2 ni berjaya. InshaAllah. Moga belajar di bulan Ramadhan ni bertambah lagi keberkatan. Bertambah lagi mudahnya ilmu menusuk di qolbu:)) So untuk bulan Ramadhan ni jadual tuisyen @ An Najah adalah:
Jumaat 10-11pagi, 3-4 petang.
Sabtu 10-11pagi, 3-4petang.
Inipun aku ambil 4 orang students sahaja. Maafin cikgu ya anak2 murid yang lain huhu~ Erm...rasanya ni 1st time kot aku cerita hal home tuition aku ni:) Oklah, nak cerita sikit lagilah hehe(sementara ada mood ni). Aku start buat tuisyen di rumah ni lebih kurang masa bulan April yang lalu. Idea ni datang dengan azam yang kuat setelah mula mengajar tuisyen di rumah Aunty Lina dan rumah Acu Srikandi . Lepas anak2 murid yang belajar di rumah Aunty Lina nak stop tuisyen sebab dah ada extra class kat sekolah, akupun mula promote home tuition aku ni. Ala..promote biasa2 je, panjangkan qalam, buat mini poster dan tampal depan kedai mak.(Mujur tak buat banner taw..hehe kalau buat rasanya tak terjawab panggilan telefon nanti :P)

Aku buat kat rumah saja. Itupun menggunakan bilik aku. Dah jadi mini library dah bilik tu. Tapi oklah kalau nak tampung 3-4 orang student dalam 1 masa. Aku tak ambil ramai2 sangat. Setakat ni paling ramai dalam 1 masapun, 4orang. Aku bahagi-bahagikan group untuk student2 yang lain agar tidak bertembung. Malam2 weekdays memang full. Dari 8.00-10.00malam. Alhamdulillah. Penat? Boleh tahanlah..penat otak.hehe. Tapi kalau dah minat mengajar, everyday mengajarpun jadi suka:) Alhamdulillah, rezekipun ada melalui home tuition yang telah kuberikan nama KELAS TUISYEN AN NAJAH:)) Murid-murid setakat ni semua sekali ada 8orang. Alhamdulillah♥♥♥

p/s: tulis dah lama..baru sempat nak publish huhu~~

29 July 2010

Terguris

Assalamualaikum..

Kawan2 apa khabar? Aku? Masih belum pulih demam, batuk dan selsema.. Ubat sudah hampir habis. Ubat demam totally habis! Entahlah, macam pelik sikit kali ni. Aku dapat sejenis ubat batuk yang tak pernah dapatpun sebelum ni. Tapi dah doktor bagi, kita ambil jelah kan.. Bila balik rumah, belek2.. Dia ada tulis tidak sesuai untuk kanak-kanak berumur 2tahun ke bawah, sesuai untuk 2-6tahun. Aik? Kalau 25tahun macam mana? Tapi sebab tu doktor dah bagi, jadi makan aje. Biasanya lepas makan mesti rasa lega sikitkan? Tapi ni tak pun..Malahan makin teruk batuk aku. Entahlah, mungkin memang badan dah tak berapa nak imune huhuhu~ Tapi mungkinkah doktor tersalah ubat?? Wallahu'alam.. Sabtu ni kalau tak kurang sakit aku ni, abah suruh pergi klinik lain. Klinik yang aku pergi hari tu klinik yang paling dekat dengan rumah aku. Senang. Kebetulan masa tu memang tak larat sungguh nak pergi klinik jauh2... Tapi ujian sakitni, apalah sangat nak dibandingkan dengan ujian2 orang terdahulukan? Jadi bersabar sajalah. Namun kena ingat, Allah bagi ujian bukan untuk kita merelakannya semata2 tanpa ikhtiar. Kita mesti buat sesuatu untuk menghadapi dan mengatasinya disamping....DOA SEPENUH PENGHARAPAN KEBADA ALLAH!:)

Actually... ada something happen petang tadi. Tapi sangatlah tak elok untuk diceritakan di sini. Tapi aku tulis ni, sekadar meluahkanlah.. Aku rasa tak berdaya nak pendam seorang diri. Siang tadi memang dah 'hujan' seketika. Sekejap je. Entahlah, mungkin sebab dah selalu sangat berendam air mata lately, so dah 'kering' air mata dah.. Aku memang terguris sungguh dengan kata2 seseorang petang tadi. Aku tak pernah terfikir orang akan kata macam tu dan kata2 tu dikeluarkan oleh orang tu. Sungguh!Pedih sekali... Tapi selepas beberapa titis 'air hujan' tu, aku pujuk diri. Aku fikir buat apalah aku nak bazirkan air mata dengan perkara yang sia-sia...:(( Allah, tabahkan hati aku. Berikanlah hidayahMU pada orang yang mengguriskan perasaanku....

15 July 2010

R......(betapa tak mahu sebut)

Assalamualaikum kawan2..
Aku rasa aku ni dah diserang resdung(terpaksa sebut jugak) je.. Tak tahulah, actually minggu lepas aku siap MC 1 hari disebabkan kebetatan yang besar2 lagi mengundang kegatalan yang amat..seluruh badan! Huhu~ Takutpun ada masa tu sebab tak pernah kena kan.. Jadi terfikir2 sambil tergaru-garu kenapa jadi macam tu. 2 malam tidur dengan air mata. Bukan sebab sakit sangat tapi tak tahan dan rimas tak dapat tidur.. huhu~ Esoknya kan nak kerja, memang mengantuk bangetlah kat sekolah. Asal 3pagi je mesti terjaga dan rasa gatal seluruhnya wawawa..Mak buat solat hajat dan bagi aku minum air solat hajat. Aku minum. Sebelum tu baca doa dulu dan selawat2. Telan jugak panadol! Lama sangat dah aku tak ambil panadol ni! Memang sedaya upaya elakkan..tapi malam tu memang tak tahan sangat. Nak bagi mengantuk cepat,aku telan jugak. Takut mengantuk dekat sekolah dan tak dapat perform well.Tapi..... still tak dapat tidur...Remuk2 rasa 1 badan. 

Esoknya aku bangkit, alhamdulillah, baik sepenuhnya! Entah ke mana pergi betat2 tu aku tak tahulah! Aku fikir satu je, betapa Allah kabulkan doa seorang ibu! Huhuhu~ terharu. Syukur ya Allah. Mak, terima kasih..♥. Dah baik macam tu aku tak jadilah pergi klinik. Aku fikir maybe alahan/hama tilam2 je kot...

Pergi sekolah, aku cerita kat rakan sekerja. Katanya kalau naik macam tu, tanda nak kena resdung. Lepas ni mesti kena resdung! (Fuuh..confident je dia cakap! huhuhu~) Aku ignore je sebab aku rasa aku tak kenalah resdung tu.. Selama ni kalau bab habuk2 aku paling kebal dalam rumah tu huhu~ Sebab aku je boleh cool and relax sapu2 habuk. Adik beradik lain semua tak boleh.. Mesti mata merahlah,hidung tersumbat tahap gabanlah.. Kalau yang bongsu tu, demam terus!

Tapi minggu ni, ya Allah...gatal sangat dekat keliling mata. Especially kat kelopak mata. Dua2 belah. Sampai pedih duk 'ghenyeh2' huhu~ Kat dahipun dah naik betat2 kecil..Telinga,sangat gatal juga... Kepala selalu sakit..Tadi google tanda2 seseorang diserang resdung, aku memang memenuhi kriteria yang dinyatakan wawawa~ Tak mo laa.. :((

Rasanya tak boleh biar dah ni .Memang kena pergi cek. Confirmkan betul2 apa yang berlaku dalam sistem badan aku ni:-/.. Baru hari tu lalu kat tepi promosi perubatan permata hijrah tu.. Tengok orang duk buat rawatan resdung.. Tapi lalu dengan relaxnya sebab rasa diri tiada kena mengena...huhuhu~~

ALLAHUMMA 'AAFINI FII BADANII

03 March 2010

Soal Kerjaya

Assalamualaikum. Apa khabar anda semua?:) Harap sihat2 selalu. Banyakkan minum air ye panas2 ni. Tapi make sure minum air yang 'berkhasiat' juga:) Kurangkan minum air yang manis2 ni..Hari tu ada orang tag aku kat FB, gambar kaki mangsa kencing manis. Lepas tu terus jadi tak lalu nak makan/minum manis2..takut maa~ Sebelum nipun memang aku amalkan kurang manis dan kurang masin dalam minuman/makanan, tapi bila tengok gambar tu..huhu~ lagi nak kurangkanlah. Sampai air customerpun rasa nak kurangkan gula... tapi...nanti customer complain plak! hehe

Hari ni rasa segar sikit. Dah 3 hari tu kena migrain...memang tak larat sungguh. Bila rasa macam dah nak baik tu, betapa diri ini berusaha tak fikir yang berat2, senyum sokmo walaupun ada beberapa perkara berlaku yang mengundang kemarahan..hehe betapa nak jaga mood dan tak nak migrain datang balik:P Alhamdulillah, hari ni memang dah tak ada. Dah baik betul. Alhamdulillah. Terima kasih geng2 yang mendoakan aku;)

Oklah, aku nak chow dah. Nak house keeping. Macam biasalah, orang belum berkerjaya macam aku ni.. Nilah kerja2 aku selain online hahaha~Rumah dan halaman rumah tersangatlah teratur ecece~ Betapa ada 'bibik' yang menjalankan tugasnya sebaik mungkin..:P  Bilalah nak dapat keputusan interview hari tu. Lambat sungguh. Sungguh! huhu~ Dah tak sanggup nak dengar orang bertanya2 soal kerjaya. Soalan 'wajib' la kan untuk orang2 dah habis belajar macam aku ni. Memang sampai satu tahap, setiap kali ada customer / tetamu yang dikenali datang, rasa nak meyorok dalam bilik. Tapi..mana boleh! Akukan tukang buat air..Nak tak nak kena menampakkan wajah juga.

Bila orang tanya dah kerja belum, kerja apa, dan lain2 lagi soalan berkaitan kerjaya, aku jawab mudah aja. Kerja sementara je dulu...Ikutkan hati nak je jawab 'saya part time penganggur' Sebab apa part time? Sebab memang aku ada kerja sementara; tolong mak aku kat kedai dan mengajar tuisyen 'kaddang kaddang' kata pak belalang hihi~

Bila dah jawab macam tu, ada yang kata

'oo..payoh keje leni op..'
'mitok dok kat ni..mitok dok kat tu...'
'doh wak mende nye dok leh keje lagi ni?'
'dakpelah..koho2..tolong mok kedai pung masuk duit gok kan..'
'doh blajo tinggi2 pun payoh gok keje...'
'masuk U pun dok jamin lagi keje..blajo kat kolej2 biasa jelah..'
'Doh kalu gitu abih SPM amik yang jurusan2 teknikal la molek...blajo skill lalu..napok doh mende hok blajo tu sesuai keje mende..'

Waduh..pendapat2/respon2 yang last2 ni agak menggugat ketabahan hati. Tapi buat2 biasa je. Malasla nak bertekak dengan makcik2/pakcik2 ni kan...Nanti panjang plak debatnya..huhu~

Sampai satu tahap,rasa nak berhijrah pun ada. Ke mana? Ada la..hehe. Nak pergi  berhijrah ke tempat aku dulu..tempat menuntut ilmu lagi penuh kenangan la..Gombak! ;) Tapi ni angan2 je..Kalau memang belum rezeki kat sini, nak pergilah sana. Lagipun aku tengok bisnes mak akupun dah ok sikit. Pekerja2 dah boleh harap. Cuma bab2 air tu masih memerlukan aku lagi kalau customer ramai sikit. Tapi aku yakin, depa boleh survive nanti. Chewah..berangan bukan main lagi! Walhal tak confirm and tak decide pun lagi kih3...

Oklah, panjang plak aku bagi lecture hari ni hehe. Selamat malam semua. Adios!

28 February 2010

Coobaaan

Hari ni aku tak larat betul.. Mula dengan 3 4 hari lepas aku tak selera makan. Tapi masak beriya jugak nak bagi selera.. Lepas tu mula berat2 kepala especially bila bangun tidur. Tidur pun mimpi mengarut. Ya Allah...tak tenang dan tak berkualiti langsung tidur aku huhu~ Semalam mula terasa macam migrain nak menyerang. Lama dah tak kena semenjak balik rumah. Home sweet home kan..Kalau sakitpun bila balik rumah mesti sihat dengan sendirinya. Ni zaman duduk kampus dululah.. Semalam tetap bertahan buat air sampailah hampir 1pagi. Boleh tahan juga customer semalam. Alhamdulillah. Itu yang aku bertahan buat air walaupun dalam kepala dah 'dung! dung! dung!' huhu~ Paksa jugak tidur semalam. Sambil urut2 kepala, tarik2 rambut, sambil selawat dan baca ayat2 yang patut. Lepas tu bangun balik, menyandar plak kat sofa ruang tamu. Memang tak dapat tidur. Dekat 5 pagi kot aku terlelap..akhirnya....

Pagi ni, bila terjaga, alhamdulillah dah tak ada 'dung dung dung' tu..Tapi biasanya tak lama lepas tu akan datang balik. Ya, memang datang balik...sakitnya ya Allah...Tak berdaya nak ke mana2. Abang dengan adik ajak pergi MM pun aku tak nak. Walaupun macam2 dorang offer nak belanja. Tak pelah, memang sakit sangat ni oii..huhu~ Oklah, aku nak masuk kerja dulu. Dh 5.30 dah pun.. Tapi kalau tak ada order nanti aku nak masuk rest balik. Mak aku tak tahupun aku sakit kepala ni. Malas nak merunsingkan kepala mak huhu~ Tapi kalau tak cakap nanti mak kata anaknya ni asyik bermalas-malasan je huhu~ Oklah, dah 2 kali 'ok' dah ni. Doakan aku cepat baik. Ujian sakit aku ni kecil cuma kalau nak dibandingkan dengan derita orang lain..Apapun, aku harap dosa2ku terhapus dengan kesakitan2 ni. Aameen ya Rabb.

01 February 2010

Pasang surut hidup

Assalamualaikum. Apa khabar geng2 semua? Wah wah wah..rindunya pada Catatan Soalhati ini:)

Alkisahnya;
27.1.10;Rabu
Tengah online dengan syoknya tiba2 tak dapat connect. Lepas tu reconnect2, tak dapat2 walaupun lampu DSL semua menyala dengan stabil dan jayanya. Hati sedikit gusar. Nak jadi macam dulu lagi ke ni? Dulu pernah sekali problem macam ni. Call 100, cakap dengan operator entah berapa kali. Tak menjadi jugak. Sampailah pakcik Tmnet kena datang rumah. Cek tengok apa problem. Dia kata kes wayar kuning tu digigit tikus. Tikus? Ish..memalukan je tikus2 ni! Kot ye pun lapar sangat gigitlah benda lain! Huhu~ Problem kali ni, bimbang juga kalau disebabkan tikus..Malupun ada nanti kat pakcik tmnet tu

28.1.10;Khamis
Dapat berita abang aku masuk wad. Kak iparku yang inform. Allah..sakit apa plak ni Badie.. Doktor kata mungkin jangkitan virus. Anak2 saudara ada kena CB dan muntah hari tu. Jadi abang aku yang menjaga mereka ni, mungkin terkena sama. Kesian sungguh. Aku terus pergi ziarah abang bersama abah. Kebetulan memang aku free. Tak ada tuisyen. Cuma aku sedih sikit tak dapat temankan abang di hospital. Sedih sangat masa nak melangkah pergi. Aku tengok abang mengalir air mata juga huhu~ Aku salinkan baju abang, aku bawak abang pergi bilik air, aku cium pipi abang sebelum balik..sedih! huhu~ Abang aku memang mudah muntah2 ni. Nak2 kalau dia kerja kuat sangat...

Aku dan abah singgah plak tengok Isha kat rumah nenek (belah mama dia). Ya Allah...papa dah masuk wad, Isha plak naik campak huhu~ kesiannya Isha. Tapi Isha nampak tough! Dia tak banyak ragam pun cuma dia sukar melelapkan mata... Sekali lagi rasa sangat berat untuk meninggalkan Isha...Isha menangis kuat sangat masa aku dan abah tinggalkan rumah tu. Tapi sekejap je jeritannya kak ipar cakap. Aku ni nak tak nak memang kena balik ASAP. Mak aku tak cukup pekerja :(


29.1.10;Jumaat
Aku tak ikut mak pergi ziarah abang hari ni. Aku kurang sihat. Tak larat sungguh nak ke sana ke mari. 'Maaf ye Badi. InshaAllah, saya ziarah awak esok:(' Petangnya, mak balik. Bawa balik Tokwan sekali! Yeay! Aku suka sangat bila Wan ada.. Terasa hidup kembali CERIA!

Kami berniaga macam biasa. Kali ni aku stay up sampai 3 pagi. Tidur plak dalam 4pagi. Sebab apa lewat sangat? Sebabnya pekerja Thailand dah berangkat pulang. Mereka naik bas tengah malam tu. Jadi aku kenalah kerja lebih masa sikit sampai customer kurang..namun begitu.....makin larut malam, makin ramai la pulaaaakk...~

30.1.1.10;Sabtu
Kami sekeluarga bersiap2 nak ziarah abang dan Isha. Alhamdulillah, abang dah boleh keluar wad. Cuma keadaan dia masih lemah. Memang perlu banyak rehat dan jaga pemakanan.. Ishapun dah sembuh sikit campak dia tu. Alhamdulillah, semua semakin pulih. Alhamdulillah!


Balik ziarah, kami berniaga macam biasa. Tapi aku rasa akulah pekerja yang paling tak bersemangat. Bayangkanlah! Yang tinggal kini hanyalah pekerja Indonesia seorang. Mana sempat weh nak serve customer! :( Tapi dalam pada tak semangat tu, berjaya juga stay up sampai 3pagi. Allah....Aku dah sukar nak melelapkan mata dek terlalu letih. Rasanya dalam 4 pagi macam tulah baru lena...

31.1.10;Ahad
Pagi ni aku tak boleh nak berguling lama2 atas tilam vono itu. huhu~ Aku kena hantar Wan balik kampung halaman yang terindah itu. Aku nak juga hantar Wan sekalipun mata ni bagai digam-gam..aku tak sanggup tengok Wan susah payah naik bas. Wan bukanlah sihat sangat. Lututnya sakit. Kalaulah lama2 duduk dalam bas tu, mesti terasa kesakitannya. Naik kereta ni, bolehlah berhenti mana2 sekejap, betul2kan urat... Boleh singgah mana2 kalau Wan nak beli apa2. Biarlahkan bersusap payah sikit, bila lagi nak berbakti pada Wan kan.... Bertolak dalam 10pagi, sampai 11.15pagi. Ada la 3 kali stop here and there. Sampai rumah Wan, makan nasi, terus balik Kemasik semula dalam 11.45pagi. Selamat sampai di rumah dalam 12.30 tengahari.

Ohya, aku singgah pejabat Tmnet sekejap:) Baru berpeluang nak report gangguan teknikal yang dialami hampir 5 hari ini :) Sampai rumah, aku rehat2 sekejap. Jam 2 petang aku pergi mengajar tuisyen. Habis tuisyen, aku tumpangkan anak muridku Maya, pergi latihan sukan sekolah. Sampai je depan rumah...tersenyum kemewek sebab nampak van tmnet!hehe~

Alhamdulillah, internet dah ok! Kerosakan kali ni bukanlah disebabkan si tikus, tapi hanyalah kesilapan networking setting. Alhamdulillah. Pakcik tupun siap ajar aku dan suruh aku salin nota dia -tentang cara2 nak repair kalau masalah ni berulang-. Jadi tak perlu susah payah call tmnet. Tapi aku ambil juga number phone pakcik. Senang sikit kalau ada apa2 lepas ni kan.. Pakcik tu plak sangatlah baik! Pakcik yang sama masa kes rosak dulu tu..:) TQSM Pakcik tmnet!

Waaaaaahhh..panjang sangat plak entry aku kali ni. Semua ni aku refresh the memory:) Orang kata bagus kalau cuba ingat apa yang dilakukan dalam kehidupan sehari-hari. Selain dapat menguatkan daya ingatan, dapat juga bermuhasabah diri;) Oklah, ada lagi aku nak 'catat' ni, tapi mata dah lali. Cow dulu ya! Bubye;)

12 January 2010

Moga berjalan lancar

Assalamualaikum. Sihat semua?

Aku...urm..alhamdulillah. 2 hari lepas teruk juga cikton aku membengkakkan dirinya dengan jayanya! Sakitnya nak menelan... Nak bercakappun tak ada mood. Suhu badan juga meningkat. Nak pergi klinik tapi tak pergi2. Kebetulan makpun tak sihat. Jadi kesihatan diri sendiri automatik dibiarkan begitu saja. Masuk hari ke 4 bengkak & pedih macam tu, akupun minta tolong abang aku beli tea ais. Perrgghhh..sekali minum, esoknya berkurangan sungguh pedih & bengkak tu(dengan izin Allah jua). Alhamdulillah.. Mungkin sebab 4 hari duk minum air panas je, tak minum ais langsung, diapun jadi makin bengkak. Tapi...betulke? huhu~ Ada sahabat aku cakap memang kalau cikton bengkak ni, kena minum ais..Makan ais krim lagi bagus. Bagi sejuk area anak tekak tu..

Esok aku akan attend satu interview. Rasa macam berat sikit interview kali ni. Berdebar? Berdebarlah juga dari pagi tadi. hehe~ Tapi buat2 slumber je sebab apapun keadaannya, kena lalui juga interview tu esok dan semuanya akan berakhir juga. InshaAllah, aku akan buat sehabis baik! Allah, bantulah aku.. Butiran interview esok;
TEMUDUGA JAWATAN GURU GSTT SEKOLAH MENENGAH DAERAH DUNGUN
Waktu: 9.00 pagi.
Tempat: PKG Seri Dungun, Terengganu Darul Iman
Sebenarnya, ada satu kisah pasal GSTT ni. Hari Isnin baru ni, aku beriyalah ajak abang teman pergi Dungun. Mulanya nak pergi sendiri je. Tak nak susahkan sesiapa, tapi mak tak bagi. Tengok2, makpun ikut sekali.Tengahari tu, bertolaklah ke sana. Dah lama sebenarnya nak mohon GSTT kat dungun ni, tapi ditangguh-tangguhkan hasrat tu. Tak tahu kenapa kali ni rasa nak pergi sangat. Mungkin atas 2 sebab: 1) yang Kemaman ni 'menyepi' lagi walaupun dah 2kali hantar resume 2) Izzah Ulfah dah dapat surat interview (jelous tau hihi)
Tiba jam 2pm. Ada 3 orang staf lelaki rancak bersembang. Aku menegur..

"Assalamualaikum..."
"Oh, waalaikum salam.. "
"Saya nak mohon GSTT, macam mana ye?"(tercakap 'key ell' la plaks hehe)
"Owh..nok ambek surat interview eh? Ni ambek kat ni nih.."
"Eh bukan,,saya baru nak mohon..baru nak isi borang.."
"La...baru nok isi. kalu baru nok isi amik hok nih.."
"Ok, terima kasih eh.."
Dengan pantasnya aku berlalu dan mula mengisi form tersebut di salah sebuah pondok di perkarangan PPD. Mak & abang setia menanti. Tiba-tiba mak sakit perut! Perlukan toilet segera! Abang bawa mak pergi cari toilet di mana2 stesen minyak yang berdekatan.Tak sampai 2 minit, mereka patah balik semula. Mak dapat panggilan yang mengatakan aku tak perlu isi borang tu. Aku dah dapat surat untuk interview.

Hah? Yeke? Akupun masuk semula pejabat tersebut. Staf2 tadi dah tiada. Tinggal seorang staf yang baru masuk bertugas semula. Aku senyum dan mohon ambil surat tersebut. Belek punya belek......Ya lah! Namaku.......huhuhuhu :=) (Ni emoticon untuk 'terharu kegembiraan')

Memang tak sangka sungguh. Dah ada surat interview rupanya. Aku belum lagi memohon. Patutlah hati ni terkenang2 kat PPD sana. Rupanya ada sesuatu 'memanggil-manggil' :). Tapi tak boleh excited sangat.. ni baru panggilan untuk interview. Cuma, aku bersyukur pada Allah. Allah beri 'kemudahan' untukku. Geng-geng semua tolonglah doakan aku yep? Walaupun ni GSTT, tapi bermakna sungguh buat diri ini yang sangat cintakan dunia pendidikan. Tambahan pula memang menanti2 peluang pekerjaan yang stabil sedikit berbanding sekarang. Sekarang ni macam 'cukup-cukup kadang2 tak cukup' :)

Ok, need to go. Esok awal pagi dah kena berangkat ke Dungun. Bersama si Kassim Selamatku. Wish me luck ya! Izzah Ulfah, i'll see you tomorrow..♥

06 January 2010

Perbanyakkan mengingati saat PASTI.

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, Allah beri kekuatan untuk menempuhi hari demi hari. Hidup ni sememangnya sementarakan...Kita sememangnya seorang pengembara di dunia fana ni.

Dalam satu wasiat Nabi Muhammad s.a.w. kepada Ibnu Umar (Abdullah) r.a. berbunyi: "Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang musafir atau pun sebagai pengembara."
Tapi hari-hari kita kena buat yang terbaik! Sebab dunia ni ladang akhirat kita.
Ibnu Umar pernah berkata: Jika anda masih hidup pada waktu pagi, jangan tunggu hingga ke petang dan jika anda masih hidup pada waktu petang, jangan tunggu hinga ke pagi, sediakan dirimu pada masa hidup untuk bekalan waktu mati, dan pada masa sihat untuk bekalan waktu sakit.
Apa yang kita 'tuai' di dunia ni lah yang akan dihitung kelak. Apa saja. Kita pun tak pasti hidup berapa lama. Tak ada sesiapapun yang tahu bila dia mati. Pernah tak ada orang tanya "Awak mati bila?" "Saya minggu depan, hari khamis. Awak plak?" Ha... tak ada kan? huhu~. Jadi kena lah kita prepare sentiasa. Berwaspada. Sentiasa ingat mati...
Betapa kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali, andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya. Sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.
Apa2pun nak dilakukan, niatlah kerana Allah. Niat yang ikhlas dan semata-mata kerana Allah itukan AMAL. AMAL mendatangkan pahala. InshaAllah.. Moga kita diambil nyawa saat kita berAMAL. Saat kita beribadah kepadaNYA. Aameen ya Rab!




Nikmat sihat
Hari ni mungkin hari terakhir mak aku buka kedai. Esok mbak tu dah nak pulang ke Indonesia. Sedih la plak. Memang aku selalu juga mengharapkan masa untuk bersenang lenang, mengharapkan mak tutup kedai, tapi bila tutup 2 3 hari, bosan amat tau! Macam hilang punca je nak buat apa. Dah terbiasa setiap hari berniaga. Dikerumuni orang ramai.. Riuh rendah sampai dengar dalam rumah. Sekali tutup, sunyi sepi sungguh. Aku harap tak tutup lama sangatlah. 3 hari tutup, oklah tu. Bukan apa, inikan punca pencarian rezeki kami sekeluarga. Moga-moga datanglah pekerja asing yang mak dah 'tempah' tu. Aameen.


2 3 hari ni juga, duk ulang alik klinik. Memang cikton aku buat hal. Tapi aku masih bertahan(tak nak operate!!hehe)..Aku teman mak pergi klinik. Abang driver. Abangpun ulang alik dari Kemaman setiap hari. Alhamdulillah abangku tetap seperti dulu sekalipun dia telahpun berumahtangga. Mudah untuk diminta tolong itu dan ini sekalipun agak menyusahkan dirinya...Kesian juga tengok dia. Penat. Tapi tak pernah mengeluhpun. 


Kali ni aku tengok mak teruk sekali sakitnya. Macam2 plak tu. Tapi still ber'degil' nak berniaga. Mak kata sayang nanti nak tutup lama. Sementara ada pekerja ni baik jangan tutup. Alahai mak......dah sakit teruk2 macam tu, macam mana nak berniaga... Persoalanku dibiarkan berlalu bak angin lalu. huhu~ Tapi Allah maha pengasih sungguh! Maha Penyayang! Bila mak aku sakit ni, customer ada, cuma tak adalah yang serbu ramai2 serentak tu. Jadi ringan sikit mak aku. Masak pun slow2 dan satu persatu. Alhamdulillah. Taklah ter'seksa' sangat mak aku :(
Aku harap Allah beri kesembuhan kepada mak. Semoga mak tabah lalui ujian ini. Allah nak mak rehat tu...


Tuisyen 2010
Oklah, aku nak chow dulu. 2.30 nanti aku nak pergi mengajar tuisyen. Alhamdulillah, berkat pertolongan dan budi baik sahabatku, aku dapat mengajar tuisyen Bahasa Melayu dan Matematik di rumah kawan mak mertua sahabatku ini. Panggil aunty je. Rumah dia, masyaAllah.......macam rumah2 dalam Deko Bersama Eric je! huhu~ Sangatlah sejuk mata memandang dan pelbagai hiasan! Tapi tetap kemas dan tersusun rapi. Rasa seronok plak nak pergi rumah dia. Mata duk tengok itu dan ini. Ada sahabatku post kat blog dia hari tu:) Tapi mengajar tetap mengajar taw! hehe..


Aku ajar setiap hari Ahad dan rabu je setakat ni. Aunty tu minta lebih, tapi nak tengok dulu jadual kelas tambahan budak2 ni. Nak UPSR ni kan, biasanya sekolah ada buat kelas setiap hari. Kalau kelas tuisyen banyak sangatpun, macam kesian plak budak2 tu. Penat..


Akupun dalam proses nak buat kelas tuisyen Bahasa Inggeris untuk sekolah menengah. Setakat ni baru 3 orang student termasuk adik aku (hahaha). Memang tak nak ramai2 sangat, yang ajarpun aku seorang diri je. Buat kat rumah ni. Niat nak tolong budak2 ni je & nak naikkan semangat study adik aku yang nak SPM dah tahun ni tu. Kalau aku ajar dia seorang, macam cepat alih perhatian je. Tak semangat dan nak habis cepat. Kalau ada kawan2 dia, semangatlah sikitkan..

Oklah, panjang lebar la plak terang bab tuisyen. Hehe. Ok2, kali ni betul2 nak chow dah. Bubye!:)

04 December 2009

Masih dipanjangkan umur

Assalamualaikum.
Hari ni cuaca tak menentu. Sekejap hujan lebat, sekejap panas, sekejap mendung. Semendung hatiku, sepanas hatiku, sehujan lebat juga hatiku. Memang turun naik perasaan 2 3 hari ni. Allahu akbar... Dugaan sungguh dirasakan.. Benar2 banyak perkara menguji kesabaran. Maka, SABAR JELAH!

Semalam, Wan aku nak masak lauk tengahari untuk cucu-cucunya. Tapi Wan takut tergelincir. Musim hujan ni, dapur dalam kedai memang 'banjir' sedikit. Confirm licin la kan! Tapi aku kesian tengok sepupu2 cinonet tu kelaparan, akupun dengan penuh semangatnya pergi masak untuk mereka. Masak telur + kicap +sos masam manis je pun. Memang budak2 tu suka lauk2 macam tu. Aku buat special sikit, tambah nugget & sosej dihias atasnya dalam rupa sotong kurita gitu.. Dah nak pergi hidang kat dalam rumah...tiba-tiba.. ALLAH!!.......... BUKKKK!!!!...BUSHHHHH!!!

Arrr...................................................................................................Itu saja yang mampu aku ungkapkan. Tiada siap menyedari saat aku sudah terbaring di atas lantai yang licin dengan air sabun dari mesin basuh itu. Terlentang terus! Nafas terasa seolah-olah sudah tersekat! Tak mampu nak berkata2. Tak mampu nak bergerak. Bermacam-macam perkara yang menerjah difikiran dalam masa beberapa saat aku terbaring 'kaku' itu namun tangan menggeletar! Ya Allah....Allah..Allah..Allah..aku usaha ungkapkannya namun sukar. Aku takut, kalau2 aku mati dengan tidak mehyebut kalimah suci :( Memang aku takut sekali ketika itu. Aku juga terfikir, adakah aku akan jatuh sakit dan selamanya berkeadaan begitu? Adakah aku tidak boleh bercakap lagi? Adakah aku akan guna bahasa isyarat nanti? Apa dosa aku sehingga aku terjatuh begini? Apa aku dah lakukan?? Ya, itulah perkara2 yang menerjah difikran saat itu. Bermacam-macam!!

Tak lama kemudian, aku mampu menyebut 'Ya Allah........' namun masih tiada siapa yang sedar akan keadaanku. TV dipasang begitu kuat. Adik pula sedang menyanyi di dalam bilik. Siapalah yang sedar dan dengar rintihan ku ini...huhu~ Aku usaha lagi memanggil nama adikku.. 'Akuz...Akuz...Akuz.....'. Selepas berbelas-belas kali barulah dia menyahut! Ya Allah....

Aku datang menyelamatkan aku! Tak tergambar juga betapa 'cuak'nya dia melihat keadaan kakaknya sebegitu rupa. Kuah kicap habis tersiram satu badan. Dinding2 rumah juga terkena percikkannya. Telur2 juga terjelepuk atas lantai..Semangkuk besar lauk2 tu, terjatuh ke dalam besen tempat letak kain. Alhamdulillah tak pecah! Kalau tak, pasti ada luka2 terkena serpihan kaca pula huhu~ Akuz mengangkat aku perlahan-lahan...Lalu membawaku ke bilik air dan mandi! huhuhu~ Memang berlinang air mata jugalah. Bukan sebab sakit, tapi sebab tak sangka aku mampu bercakap dan bangun berjalan semua huhuhu~ Alhamdulillah....

Dah lama aku tak diuji dengan 'jatuh-jatuh' ni. Sentiasa berhati-hati. Tapi dah takdirkan, berhati-hatipun, tergelincir juga. Semalaman aku terbaring saja. Pergi klinik, doktor inject. Allah...boleh tahan juga sakit kena inject! Bertahan jelah masa tu. Nak menangis, malu. Sakit kena inject tu juga terasa sampai hari ni... Doktor bagi pain killer & pil surut bengkak. Katanya tisu bengkak. Bengkak urat la kot ek?

Alhamdulillah tiada yang lebih teruk daripada itu. Aku bimbang juga kalau2 ada kesan jangka masa panjang. Tapi tawakal sajalah kan. Itukan perkara yang kita tak pasti. Berdoa sajalah moga tiada yang tak diingini berlaku. Aameeen.

Terima kasih banyak2 buat Akuz yang membawaku ke klinik, Mak yang bekalkan duit bayar ubat, sepupuku Maizurah yang setia menemani, CikguLama & AmalHakimah yang datang ziarah mengejut, juga sahabat2 yang sentiasa mendoakan. Teruskan doa kasih sayang kalian. Terima kasih banyak2. Soalhati sungguh TERHARU!

25 August 2009

Moga terhapus dosa

Assalamualaikum.
Semalam, tak tahu kenapa, sangat lenguh2 satu badan. Pelik plak rasa. Tangan2, kaki2, semua nyut2 sengal. huhu~ tapi gagahkan jua diri ini melangkah ke surau yang berhampiran saja dengan rumah. Jalan slow2, sampai surau, solat isya' berjemaah macam biasa. Bila start terawih, lagi sakit & sengal2 rasa especially kaki. Masuk 4 rakaat terawih, huhu~ tak tahan lagi. Akupun melangkah keluar dan meninggalkan surau.Jemaah muslimat surau memandang kehairanan.. Malupun ada, tapi memang tak tahan, baliklah. huhu~

Duduk2 dengan mak, pelanggan tak ramai sangat. Masa berbuka tadipun tak ramai. May be sebab hujan lebat kot. Banyak kali aku cakap kat mak "dok rok sangat arini...." Makpun suruh aku masuk dalam rumah, tak payah kerja. "Gi lah masuk lipat2 kain, kemas umoh.."

Lepas setel lipat2 kain, aarrghhh sangat tak bermaya. Kepala dah pusing...Akupun zzzZZZZ...sangat awal masuk tidur semalam..Ya Allah, nak demam ke aku ni....

Bangun pagi ni, memang sah la demam. Huhu~ YA ALLAH, KAU AMPUNKANLAH DOSA2KU, SEMBUHKANLAH AKU, AGAR AKU BEROLEH KEKUATAN UNTUK TERUS MEMANFAATKAN RAMADHAN KALI INI..... Moga2 demam ni tak berlarutan, sebab hari khamis nak kena pergi KL.... :( :( :(

23 August 2009

Info Sihat Sempena Ramadhan :)

1) Makanan paling berkesan untuk diambil ketika bulan puasa ialah makanan yang mempunyai kandungan tenaga dan serat yang tinggi bagi menjamin tenaga kita kekal seharian.

2) Makanan yang mengandungi serat tinggi ialah oat dan beras perang. Makanan daripada kategori itu mampu memperlahankan kadar penghadaman dan melambatkan proses pembebasan tenaga, malah ia juga dapat membekalkan tenaga untuk tempoh lebih daripada lima jam.Berbanding beras biasa, beras perang yang tidak mempunyai perasa dan pewarna tiruan sesuai untuk diamalkan ketika berpuasa kerana kandungan tenaga yang dibekalkan dipercayai mengandungi 400 kali ganda lebih tinggi berbanding beras biasa.

3) Kekurangan fiber dalam badan juga boleh menyebabkan masalah obesiti, penyakit usus dan masalah kardiovaskular.

4) Badan juga memerlukan nutrien mencukupi misalnya melalui pengambilan makanan tertentu seperti telur untuk bekalan protein. Mungkin puasa kali ini, boleh diamalkan pengambilan telur separuh masak ketika bersahur selain buah-buahan dan sayuran hijau.


5) Amalan pemakanan ketika berbuka:


#Memakan tamar mengikut amalan Rasulullah kerana buah itu mengandungi karbohidrat tinggi, asid amino antaranya triptofan yang dipercayai dapat menenangkan fikiran


# Sediakan minuman daripada bahan semula jadi. Elakkan gula putih, sirap, pewarna dan perasa tiruan. Gantikan dengan gula merah, madu lebah dan jus buah asli

# Sediakan air yang ditambah dengan kembang semangkuk, biji selasih dan getah anggur kerana ia dipercayai dapat membantu mencuci usus dan menyenangkan pembuangan air besar

# Kopi dan teh perlu dielakkan kerana ia mempunyai kafein yang memberi terlalu banyak rangsangan kepada saraf dan jantung ketika berpuasa. Kafein juga merangsang kepada bahagian perut dan menghasilkan asid hidroklorik berlebihan dan menyebabkan keadaan gastrik.

# Protein binatang adalah makanan paling kompleks dan susah hadam. Ia juga makanan yang mempunyai kandungan bahan buangan yang tinggi dipercayai akibat kaedah ternakan sekarang yang menjadikan ia bahan paling tercemar dengan kimia dan pelbagai jenis racun termasuk kuman, hormon, antibiotik dan logam berat.

Amalan tidak berkesan:

# Makan terlalu banyak ketika berbuka dan bersahur

# Makan terlalu banyak daging terutama pesakit batu karang, gout dan alahan

# Mengunyah makanan sepanjang malam
# Kurang minum air pada malam hari atau minum air dalam kuantiti yang banyak ketika makan

# Tidur sejurus selepas makan.

Oleh Siti Nur Almizan Aripin

.I ♥ Khat.





Grab A Button