CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

Showing posts with label pengalaman manis. Show all posts
Showing posts with label pengalaman manis. Show all posts

21 August 2013

Sehari di Brunei Darussalam

Alhamdulilllah Ahad lepas kami berpeluang ke Brunei. Syukur..Allah berikan rezeki untuk bermusafir..sangat suka walaupun sedikit penat.. hehe.. sebenarnya hubby ada training di Miri selama seminggu..eh, 5 hari sebenarnya. tapi kami ambil peluang ni untuk jalan-jalan sekali. Makan minum hubby, syarikatlah tanggung..jadi hubby kena tanggung makan minum aku dengan Amjadlah:) 

Kami naik flight dari KLIA jam 9.05malam. flight berlepas dalam 925..sampai Airport Miri jam 1125.  2 jam perjalanan. Aku syukur sangat Amjad tak meragam dalam flight. Ini 1st time buatnya:) Segala tips2 naik flight bersama baby aku dah study sebelum tiba hari nak berlepas ni hehe. Alhamdulillah, everything run smoothly. Masuk2 flight je Amjad nak 'bak'..aku terus susukan dan dodoi2 bagi dia tidur..teruslah Amjad tidur sampai 1jam setengah..ada lah bangun2 nak bak tu, cepat2 sumbat hahaha.. Aku nervous sikit sebab seat husband kat lain..nun di depan sana. seat kami berbeza sebab ticket hubby office yang book.. kami punya abang book online sendiri.. tu yang lain-lain seat. Dah request nak seat lain masa dekat KL Central, tapikatanya seat yang kosong seat kecemasan, tak sesuai kalau ada baby.. aku redha jelah. InshaAllah ok..lagipun 2 jam je..itupun syukur dah sebab asal-asalnya, flight hubby pun time lain...hehe. Akhirnya dapat flight sama sebab ada orang lain yang cancel fligh kot..itu yang mula2 study bagai tu..sebab ingat kena handle sorang2 :)

Sampai Miri, kawan abang datang ambil dan bawa kami bermalam di rumahnya. TQSM Akram dan Akma:) Esok pagi, dalam pukul 8 lebih dah siap-siap nak jalan-jalan cari sarapan..sayangnya kedai mee jawa yang abang teringin sangat nak pergi tu tutup..mungkin sebab hari raya lagi kot..pusing punya pusing, kami makan di kedai roti canai..oklah, buat alas perut.. Lepas tu kawan abang bagi kami pinjam keretanya untuk ke Brunei...Alhamdulillah, jimat dah tak perlu sewa kereta hehehe... dalam pukul 10 kami bertolak ke Brunei dengan sendirinya..tanpa peta, tanpa gps, tanpa internet dan google2 tempat...follow our clever je :P

(alamak, sakit perut sangat plak...inshaAllah nanti sambung lagi cerita jalan-jalan sehari di Brunei ni yep)







































18 December 2012

Konvoi :)


Assalamualaikum.

Best plak tadi balik2 encik abang ajak pergi JJ.. Ingatkan dia nak ajak makan tepi tasik yang dekat rumah ni je.. sekali ajak pergi JJ. Tak sangka plak..Semalam baru selamat tiba di sini jam 3pagi. 8.30 pagi dah kena bersiap-siap ke tempat kerja..Balik tadi dalam 6.30petang..larat plak ajak keluar.. katanya nak jalan-jalan di JJ.. Mungkin abang memang nak jalan-jalan..atau kesiankan saya yang seharian terperap dalam rumah? Hihi tapi saya tak kisah sebab seharian itu kerja saya tak lain tak bukan adalah….tidur! Penat weh travel..walaupun hati gembira, kepenatan jelas terasa..apatah lagi sekarang dah nak masuk 36minggu…9 bulan!

Tidur ibu sarat ni bukanlah tidur sama seperti zaman sebelum sarat/mengandung. Bila dah 8 bulan ni, serba tak kena pun ada. Tak lena mana..tu yang siangnya qada tidur tu. Nak pusing badan sesuka hatipun tak boleh. Mesti slow motion…kadang-kadang tak tahu nak buat gaya apa dah nak bagi selesa…hanya Allah yang tahu. Itulah antara pengorbanan kecil nak bergelar ibu..Belum masuk bila rasa sakit saat nak melahirkan tu.. Kena banyak sabar. Alhamdulillah, encik abang tak pernah mengeluh atau menolak bila diminta tolong. Especially bab-bab mengurut dan menyapu minyak yuyi…huhuh. Terima kasih banyak-banyak abang.. sebab nilah saya tak mahu berjauhan dengan awak..siapa nak layan saya..hehehe~

Melalut plak ye. Ha, nak cerita masa balik Terengganu tu, sangatlah best bila join Konvoi PGU 6.0 ni…mulanya nak minta suami drop aku kat Kemaman je, turun kedai abang.. sekali rasa seronok plak dan rugi kalau tak follow sampai ke penghujungnya, Paka. Tapak PGU 6.0 berlangsung. Nak turun kedai abang tu sebab nak jumpa Esya dan spend masa dengannya semaksimum mungkin..tapi dah panas-panas macam tu, Esya pun tak ada kat kedai papa dia, maka baik aku teruskan saja sampai Paka…

Oklah, pasal PGU layan gambar aje ye..banyak juga :)
jantung hatiku :P

tugas abang...perasan tak lampin baby kat hujung tu? haha itulah antara barang baby yang dah stanby...sebelah box tu ada beg baby. takut juga nak travel 9bulan ni..prepare aje lah :)



baby tak lepaskan peluang join konvoi..hakikatnya tak nak berjauhan dengan suami dan rindu famili :P sanggup travel!  hee..

geng2 bikers kita... :) cayyalah!

posing dulu sebelum berlepas

balik baru ni ramai tegur perut dah nampak besar sangat..masa 8 bulan siap ada yang tak perasan I pregnant hehe. kelakarlah. perut membesar dengan jayanya

hidangan kami setibanya di Kemaman. Konvoi kemaman join sekali dengan Perantau. tapi terpisahlah bila masuk town..huhu~ kami plak siap singgah toilet, lagila ditinggalkan :P

di Kemaman. Meriah!

Puas hati dapat makan haha..sebelum tu duk sumbat kuih je..

Paka sudah!










Seronok dapat balik jumpa family tercinta… mak dah pindah rumah baru di Pasir Semut, Binjai Kemaman. Nama perumahan tu, Taman Alam Perdana. Tak sangka plak rumah yang aku suggest tu akhirnya menjadi pilihan mak untuk berhijrah… suka rasa dapat menolong. Semuanya dari Allah..Alhamdulillah.. Aku sampai dalam 4 petang. Malam tu mak buat makan-makan sikit sesama saudara-mara je. Tapi yang datangnya sebuah keluarga je..famili maksu. Tak mengapalah, masing-masing ada halangan yang tak dapat dielakkan..kami teruskan juga dengan bacaan yasin.. 

Kelakar sangat masa ni. Saja jelah aku ajak Esya join bacaan yasin sekali. Bagi dia pegang buku yasin yang kecik, yang ada maksdu tu..suruh dia duduk proper, bersila.. dia duduk ‘mengaji’ sekali sampai kami habis baca yasin. Hahaha tak sangka aku. Tak ada pun dia nak bangun main-main dan join sepupu-sepupu aku yang lain yang tak mengaji tu..yelah, budak-budaktupun bukan pandai baca lagi, tapi tak sangka Esya ni khusuk mengaji juga dengan bacaan yang dia  reka sendiri..memang nak tergelak bila tengok dia. Alahai, gambar plak ada dalam camera adik aku. Nanti lah minta dia mms..  Petang sampai ke tengah malam bergurau senda dengan Esya..Alhamdulillah, sangat seronok. Esok paginya dia nak ikut papa dia pergi work..so tak dapat dah lah nak bermesra dengannya..huhuhu… tak mengapalah, adalah tu hikmahNYA kan...Hikmahnya adalah, aku tidur je seharian tu hahaha..bangun-bangun, tolong kemas sikit-sikit rumah baru mak ni.. :)


.I ♥ Khat.





Grab A Button