CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

21 August 2013

Sehari di Brunei Darussalam

Alhamdulilllah Ahad lepas kami berpeluang ke Brunei. Syukur..Allah berikan rezeki untuk bermusafir..sangat suka walaupun sedikit penat.. hehe.. sebenarnya hubby ada training di Miri selama seminggu..eh, 5 hari sebenarnya. tapi kami ambil peluang ni untuk jalan-jalan sekali. Makan minum hubby, syarikatlah tanggung..jadi hubby kena tanggung makan minum aku dengan Amjadlah:) 

Kami naik flight dari KLIA jam 9.05malam. flight berlepas dalam 925..sampai Airport Miri jam 1125.  2 jam perjalanan. Aku syukur sangat Amjad tak meragam dalam flight. Ini 1st time buatnya:) Segala tips2 naik flight bersama baby aku dah study sebelum tiba hari nak berlepas ni hehe. Alhamdulillah, everything run smoothly. Masuk2 flight je Amjad nak 'bak'..aku terus susukan dan dodoi2 bagi dia tidur..teruslah Amjad tidur sampai 1jam setengah..ada lah bangun2 nak bak tu, cepat2 sumbat hahaha.. Aku nervous sikit sebab seat husband kat lain..nun di depan sana. seat kami berbeza sebab ticket hubby office yang book.. kami punya abang book online sendiri.. tu yang lain-lain seat. Dah request nak seat lain masa dekat KL Central, tapikatanya seat yang kosong seat kecemasan, tak sesuai kalau ada baby.. aku redha jelah. InshaAllah ok..lagipun 2 jam je..itupun syukur dah sebab asal-asalnya, flight hubby pun time lain...hehe. Akhirnya dapat flight sama sebab ada orang lain yang cancel fligh kot..itu yang mula2 study bagai tu..sebab ingat kena handle sorang2 :)

Sampai Miri, kawan abang datang ambil dan bawa kami bermalam di rumahnya. TQSM Akram dan Akma:) Esok pagi, dalam pukul 8 lebih dah siap-siap nak jalan-jalan cari sarapan..sayangnya kedai mee jawa yang abang teringin sangat nak pergi tu tutup..mungkin sebab hari raya lagi kot..pusing punya pusing, kami makan di kedai roti canai..oklah, buat alas perut.. Lepas tu kawan abang bagi kami pinjam keretanya untuk ke Brunei...Alhamdulillah, jimat dah tak perlu sewa kereta hehehe... dalam pukul 10 kami bertolak ke Brunei dengan sendirinya..tanpa peta, tanpa gps, tanpa internet dan google2 tempat...follow our clever je :P

(alamak, sakit perut sangat plak...inshaAllah nanti sambung lagi cerita jalan-jalan sehari di Brunei ni yep)







































No comments:

.I ♥ Khat.




Grab A Button