CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

Showing posts with label isu agama. Show all posts
Showing posts with label isu agama. Show all posts

10 December 2009

ORANG TENGAH yang BETUL


Anda orang tengah? Apa itu orang tengah? :)
Sekiranya anda/ sahabat anda ingin menjadi orang tengah, pastikan dahulu anda/sahabat anda;

♥Sudah tentu, Muslim Sejati

♥Amanah/bertanggungjawab

♥Jujur & sentiasa berkata benar

♥Ikhlas dan tidak ada hidden agenda/ udang disebalik mee:)

♥Sentiasa menghormati perasaan orang lain

♥Benar-benar memahami kehendak seorang sahabat

♥Bertanggungjawab dengan apa yang diajukan oleh sahabat

♥Tidak pernah mengambil kesempatan atas kesempitan sahabat

♥Bersungguh-sungguh untuk menolong

♥Pilihan anda tentu yang terbaik untuk sahabat anda

Nah, adakah anda mempunyai sifat2 yang tersenarai di atas? Paling penting bagi aku kalau nak jadi orang tengah ni, IKHLAS & MENJAGA KERAHSIAAN TAHAP MAKSIMA. Tak ada nak bocor2 kat mana2..Sekalipun teman akrab seakrab-akrabnya! Mulut orang kan..Bukan mulut tempayan..Mula-mula rahsia lagi..dah rancak bersembang, tersembur semuanya..huhu~

Penting juga orang tengah ni dalam kategori mereka yang sudah berpunya, sudah settle down, tapi...adakalanya tak semua sahabat yang kita percayai tu dah berpunya. Tapi inshaAllah, sekiranya kita dapati dia ada ciri2 seperti di atas, kita yakin dengannya, inshaAllah dia patut dijadikan orang tengah. Bukan apa, kekadang yang jadi orang tengah tu lah yang tersepit. Tersepit kenapa? Sebab si lelaki/perempuan telah 'jatuh' hati kepada orang tengah tersebut.. Ha...watch out! Aku pun tak berani nak cakap lebih2 sebab bukan berpengalaman sangat. Sikit2 je. Tapi alhamdulillah dapat diatasi dengan baik. Niat kita baik, takkan kita sendiri nak musnahkan plak kan.. Kena betul2 kuat lah dan teguh pendirian untuk menolong sahabat. Moga terhindar daripada masalah hati.


Ok, setakat ni dulu. Ada lagi nak share ni:) Tapi tunggu next episode. hehe~ Aku demam hari ni. Suam-suam kuku gitu.. Badanpun sakit2 lagi kes jatuh tu. Kepala berat. Tapi masih lagi boleh bertahan baca buku 20 TIPS MEMILIH JODOH karangan Puan Amina Hj Noor♥

04 September 2009

Tudung ada style lah!

Tak mengantuk la pula pagi ni... Selalunya lepas solat subuh, mengaji sikit, aku terus tidur balik. Takpelah kan tidur lepas subuh..tiap2 malam kan aku tidur lewat, so aci la kan...Qadha' tidur :)Tapi hari ni mata ni tak mau lelap plak. Pelik nih! :)


Tadi tengok satu blog ni. Best plak! Sebab ada jual tudung2 Indon tu tapi yang labuh punya. Corak kat kepala diapun lawa gak. Ish, tertarik plak. Memang hajat dihati teringin nak pakai tudung macam tu di pagi Aidilfitri nanti. Nak cari yang labuh dan tak jarang. Sekali terjumpa blog ni..takdir Allah :) Ala..pakai bukan pergi manapun, duk rumah je pagi Syawal tu. Kalau jalan2, segan juga nak pakai hehe~. Tapi yang ni style labuh, jadi kalau nampak 'ok' bila pakai nanti, why not pakai buat jalan2 kan... Apa yang penting? Menutup aurat:)

Ha, bab menutup aurat ni selalu juga orang tersilap tafsir. Bukan tutup saja tau.. Tapi make sure yang tudung kita tu labuh sedikit dihadapan, menutup paras dada, tak jarang sampai nampak rerambut/leher, tak ketat sangat, contohnya kalau tudung yang melilit2 sampai nampak bentuk badan tu... Macam balut nangka jadinya..faham kan...?:) Harap faham lah ye. Elok tengok blog tu, cantik2 tudung dia dan menepati syariat, InshaAllah. Meh baca sedikit petikan berkenaan huraian ayat quran yang memperkatakan tentang kewajipan menutup aurat bagi kaum wanita Islam.

Surah An-Nur: Ayat 31.

" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka….." sehingga akhir terjemahan ayat ini.


Dalam mentafsirkan ayat al-Qur’an yang bermaksud “dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka”. Prof. Dr. Hamka, dalam buku Tafsir Al-Azhar jld. 7 menjelaskan bahawa:


'Peringatan kepada perempuan, selain menjaga penglihatan mata dan memelihara kemaluan, ditambah lagi iaitu janganlah dipertontonkan perhiasan mereka kecuali yang nyata sahaja. Cincin di jari, muka dan tangan, itulah perhiasan yang nyata. Ertinya yang sederhana dan tidak menyolok dan menganjurkan. Kemudian diterangkan pula bahawa hendaklah selendang (kudung) yang telah memang tersedia ada di kepala itu ditutupkan ke dada’.


Dalam mentafsirkan ayat yang sama, Ahmad Mustafa Al-Maraghiy dalam kitabnya Tafsir Al-Maraghiy jld.9 pula menjelaskan bahawa :


“ Begitu juga setiap wanita hendaklah tidak menampakkan sedikitpun perhiasannya terhadap lelaki yang bukan muhrim, kecuali perhiasan yang biasa nampak dan tidak mungkin dapat disembunyikan, seperti cincin, celak mata dan lipstik. Dalam hal ini mereka tidak akan mendapat kesalahan. Kecualilah jika mereka menampakkan perhiasan yang patut disembunyikan seperti gelang tangan, gelang kaki, kalung mahkota, selempang dan anting-anting kerana semua perhiasan ini terletak pada bahagian tubuh (pergelangan tangan, betis, leher, kepala, dada dan telinga) yang haram dipandang kecuali oleh orang yang dibenarkan untuk melihatnya. Setelah melarang daripada menampakkan perhiasan, Allah Ta’ala selanjutnya memerintahkan agar menyembunyikan sebahagian tempat perhiasan pada anggota tubuh itu di mana mereka hendaklah melabuhkan tudung kepala ke dada bahagian atas hingga di bawah leher, supaya dengan yang demikian mereka dapat menutupi rambut, leher dan dadanya, sehingga tidak sedikitpun dapat dilihat oleh orang lain. Seringkali wanita menutupkan sebahagian tudungnya ke kepala dan sebahagian lagi dilabuhkan ke punggung sehingga nampak pangkal leher serta sebahagian dadanya seperti yang telah menjadi adat jahiliyyah. Dari itu mereka dilarang berbuat demikian”.


Allah Ta’ala turut menegaskan lagi mengenai kewajipan ini dalam Al-Qur’an Al-Karim menerusi ayat 59 Surah al-Ahzab yang bermaksud:


"Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu)."


Dalam mentafsirkan ayat ini, Imam Ibn Kathir berkata,


"Allah s.w.t. memerintahkan NabiNya supaya menyuruh isteri, anak dan wanita
beriman agar mereka melabuhkan jilbab mereka supaya mereka berbeza dengan wanita jahiliyyah (yang tidak menutup aurat), dan jilbab ialah kain yang dipakai di
atas tudung kepala…"


(Lihat Muhd ‘Ali al-Sabuni, Mukhtasar Tafsir ibn Kathir, Dar al-Sabuni, Kaherah, t.t.)

sumber


Kadang2 terfikir jugak. Kita ni berpakaian, bertudung..sebab apa? Kadang2 kita lebih rela bertudung cantik, penuh gaya, mutu, keunggulan, ada style lah! Tapi kita terlepas pandang, adakah ia benar2 CANTIK DI MATA PENCIPTA KITA...

26 November 2008

BOLEHKAH?

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar kengkawan semua? hehe. alhamdulillah aku sihat dan bertambah 'sihat'. kena balik kampus semula ni nak bagi kurang...tapi bukan kurang sihat, kurang berat. kih3...dahla nak kenduri kahwin abang plak ni. mesti gambar-gambar yang di'snap' nanti penuh dengan muka saya yang umpama bulan penuh ni...huhuh. tapi mungkin juga tidak, selalunya cameramanlah paling sikit wajahnya dalam setiap album gambar kenangan...

Aku ada sedikit kemusykilan sebenarnya. bolehke kalau kita letak gambar-gambar di hari pertunangan seseorang / wish selamat bertunang kepada seseorang / menceritakan perihal pertunangan seseorang dalam blog (sebelum diri sah bergelar suami/isteri kepada pasangan masing-masing) ......bolehkah?

Sebab setakat yang aku tahu, pertunangan sesuatu yang tidak boleh dihebahkan. perkahwinan yang mesti diwar-warkan. any opinion?

04 October 2008

esok balik kampus!

Alhamdulillah, seronok semalam. ramai-ramai gubah hantaran kahwin abang. semua buat sendiri kali ni. macam merisik dan tunang hari tu, mak tempah je. yelah, siapalah nak melayan benda tu semua. mak sibuk kat kedai. aku pulak tak balik rumah. jadi terpaksa tempah je. kali ni, tekad nak buat sendiri semuanya. seronok jugak. tuala tu kejap buat teko, buat buah. macam-macam idea ada. mak, angah(adik mak) dan abanglah yang paling bersemangat buat. tapi aku banyak gak tolong. tolong ambil gambar je. nak buat video klip nanti. sapai orang panggil aku ni wartawan bebas.hehe. aku kalau dah ramai-ramai buat, aku suka tengok je. sebab benda tu kalau ramai-ramai sangat bagi idea, pening jugak nanti. selera masing-masingkan berlainan...
Hari ni,rumah kembali sunyi. semua saudara mara dah balik. 2 hari ni ruang tamu, ruang makan, semua dah jadi macam kem pelarian. almaklumlah, rumah tak besar mana, bilik ada 4 pun tapi tetap sempit. penuh! semua jadi tempat tidur. tapi seronoklah. sampai makpun sibuk nak tidur kat luar, sebab nampak seronok tidur ramai-ramai. hehe.. tapi aku tetap kena masuk biliklah. dah sepupu semua dah besar-besar. kena selalu bertudung juga. sampai sepupu yang kecik-kecikpun tanya,

kak in bakpe pakai tudung sokmo? ni kan dalam rumah?

yelah, kan ada sepupu tu..sepupu kan besar-besar dah. kita boleh kahwin ngan dia. jadi kenalah pakailah tudung..tutup aurat..

terus diam budak-budak tu. entah tercapai maksud ke tidak. hehehe..

Si Re dan Mi pulak asyik tidur je sepanjang hari. penat agaknya. mungkin juga bercampur stress. mana taknya, budak-budak datang beraya, semua sibuk nak main dengan depa. kesian aku tengok! ada yang try sumbat daunlah, kerepeklah,gula-gulalah. ya Allah...kesian hamster aku! ada jugak yang aku warning jangan sentuh! kalau tak bertegas macam tu, innalillah la hamster aku. huhu.. budak-budak main ganas! akhirnya aku terpaksa letak hamster di ceruk dapur. kesian....

Oklah. hari ni aku nak beraya dengan abah di kuantan pula. mungkin pergi rumah mak ngah dan maklang. then, pergi tengok wayang. senario the movie-episod 1! hehehe. saudara mara tak ramai yang area berdekatan. ramai kat melaka. jadi, kita serang pawagam jelah:)
ok, jumpa lagi. esok dah kena balik kampus... sedihnya. menakutkan pun ada......:/

19 September 2008

GULP!

Sebentar tadi aku masuk lab HS. Hajatnya nak online sekejap. malas nak balik mahallah dalam panas terik mentari ni... masa menunggu giliran, ada seorang sis ni. dia pun tunggu giliran untuk online, tiba-tiba, aku nampak dia keluarkan air botol dari beg galasnya. lebih kurang macam air jus buah yang baru belilah. sebab nampak sejuk lagi. ada titisan-titisan air lagi pada botol tu... dengan slumbernya, sambil berdiri tu, dia buka penutup botol, teguk air tu dalam 2 3 teguk. uik???
mulutku ternganga. keningku terangkat! eh, lagi 10 harikan puasa?? soalhati ku. ye, betullah! 10 hari lagi puasa. kita masih di bulan puasa! ye!
kot ye pun dia tak dapat berpuasa, ish.....malulah sikit sis...aku ingat nak pergi tegur. tapi nak caklap apa?? beberapa saat, diapun dapat pc. aku berlalu begitu saja dalam keadaan yang masih tertanya-tanya...kenapa slumber sangat? lupakah? huhuhu....
kalau sesiapa tak dapat berpuasa, hormatilah insan2 lain yang berpuasa. terliur tu satu hal! hehe. masalahnya apa pula tanggapan orang pada dia... pada imej umat Islam sendiri...
ni baru dalam kampus! di luar sana?? Wallahu'alam...tak tercapai akalku!

02 September 2008

Jom TERAWIH

Bacaan sebelum memulakan solat sunat Terawih.

Bilal:



Jemaah:


Bilal:


Jemaah:


Bilal:


Jemaah:


Bilal:


Jemaah:

(Mendirikan solat sunat terawih, rakaat pertama dan rakaat kedua, kemudian setelah selesai, bacalah:-)
Bacaan setelah selesai solat Terawih
Bilal:

Jemaah:


Bilal:


Jemaah:


Bilal:


Jemaah:

(Menyambung solat terawih 2 rakaat lagi, rakaat ketiga dan rakaat keempat, stelah selesai, bacalah:-)

Bilal:


Jemaah:


Bilal:


Jemaah:


Bilal:


Jemaah:


Bilal:


Jemaah:


Bilal:


Jemaah:


Imam membaca doa:



27 August 2008

MALAM YANG DINGIN

Assalamualaikum.kenyit
Semalam aku berkesempatan menghadiri Forum Perdana Ehwal Islam anjuran RTM dan SRC. Rakaman ni akan disiarkan bulan ramadhan nanti. Tak ingat plak berapa haribulan. Tapi dalam 10 hari terakhir ramadhan lah. Hehe.. kena berlakon sikitlah mereka yang terlibat menjayakan forum tu, konon2 semalam tu bulan puasa. Kelakar plak. Actually semalam ada 2 sessi rakaman. 1st rakaman habis dalam 10.40mlm. nak tunggu next rakaman ke? Aku dah tak larat nak berlakon ecece..macamlah aku krew kat situ. Actually, terpaksa keluar dulu sebab memenuhi tanggungjawab yang lain pula.


Point penting forum Malam Yang Dingin:
1) Actually malam yang dingin ni bermaksud Lailatul Qadar. Sengaja dipuitiskan sikit tajuknya.


2) Lailatul qadar adalah malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. 1000 bulan bermakna 83 tahun. Adakah jangka hayat hidup kita mencecah 83 tahun? Wallau’alam.tetapi barangsiapa yang memperoleh malam istimewa ini. Diibaratkan pahala amalannya adalah sebanyak dia beramal untuk 83 tahun! Ha…banyakkan? Kalau benar kita hidup selama 83 tahunpun, entah amalan kita banyak atau sebaliknya…tak campur lagi zaman ‘jahiliyah’ kita masa kecil ke, masa muda ke, keadaan fizikal kita yang tak berupaya menunaikan ibadahke...


3) Persoalan lazim, bilakah berlakunya Lailatul Qadar? Kesimpulan yang aku dapat, sememangnya malam al qadar berlaku pada 10 hari terakhir ramadhan. Tetapi usahlah kita terlalu meilih tarikh tarikh yang ada sepanjang 10 hari terakhir tu.
Hamba Allah yang dicipta dengan pelbagai kebaikan, sepatutnya sentiasa mahu dekat dengan Pencipta, tak kira masa.


4) Sesiapa yang berusaha untuk beramal ibadat pada 10 malam terakhir, pasti dapat! Tapi kita tak sedar pada malam bila kita memperolehinya. Jadi kitapun taklah menghebahlan kepada orang lain sebab kita tak sedar dan tak tahu. Maka amalan kitapun inshaAllah, ikhlas. Sebab apa? Sebab kita tak heboh-hebohkan apa yang kita buat pada malam-malam terakhir itu… jadi terpeliharalah amal ibadat kita daripada rasa ujub, riak dan lain-lain lagi sifat mazmumah. inshaAllah, kitakan dapat redha Allah dengan keikhlasan kita dalam beramal.


5) Sunnah Rasulullah, Baginda akan mengejutkan ahli keluarga baginda untuk sama-sama munajat pada Allah di malam –malam terakhir Ramadhan. Inilah contoh peranan ketua keluarga. Disinilah bermulanya didikan agama yang terbaik untuk keluarga. Maka akan lahirlah keluarga yang harmoni andai kata kesemua ahli keluarga, dekat dengan PENCIPTA.


6) Bagaimana dengan mereka yang tak mampu untuk beramal ibadat di 10 hari terakhir tu? Misalnya disebabkan keuzuran yang tak dapat dielakkan.
Rasulullah bersabda: pada 10 hari terakhir, carilah Lailatul Qadar. Tetapi jika tidak mampu, janganlah dilepaskan 7 hari terakhir itu.


Itulah beberapa point yang sempat aku catat. Kalau nak tahu lagi, tunggulah siaran Forum tu ye? Dapatlah tengok wajah soalhati dan sahabat-sahabat soalhati sekali.ihikhik Memang duk depan la jugak. Tapi bukan sebab nak masuk tv tau. Tak muatpun kalau nak masuk kih..kih..kih…jelir

17 August 2008

AKRAB PERSAHABATAN

Persahabatan yang sejati adalah idaman ramai insan. Sahabat merupakan gandingan yang diperlukan bagi menyempurnakan tuntutan kehidupan.Dengan adanya sahabat sejati maka kita dapat menyempurnakan tanggungjawab sebagai muslim samada urusan yang bersangkut dengan ALLAH ataupun sesama manusia.

Oleh itu peliharalah " ADAB PERSAHABATAN"

1. Saling mengutamakan kepentingan sahabat, berbanding diri sendiri dalam perkara-perkara yang difikirkan wajar.Hendaklah seseorang yang lebih kemampuan, dapat meringankan beban sahabatnya apabila ditimpa sesuatu kesulitan.
Contoh - Pernahkah kita bertanyakan masalah sahabat kita?

2. Bekerjasama dan bantu membantu.
Contoh - Pernahkah kita mengirim top-up walaupun RM 1 sekiranya kita tahu sahabat kita kehabisan kredit tel bimbit.

3. Amanah dalam menyimpan rahsia ataupun sebarang kelemahan atau kekurangan sahabat.
Contoh - adakah kita pernah menceritakan pada pihak ketiga apabila ada sahabat telah meminta menyimpan rahsia.

4. Cermat menjaga tutur kata agar sentiasa dapat saling menghormati peribadi atau pendirian masing-masing.
Contoh -Adakah kita akan berkata "tak palah mungkin dia ada hal yang lebih penting" apabila sahabat kita terlewat daripada masa yang dijanjikan.

5.Memanggil nama yang disenangi oleh sahabat apabila berinteraksi. Berilah penghargaan yang lazim disenanginya.
Contoh - Pernahkah kita memberikan ucapan tahniah dengan kata-kata yang disenanginya sebaik saja sahabat telah berjaya menguruskan sesuatu program.

6. Memahami dan memaafkan sahabat dalam hal-hal tertentu. Hadapilah dengan cara yang tenang dan berhikmah.
Contoh - Adakah kita bersangka baik apabila sahabat kita tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna.

7.Sering mendoakan sahabat agar sentisa memperolehi petunjuk ALLAH dalam menunaikan amanah memelihara keluarga.
Contoh - Adakah kita mendoakah sahabat kita dalam doa kita. Adakah kita menyebut nama mereka satu persatu.

8.Tidak memutuskan rasa persaudaraan walaupun setelah ketiadaanya.
Contoh - Pernahkah kita menziarahi kelaurga yang ditinggalkan.

9. Bertimbang rasa dan sentiasa peka dengan tidak membebankan sahabat terhadap sesuatu tanggungjawab yang sulit.
Contoh - pernahkah kita mahu bersama-sama memikul tanggungjawab tersebut.

10.Mendahului memberi salam apabila bertemu,dan menyediakan tempat baginya ketika menyertai sesuatu majlis.
Contoh - Biasakah kita memberikan tempat duduk kita kepada sahabat yang terlewat dan adakah kita orang yang yang terakhir apabila menjamah makanan apabila bersama.

11. Hargai dan hormati kehadirannya kesuatu majlis dengan turut menemaninya jka mahu beredar atau mengundur diri.
Contoh - Biasakah kita menemani sahabat yang pulang dari rumah kita sehingga hilang dari pandangan mata.

12. Saling mempunyai persefahaman yang baik apabila berkomunkasi.Menjadi pendengar yang baik. Berusahalah untuk menjawab segala pertanyaanya.
Contoh - Berapa kerapkah kita memotong cakap sahabat kita

"Seorang Mukmin dengan Mukmin yang lain itu bagaikan satu bangunan yang mana sebahagian mengukuhkan sebahagian yang lainya"
(Bukhari & Muslim)

sumber:http://dmpbkatil.blogspot.com

28 July 2008

'ALHAMDULILLAH' JE KE?

Alhamdulillah, beberapa perkara yang aku gusarkan semenjak dua ni dan 1 perkara yang aku tanggung sepanjang 2 sem, telahpun setel! Dalam beberapa minit cuma! Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Cukupkah dengan melafazkan Alhamdulillah? Aku termenung sejenak…

Memang manusia mudah melafazkan syukur. Apatah lagi kalau masalah yang dideritai dapat diselesaikan dalam sekelip mata tanpa disangka. Pasti bertambah-tambah lagi lafaz syukurnya. Namun, cukupkah sekadar itu? Pada pendapat aku yang serba dhoif ini, syukur kita wajar ditafsirkan bukan sekadar lafaz, tapi perbuatan sekali. Macam mana nak lahirkan syukur menerusi perbuatan? Ha, ni senang saja. Senang cakap, tapi amalinya…memerlukan keikhlasan, ketekunan, kesabaran dan konsisten! Yakni, amal yang berterusan. Tapi itulah tanggungjawab kita kan? Memang tujuan penciptaan kita di dunia ini untuk beribadat kepadaNYA. Jadi, mengapa dikeluh kesahkan…

Oklah, aku bagi satu contoh macam mana nak lahirkan rasa syukur menerusi perbuatan. Ada yang tak sempat nak solat dek terlalu busy dengan kerja. Urusan dunia. Sampai bilapun tak selesai kan? Tapi renungkan kembali. Kalau kita tak solat, kita terus bekerja, bahagiakah kita? Ya, mungkin kita gumbira saja. Tapi tenangkah kita? Ya, mungkin kita rasa tenang, kita tak ada masalah lain nak difkirkan. Tapi adakah bila kita dirudum masalah, hati tak tenang, emosi tak stabil, bercelaru, baru kita nak carI sejadah? Baru kita nak minta itu dan ini pada Tuhan? Walhal tatkala senang, jarang sekali kita mengingatiNYA. Sekiranya kita bersegera menunaikan solat, itu salah satu bukti syukur kita padaNYA. Segala nikmatNYA yang tak terhitung. Dalam sedar ataupun tidak. Setiap masa kita ingat DIA...inshaAllah

Bila kewajipan belum ditunaikan

Selagi tak solat, selagi itulah hati resah. Kat kedai aku, selalu pelanggan ramai datang bila waktu maghrib. Akupun geram. Sedia maklum, waktu antara maghrib dan isya’ sangatlah singkat. Kami mesti bergili-gilir untuk masuk solat. Apatah lagi kalau pekerja tak cukup. Aku cakap dengan mak,

“ Berkat ke rezeki kita kalau kita dapat hasil banyak tapi tak solat… rezekikan dari Allah.. bila-bila masa Allah boleh tarik balik rezeki ni kalau DIA tak redho…”

Terus mak tinggalkan kualinya dan menunaikan kewajipan tersebut. Kesian mak, terkejar-kejar macam tu… Kadang-kadang, sekali sekala balik, aku perhati pelanggan-pelanggan yang datang. Bila masuk waktu maghrib, aku dah usai solatpun, mereka tak balik lagi. Dalam hati terdetik juga, dia ni uzur ke.. tapi lelaki! Nak kata musafir, orang kampung aku jugak. Pakwe makwe sama-sama tak solat. Huu..sedih! macam manala nak mendirikan ‘masjid’ macam tu…kalau waktu solatpun kaki tak melangkah ke masjid.. ikutkan hati nak buat macam di kampus. Bila masuk waktu solat, tutup kedai! Haha.. tapi tupun time solat jumaat je. Kadang tu sengaja aku kuatkan volume tv bila azan berkumandang. Biar mereka dengar dan ada terdetik keinsafan di hati. Tapi apakan daya.. hidayah milik Allah. Kita hanya mampu berusaha.

Ohye, ada sekali tu. Aku lukis gambar mayat terbaring…di tepi kubur. Aku tulis kat situ “ sembahyanglah sebelum kamu disembahyangkan” “maut itu dekat”. Actually aku lukis kat whiteboard kecik tu sebab nak gantung dalam bilik. Sebagai peringatan bersama aku dan adik aku. Tapi entah macam mana, tengok-tengok tak ada! Aik, mana plak benda alah tu…. Takkan adik buang kot! Aku bukan tuju kat sesiapapun..hehe…

Rupa-rupanya mak aku pergi tayang whiteboard tu dekat depan kedai. Dekat sebelah tv. Dekat dengan kaunter. Jadi setiap pelanggan yang lalu kat situ, nak buat bayaran, mesti baca! Hahaha…. Bijak..bijak.. aku tak terfikirpun nak dakwah cara tu. tak sampai hati mungkin! Dah la gambar mayat berbungkus macam tu aku lukis.. tapi mak aku dengan slumbernya letak kat situ. Siap panggil pelanggan dia yang muda-muda terutamanya,

“ha, meh sini..baca ni…sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan..faham dok?”

Alahai mak aku…slumber badak je.. hehe..

25 June 2008

Buat maksiat? Penuhi dulu 5 syarat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata:
"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata: "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata: "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-NYA." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata: "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya: "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?" "Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.

Ibrahim menjawab: "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata: "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan: "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh" Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata: "Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" "Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab: "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya." Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata: "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.

sumber: www.iluvislam.com

Apa kesimpulan yang kita dapat?senyumkenyit

07 January 2008

Bila Bertudung Labuh...

8.35 pagi-6 Januari 2008. Aku menanti kehadiran beberapa orang lagi Group members untuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sementara menunggu, aku hanya mendengar kawan-kawan berbual kosong. Aku diam saja. Mengantuk sungguh pagi tu. Tiba-tiba, lalu seorang muslimah yang bertudung labuh dan berjubah sambil bercakap telefon. Ada lagi beberapa orang sahabatnya yang juga bertudung labuh menunggu di suatu sudut dan sebenarnya….mereka adalah sahabat-sahabat. Tapi aku hanya melemparkan senyuman dari jauh buat mereka. Aku tiada mood untuk bertegur sapa pada pagi itu. Tersentak aku mendengar perbualan kawan-kawan sekelas….

A: Yang pakai tudung labuh macam tu..tak semestinya baik perangai dia… Nampak je macam tu. Entah-entah lagi teruk perangai dia..
B: Eh tak baiklah kau cakap macam tu!
A: Ah, betul apa aku cakap. Tak semestinya baik!
B: Memangla don’t judge a book by its cover..Tapi apa yang kita nampak, luaran dia tu baik, kita anggaplah dia baik.. soal perangai dia baik ke tak, nanti kita dah bergaul, lama-lama, kia tahulah…
A: Ala.. kalau dia konsisten pakai macam tu sampai dia mampus, aku respect arr..
B: Ish!! Tak baik tau kau cakap macam tu…!
A: Betulla aku cakap. Kalau dia konsisten tak pe arr..
B: Ko ingat senang ke nak pakai macam tu.. aku respect kat orang macam ni. Bagi aku dia orang baik-baik. Hati tu nak kena betul-betul…..ish, payah aku nak kata. Tapi aku respect ngan dia orang sebab boleh pakai macam tu.. nak banding ngan aku ni, jauh skali lah… dia orang dah boleh menutup aurat macam tu, kira baik lah tu…
A: (tidak membalas kata-kata si B namun mulut terkumat kamit, membebel sendirian…)

Aku terkedu mendengar ‘perdebatan’ mereka. Aku hanya duduk di sebelah si B. Si A pula hanya selang 2 orang dari tempat duduk ku. Lancang betul mulutnya menutur kata. Kasar. Ish..ish..ish… sedarkah dia bahawa aku yang berada tersangat dekat dengannya juga........

22 June 2007

Bagai ketam mengajar anaknya berjalan!


Sang ketam tak bersalah dalam hal ni!


10.30malam, aku dijangka akan menaiki bus. Pulang ke kampung halaman. Setelah 6hari berkampung di Selangor kerana program. Setelah berhempas pulas menghadapi peperiksaan akhir seminggu yang lalu. Kini aku pulang lagi untuk beberapa hari. Pulang untuk melepaskan rindu pada keluarga. Pastinya tak terubat semua rindu ini. Rindu ini sentiasa ada. Berpanjangan. Sepanjang perjalanan pulang selama 4jam lebih, aku terasa hiba. Memikirkan sesuatu.. sesuatu tentang diri. Ku soal hati!

Aku bantu sahabat-sahabat. Menjayakan program pentarbiyahan untuk adik-adik. Memotivasikan adik-adik. Menyuntik semangat juang dalam diri adik-adik. Menyatakan kebenaran. Membetulkan mana yang silap. Pendek kata, segala yang dilakukan adalah usaha untuk membimbing adik-adik. Usaha untuk melihat adik-adik berada di jalan yang benar. Diredhai. Sesama manusia kita saling menasihatai dan menegur, hidayAh itu adalah milikNYA… Kita mesti terus berusaha untuk mencari hidayahNYA.

Sepanjang program di sana, hatiku tak henti-henti bertanya. Layakkah aku berdiri di sini? Layakkah aku untuk membimbing mereka? Bagaimana amalanku? Bagaimana solatku? Bagaimana bacaan Al-Quran ku? Adakah aku layak untuk berada di sini? Bagaimana dengan usahaku terhadap ahli keluargaku? Adik-beradikku sendiri? Insan paling dekat. Adakah aku berusaha jitu untuk turut membimbing mereka?

Hati rasa sangat takut. Bila teringatkan firman Allah dalam surah As-Saff-ayat 2-3:
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ


كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ


Takutnya aku...Menitis air mata walaupun dihadapan adik-adik. Tak mampu ku tahan lagi derita perasaan ini! ya Rabbi, teruknya aku...

Andainya esok bukan milik ku lagi...

.I ♥ Khat.





Grab A Button