CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

04 September 2009

Tudung ada style lah!

Tak mengantuk la pula pagi ni... Selalunya lepas solat subuh, mengaji sikit, aku terus tidur balik. Takpelah kan tidur lepas subuh..tiap2 malam kan aku tidur lewat, so aci la kan...Qadha' tidur :)Tapi hari ni mata ni tak mau lelap plak. Pelik nih! :)


Tadi tengok satu blog ni. Best plak! Sebab ada jual tudung2 Indon tu tapi yang labuh punya. Corak kat kepala diapun lawa gak. Ish, tertarik plak. Memang hajat dihati teringin nak pakai tudung macam tu di pagi Aidilfitri nanti. Nak cari yang labuh dan tak jarang. Sekali terjumpa blog ni..takdir Allah :) Ala..pakai bukan pergi manapun, duk rumah je pagi Syawal tu. Kalau jalan2, segan juga nak pakai hehe~. Tapi yang ni style labuh, jadi kalau nampak 'ok' bila pakai nanti, why not pakai buat jalan2 kan... Apa yang penting? Menutup aurat:)

Ha, bab menutup aurat ni selalu juga orang tersilap tafsir. Bukan tutup saja tau.. Tapi make sure yang tudung kita tu labuh sedikit dihadapan, menutup paras dada, tak jarang sampai nampak rerambut/leher, tak ketat sangat, contohnya kalau tudung yang melilit2 sampai nampak bentuk badan tu... Macam balut nangka jadinya..faham kan...?:) Harap faham lah ye. Elok tengok blog tu, cantik2 tudung dia dan menepati syariat, InshaAllah. Meh baca sedikit petikan berkenaan huraian ayat quran yang memperkatakan tentang kewajipan menutup aurat bagi kaum wanita Islam.

Surah An-Nur: Ayat 31.

" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka….." sehingga akhir terjemahan ayat ini.


Dalam mentafsirkan ayat al-Qur’an yang bermaksud “dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka”. Prof. Dr. Hamka, dalam buku Tafsir Al-Azhar jld. 7 menjelaskan bahawa:


'Peringatan kepada perempuan, selain menjaga penglihatan mata dan memelihara kemaluan, ditambah lagi iaitu janganlah dipertontonkan perhiasan mereka kecuali yang nyata sahaja. Cincin di jari, muka dan tangan, itulah perhiasan yang nyata. Ertinya yang sederhana dan tidak menyolok dan menganjurkan. Kemudian diterangkan pula bahawa hendaklah selendang (kudung) yang telah memang tersedia ada di kepala itu ditutupkan ke dada’.


Dalam mentafsirkan ayat yang sama, Ahmad Mustafa Al-Maraghiy dalam kitabnya Tafsir Al-Maraghiy jld.9 pula menjelaskan bahawa :


“ Begitu juga setiap wanita hendaklah tidak menampakkan sedikitpun perhiasannya terhadap lelaki yang bukan muhrim, kecuali perhiasan yang biasa nampak dan tidak mungkin dapat disembunyikan, seperti cincin, celak mata dan lipstik. Dalam hal ini mereka tidak akan mendapat kesalahan. Kecualilah jika mereka menampakkan perhiasan yang patut disembunyikan seperti gelang tangan, gelang kaki, kalung mahkota, selempang dan anting-anting kerana semua perhiasan ini terletak pada bahagian tubuh (pergelangan tangan, betis, leher, kepala, dada dan telinga) yang haram dipandang kecuali oleh orang yang dibenarkan untuk melihatnya. Setelah melarang daripada menampakkan perhiasan, Allah Ta’ala selanjutnya memerintahkan agar menyembunyikan sebahagian tempat perhiasan pada anggota tubuh itu di mana mereka hendaklah melabuhkan tudung kepala ke dada bahagian atas hingga di bawah leher, supaya dengan yang demikian mereka dapat menutupi rambut, leher dan dadanya, sehingga tidak sedikitpun dapat dilihat oleh orang lain. Seringkali wanita menutupkan sebahagian tudungnya ke kepala dan sebahagian lagi dilabuhkan ke punggung sehingga nampak pangkal leher serta sebahagian dadanya seperti yang telah menjadi adat jahiliyyah. Dari itu mereka dilarang berbuat demikian”.


Allah Ta’ala turut menegaskan lagi mengenai kewajipan ini dalam Al-Qur’an Al-Karim menerusi ayat 59 Surah al-Ahzab yang bermaksud:


"Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu)."


Dalam mentafsirkan ayat ini, Imam Ibn Kathir berkata,


"Allah s.w.t. memerintahkan NabiNya supaya menyuruh isteri, anak dan wanita
beriman agar mereka melabuhkan jilbab mereka supaya mereka berbeza dengan wanita jahiliyyah (yang tidak menutup aurat), dan jilbab ialah kain yang dipakai di
atas tudung kepala…"


(Lihat Muhd ‘Ali al-Sabuni, Mukhtasar Tafsir ibn Kathir, Dar al-Sabuni, Kaherah, t.t.)

sumber


Kadang2 terfikir jugak. Kita ni berpakaian, bertudung..sebab apa? Kadang2 kita lebih rela bertudung cantik, penuh gaya, mutu, keunggulan, ada style lah! Tapi kita terlepas pandang, adakah ia benar2 CANTIK DI MATA PENCIPTA KITA...

6 comments:

Liyana Safra Zaabar said...

tu ina naim ke hok jadi model die tu? heheh

♥Cahaya Mata Kemuliaan Agama♥ said...

iya dong! (^0^) mula2 x prasan, tgk depan baru prasan

NURA said...

salam sobat
tudung untuk menutup aurat kita wanita,,dengan tudung juga bisa tampil cantik dan modis juga.

♥Cahaya Mata Kemuliaan Agama♥ said...

iyya mbak... kita masih boleh berfesyen dengan memenuhi tuntutan agama. Allah itu Cantik dan Sukakan Kecantikan :)

Putra Al-Maliki said...

Seseorang wanita itu akan kelihatan lebih cantik dan lebih mudah dikenali jika dia memakai tudung... =)

♥Cahaya Mata Kemuliaan Agama♥ said...

lebih mudah dikenali.... mcm mane tu putra al-maliki? :)

.I ♥ Khat.




Grab A Button