CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

Showing posts with label luahan rasa hati. Show all posts
Showing posts with label luahan rasa hati. Show all posts

23 November 2011

moga semalam menjadi permulaan perubahan

assalamualaikum.
semalam yang sungguh menyentuh hati dan perasaanku. sadis dan pilu. namun aku harus terima qada dan qadar ilahi. aku haru redha dan psrah. semua itu demi kebaikan juga. demi yang terbaik buatnya. allah..syukur ya allah.. terima kasih ya allah..berterusanlah melindungi kami dan menunjukkan kami jalan yang benar dan diredhai. anugerahkan kami hidayah dan hati yang bersih.. agar dapat kami lalui dugaan dunia dengan penuh iman dan taqwa. aameen..

mengharapkan suatu masa nanti.cahaya yang dihajati akan terus bersinar dan menerangi kehidupan..

08 October 2011

Catatan untuk September

Assalamualaikum..kesian kat blog aku. September berlalu tanpa sebarang coretan.Tak sempat? Urm..tak juga, tapi mood tak ada. Selalu baca blog orang je.

Syukur alhamdulillah. Segala ujian Allah, masih mampu kuharungi. Turun naik kehidupan ni, sama seperti pasang surutnya air laut. Apa yang aku perhatikan, bila Allah nak beri aku nikmat bahagia yang tak terhingga, Allah beri dulu aku rasa duka yang tak terkata.. Huhuhu~ Allah maha adil. Lagi  maha mengetahui.  Seringkali bila sesuatu yang buruk berlaku.. sedih tu memanglah sedih, tapi aku ingat-ingatkan diri, setiap kesusahan ada kesenangan. Kalaupun bukan kesenangan / penyelesaian kepada kesusahan yang dihadapi, tapi kesenangan dari sudut lain.. Allah.... Aku cintakanMU ya Allah.. Kau jadikan hidupku begini.. Kau tahu aku mampu.. 

Semoga kawan-kawan juga tabah dan kental hadapi ujian hidup. Kalau stress sangat, just fikir hidup di dunia ni persinggahan je. Apapun, semuanya akan berakhir juga.....

27 March 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah.
Hoping for the best in the future. Allah, please guide me, show me the right path and make me strong to face all the difficulties. Aameen. 
Maybe Allah wants me to meet
 a few wrong people 
before meeting the right one,
 so that 
when I finally meet the person, 
I will know how to be grateful!
Alhamdulillah

24 March 2011

Tak berdaya

Sedihnya rasa.. baru je sampai rumah, dah disuruh buat itu dan ini.. Baru je nak baring sekejap. Hari ni pergi kerja jam 7.10pagi, balik 5.10petang.. Sampai rumah nak lah berehat seketika sebab malam ni tuition pula, namun.... (T-T)

18 March 2011

:) & :(

Alhamdulillah:) 

1st; Bangun je pagi-pagi terus dengar suara Esya jerit-jerit kat luar. Memang bestlah suasana macam ni:) Terus layan Esya....tak mandi tak hape.. hehe

2; Izzah datang! Alone from dungun..wah wah wah..dengan M.Personanya..sungguh mempersonakanlah:) Sempat lagi minta tolong Izzah singgah pasaraya kemasik cari tali tape.. hehe~ QOS punya pasal..tapi jumpa Izzah kal ni tak sempat nak bercerita panjang..Teman Izzah beli barang keperluan dia, makan-makan..lepas tu Izzah hantar aku dan Esya. Oh ya, aku bawa Esya sekali:) Tak apalah tak sempat sembang pun, lepas ni kita erita-cerita lagi inshaAllah. Elok-elok bawak kereta balik Penang eh. Buat solat hajat dulu. Jauh tu..huhu~

Cuma ada satu perkara yang teraksa delay hari n..sedih juga tapi tak apalah, mungkin akan datang perkara itu akan jadi lebih baik. Aameen.Aku mohon Allah mudahkan♥

27 February 2011

Cukuplah:)

Assalamualaikum geng2 semua. Apa khabar?

Aku ada 15minit lagi sebelum kelas sesi petang bermula. Hurm..supposely hari ni balik awal, tapi ada 2 teacher demam, jadi kena gantilah..Takpelah, esok2 teacher tu datang dia ganti semula duty aku hehehe~ Berkira betul :P Penat woo ngajar sampai petang. Nak buat macam mana, student ramai sangat tahun ni, kena buat 2 sessi. Baru je pagi tadi pakai comel2 sikit sebab plan nak spend masa kat MM. Nampaknya kenala tangguhkan dulu:) 

Semalam rasa lega sikit bila ada satu perkara yang membelenggu fikiran, berjaya dirungkaikan.. :) Suka sangat rasa. Saat-saat insan lain tidak memahami, cukuplah ada seorang yang memahami malah memberi sokongan. Alahmadulillah, aku syukur padaMU ya Allah..♥

Ha, semalam sempat pergi majlis bacaan alquran dan cukur jambul (jambul je ke? hehe) anak bestfriends ku 'Alyaa dan Hayyi. Meriah juga. Ramai yang hadir. Makananpun banyak dan pelbagai jenis kih kih kih. Tapi aku makas sikit aje :P Acu Srikandipun turut serta. Tapi tahu-tahu jelah kalau kami dah berjumpa, bersembang macam tak jumpa bertahun lamanya..non stop! hehe~ Tupun tak habis topik lagi tu...
Balik plak rehat 10minit, terus siap-siap tolong mak kat kedai. Pekerja mak ada seorang dah 5 hari tak datang.. Again, penat woo.... huhu~ Tapi aku tabahkan hati demi ibuku. Mak aku bersusah payah untuk aku, takkan aku plak tak sanggup untuk melakukan lebih dari itu?
Ok, nak start asembly dah. Chow! ;) Wassalam.

11 February 2011

Mampu

Assalamualaikum..

Lama benar aku tak menulis di sini. Terlalu banyak perkara yang berlaku sehari-hari. Hari ni, aku menulis juga akhirnya sebab aku agak down dengan 1 2 hal yang berlaku.. Allah..sabar. Sabar. Sabar. Itu saja yang mampu aku ungkapkan selalu untuk memujuk hati. Tambah juga dengan zikir-zikir dan doa sebagai penenang hati. Allah ada..Allah pasti kuatkan aku untuk menghadapi siri-siri ujian hidup sementara ni...Mungkin Allah nak aku selalu dekat padaNYA, maka diberikan ujian demi ujian seperti ini.. Mungkin kalau aku senang, aku tidak sekerap ini mengingatiNYA :'(

24 January 2011

H.I.D.U.P

Hari ni aku rasa penat amat dan sedikit serabut. 5.45pagi bangkit untuk meneruskan kehidupan seharian. Pagi-pagi lagi dah keluar pergi sekolah. Hari ni kena balik pukul 5 petang sebab menggantikan teacher yang cuti bersalin. Hari ni juga ada iqra'. Habis mengajar iqra' tengahari dalam pukul 12.30, pergi hantar budak, masuk semula pukul 3petang. Tapi tak tahu mana nak rest sementara menanti pukul 3, aku stay kat sekolah je. Kalau dah stay kat sekolah, masa rest pun jadi buat kerja. Balik pukul 5, terus tolong mak kat kedai. 2 orang pekerja mak belum datang. Lepas maghrib, bersiap nak ke sekolah semula. Ada tuition jam 8.30pm. Tapi kena pergi awal sebab kena open school. Rupa-rupanya pekerja mak memang tak datang 2 orang. Allah...lemah semangat dan rasa nak marah sangat bila tahu macam tu. Tapi takkan nak tutup kedai bila semua dah masak, dah tersedia... Aku pergi juga sekolah sebab tuisyen sekolah tak boleh replace. Kalau nak minta teacher lain ajarpun susah sebab last minute sangat. Mak kata "tak pe..gi lah kak in". Berat untuk pergi, tapi aku terpaksa.:( (Siapa sanggup tengok mak dia susah kan...:( Habis tuisyen 9.30pm, tunggu semua budak balik, dalam 10pm aku sampai rumah. Terus tolong mak buat air lagi kat kedai. Mak minta tolong aku kerja sampai 12am. Tapi aku dah tak mampu.....11pm pun aku dah rasa longlai.............(T-T)

01 January 2011

Urusan dunia

Assalamualaikum.

Entry pertama untuk tahun 2011. Ada posting sebelum ni, tapi yang tu tak kira sebab itu hal bisnes :) Hurmm....tak sangka tahun baru disambut dengan deraian air mata. Bukan sambut tahun barupun, cuma ingatkan 1.1.11 ni kehidupan okey je. Tapi sebaliknya plak. Macam-macam plak insiden yang tak menyenangkan dan mengguriskan perasaan..Dek kerana terlalu sedih, maka menangislah cara terbaik untuk aku. Ya, aku kalau menangis memang agak sepuas hati, tapi sekejap je. Lepas tu akan renung pada cermin, tarik nafas, lap air mata, basuh muka. Kalau rajin sikit ambil wuduk dan mengaji. Tenang sekali lepas tu. 

Ok, lupakanlah hal tu. Bab-bab sedi-sedih ni mesti datang juga sekali sekala kan (tapi aku rasa dalam hidup aku buat masa ni, bab-bab sadis tu datang banyak kali sangat :P ). Andai kesedihan itu lebih mengingatkan aku pada Tuhan, aku redha. Nak ikutikan sangat kesedihanpun tak ada gunanya kan. Life must go on..Kadang bila ada masalah sangat, tapi tak ada kudrat dan belum jumpa jalan selesai, aku bisik pada hati "Semua ni urusan dunia....Nanti semua akan ditinggalkan! Tak perlulah nak runsing sangat"

Selamat menempuh 2011. Semoga aku dan kamu yang membaca juga ;) beroleh keberkatan Ilahi dalam segenap urusan seharian. Aameen♥

22 December 2010

Makin sakit

Makin nak dibuang, makin menjadi-jadi sakitnya..Rasa pelik plak. Selalu tak sesakit ini. Macam menjadi-jadi bengkaknya. Tapi lagi dalam... Allah, mudahkan urusanku hari esok dan akan datang. Aaameen. Tak kemas baju apapun lagi ni. MALAS. Rasa nak bawak felt kit and Al-Quran sahaja. Huhu~ Kawan-kawan doakan aku ya? Rasa takut ada la juga sikit-sikit:)

Photo Albums at WiddlyTinks.com 
Daku sebelum menjalani operation:) 
Disamping felt tercinta hahaha

25 November 2010

Dalam diam

Hari ni rasa macam tension dalam diam je.. Huhu diluar nampak macam tak ada masalah.. Tapi dalam kepala ligat fikir macam-macam. Tapi setakat ni belum jumpa jalan keluar bagi setiap yang difikirkan tu... Allah, tolonglah aku :((

20 November 2010

Aidil Adha 2010

Assalamualaikum..

1st, aku nak ucapkan salam Aidil Adha. Kepada yang berkorban tahun ini, Alhamdulillah, tahniah..:) Semoga ibadah diterima Allah dan dapat diteruskan pada masa akan datang.Tahun ni sambutan sederhana saja. Aku sendiri tak ada pun nak pakai baju raya ke apa.. lagipun sambut di rumah sendiri je. Malam raya pergi Kemaman beli barang dapur dan ambil Wan.. Sampai rumah dalam 12tengah malam..Lepas tu masak sekejap sampai 1.30pagi, then tidur. Alhamdulillah raya haji ni dapat kumpul juga semua sanak saudara. Semua datang rumah aku dah Wan bermastautin di  sini:) Alhamdulillah..Terima kasih Angoh, Pok Ngoh, Damia, Acik sekeluarga, Ateh dan Makteh..♥

Hari ni mak dah start buka kedai. Walaupun kedai macam tongkang pecah lagi. Tapi better la sikti daripada hari tu. Nak tak nak, ready tak ready memang kena buka. Mak kata kalau nak tunggu siap semua, memang makan masa lagi la..walhal poket semakin kering..Asyik belanja je:) Kesian aku tengok mak.. Semangat berkobar-kobar nak meniaga. Nak mencari rezeki secepat mungkin. Ada la dalam 3 minggu kedai tutup. Kes apa? Kes jalan utama depan rumah ni nak dibesarkan..Kedai2 area kampung aku ni memang 'makan jalan' pun sebenarnya. Tapi dulu tak adapun nak rombak2 ke apa.. Masa bulan puasa hari tu lagi dapat notice suruh rombak kedai dalam masa 14hari. Tapi kami taklah sampai rombak kedai. Finally kami decide nak rombak sikit bilik bibik, so bilik tu jd dapur kedai.. buat plak bilik baru untuk dia sebelah bilik  aku.. Kalau kawan2 datang rumah sekarang ni, memang 'kuca lana' la orang terengganu kata:) Aku sendiri pun pening...hehe..

Oklah, aku nak chow dulu. Dah pukul 1 pagi. Esok hajatnya nak prepare macaroni goreng sikit. Izzah dan Tengku nak datang jalan-jalan. Seronoknya rasa. Tapi tak larat juga sebenarnya ni. Penangan berniaga hari ni..Ramai sangat customer. Pekerja plak tinggal 2 je. Memang letih! Buat air dan basuh pinggan..Rasa nak tercabut pinggang..Huhu~ Mujur ada kak ipar yang rajin menolong..Rasa best sikit walaupun sama-sama penat..

Harap2 bangun awal dengan penuh semangatlah esok. Boleh masak dulu sebelum ramai2 pergi rumah 'Alyaa pula. Tak sabar juga nak tengok batnun dia hehehe~ Dah nak masuk 8 bulan dah 'Alyaa pregnant.  Rindu juga nak berborak dengan KakCik dan Ummi Asiah. Semoga Allah mudahkan urusan insan-insan yang ku sayang di dunia dan akhirat :))♥

01 November 2010

Rezeki...datanglah yang berkat:)

Assalamualaikum geng-geng semua? Apa khabar?

Whoooaaa...lama majnun aku tak update blog. Laptop mak aku still problem network. Dah hantar kedai, katanya kalau repair semua sekali, sekali dengan mother boad rosak, ada dalam 700! Huhuhu~ tersangatla kering sekarang ni..

Baru ni plak Kassim Selamat aku dilanggar lari. Dalam hati Tuhan saja yang tahu betapa remuknya hatiku tatkala melihat Kassim tertoreh panjang sekali.. Lepas tu siap kemek 2 pintu. Aku parking elok elok je..Siap ada 2 parking kosong kat tepi..macam mana la dia masuk parking...betapa 'celo bolo'nya pemandu lelaki itu! Betapa teruknya sebab dia lari dari mengakui kesilapan!!! Huhuhu~ Ya Allah....Dah doa banyak2 dah selaku hamba yang dizalimi :(( Abah kata nak repair tu kena dalam 300-400..:( Hold dululah..

Bulan ni juga bulan service kereta..Ai, nak repair lagi, nak service lagi..I'm broke! :(( Allah, murahkan rezeki aku dengan rezeki yang berkat. Aameen..

Oklah, sampai di sini je dulu ya. Ni menumpang online di rumah Acu Srikandi:) Lepasni nak ke Paka dengannya. Nak beli sikit lagi barang2 untuk Concert & Graduation Day SRK :) Dekat dah..hari sabtu depan. 13 November 2010. Semoa Allah permudahkan urusan..Sekarang ni mengajarpun sampai 10pagi je. Rehat hal an hour. Lepas tu berjoget je kerjanya :P Haha..tak lah berjoget je, ada nasyid, tarian melayu cina india, lakonan, sajak, dan macam-macam lagi:) Aku seronok handle semua tu dengan teachers di SRK:))
 

26 September 2010

Syukur 26

Assalamualaikum. Hai semua:) Entry bertajuk Syukur 26 sempena 26haribulan hehehe~

Alhamdulillah, hari ni Allah murahkan rezeki. Alhamdulillah. Attend 2 rumah terbuka hari ni. 1st rumah anak murid, beberapa meter je dari sekolah. Pergi ramai-ramai dengan  rakan sejawat. Memang seronok:) 2nd rumah Acu Srikandi. Tapi terbuka untuk beberapa orang sahajapun. Hehe. Special sikitlah. Terima kasih ye Acu Srikandi dan Khaled. Siap sediakan Nasi Bukhori lagi. Terima kasih.

Alhamdulillah jua Allah permudahkan urusanku hari ni ♥ ♥ ♥ walaupun pagi-pagi hari tadi lepas solat subuh, kena sengat lebah. Entah datang dari mana daa..~ Bengkak sikit. Tapi sakitnya sekejap je. Pergi sekolah, rasa kering tekak dan pedih-pedih. Malam, hidung dah berair, bersin-bersin..Ai, demam menjengah lagi.. Madu..oo madu, meh sini! Huhuhu~

03 September 2010

Nur Afrina Qalesya 9 Months

Assalamualaikum wbt kawan-kawan..Apa khabar? Harap semua dikurnikan kesihatan yang baik dan hati yang tenang.

Aku baru je selesai buat puding ni. Nak jual esok. InshaAllah, biasanya kalau hari Jumaat, customer ramai sikit sebab kedai lain banyak tutup. Apatah lagi dah mula cuti sekolah dan seminggu lagi Ramadhan berbaki..:(( Maksudnya seminggu lagi Syawal menyusul. Biasa ramai customer. InshaAllah, laku jualan nanti. Aameen.

Tak rasa sangat nak cakap soal raya. Raya kali nipun macam tak confirm balik kampung ke tak. Macam-macam berlaku sejak bulan April yang lalu. Keadaan masih berlarutan hingga detik ini. Mak akupun lagilah tak bersemangat nak menyambut Syawal. Tak seperti tahun-tahun yang sudah. Aku pasrah. Andaikata memang tak pulang ke kampung, sebab itu keputusan yang terbaik, aku pasrah. Aku terima. Hidup tak selalunya indah. Raya juga tak selalunya bahagia dan ceria. Allah....bahagiakanlah aku sekalipun diuji begini. Berilah ketabahan dan ketenangan untuk terus melalui dugaan ini.

Cukuplah berbicara soal tu. Oh ya, aku tadi buat 2 jenis puding. 1 yang dah biasa buat; puding koktel. 1 lagi baru try buat. Puding Honey Dew. Mak kata sedap juga. Kalau mak kata sedap tu maknanya 'pass' la tu:) 3 hari lepas ada buat puding mangga. Juga habis dijual. Alhamdulillah. Sebenarnya suka buat puding sebab mudah dan simple. Kalau dah selalu buat, 15-20minit dah siap dah. Mangga dengan honey dew tu aku baru je reka:) Tak sangka sedap juga. Tapi aku rasa semulut je. Entahlah, memang tak suka makan masakan sendiri. Kurus la kalau duduk sendiri nanti kui kui kui. 

Tadi Esya singgah kejap dengan papa mamanya(of course la kan, mana mungkin Esya 9bulan tu datang sendiri hehe). Sempatlah snap beberapa keping gambar. Pakaikan Esya dengan tudung syria yang Amal Athirah punya. Cantikla pulak!!!♥ Tapi memerlukan usaha yang jitu juga tadi sebab Esya sekarang dah semakin aktif. Dah pandai tarik-tarik tudung / apa-apa hiasa yang kami 'sangkut' kat rambut dia:) Kalau dulu dia 'diam' je. Pasrah. hehehe

Lihatlah, bukan mudah untuk bergambar dengannya sekarang..aktif. aktif. aktif:))

17 August 2010

Ramadhan Kareem daripada SoalHati

Assalamualaikum wbt. Salam ramadhan:)

Ramadhan 2,1431H

Apa khabar kawan2 semua? Macam mana puasa masuk hari kedua ni? Wah2..menghitung hari nampaknya hehe. Tak baik taw:P Tapi bagus juga menghitung hari ni, jadi kita lebih aware bila masuk fasa pertama ramadhan; rahmat, fasa kedua; keampunan dan fasa ketiga; dibebaskan dari api neraka. SoalHati? Alhamdulillah ok setakat ni. Cuma sehari sebelum puasa memang keadaan aku agak teruk. Petang lepas pulang kerja, menjamu selera bersama mak tercinta. Lepas tu rest sekejap, bersiap-siap nak pergi Kemaman. Plan mengejut. Nak beli baju raya. Kedai jahit yang kami selalu hantar kain tu dah tutup! Wawawa sedih banget. Jadi tak tahu nak hantar ke mana sebab susah nak dapatkan tukang jahit yang 'sedap' jahitannya. Akhirnya, sampai ke sudah aku tak tempah jubah. Terpaksa beli aje. Sampai je Kemaman, dekat2 nak masuk area rumah kak ipar, sebab nak ambil kak ipar dan Esya.....Bluweeeeeekkkkkk... Ya Allah..apalah yang telah berlaku dalam sistem perutku. huhuhu~ Pelik plak rasa. Tiba-tiba aja...

Akhirnya mood nak membeli hilang begitu saja...:( Loya sangat2...lepas muntah tu rasa nak muntah lagi:(( Kena pergi lain kalilah nampak gaya. Mak je yang sempat beli jubah sehelai...Lepas Isya', kami pergi klinik..Memang doktor kata tonsil akupun dah 'melampau' bengkaknya..Patutlah demam akupun berderet 2 minggu ni...Allah...

Ramadhan 3,1431H

Alhamdulillah, 10-11pagi dan 3-4petang aku berjaya juga buat home tuition. Alhamdulillah. Memang niat asalnya nak 'rehat' sekejap daripada mengajar tuition sempena Ramadhan ni. Yelah, nak buat malam2 pun, habis terawihpun dah lewat. Tapi tak sangka plak aku parents budak2 ni still request nak tuition during weekend. Setelah berfikir tak berapa panjang, aku setuju. Kesian juga. Budak2 nipun dah tak lama dah nak final exam. Niat aku nak menolong budak2 ni berjaya. InshaAllah. Moga belajar di bulan Ramadhan ni bertambah lagi keberkatan. Bertambah lagi mudahnya ilmu menusuk di qolbu:)) So untuk bulan Ramadhan ni jadual tuisyen @ An Najah adalah:
Jumaat 10-11pagi, 3-4 petang.
Sabtu 10-11pagi, 3-4petang.
Inipun aku ambil 4 orang students sahaja. Maafin cikgu ya anak2 murid yang lain huhu~ Erm...rasanya ni 1st time kot aku cerita hal home tuition aku ni:) Oklah, nak cerita sikit lagilah hehe(sementara ada mood ni). Aku start buat tuisyen di rumah ni lebih kurang masa bulan April yang lalu. Idea ni datang dengan azam yang kuat setelah mula mengajar tuisyen di rumah Aunty Lina dan rumah Acu Srikandi . Lepas anak2 murid yang belajar di rumah Aunty Lina nak stop tuisyen sebab dah ada extra class kat sekolah, akupun mula promote home tuition aku ni. Ala..promote biasa2 je, panjangkan qalam, buat mini poster dan tampal depan kedai mak.(Mujur tak buat banner taw..hehe kalau buat rasanya tak terjawab panggilan telefon nanti :P)

Aku buat kat rumah saja. Itupun menggunakan bilik aku. Dah jadi mini library dah bilik tu. Tapi oklah kalau nak tampung 3-4 orang student dalam 1 masa. Aku tak ambil ramai2 sangat. Setakat ni paling ramai dalam 1 masapun, 4orang. Aku bahagi-bahagikan group untuk student2 yang lain agar tidak bertembung. Malam2 weekdays memang full. Dari 8.00-10.00malam. Alhamdulillah. Penat? Boleh tahanlah..penat otak.hehe. Tapi kalau dah minat mengajar, everyday mengajarpun jadi suka:) Alhamdulillah, rezekipun ada melalui home tuition yang telah kuberikan nama KELAS TUISYEN AN NAJAH:)) Murid-murid setakat ni semua sekali ada 8orang. Alhamdulillah♥♥♥

p/s: tulis dah lama..baru sempat nak publish huhu~~

31 July 2010

D.O.A

Assalamualaikum.

Something bad happen again... Allah. Hanya kepadaMU aku mohon kekuatan hati dan perasaan untuk menghadapi situasi2 yang kritikal ini. Ketidakstabilan emosi bila2 masa sahaja mudah terjadi. Saat perasaan marah datang, aku cepat berundur. Ambil wudhuk dan menunaikan solat. Allah....betapa aku terasa berat dengan ujian2 sebegini...Aku mohon agar ujian sebegini pantas berakhir:( Aameen Ya Allah. Aameen....Maafkan aku kawan2 kerana aku tak berterus terang di sini. Setiap daripada kita pasti ada kisah yang amat sulit untuk dikongsikan. Tapi meluahkan sebegini cukuplah untuk mengharapkan doa2 mustajab dari kawan2 agar Allah beri aku ketabahan. Terima kasih kawan2 (T-T)

**********
"Berpenat lelahlah kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kepayahan. Jangan berduka cita kerana hidup ini meletihkan,sebab demikianlah hidup ini diciptakan "
-Imam Syafie-

19 June 2010

Mencari bahagia dalam diduga

Assalamualaikum..

Innalillah.. dah 92 hari aku tak update blog. Tak sangka begitu lama. Tak pernah2 buat 'perangai' macam ni :( Maafkan aku 'SoalHati'. Serasa seakan menzalimi 'SoalHati'. Menzalimi juga pengunjung2 yang datang selama ini. Kuharap ada manfaatnya sedikit pada entry2 yang telah lalu. Selama ini bila melihat sahabat2 lama tidak meng'update' blog, terfikir juga.."boleh plak dorang ni tak update lama2 macam tu.." Hairan. Rupa2 nya aku sendiripun 'boleh buat' macam tu huhuhu~

Sebenarnya kondisi aku mulai bulan April lalu, memang tidak stabil. Mulai dari bulan tersebut, rasa untuk mengupdate blog seperti selalu hilang begitu sahaja. Online pun sama. Eantahlah, sukar untuk kuhadapi saat2 tegang seperti itu. Tak sangka pula perkara ini berlarutan hingga kini. Allahu akbar.. Sudah tak tertanggung rasanya. Tapi aku selalu ingat ayat Allah: "Allah tak bebankan manusia melainkan sesuai dengan kemampuannya". Aku sendiri rasa tak mampu, tapi keyakinan bahawa Allah tahu aku mampu itulah yang memberi kekuatan pada aku. Terus dan terus melaluinya tanpa jemu ikhtiar dan doa.

Aku yakin, keadaan ini tidak akan selamanya. Pasti suatu hari nanti semuanya kembali pulih dan normal. Cuma untuk kembali seperti sedia kala  itulah yang mengambil masa agak lama nampaknya.. Allah, sabarkan aku..:(

Tiada seorang mu'min yang ditimpa oleh lelah atau penyakit, risau fikiran atau sedih hati, sekalipun jika terkena duri, melainkan semua penderitaan itu akan dijadikan penebus dosanya oleh Allah (H.R. Bukhari-Muslim)

03 March 2010

Soal Kerjaya

Assalamualaikum. Apa khabar anda semua?:) Harap sihat2 selalu. Banyakkan minum air ye panas2 ni. Tapi make sure minum air yang 'berkhasiat' juga:) Kurangkan minum air yang manis2 ni..Hari tu ada orang tag aku kat FB, gambar kaki mangsa kencing manis. Lepas tu terus jadi tak lalu nak makan/minum manis2..takut maa~ Sebelum nipun memang aku amalkan kurang manis dan kurang masin dalam minuman/makanan, tapi bila tengok gambar tu..huhu~ lagi nak kurangkanlah. Sampai air customerpun rasa nak kurangkan gula... tapi...nanti customer complain plak! hehe

Hari ni rasa segar sikit. Dah 3 hari tu kena migrain...memang tak larat sungguh. Bila rasa macam dah nak baik tu, betapa diri ini berusaha tak fikir yang berat2, senyum sokmo walaupun ada beberapa perkara berlaku yang mengundang kemarahan..hehe betapa nak jaga mood dan tak nak migrain datang balik:P Alhamdulillah, hari ni memang dah tak ada. Dah baik betul. Alhamdulillah. Terima kasih geng2 yang mendoakan aku;)

Oklah, aku nak chow dah. Nak house keeping. Macam biasalah, orang belum berkerjaya macam aku ni.. Nilah kerja2 aku selain online hahaha~Rumah dan halaman rumah tersangatlah teratur ecece~ Betapa ada 'bibik' yang menjalankan tugasnya sebaik mungkin..:P  Bilalah nak dapat keputusan interview hari tu. Lambat sungguh. Sungguh! huhu~ Dah tak sanggup nak dengar orang bertanya2 soal kerjaya. Soalan 'wajib' la kan untuk orang2 dah habis belajar macam aku ni. Memang sampai satu tahap, setiap kali ada customer / tetamu yang dikenali datang, rasa nak meyorok dalam bilik. Tapi..mana boleh! Akukan tukang buat air..Nak tak nak kena menampakkan wajah juga.

Bila orang tanya dah kerja belum, kerja apa, dan lain2 lagi soalan berkaitan kerjaya, aku jawab mudah aja. Kerja sementara je dulu...Ikutkan hati nak je jawab 'saya part time penganggur' Sebab apa part time? Sebab memang aku ada kerja sementara; tolong mak aku kat kedai dan mengajar tuisyen 'kaddang kaddang' kata pak belalang hihi~

Bila dah jawab macam tu, ada yang kata

'oo..payoh keje leni op..'
'mitok dok kat ni..mitok dok kat tu...'
'doh wak mende nye dok leh keje lagi ni?'
'dakpelah..koho2..tolong mok kedai pung masuk duit gok kan..'
'doh blajo tinggi2 pun payoh gok keje...'
'masuk U pun dok jamin lagi keje..blajo kat kolej2 biasa jelah..'
'Doh kalu gitu abih SPM amik yang jurusan2 teknikal la molek...blajo skill lalu..napok doh mende hok blajo tu sesuai keje mende..'

Waduh..pendapat2/respon2 yang last2 ni agak menggugat ketabahan hati. Tapi buat2 biasa je. Malasla nak bertekak dengan makcik2/pakcik2 ni kan...Nanti panjang plak debatnya..huhu~

Sampai satu tahap,rasa nak berhijrah pun ada. Ke mana? Ada la..hehe. Nak pergi  berhijrah ke tempat aku dulu..tempat menuntut ilmu lagi penuh kenangan la..Gombak! ;) Tapi ni angan2 je..Kalau memang belum rezeki kat sini, nak pergilah sana. Lagipun aku tengok bisnes mak akupun dah ok sikit. Pekerja2 dah boleh harap. Cuma bab2 air tu masih memerlukan aku lagi kalau customer ramai sikit. Tapi aku yakin, depa boleh survive nanti. Chewah..berangan bukan main lagi! Walhal tak confirm and tak decide pun lagi kih3...

Oklah, panjang plak aku bagi lecture hari ni hehe. Selamat malam semua. Adios!

16 February 2010

Geram

Assalamualaikum

Oh......sungguh kepelikan yang nyata. Aku tak sangka betul ada orang macam tu! huhu~ Dia baru lagi kerja. Tukang basuh pinggan dan seangkatan dengannya. Tahu tak? Baru 3 hari kerja, oh! sungguh banyak mulut! huhu~

Situasi 1: Aku minta tolong mak beritahu dia suruh sapu lantai.Sangatlah berpasir dan penuh kertas2 order. Dia tengah asyik menonton tv walhal kerja tak setel lagi.. Then dia bangun, sapu..Lepas tu sambung tengok tv. Aku tengok lantai lebih kurang macam tadi. Tak bersih. Mak suruh dia mop pun, dia mop depan sikit je...Allah... Akupun sapu balik.... Sekali dia cakap "elleh, buat apa susah2 sapu, kejap lagi orang ramai, kotor balik.." "La..dah tu nak biar kotor sampai bila2? Apa guna beli penyapu tu?"

Situasi 2: Aku dah setel buat air. As usual aku akan cakap kuat2 ''air..../air siap..". Sekali dia menyampuk sambil ajuk2 suara aku "Air....air...air siap.... sedap je dia panggil orang... panggil sape tak tahu..!" Aku diam je. Sakit hati sangat. Dari tadi ada je kata2 dia tujukan kat aku.

Situasi 3: Aku duduk2 lepas setel buat air. Bila tak ada order, aku masuk rest dalam rumah. Takpun aku tolong basuh gelas2 kalau dia banyak pinggan mangkuk nak basuh. Diapun kata "Sedapla dia duduk situ. Buat air je... lepas tu jerit2 panggil orang suruh hantar... Orang lain ke hulu ke hilir..Pas tu kul 11 masuk tidur dah.." Sambil buat2 muka gitu.. (Memang semalam aku stop kerja pukul 11 sebab dah seharian aku kepenatan pergi KT) Kali ni memang aku geram tahap gaban. Aku terus balas "Awak ni dok puas hati sangat ni bakpe? Dengki ke?" ''Orang boleh buat air ni tahu sebab apa?" Dia sengeh je.. "Sebab 'bijak' tau dok?" Eeeeeee!

Huhuhu memang aku geram sangat. Memang takleh nak teruskan dah kata2 tu..Kalau teruskan, lagila pedas dan hati sendiri yang sakit. Kenapa la dia dengki sangat kat aku.. Tak tahu ke dia aku ni anak tauke? (bukan nak berlagak tau..jauh sama sekali, tapi atleast memahami la tugas masing2)..Tak tahu ke dia suka hati aku la nak buat apapun... Tak tahu ke dia tu siapa...huhuhu~ Pelik3.. Akupun cerita terus kat mak sebab mak kata mak dengar apa yang aku cakap dia. Ya, memang mengadupun...sebab sakit hati sangat kena perli2 gitu. Mak akupun terus slow talk dengan dia. Apa mak aku cakap aku tak tahulah.. Dah sakit hati nak mengadap pekerja macam tu....:( He spoiled my mood!

.I ♥ Khat.





Grab A Button