CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

20 November 2010

Aidil Adha 2010

Assalamualaikum..

1st, aku nak ucapkan salam Aidil Adha. Kepada yang berkorban tahun ini, Alhamdulillah, tahniah..:) Semoga ibadah diterima Allah dan dapat diteruskan pada masa akan datang.Tahun ni sambutan sederhana saja. Aku sendiri tak ada pun nak pakai baju raya ke apa.. lagipun sambut di rumah sendiri je. Malam raya pergi Kemaman beli barang dapur dan ambil Wan.. Sampai rumah dalam 12tengah malam..Lepas tu masak sekejap sampai 1.30pagi, then tidur. Alhamdulillah raya haji ni dapat kumpul juga semua sanak saudara. Semua datang rumah aku dah Wan bermastautin di  sini:) Alhamdulillah..Terima kasih Angoh, Pok Ngoh, Damia, Acik sekeluarga, Ateh dan Makteh..♥

Hari ni mak dah start buka kedai. Walaupun kedai macam tongkang pecah lagi. Tapi better la sikti daripada hari tu. Nak tak nak, ready tak ready memang kena buka. Mak kata kalau nak tunggu siap semua, memang makan masa lagi la..walhal poket semakin kering..Asyik belanja je:) Kesian aku tengok mak.. Semangat berkobar-kobar nak meniaga. Nak mencari rezeki secepat mungkin. Ada la dalam 3 minggu kedai tutup. Kes apa? Kes jalan utama depan rumah ni nak dibesarkan..Kedai2 area kampung aku ni memang 'makan jalan' pun sebenarnya. Tapi dulu tak adapun nak rombak2 ke apa.. Masa bulan puasa hari tu lagi dapat notice suruh rombak kedai dalam masa 14hari. Tapi kami taklah sampai rombak kedai. Finally kami decide nak rombak sikit bilik bibik, so bilik tu jd dapur kedai.. buat plak bilik baru untuk dia sebelah bilik  aku.. Kalau kawan2 datang rumah sekarang ni, memang 'kuca lana' la orang terengganu kata:) Aku sendiri pun pening...hehe..

Oklah, aku nak chow dulu. Dah pukul 1 pagi. Esok hajatnya nak prepare macaroni goreng sikit. Izzah dan Tengku nak datang jalan-jalan. Seronoknya rasa. Tapi tak larat juga sebenarnya ni. Penangan berniaga hari ni..Ramai sangat customer. Pekerja plak tinggal 2 je. Memang letih! Buat air dan basuh pinggan..Rasa nak tercabut pinggang..Huhu~ Mujur ada kak ipar yang rajin menolong..Rasa best sikit walaupun sama-sama penat..

Harap2 bangun awal dengan penuh semangatlah esok. Boleh masak dulu sebelum ramai2 pergi rumah 'Alyaa pula. Tak sabar juga nak tengok batnun dia hehehe~ Dah nak masuk 8 bulan dah 'Alyaa pregnant.  Rindu juga nak berborak dengan KakCik dan Ummi Asiah. Semoga Allah mudahkan urusan insan-insan yang ku sayang di dunia dan akhirat :))♥

No comments:

.I ♥ Khat.




Grab A Button