Assalamualaikum.
Again, nak update tapi tak ter'update' jugak. Baru ni dah type panjang majnun, sekali offline sendirinya, lepas tu lesap macam tu je. Dia tak save pun! Sakit hati. Tapi think positif...Mungkin benda tu tak patut diceritakan kepada umum. Hehehe~ Allah maha kuasa.
Ok, sekarang dah pukul 1 pagi, makanya saya harus tidur sekarang juga! Esok aku bertugas. Jadi kena pergi awal sikit. Biasa aku bertolak dari rumah dalam 6.50/6.55 :) Tapi sekarang cuti sekolah, so kalau keluar pukul 7 lebih sikit, still tak jam sangat kot hehe~
Secara ringkasnya, aku nak cerita beberapa perkara;
- Adik bongsu aku dah start SPM hari ni. Paper BM & Pendidikan Seni Visual. Masa dia balik, aku ketiduran. Tak dapatlah aku nak menyaksikan betapa meleretnya dia senyum. Katanya memang masuk apa yang dibincangkan bersama semalam.. Alhamdulillah! Tapi kan, dengar cerita ada soalan bocor. Dari student Kedah. Entah betul ke tak...macam kat sana tersilap bagi paper, jadi budak2 dapat tahu awal apa soalan-soalan BM. Adik kata memang masuklah yang kata soalan bocor tu.. Dengar plak tadi keluar berita maybe BM akan exam semula kes soalan bocor tu.. Adik aku dah tarik muka semula. Allah..aku harap semuanya berlalu macam tu saja. No repeat! Kesian wehh...
- Hari ni birthday puteri Korea. She's one year old now:) Hehehe. Si kuat makan dan si sengeh sokmo tak kira apa...Nur Afrina Qalesya Binti Adi Fadzry. Tapi sekarang dah pandai merajuk taw... Baru ni saje je usik2 gula-gula yang dia tengah makan.. Kata nak sikit..nak sikit.. Diapun pusing2 badan konon tak nak bagi. Sekali aku, Wan, mama Esya dan nenek usik lagi kata nak sikit.....tahu Esya buat apa? Dia terus baling gula-gula tu then guling2 badan..Hahahaha..Tak sangka plak dah pandai merajuk and tension hahaha.. Sukalah usik dia. Dah pandai duduk..dah pandai buat gaya 'tepuk amai-amai', 'cekur dan gamit', 'kiss kiss', 'bye bye'.. Lepas ni nak ajar apa plak ek? :))
ESYA, MAKNGAH HARAP ESYA SENTIASA SIHAT WALAFIAT, MEMBESAR DENGAN SIHAT JUGA, KUAT ANTIBODY DAN JADI ANAK YANG SOLEHAH!:))
- Sabtu baru ni sahabat-sahabat yang aku rindui datang menjenguk. Terima kasih Izzah Ulfah dan Tengku. Sangat seronok bila bersama kamu semua:) Kami ziarah 'Alyaa sekeluarga sekali. Niat sebenar nak tengok bagaimana yang dikatakan 'Alyaa gemuks itu.. hehe. Susah nak bayangkan bila 'Alyaa duk cakap dia dah gemuks. Bila jumpa, betullah.. Hahaha.. 'Alyaa jangan marah taw! Biasalah, orang mengandung mana ada kurus kering :P InshaAllah, nanti anak kamupun sihat walafiat macam kamu sekarang:) Comel! Alhamdulillah juga pagi tu dapat siapkan makaroni goreng untuk tetamu istimewa. Walalupun makanan u tak istimewa sangat, tapi aku tetap gembira sebab dapat bangun awal, masak. hehehe..Bukan apa, malam tu sangat letih tolong mak berniaga..
Kakcik yang dirindui..dapat jua bersua:) Teman untuk berkongsi apa saja♥ |
TQSM Izzah belanja kami:)) |
Sayang 'anak-anak' semua :)) |
- Tuisyen An Najah sempena cuti sekolah dah start. Setakat ni baru ada 7 orang students. Harap-harap lepas ni akan bertambah lagi dan berterusan sehingga tahun mendatang.:) Promosi belum meluas lagi sebab baru ni busy sangat dengan graduation and concert budak-budak. Ni baru boleh fokus. Budak tengah exam sekarang. Esok paper Maths! Hehehe teacher 'Ain tak berdebar langsung :P
- Rakan kongsi aku, si Acu Srikandi. Ala...sebelumnipun dah pernah buat tuisyen sama-sama. Tapi masa tu suka-suka je cari rezeki dan pengalaman sama-sama. Kali ni, nak buat lebih serius sikit. InshaAllah, kalau dapat aku nak sewa bangunan MARA depan rumah ni. Itu memang plan asal. Tapi tak sangka plak nak buka pusat tuisyen bukan boleh main daftar niaga gitu aje. Hehehe.. Nak sewa bangunan MARA tu dah memang kena ada daftar niaga. Akupun pergilah SSM (Syarikat Suruhanjaya Malaysia) di Kuantan (Terima kasih banyak-banyak kat abang dan kak ipar yang bersungguh-sungguh temankan aku sekali ke sana) Siap dapat kelulusan nama dah.. Tapi tak boleh daftar niaga lagi sebab kena ada surat keizinan/pelepasan dari pejabat pendidikan swasta.. Ouhh..begitu rupanya. So for the time being, kami putuskan buat dulu tuisyen sempena school holidays ni kat rumah Zaiti. Kebetulan rumah akupun tengah renovate, so sangat tak sedap mata anak murid memandang:)) Moga proses-proses nak bina pusat tuisyen ni dapat direalisasikan nanti. Aaameen.
CLICK FOR ENLARGE |
Lokasi berubah ye, Kerteh. Click for enlarge. |
No comments:
Post a Comment