CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

Showing posts with label pulang ke kampung. Show all posts
Showing posts with label pulang ke kampung. Show all posts

01 June 2009

Tak balik dah!

Sekejap je rasanya duduk di rumah baru ni. Aku balik hari rabu petang. Kembali ke kampus semalam. Sampai dalam 4.40petang. Aku tunggu adikku datang jemput. Kami exchange motor haritu. Dia tolong repair motor aku apa yang patut. Alhamdulillah, sedap dah sikit rasa bila bawak motor tu.. Terima kasih ye Akuz. Maaflah hajat awAk nak sembur cat merah kat motor saya tak tercapai. Kalau free saya nak la :P

Semalam juga sebelum bertolak, mak awal-awal pagi dah bangun. Masak nasi, masak ayam masak pedas & sayur lemak jambu golok. Uishhhh sangat menyelerakan. Aku siap bungkus lagi bawak balik KL. huhu~ Sampai kampus, pergi cafe, terus menjamu selera lauk pauk tersebut. Siap bekal nasi lagi. Akuz plak order yong tau fu. Biasalah dia tu, tak suka sangat makan nasi. Huhu~ Bagus gak, boleh aku ngap seorang diri. Terima kasih ye mak.. sayang mak sokmo-sokmo...

Hari Sabtu, sangat banyak pergi kenduri kahwin. Dari kemaman-paka-dungun(Kenduri sambut menantu abang Tengku). Lepas tu pergi KT sebab nak ziarah saudara yang kena operate jari kaki dek kencing manis. huhu~ Ngeri plak bila dengar makcik bercerita. Suaminya yang kena operate tu. Siap rakam lagi. Aku plak tak sanggup tengok, takut terkanang-kenang nanti. Walaupun aku suka tengok darah, tapi kalau yang kes macam ni, huhuhuhuh...tak sanggup nak tengok. Apapun, semoga pakcik lekas sembuhlah. Dah tak leh buat kerja berat-berat...

Lepas ziarah orang sakit, pergi jalan-jalan kat KT. Pergi pasar payang, pergi Giant dan pergi pantai Batu Buruk. Sangat ramai orang beratur nak naik kuda hehe~ Aku plan nak membeli belah juga kat giant sikit, tapi mak & tokwan dah tak larat jalan. Kesian jugak. Padahal dah duk cari parking masa tu, last2 keluar semula huhu~ Nak buat camana, keadaan tidak lagi seperti dulu. Wan aku dah tak upaya nak berjalan sakan. Duduk dalam kereta lama-lamapun wan dah macam nak demam. Aku kena terimalah.. So lain kali kalau nak jalan-jalan, kena ajak orang muda-muda huhu~...

Ohye, tak sangka sungguh time makan-makan kat restoren Perindu Kuning(kalau tak silap) ada orang ternampak saya. Dia dalam bas masa tu. Tengah lampu merah. Lalu dia menelefon saya. Hahaha kelakar plak rase. Betullah kalau dah nak jumpa sangat, kat simpang empat macam tupun Allah takdirkan kita jumpa. Selamat bercuti 'Alyaa :)

Oklah, nak sambung buat assignment. Lepas ni tak balik kampung dah. Balik tak balik lepas final exam nanti. Alhamdulillah, cukup dah kot 'charge' yang aku dapat time balik rumah haritu. 'Bateri' ni akan kugunakan sebaik-baiknya sampai nak mengadap paper exam nanti :) InshaAllah balik rumah dalam 22-28hb nanti. Yeeeehaaaa! Balik untuk selamanya ~

28 May 2009

"Aini..angkat kain hujan....."

Alhamdulillah aku selamat sampai rumah jam 8.10pm tadi. Kalini aku naik bas ke Kuantan. Bas tiba dalam 3petang di 'kayuhijau'. Tak sangka plak 6petang dah sampai terminal Kuantan. Abahanda ambil aku. Sangat seronok dan lapang rasa hati. Mujarabnya bila balik rumah.. Segala ke'tension'an ku hilang begitu sahaja... huhu~

Cuma rumah agak sunyi. Abang dan Kakak balik kampung. Adik plak ada persembahan kuda kepang kat KDRP. Sempena karnival sukan dengar cerita. Artispun ada datang. Nubhan sorang je rupanya.. kui3... Abih tea mak kata nak tengok artis-artis singgah Warong Kak Ma ke dok.. Padahal dia sorang je :P

Usai isyak.. lepak-lepak kat ruang tamu sambil tengok Iktibar di Tanah Suci.. Sekali ada yang memanggill..

"Aini...angkat kain hujan..Jemuran dah turun..."

hehe bukan daa...

"Ain, kuar kejap..tolong buat air..orang ramai..."

Huhu beratnya nak bangun.. Beratnya kaki nak melangkah..Aku baru je sampai....:( Tak boleh rehat seketikakah? Tapi tetiba terus terbayang kepayahan yang mak lalui kini... Terus bangkit, sarung tudung indon dan masuk kerja part time ku.. huhu~

Bila lagi nak berbakti pada ibu bapa kan.....

♥ Thank you abahanda sebab sanggup ambil anakanda di Kuantan. Bertuah rasa dapat belanja abahanda tadi makan sup tulang + sayur campur + ikan kembung goreng + telur dadar dengan duit hasil titik peluh sendiri:) (tak de lah berpeluh sangat mengajar beudak tu.. hehehehe)

18 May 2009

Kenangan Manis di Kelantan

Alhamdulillah.. Allah dah lindungi aku dalam pengembaraan kali ni. hehe.. macam masuk hutan jek!

Khamis malam, aku, Wani, kak Zatil menanti bas di Greenwood. Bas tiba jam 10.15pm dan kami selamat tiba di Pasar Jelawat dalam 5.40pagi. Uishh, mengantuk sungguh! Tunggu kak Lang datang ambil. Sampai rumah kak Lang yang unik itu (sebab ada 2 rumah.. Ingat tak aku pernah cerita masa post pasal kenduri kak Hasna haritu?) kami masing-masing check in, bersihkan diri dan tunaikan kewajipan kepadaNYA. Alhamdulillah selamat sampai. Aku takut gak nak naik bas jauh-jauh ni. Nak nak Kelantan. Jalannya berliku-liku. hehe lain benar dengan jalan pulang ke negeri kelahiranku. Dah usai solat, akupun zzZZ... hehe.

Dalam 10pagi, kami berempat ke Pasar Jelawat. Aku bayangkan ada ikan, ayam dan sayur-sayuran je. Tapi masuk je, nampak pakaian yang berwarna warni, tudung-tudung, kain-kain..hehe seronoknya! Tapi aku tak membeli sakanpun. Maklumlah short sem ni, semua jadi 'short'. huhu.. Perbelanjaanpun kena jimat amat. Tapi aku still beli buah tangan untuk orang rumah aku. Aku beli dodol, tudung dan buah salak. Okey la tu kan! Mak mesti faham kenapa itu aje yang aku bawak balik :) Lama jugak pergi pasar. Ada dalam 2jam lebih....


Di Pasar Jelawat


Banyak jugak beli kuih muih.. Tapi tak de la beza sangat dengan kuih muih di Terengganu. Cuma namanya je bunyi lain sikit dan harganya murah! Kat atas ni gambar eto'
(ish, tak tahu nak eja caman.. tapi best makan ni sambil lepak kat beranda rumah dan sembang-sembang..).
Yang sebelahnya, CPT= Cendol+Pulut+Tapai :)
Tapi sedap ABC lagi lah...


Banyak plak pintu gerbang kat Klate... Unik & sangat cantik!

Petangnya dalam 6pm, kami pergi Pantai Irama. Wah, ada pasar malam plak kat sini! Huhu teruji seungguh rasa ingin membeli. Tapi, aku jalan terus je membelah pasar malam tu dan akhirnya nampak Pantai Irama.. hehe.. betapa kawalnya perasaan untuk meninjau gerai-gerai di situ dan......... shopping!


Tengok pantai aje sambil makan satay ikan..
Wani tulis nama.. ni mesti nak qadha' tak sempat tulis masa pergi pantai ni hari tu hehe~

Keindahan Pantai Irama~Seni Ciptaan Allah

♥Sahabat-sahabatku♥

Dalam 7pm, kami teruskan perjalanan ke rumah kak AC, huhu teruknya anak dara ni. Dah maghrib baru nak berangkat ke sana ;p Alhamdulillah kami tak sesat sangat... silap masuk lorong sekali je. Tak susahlah nak mencari rumah kak AC. Aku pernah pergi rumah kak AC sebelum ni. Masa tu kak Ja kahwin. Tapi ingat rupa paras rumah jelah. Jalan menuju ke rumahnya langsung tak ingat. Mujurlah Abang Long bagi details direction... :) Mestila ingat detailkan, rumah isterinya ;)

Alkisahnya aku ambil gambar guna camera digital kak Lang. Tapi nasib kurang baik apabila bateri habis! wawawa.. Masa tu upacara batal air sembahyang dan bergambar bersama pengantin! Tapi takpelah, Kak Pidah Supar bawak camera gak! So nanti kita mintak ngan dia ye! Sangat banyak gambar diambil ketika itu termasuklah gambar kami bersama pengantin baru.. huhuhu...Inilah gambar terpilih yang sempat di snap!

Kak AC yang tersipu-sipu malu sewaktu walinya(adik kak AC) bertanya sudikah dia menjadi isteri kepada tuuttt... hehehe. Abang Longlah.. Suka tengok adik-adik lelaki kak AC yang berjubah putih kebanyakannya pada malam majlis pernikahan tersebut :)

Aku nikahkan dikau.... :)

Gembiranya dia.... hehe. Aku tengok tenang je Abang Long saat-saat nak akad tu. Siap senyum sengih lagi. Tapi hati di dalam.... hanya dia yang tahu :)

Kami bersama pengantin perempuan.

Adik kak AC :)


♥ BintangTimur & Soalhati ♥

Kami berempat berangkat pulang ke rumah dalam 11.30 malam. Lewat jugak. Biasalah nak boleh berpisah dengan sahabat, bukan senang! Itupun kak AC ajak bermalam dirumahnya. Takpelah kak, menyusahkan plak.. :)

Sabtu pagi, sahabat-sahabat semua mengiringi aku ke Hentian bas Langgar. Dasyat betul nama hentian bas ni :) Aku naik bas jam 8pagi ke Kerteh dan tiba di rumah dalam 2.30 petang :) Alhamdulillah selamat.....

♥ terima kasih Wani dan kak Zatil. Tanpa kamu berdua, saya takkan ke sana.. huhu~
♥ terima kasih kak Lang kerana bersusah payah untuk kami.
♥ terima kasih kak AC kerana bagi doorgift yang menarik tu. Terharu rasa sebab orang lain tak dapatpun hehehe..
♥ terima kasih Abang Long kerana tolong belikan tiket saye :)

30 January 2009

'wak sughe~ Family Wan Rokiah'

Assalamualaikum geng-geng semua. Pekabo?

Aku kurang sihat sikit. Batuk menyerang kembali. Mulalah ke kelas tengahari 'panas dering' orang terengganu kata, pakai sweater jugak. Nak buat macam mana...sejuk maa..Kalau tak, sakit dada dan batuk menjadi-jadilah dalam kelas tu. Bimbang ganggu orang lain.

Balik rumah baru ni, sangat pantas masa berlalu. Ahad dalam 4.30pagi aku tiba dirumah dari Kelantan. Siangnya aku berehat agak lama. Sangat penat. Qadha' tidur... Bila bangun, tengok2 aku seorang diri je yang tinggal dalam rumah. Hah? Ke manakan semua orang? Rupa2nya mak dah ke pasar beli barang kedai dan persiapan nak buat 'sughe' aka bubur asyuro. Abang dan kak ipar dah pergi kerja. Adik yang cuti sekolah tupun ikut abang dan kak ipar pergi kerja sekali. Wan yang datang semalam pun ikut mak pergi pasar. Sampai hati semua tak ajak aku. Bangkit, buat breakfast untuk diri sendiri...

Petang, ikut abang ambil kawah kat rumah jiran. Rasa baru je angkut kawah hari tu masa kenduri abang. ni kena angkut lagi....

Malamnya, sangat sibuk menyediakan bahan mentah nak buat 'sughe'. Kupas bawang, mesin bawang, makan bawang..hehehe. Aku tolong sekejap je Wan sediakan bahan2 tu. Banyak masa aku tolong mak. As usual, tukang buat air lah. Pelanggan agak ramai memandangkan ni cuti cina raya... Ramai nak balik kampung... Aku tidur agak lewat..lepas subuh baru tidur...

Isnin! 'time for 'sughe'! Rumah dah riuh rendah dengan kehadiran anak beranak Wan Rokiah dan juga jiran tetangga beberapa kerat. Cukuplah. Lagipun buat sughe sekawah je. Bahan-bahanpun dah prepare separuh semalam. So tak banyak sangat kerja. Saudara mara yang datang banyak tolong persiapan makan besar time tengahari. Hehe..memang makan besarlah sebab semua yang datang membantu makan sekali.. dan aku yang baru nak tidur lepas subuh ni.......join buat sughe jam 12 tengahari. kih3.....Sangat malu nak pergi tolong.. mujur mereka mengetahui aku tidur lewat. Itupun setelah aku announce kat semua saudara mara, adik beradik Wan dan jiran tetangga..cover tuh.... hehehe...

Alhamdulillah, sughe kali ni sangat sedap! sehingga menjilat bekas! Ni 1st time family buat grand sikit macam ni. Sebelum ni mengharapkan sughe orang bagi jer..hehehehe... Tapi mak kata tak puas. Orang bagi sikit jer...(demand plak). Jadi baik buat sendiri. Boleh makan banyak-banyak :)

Saudara mara cadang supaya aktiviti buat sughe ni dijadikan upacara tahunan keluarga Wan Rokiah! Ye, cadangan yang baik tu! Selalu buat bubur lambuk, nasi dagang, nasi minyak..Tapi lepas ni kita buat sughe plak... Seronok jugak! Lepas tu edar kat orang kampung. Selain mengeratkan ukhuwwah sesama umat, dapat juga pahala bersedekahkan... :)

Selasa, pagi-pagi lagi ikut abang ke Hospital Kemaman. Ambil kak ipar, lepas tu ke rumah kakak kak ipar. Then pergi balik kampung Wan .Lamalah juga. Balik ni sebab nak ambil beg duit aku dalam hand beg tokwan aku.. hehe pelupa sungguh. Ada ke tinggal beg duit dalam hand beg Wan..Mak tanya "gane boleh ada dalam beg Wan...?" aku jawab" nak wak gane,cucu tokwan! " Dalam 7pm baru aku balik rumah semula.Oh tidak..tak kemas lagi barang nak pulang ke kampus! Naik bas jam 1030malam. Alhamdulillah....segalanya sempat setel! Aku tidur mati dalam bas! Mujur Izzah Ulfah tolong kejut huhu..dari Kemaman tidur, sedar-sedar dah ada di Greenwood!






28 December 2008

Kepulangan kali ini.

Assalamualaikum wbt..

Kurang sihat aku 2 3 hari ni. demam, selsema,batuk..lengkaplah 1pakej. Hajatnya balik sekejap ni nak penuhi jemputan sepupu kahwin. Tapi dah keadaan tak mengizinkan ni, terpaksalah duduk di rumah saja. Tak berdaya jadinya. Tapi malam-malam aku still gagahi diri.Tolong mak serba sedikit kat kedai makan.Tapi bertahan 2 3 jam je..lepas tu terus masuk rehat. Kenapa tiba-tiba demam ni... :/ Mak pun tegur aku.."kak in balik ni nampak termenung...je...bakpe?" biasalah aku ni, bukan nak berterus terang masalah aku. Aku bilang pada mak aku kurang sihat. pening kepala. Tapi, nak kata ada masalah, masalah apa? Hm...takpelah, ujian sakit datang sekejap.Nanti baiklah tu. Kan sakit tu penghapus dosa-dosa kecil. Ameen.. Ku mohon agar aku cepat sembuh. Awal-awal sem dah demam ni. Bimbang juga..

Esok kembali ke kampus semula. Bas jam 9pagi naik di Kuantan. Mak aiihhh..jauhnya... Siapalah yang sanggup hantar aku pagi-pagi buta ke kuantan tu.. Mak terpaksa beli tiket tu sebab dah kehabisan tiket di kemaman... Tapi semalam ada berita gembira! Mak kata petang ni semua pergi kuantan. Kita tidur sana dan pagi esok hantar kak in! alhamdulillah.. Ni kira percutian tak terancanglah ni :)

11 November 2008

CUTI.. YEAY!

Assalamualaikum.
Apa khabar geng-geng semua? harap sihat dan ceria selalu yep!
alhamdulillah. ni dah mula cuti sem. agak lamalah juga. sampai 22disember2008. sangat tak bermaya hari ni.. jari jemari juga lemah longlai.. jadinya, tak dapat nak karang panjang-panjang. dari pagi tadi sampai malam tak berhenti buat kerja. ni berehat seketika sebab rindu kat blog. 2hari tak tengok blog. sebabnya bil telefon mak tak ingat nak bayar. hehe. jadi tak dapat nak JOM STREAMYX! alhamdulillah tadi abang dah tolong bayarkan. itupun kena warning jangan online sokmo!

05 November 2008

DI TERENGGANU SEKARANG


Assalamualaikum.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Soalhati dah selamat tiba di kampung halaman jam 6.45petang. soalhati tiba di hadapan rumah dengan Si Kelisa kepunyaan abang soalhati. Wah, rasa macam balik kampong drive sendiri plak. Sebab bila keluar kereta tu, soalhati capai beg balik kampung yang agak berat dan besar, almaklumlah cuti lama ni! Sebenarnya perjalanan pulang hanya mengambil masa 3jam! Soalhati tiba di RnR Chendor jam 4.40pm. soalhati bertolak dari KL jam 1.40pm. cepatkan? Biasanya bas siang perjalanannya makan masa lebih sikit. Sampai di RnR, soalhati dah tiada mood untuk berlama-lamaan di dalam bas. Malas untuk turun makan. Pantas soalhati sms abang. Abang kata dia memang nak ke Kemaman petang ni. Selepas kerja. Nak ambil kad dan beli sedikit barang. Yahoooo! Abang, datang ambil soalhati di Chendor sekarang. Soalhati tunggu!

Bas sudahpun meninggalkan soalhati. Pakcik bas juga kehairanan mengapa soalhati turun awal. Sedangkan soalhati membeli tiket ke Dungun! Maaf ye pakcik, soalhati nak turun sini.

Dalam 15minit menunggu abang, akhirnya dia muncul. Apa lagi, sangat gembira soalhati dibuatnya! Bermacam-macam kisah abang bercerita. Tak kering gusi dibuatnya. Sekalipun sangat lapar, soalhati mampu ‘melupakannya’ sekejap kerana terlalu gembira dapat jumpa abang. Dapat pulang ke rumah! Dapat jumpa orang rumah!!!

Setelah selesai urusan abang, abang menyuruh soalhati drive sendiri pulang ke rumah. Abang tak nak lepaskan aktiviti hariannya setiap petang. Main bola sepak! Oklah abang. Biar soalhati bawa pulang kereta ni. “mapuh dok ni?” soal abang . “ala..dakpe, kalu mapuh kita start je balik..hehehe”

Sepanjang perjalanan tu, orang kampung seolah-olah kehairanan melihat soalhati. Ingin saja soalhati laungkan kepada semua “ni anak Kak Ma baru balik KL lah..” hahaha (perlulah macam tu… )soalhati angkat tangan saja bila ada pakcik yang soalhati kenal tercengang melihat soalhati drive kereta. Haha. Budak-budak mudapun sampai berhenti berbual seketika. Ish…pelik sangatke? Ke kempis tayar kereta ni? Atau kereta dah senget sebelah?

Sepanjang malam ni, soalhati berehat saja. Bila bersembang dengan orang rumah, asyik gelak je… sampai mak soalhati kata “kak in asyik gelak je dari tadi..”. adik soalhati kata “ balik awak je gelak..gelak je awak balik..” hehehehe.

20 June 2008

Selangkah demi selangkah...

Assalamualaikum geng!…sihat?

Alhamdulillah, sehingga hari ni masih bernafas dalam nikmat ILAHI yang tak terhitung banyaknya… sekarang aku sudahpun berada dirumah. Tiba semalam, jam 3pagi lebih.. terus berjaga sehingga masuk waktu subuh. Buat apa? Aku sembang dengan ‘orang umah’ aku… especially mak yang nampak keletihan bekerja tapi tetap bersengkang mata, abang yang dah semakin hampir nak melangkah ke alam rumahtangga walaupun dia kata macam tak percaya je…(percayalah……), adik yang tetiba buat surprise tiba di rumah setengah jam selepas aku selamat tiba!!(tak lena tidur dalam bas semalam. Abang tu drive laju sungguh! Saat-saat diselekoh, aku rasa macam naik roller coster je! Rasa nak tercampak dari tempat dudukku.tapi roller coster lagi selamat agaknya ebab kita pakai tali pinggang. ni tak...huhu.. apatah lagi aku dibelakang sekali...co..ba..an..) Akuz..Akuz...Main surprise2 plak dia. Buatnya tak ada orang kat rumah, semua balik kampung, baru ternganga depan rumah… mak punyalah bimbang kenapa dia langsung tak jawab panggilan telefon… ada udang disebalik kue tiaw tom yam rupanya.. macam-macam Akuz ni..

Hari ni aku banyak habiskan waktu membantu abang apa yang patut. Bersama-sama dengan adik beradik lelakiku yang lain. Semua memberikan kerjasama yang baik. Semangat lah pullok! Pengarah program, tentulah aku hehe. Bila kerja dah dibahagi-bahagikan, senanglah sikit…mak pula selaku penasihat, tak henti-henti membuat pantauan terhadap perjalanan gerak kerja kami yang tampak tersusun itu:p mak jugalah yang banyak posing disetiap hasil kerja yang ada..ish..ish..ish.. tak boleh nak buat apa dah….

Sekarang 'masa' abang… selangkah lagi untuk dia bergelar ketua keluarga. Aku mohon Allah permudahkan, jauhi dari sebarang yang tidak diingini, berkati, dan berkati…. Moga dalam tempoh singkat yang ada ni, abang dan bakal isteri dapat membina kekuatan dalam diri masing-masing. Dugaan itu lumrah. Nak nasihat lebih-lebihpun, diri belum berpengalaman. Tapi cukuplah dahulu untuk melihat dan meneladani pengalaman berharga orang sekeliling…. inshaAllah, pasti baik mahupun buruk setiap perkara, ada hikmah disebaliknya! Sabar tempuhi ujian, syukur rasai kenikmatan.

Ok, dah mengantuk jiddan. Nak rehat dan kumpul tenaga untuk hari esok pula. Semoga kita semua menjalani kehidupan sementara ini dengan melakukan yang lebih baik pada hari esok! Ameen… Remember HIM always:)

06 June 2008

Kenduri lagi....

Assalamualaikum.
Salam minyak naik..SEMUA NAIK MINYAK!

Sekejap lagi aku akan bertolak ke Kuala Terengganu. Petang tadi baru decide nak ikut sahabat-sahabat pimpinan HISMAT SEKTOR LUAR balik. Kebetulan ada kosong, jadi daripada dibiarkan kosong, baiklah aku memenuhinya. Tak sia-sia sikit ruang dan mungkin bayar minyakpun boleh pakat-pakat menyumbang serba sedikit…huhu.. Balik nipun, aku nak memenuhi undangan perkahwinan (kahwin lagi..) seorang sahabat ex-SHAMS. Esok malam inshaAllah balik kampus semula..

Harapnya on the way nanti dapat singgah rumah. Sekejappun jadilah. Rindu sangat dah kat orang umah… mak baru balik Indonesia baru ni. Bercuti 4 hari disana. Tentunya ada ole-ole untuk anak kesayangan ni hehehe. Tapi bukanlah singgap sebab tu je. Memang nak melepas rindu seketika dan ambil semangat nak final exam ni….nak jumpa adik beradik...

Tadi mak dan abah hantar sms, tanya balik tak jumaat ni. Depa nak pergi buat risikan! Hehe. Merisik bagi pihak abang aku lah! Wah, Badie dah nak kahwin.. macam tak percaya plak aku. Patutla beriya baca buku Aku Terima Nikahnya saban malam…..hehe. baguslah! Sebelum berumahtangga la elok cari ilmu macam tu. Dah kahwin nanti tak tahulah sempat ke tidak nak belek buku…

Betul rupanya pesan Badie kepada adik perempuan nan satu ni, “Ain jangan langkah bendul. Kahwin mesti ikut turn!” tapi masa tu aku membantah. Aku kata “ala, langkah bendul je, bukan ada apa-apa pun…” hehe.

Ku doakan segalanya Allah mudahkan dan paling penting, KEBERKATAN!

20 May 2008

Pasti Allah Tolong!

Alhamdulillah aku sampai di kampus dalam jam 5petang. Harini aku midterm exam! Ya Allah betapa mengantuknya aku malam tadi. Nak ulangkaji macam mana ni? Aku mula berangan. Entah-entah esok madam kata “your test will be postponed to the next class due to several problems” chewah! Memandai je aku ni. Aku ulangkaji juga setakat yang mampu. Akhirnya aku terlelap dengan baki lagi 7 pages belum dibaca. Aku niat nak sambung pagi-pagi esok.

Hari ni, Alhamdulillah, memang angan-anganku tercapai. Madam kata exam terpaksa ditunda. Tapi bukan kelas seterusnya. 3jun! lambat lagi. MasyaaLLAH. Aku mula membayangkan banyaklah yang aku kena ulangkaji nanti kalau dah exam 3Jun. tapi madam awal-awal lagi pesan “don’t worry; your exam will cover until the last topic that we have discuss. I already make the question so I don’t want to change it.”

Sebenarnya balik rumah baru ni, sepanjang 4 hari itu aku langsung tak berkesempatan nak sentuh nota-nota yang ada. Nota tu hanya berada kemas di atas meja. Pekerja mak tak datang tanpa sebab selama aku berada di rumah tu. Jadi mak dah kekurangan pekerja. Pelanggan pula ramai. Biasalah kalau hari minggu dan cuti sekolah. terpaksalah aku kerja sepenuh masa. Kalau sebelum ni, aku tolong sekejap-sekejap je. Bila orang ramai je.

Tengah sibuk aku menyiapkan minuman yang di order pelanggan, mak ku bertanya..

"kak in baca buku dok lagi?"
"dok lagi. sentuhpun dok"
"doh bila nok baca? exam selasa kan?"
"ho..dakpelah,kita baca lusa jelah" jawabku mengikut nada AR Tompel dalam cerita DO RE MI.

Dalam hati aku hanya berkata (takpe, mesti Allah tolong. Aku tak bacapun sebab aku tolong mak! Bila lagi aku nak berbakti pada mak. Mesti Allah tolong!)

Rasa nak tercabut je tulang-tulang. Betapa penatnya aku hanya Tuhan yang tahu. Tapi mak pasti berganda-ganda lagi penatnya… Tapi aku syukur, memang Allah telah menolongku. ALHAMDULILLAH...

Berbakti pada ibu bapa itu BERKAT!

19 April 2008

Al kisah musim cuti


Dah 2 minggu aku di rumah. Alhamdulillah. Ku rasakan cuti kali ini lebih bermakna daripada cuti2 yg sudah. Jadual harian aku terisi dengan baik dan berperancangan (ewah). Pagi dalam 8.30pagi aku dan abang akan ke Tinta Advertising. Abang aku memang dah kerja full time dengan abah. Aku plak pekerja sementara. Macam2 aku buat. Daripada seringan2 pekerjaan, hinggalah kerja yang berat2. Aku jadi kerani, aku jadi designer, aku jadi akak cleaner, aku jadi big boss bila abah dan abang tak ada, aku juga jadi minah dispatch hehe. Apapun, aku seronok. Banyak aku belajar. Lebih2 lagi dari segi PR. Aku ni jenis tak suka jumpa2 orang ni. Tapi sebab abah dah suruh, kenalah berjinak2... Kalau aku kat rumah, tentu aku lebih sibuk. Sibuk tidur. Hehe. Balik kerja dalam 4.30 petang. Tapi akhir2 ni selalu balik lambat. Dalam 6 petang. Banyak signboard nak kena siapkan. Macam semalam, dalam 24 banner umno and bn kami kena siapkan. Ucap tahniah kat menteri besar dan menteri penerangan....buat ajelah kan, dah orang tempah. Tulah salah satu punca rezeki syarikat ni.

Balik rumah plak aku tolong mak kat kedai makan. Tapi sekarang tak seberat dulu dah. Pekerja mak Alhamdulillah dah ada 3 orang. So part buat air tu aku tolong bila ramai orang je. Biasanya around 8 to 10pm...

Aku juga dah mula bawak kereta sendiri. lewat kan. 23 tahun baru nak belajar. Kawan2 dah lepas P dah pun huhu. Tak apalah, ada hikmahNYA tu... Kalau kat sekolah cikgu ada kat sebelah. Balik cuti ni aku belajar2 bawa sorang2. Memandangkan aku still lesen L keta, so aku taklah bawak jauh2 sangat. Pakcik JPJ plak kerap betul menjalankan tugasnya akhir2 ini. Ada sekali tu aku drive pergi kerja, aku rasa nak balik awal je. Kebetulan ada sahabat nak singgah, akupun baliklah dalam 330 petang. Tengok2 lepas aku sampai rumah, JPJ stat berjaga dekat jalan depan rumah aku. fuh...selamat.... kalau tak, kecut perut jugak. sebab ni 1st time bawa kereta. Takutlah kalau kena edisi siasat ke apa..bila dah pandai bawak keta ni, memang betul cakap abah, kita tak mengantuk walaupun memang kita penat before nak drive tu. Sebab kita excited dah pandai bawak.hehe. Tapi kena selalu beringat, baca doa, tak boleh berangan..takut apa2 hal berlaku..Nauzubillah..

Insya Allah buka sem 3 ni bolehlah aku test untuk dapat P. aku harap Allah mudahkan urusan ini. Bukan apa, kalau retest, bayar plak rm75..tak sanggup den! Nanti dah dapat P bolehlah berlagak sikit haha. Niat tak baik betul. Xdelah, nanti kalau balik rumah, bolehlah tolong jadi driver. Teman mak pergi pasar Kemaman, hantar nenek balik kampung, ak perlulah nenek nak kena naik van sapu lagi..aku pun nanti kalau nak pergi shopping ke, makan angin ke..tak perlulah tunggu orang lain nak tolong bawak hehehehehe...

Oklah, nak buat housekeeping. Kat ofis abah ni. Nak balik dah. Mak kata ada nasi dagang kat umah hehe. So kena balik awallah :p -17 April 2008-

18 December 2007

Terima Kasih


Alhamdulillah, apa yang aku nak settle kan sebelum balik raya haji ni hampir selesai. Tinggal nak hantar majalah ke kedai potostat dan confirmkan dengan syarikat printing untuk cover majalah dan calendar 2008 yang mereka nak sponsor tu. Aku harap sangat segalanya dimudahkan Allah. Moga Allah berkati usaha ini bersama sahabat-sahabat yang banyak juga membantu. Akh Irzan,Kak Ros, Little_one, miss_violet, Nad, Kak Naim, Kak Ada, Kak Nida, Nailah, tempe_girl, Kak Qamar,Su, Nabilah, ahshab dan semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak. Terima kasih! Moga hasilnya nanti diredhai dan semua mendapat manfaat daripadanya. Ameen…

Nantikan kemunculannya! RM2 sahaja! Khusus untuk sister tapi baik juga untuk brother;)

Paling aku tak sabar nak lakukan bila balikni, aku nak bagi satu bungkusan pada mak. Surprise la konon. (hehe..mujur mak tak tahu baca-baca blog ni) mak dah lama mengidam nak ada menu baru. Menu kat kedai mak tu dah nak hancur aku tengok. Kesian juga. Tambahan lagi harga barang semakin naik, jadi mak juga terpaksa up sikit harga makanan dan minuman. Tapi taklah mendadak. Nanti pelanggan lari pula. Terima kasih banyak-banyak kepada 2 orang sahabat yang sangat membantu dalam menyiapkan menu ni. Arigato gozaimas! Gokurou-sama deshita..antuma memang smart! Hehe..Nanti ana minta tolong lagi ye.

Macam appreciation nite la plak. Jam dah menunjukkan 12.48pagi. tapi mata masih belum mengantuk. Esok kelas 10pagi straight sampai 5 petang. Just rest kurang sejam untuk lunch dan solat zuhur. Akhirnya sem ni aku ambil 7subjek saja termasuk skill khat 1. Aku ambil khatpun sebab ingin memenuhi hasrat abah. Abah nak sangat ada anaknya yang mahir tulisan khat. Kalau ada customer tempah signboard, nak tulisan jawi, bolehlah abah ‘upah’ anak dia je hehe. Hari tu abah suruh aku tulis dalam tulisan jawi untuk signboard “BALAI RAYA KAMPUNG GELUGOR”. Bila tengok semula tulisan aku,uish..hodohnya. memang kena ambil skill khat kali ni! Walaupun hasrat hati nak ambil skill handball..

Aku dah drop subjek Islamic Ideology and Western Ideology sebab takut tak ada mood dah nak pergi kelas. Kelas tu start jam 5-6.20petang. Tak apalah, ambil sem 1 nanti plak. Ambil banyak-banyakpun, kalau rasa tak mampu, baik tak payahkan. Lagipun ada masa lagi..insyaAllah. Kesimpulannya, sem ni aku ambil 17.5credit hours. Of course setelah disusun dengan rapi, tak ada kelas hari jumaat hehehe.. Sahabat-sahabat doakanlah kita semua dapat hadapi sem ni dengan baik. Tak abai study walau sesibuk manapun kita.

p/s: Teringat kata-kata Us.Redha, kita duk sibuk sangat ke hulu ke hilir,berjuang, tapi solat kita macam mana? Kita jaga tak? Tu perkara asas kita kena jaga. Kalau solat tak pas, tak payahla nak sibuk hal lain!
18 Disember2007 1pagi.

07 November 2007

Beres semua paper


Alhamdulillah, setinggi-tinggi keyukuran kehadrat Allah swt kerana mengizinkan aku menempuhi final exam pada sem ini dengan baik. Tak sakit, tak migraine macam sebelum ni. Soalan biasa yang mak tanya setiap kali selesai menduduki exam, “boleh jawab dok kak in?” pantas aku menjawa..”boleh, tapi betul ke dok dok tahulah..hehe” saja je aku bergurau dengan mak. Alhamdulillah, pastinya jalan terbaik sekarang ialah teruskan berdoa dan tawakal sepenuhnya. Kita kan dah usaha;)

Esok pagi aku akan berangkat pulang ke kampong. Walhal baru petang semalam aku sampai KL. Esok pagi dah nak cabut. Hehe. Macam KL tu kampung sebelah je. Hehe. Tok wan akupun pelik, kenapa budak2 ni selalu je balik. Padahal cuti bukannya lama sangat. Duduklah KL tu, bleh enjoy2..yelah wan, nak enjoy pun nak kena ada fulus, dah fulus pun kureng, baik kita joly kat rumah je. Lagi seronok dapat tatap wajah family, jumpa saaudara mara. Dah la kita ni jarang balik ada cuti sikit, tak ada kerja yang menuntut kehadiran kita di kampus ni, baik kita balik!

Oklah, cc dah nak tutup. Akupun nak balik bersiap. Malam ni ada open-house kat rumah lecturer. Orang jemput kita, jadi penuhilah undangan tu. Bukan susah sangat, pergi makan je hehe. Buat geng2 ku yang masih berjuang dengan buku2, nota2, teruskanlah usaha kalian ye? Jangan tension2, jangan jeles2.. hehe..i doakan u all dari kampung halaman I yang indah nan permai;) assalamualaikum wbt.

06 September 2007

5 hari berada di rumah. Segala-galanya indah! Aku rasa tak nak balik. Ya. Itulah perasaanku setiap kali nak berangkat pulang ke kampus.

Aku sampai rumah dalam 430pagi. Terus adikku bertanya berapa hari aku balik. Aku cakap 4hari.
“baik dak yoh balik kalu gitu”
“doh nok wak gane. Ni cuti pertengahan. Bukan akhir semester..”
“cutilah lame2 sket….”
Aku diam saja.

Paginya, kami sekeluarga terus pulang ke kampung wan. Terubat rindu dendam nak pergi belakang rumah wan :p Kagum aku dengan kesungguhan wan menanam pokok. Walaupun kawasan belakang rumah itu hanyalah sekangkang kera( tapi besar lagi dari kangkang kera kot!) tapi wan dapat tanam macam-macam pohon buah-buahan dan sayur-sayuran. Tak perlu pergi pasar kalau nak kangkung, cili api, daun pandan, limau purut dan lain lain lagi. Tak perlu pergi pasar malam kalau nak makan buah rambutan, durian, salak, cempedak, nangka, limau, langsat! Banyakkan? Macam-macam ada…

Sepupu-sepupu ku yang masih kecil mengajak aku ke belakang rumah. Terus kami mencapai buah-buahan yang pokoknya rendang sekali. Aku makan sepuas-puasnya samnil duduk di atas sebuah pondok kecil. Sekali lagi, seorang sepupuku bertanya,

“Kak in balik lama dok? Tidolah sini. Lame doh kak in dok tido sini…. “

“Kak in cuti ni kejap je..Kak in kene balik. Kene tolong mok long kat kedai…”

“Allah.. tido jelah sini. Esok kak in baliklah!”

Mak pula mencelah,

“lain kalilah kak in tidur deh.. dik da gi lah kutip buah rambutan yang abah kait tu..”

Nak tahu apa jawapan sepupuku yang baru darjah satu ni?

“Gi ah! Malas layan!”

Aku tak tahu nak cakap apa. Kecewa sangat agaknya tu. Sayu hati mendengar permintaan mereka. Bersungguh benar nampaknya hajat mereka.

Petangnya kami nak berangkat pulang, sekali lagi ditanyanya mereka aku tidur sana atau tak.

“Hmmm..maaflah, kak in tido bila nok raya nanti ye.”

Terus mereka masam muka tanda merajuk. Apa boleh aku buat. Aku teringat lagu Hijjaz. Sunnah orang berjuang. “Berjuang ertinya berkorban..”

28 August 2007

Hoooraay.....!


Asyik dengan kesibukan di bumi kampus ni. Baru semalam aku tersedar. “EH AKU DAH NAK BALIK HARI KHAMIS NI? YA ALLAH.. TAK SANGKA!”

Bukanlah aku ni terlalu sibuk, tapi mungkin tidak punyai kesempatan untuk melihat planner yang dulunya sering ku tatap hari-hari(hehe..macam sama maksud je, sinonimnonim..;p. Aku lebih banyak menaip segala amanah yang perlu diselesaikan dalam reminder telefon bimbit sahaja. Mudah dan cepat!

Adik bongsu ku seminggu lebih awal memesan dunkin donut 20biji. Ya Allah, ni makan untuk berapa hari ni dik?

Tak mengapalah. Untuk adik tersayang, apa saja kak in belikan. Tapi kena claim duit dengan mak tau! ;)

Dah hampir 1130 pagi. Aku lebih bersemangat untuk ke kelas minggu ni. Mungkin sebab ni munggu balik. Home sweet home!

Orang kampung, nantikan kepulanganku. Tentu cik embon dan cikmong juga rindu pada aku! Atau mungkin dah tak kenal aku siapa….

04 June 2007

Kadang kala kita bukan diri kita

BETUL TAK?

SEM3 MELABUHKAN TIRAINYA.
Sem 3 sudah sampai ke penghujung. Ini adalah minggu terakhir kelas. Aku ada 2kuiz, 1 presentation. Alhamdulillah untuk presentation kami sepakat nak buat rakaman video. Jadi tak perlulah kami present di hadapan kelas. Hanya tayangkan video yang pelakonnya handal2 belaka. Watak utama? Tentulah bukan aku. Aku hanya menjadi wartawan bagi RBC-REVOLUTION BROADCAST CHANNEL. Job yang paling mudah dalam nak hasilkan video ni. Sebab itulah aku sendiri murah hati nak jadi wartawan. Aku takut aku tak dapat bagi komitmen sepenuhnya andai aku memegang watak lain. Amanah selain pelajar juga banyak yang perlu diuruskan dalam minggu-minggu akhir sem ni. Sesuai dengan kemampuan diri, aku usaha laksanakan sebaik mungkin. Aku tak mahu hanya sekadar melepas batuk di tangga atau di dalam lif. Tak manis dipandang orang. Ya Allah, aku mohon segala amalku adalah ibadah yang diterimaMU…


UCAPAN MAAF BUAT KELUARGAKU
Aku bercadang nak pulang 8hb ni. Bukan apa, mak di kampung sering menelefonku. Namun tidak seperti kebiasaan. Mak telefon sebaik saja mak bangun dari tidur. Biasanya mak telefon jauh-jauh malam. Dalam 1230pagi ke atas. Rindu sangat agaknya. Setiap kali telefon, pasti ditanyanya bila aku balik. Walhal dah berulang kali ku khabarkan. Sah rindu banget sama gue! GUE PUN RINDU SAMA MAK!!!
2 hari lepas, waktu wan telefon, aku beritahu wan yang aku nak balik 8hb. Kepada wan ku pesan agar wan tidak memberitahu sesiapapun. Termasuk mak. Sebab aku nak buat surprise. Wan kata, “iyeke nak balik? ok wan dok kabo..”

Semalam adikku pula telefon. Si bongsu ni paling jarang hubungi aku. Sms pun kaddang..kaddang.. tapi kalau aku ada kat rumah, dialah yang paling banyak bercerita dengan aku. Adakala sampai berebut stesen dengan abang dan mak. Semua nak bercerita. Fequl kata “ awok ni kak in..buat mendelah kabo ke wan tu awok nak buat surprise balik kekgi..wan lepah cakap nge awok, terus gi kabo ke mok awok nok balik…tau doh mok tu anok emas wan..mestilah wan kabo..” Ai, membebel plak adik aku ni.

Malangya aku tak jadi pulang nampak gayanya. Aku ada meeting. Ahli mesyuarat tingkap! So sad..tapi nak buat macam mana. Amanah mesti digalas sebaiknya. Nanti disoal di akhirat kelak. Mulutpun dah terkunci waktu tu..

Mak kata tak apalah kak in...lagipun kak in nak exam. nanti balik langsung tak sentuh buku. Terima kasih mak...maafkan 'Ain sebab tak dapat tolong mak kat kedai....






.I ♥ Khat.





Grab A Button