CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

20 June 2008

Selangkah demi selangkah...

Assalamualaikum geng!…sihat?

Alhamdulillah, sehingga hari ni masih bernafas dalam nikmat ILAHI yang tak terhitung banyaknya… sekarang aku sudahpun berada dirumah. Tiba semalam, jam 3pagi lebih.. terus berjaga sehingga masuk waktu subuh. Buat apa? Aku sembang dengan ‘orang umah’ aku… especially mak yang nampak keletihan bekerja tapi tetap bersengkang mata, abang yang dah semakin hampir nak melangkah ke alam rumahtangga walaupun dia kata macam tak percaya je…(percayalah……), adik yang tetiba buat surprise tiba di rumah setengah jam selepas aku selamat tiba!!(tak lena tidur dalam bas semalam. Abang tu drive laju sungguh! Saat-saat diselekoh, aku rasa macam naik roller coster je! Rasa nak tercampak dari tempat dudukku.tapi roller coster lagi selamat agaknya ebab kita pakai tali pinggang. ni tak...huhu.. apatah lagi aku dibelakang sekali...co..ba..an..) Akuz..Akuz...Main surprise2 plak dia. Buatnya tak ada orang kat rumah, semua balik kampung, baru ternganga depan rumah… mak punyalah bimbang kenapa dia langsung tak jawab panggilan telefon… ada udang disebalik kue tiaw tom yam rupanya.. macam-macam Akuz ni..

Hari ni aku banyak habiskan waktu membantu abang apa yang patut. Bersama-sama dengan adik beradik lelakiku yang lain. Semua memberikan kerjasama yang baik. Semangat lah pullok! Pengarah program, tentulah aku hehe. Bila kerja dah dibahagi-bahagikan, senanglah sikit…mak pula selaku penasihat, tak henti-henti membuat pantauan terhadap perjalanan gerak kerja kami yang tampak tersusun itu:p mak jugalah yang banyak posing disetiap hasil kerja yang ada..ish..ish..ish.. tak boleh nak buat apa dah….

Sekarang 'masa' abang… selangkah lagi untuk dia bergelar ketua keluarga. Aku mohon Allah permudahkan, jauhi dari sebarang yang tidak diingini, berkati, dan berkati…. Moga dalam tempoh singkat yang ada ni, abang dan bakal isteri dapat membina kekuatan dalam diri masing-masing. Dugaan itu lumrah. Nak nasihat lebih-lebihpun, diri belum berpengalaman. Tapi cukuplah dahulu untuk melihat dan meneladani pengalaman berharga orang sekeliling…. inshaAllah, pasti baik mahupun buruk setiap perkara, ada hikmah disebaliknya! Sabar tempuhi ujian, syukur rasai kenikmatan.

Ok, dah mengantuk jiddan. Nak rehat dan kumpul tenaga untuk hari esok pula. Semoga kita semua menjalani kehidupan sementara ini dengan melakukan yang lebih baik pada hari esok! Ameen… Remember HIM always:)

2 comments:

shahril aley said...

dah lama tak jengguk blog ni...
apa khabar?
ingat lagi ke?
abang ko dah nak kawin.
maka tuan empunya blog ni bile lagi?
nak kawin jgn lupe jemput ye

SoalHati said...

shahril aley...
ingat lagi(bila tgk pic hehe)
gurau jer...
nantikan sajalah tuan empunya blog mempamerkan kad jemputan kahwinnya di blog kesayangannya ini...
doakan lah kalau nak cepat2 perkahwinan tersebut berlangsung heheheh
insyaAllah...tak lupa:)


.I ♥ Khat.





Grab A Button