ok, bersambung kembali.
Tentang hospital untuk bersalin tu kan.. Bila dapat tahu petronas ada panel Ing dekat Prince Court Medical Centre, akupun cubalah usha-usha tengok pengalaman orang bersalin di sini. Baca blog blogger lain, masyaAllah, dah macam hotel berbintang bintang! Sangatlah menyelerakan makanannya..permandangan yang menarik, tempat yang ekslusif gitu.. Fikir-fikir balik, time sakit nanti terlayankah semua itu?hehehe.. kak iparpun dah cakap, ai sibuk nak makan je hehe.. Lepas tu tanya juga pendapat-pendapat kawan-kawan dan kakak-kakak yang pernah dan sedang check up dengan PCMC.. Especially kak Nik. Kak Nik ni ibu kepada anak murid aku masa di Smart Reader Kids dulu. Dia dah pindah Bangi. Since aku nak pindah KL tu, kak Nik selalu juga tegur aku kat fb. Dialah yang bersemangat suruh aku call PCMC cepat-cepat untuk cop Dr. Seri dan buat appointment. Aku yang sememangnya tak suka menelefon ni, terus tak ada rasa tersebut hehe. Semangat juga aku call.. ye lah, dah ada peluang bersalin di hospital yang bertaraf 5 star dengan segalanya percuma, kenapa mahu dipersiakan kan? Aku fikir ini rezeki dari Allah yang aku tak pernah jangka pun sebelum ni...
Alkisahnya, kalau nak jumpa Dr. Seri, bulan 12 baru dia free...before that, jadual dia penuh! Amboi...sangatlah pack. Patutlah, she's the only muslimah doc overthere... La...sehebat-hebat PCMC tu sorang je muslimah doc? huhu~ Kesiannya..mesti Dr. Seri tersangatlah super duper busy... Bincang punya bincang dengan nurse PCMC melalui telefon, akhirnya tak dapatlah nak bersalin dan check up di PCMC..sebabnya, masa bulan 12 tu, aku dah 8 bulan. Dr tak ambil dah kalau yang dah dekat nak bersalin ni. Dia nak follow up awal-awal. Kalau nak juga, ada doktor lain tapi non Muslim. Oh, tidak..Its ok, pasti ada hikmahNYAkan. Next time kalau pregnant lagi (inshaAllah hehe), bila tahu pregnant tu terus book appointment dengan Dr. Seri. Dalam 2 3 bulan lepas tu baru dapat jumpa..ni menurut Kak Nik lah:) Aku manalah tahu kami akan berhijrah ke KL kan..Apapun, aku tak kisahlah, aku teruskan pencarian hospital lain pula:))
Researh punya research, ada 2 hospital.. Pusat Perubatan Kohilal dan Pusrawi. Fikir-fikir dengan suami, aku pilih Pusrawi, memandangkan dapat testimoni daripada sahabat-sahabat dan juga parent budak-budak SRK yang dah banyak kali bersalin kat situ. Oklah, aku sms Pusrawi untuk set appointment. Aku tengok website dia, just sms untuk temujanji pertama. Mudah kan? Lepas tu dia reply dan minta kita call direct klinik Dr. Asmah Yon:) Alhamdulillah, dah dapat set appointment 20hb Oktober ni. Kiranya ada dalam 3 minggu lagi masa book appointment tu..
Sekarang ni, apa yang merisaukan aku, Ing card aku tak siap lagi. Suami kata ambil masa 3 minggu. Tapi ni dah sebulan lebih dah..wuhuuuu..ya Allah, aku mohon urusan ini dipermudahkan ya Allah..tolonglah aku ya Allah..
Oh ya, prosedur before pergi Pusrawi ni, aku kena dapatkan surat dari mana-mana klinik panel. Lepas tu baru boleh bawa surat tu ke Pusrawi..Guaranntee letter namanya.. Hurm..semalam masa teman suami pergi klinik panel, dah check Ing, still tak ada nama aku. Kalau tak bolehlah aku terus buat check up dan minta doc buat surat tu nak refer ke Pusrawi.. Tapi tak apalah, bersabar... sekurang-kurangnya aku dah tahu yang klinik panel tu sangat dekat dengan rumah kami:)) Klinik Idzham.
Tak sabarnya nak tengok baby. Kalau duit banyak , rasa nak pergi je scan..tak payah guna panel tu..hehe~ Tapi sekarang kena berjimat, jadi sabar ye wahai diriku.. Baby, membesar elok-elok ye..Ibu ambil masa sikit ni..Harap sangat baby ok aje kat dalam rahim ibu.. ;))
3 comments:
Tahniah Ain..bakal jd ibu dlm waktu terdekat..Insyaallah..Moga dipermudahkan Allah dan semuanya selamat..:)
awak pakai insurance ing ke?
Maaf sy baru perasan komen ni..ye sy guna ing
Post a Comment