Alhamdulillah. Rasa seronok sangat dapat pulang kepangkuan keluarga di Terengganu. Terima kasih banyak-banyak buat suamiku yang berkorban memandu sepanjang perjalanan pergi dan pulang...ditemani aku di sisi yang kebanyakan masa tidur huhu~ Minta maaf..sejak pregnant mudah betul tidur dalam kereta huhu~ cuba bertahan, nak teman suami, namun tersungkur...eh, terbaring jua huhu~
Kami bertolak Khamis malam. Suami dah minta cuti hari Jumaat. Suka sangat. Dapatlah extra sehari di kampung:) Belum sampai lagi suami dah bagi greenlight untuk bersama Esya...siap suruh tidur dengan esya 2 malam..hehe.. suami plak akan ke Setiu, ada PGU:)) Makanya sepanjang balik kampung tu, hari ahad baru jumpa suami..itupun dia busy lagi sampai petang... Aku plak ikut mak balik kampung Wan..nenda tercinta. Tidur sana semalaman. Wanpun happy kami datang. Kami kidnap esya dulu daripada papa & mama dia hehe~ Papa mamanya busy, jadi ambil esya dululah bawa balik kampung. Esya plak bila nampak makngah, suka sangat dia. Dia macam terkejut juga mula-mula. Maklumlah, ada dalam 3 minggu tak bersua..hanya mendengar suara hampir saban hari:) Masuk kereta tu, diciumnya aku sana sini.. bukan muka saja.. hehe.. begitulah budak-budak kan.. Nak nyatakan rasa rindu.. terharu aku. Mak kata "esya padan peluk ngan makngah jelah... "hehe~
Hari Sabtu plak tidur rumah abang di Kemaman..again, bersama esya for the whole day. Walaupun sedikit penat sebab kebiasaannya akan tidur sekejap belah siang, tapi demi esya..kugagahi jua. hehe. Esya plak sangatlah banyak cakap..soalannya macam-macam.. memang kena layan dan jawab dengan betul. Kalau main reka je, nanti benda tulah yang dia percaya dan belajar.. Budak-budak masa ni kan cepat belajar :)
Lama tak jumpa Esya ni, bila jumpa, rasa banyak perkara dah berubah.. esya dah makin 'matang'. Tak ada mood nak marah je macam dulu. Serius, ada satu ketika tu dia asyik nak mengamuk, marah, merajuk, jeling situ sini, tak tahu punca..hehe. Kali ni lain benar. Suka sangat. Ikut makngah solat, ambil wuduk, baca doa, salam, cium.. lepas tu ajak baca buku.. ajak mandi..nak gosok gigi sentiasa.. suka pakai baju kelawar yang kanak-kanak tu. Sangatlah sopan. Sampai 2 kali poopoo pun tetap nak pakai baju kelawar tu jugak. hahah kelakar sungguh..
Hari ahad, kami balik kemasik.. kami angkut Esya sekali. Dia memang nak ikut.. asyik tanya bila nak balik kemasik..bila nak balik kemasik.. Mujur mama esya bagi. Papa macam berat hati tapi dah janji malam akan hantar..yelah, kamipun malam tu dah nak bertolak ke KL:))
Dalam 11pm kami berangkat ke KL. Hantar Esya dulu di kemaman.. papa mama dah banyak kali sms tanya bila esya nak balik. hehehe~ maafkan kami..hujan lebatlah papa mama.. Pakngah plak mengantuk. Bagi dia rest betuk-betul dulu. Alhamdulillah, segalanya dilindungi Allah..Syukur ya Allah..
Terima kasih mak, ayoh, papa mama esya dan fequl..walaupun dapat bersama seketika je, especially adik bongsuku Fequl,tapi alhamdulillah, rindu terubat sikit.. Kita jumpa aidiladha ni plak ye, InshaAllah..aameen
Oh ya, terima kasih banyak-banyak juga buat kak iparku sebab hadiahkan pavlova yang sangat besar..hehe~ kalau beli mahu bayar RM100lebih tu :) tqsm :))
Terima kasih mak, ayoh, papa mama esya dan fequl..walaupun dapat bersama seketika je, especially adik bongsuku Fequl,tapi alhamdulillah, rindu terubat sikit.. Kita jumpa aidiladha ni plak ye, InshaAllah..aameen
Oh ya, terima kasih banyak-banyak juga buat kak iparku sebab hadiahkan pavlova yang sangat besar..hehe~ kalau beli mahu bayar RM100lebih tu :) tqsm :))
No comments:
Post a Comment