CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

03 October 2012

25 minggu


Tak dapat tidur plak sekarang ni walaupun sedikit mengantuk. Lately selalu tidur awal walaupun aku bukanlah harus ke tempat kerja esok pagi. Tapi aku juga kena berpagi-pagi . sediakan baju suami, sediakan breakfast..dan layan suami sampailah suami bertolak keluar dari rumah J berusaha menjadi pendamping yang baik sepanjang dia berada di sisi.. inshaAllah.

Alhamdulillah, kandunganku hari ni mencecah 24minggu 5 hari. Maksudnya sudah 6 bulan 1 minggu lebih kurangJ Alhamdulillah, masuk 6 bulan ni, aku rasa lebih bertenanga sikit berbanding start 3 bulan hinggalah 5bulan tu. Cuma weekend baru ni je demam sikit dan lenguh satu badan yang amat..dapat rest sehari semalam, Alhamdulillah demam kebah.. sekarang tinggal selsema aje. Lenguh-lenguhpun dah kurang terasa melainkan kalau berdiri lama atau duduk lama. Maksudnya, kena sentiasa bergeraklahJ jalan laju-laju sangatpun tak boleh..semput dan lenguh sangat.. kena koho-koho orang Terengganu kata hehe…

Setakat ni baru sekali pergi scan..ya Allah.. rindu betul nak tengok baby. Nak tahu kedudukannya ok ke tak..air ketubannya cukup ke tak.. tumbesaran dan beratnya ok ke tak..nak tahu semualah! Alhamdulillah juga misi untuk memilih klinik/hospital untuk buat monthly check up dan bersalin dah hamper selesai. Tadi dah dapat kata putus setelah berbincang dengan suami. Sebelum nak bincang tu pun aku dah sediakan sedikit ‘slide’ yang penuh dengan info untuk  suamiku baca hehe. 

Bukan apa, kadang-kadang lelaki ni tak boleh  focus banyak perkara dalam satu masa. Apatah lagi kalau kita bercakap, mungkin fikirannya mudah ke laut hehehe(jangan marah aa…). Jadi aku buatlah ala-ala peta minda..yang penuh warna warni, letak segala info yang aku dapat, dan highlight mana yang patut.. tunggu suami relax… dah settle kerja dia(seperti makan, menonton berita, cek2 emel/webs yang dia biasa layari setiap hari) then baru aku bentangkan slide tu.. bagi suami baca sorang-sorang..Lepas tu baru kita start discuss J Berkesan teknik ni…hehehehe Alhamdulillah.
To be continue ;)



No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button