CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

01 October 2012

Jalan-jalan sampai lenguh :P

Assalamualaikum. dengan ini aku nak update ke mana aku dah berjalan sepanjang seminggu dua ni haha..Kuatnya berjalan duk KL ni. Sampai aku cakap kat suami, macam la esok dah tak duk KL dah :P

Khamis 27hb
Kami pergi Wangsa Walk. Sangatlah dekat dengan rumah kami. 10 minit aje:) Aku suka wangsa walk sebab macam-macam ada. Antara tempat/kedai yang aku suka: ada romantika hehe, ada tempat karaoke, cinema, kedai-kedai phone and pc yang banyak(tak perlu pergi low yat:P ), kedai baby, POPULAR! ha...jadi sangat sukalah! Dah cakap kat abang bila-bila nak datang lepak sini aje. JJ Wangsa Maju dah jatuh no 2 3 4 haha..

Pergi Wangsa Walk tu plan nak tengok wayang. UNTUK 3 HARI. Cerita ni sesuai untuk orang yang dah kahwin lah bagi aku..kalau belum kahwin tu macam malu-malu aje nak tengok hehe~ sebab banyak perkara-perkara lucu melibatkan suami isteri. Kami pergi sekadar hiburan...plus aku peminat afdlin syauki dari dulu lagi hehehe~Lepas tu memang suka juga pasangan Vee dan Shidi

Jumaat 28hb
Jumaat pergi mana ye... erm..ha, duduk rumah je. Abang aje keluar pergi gym. Hari tu dia pergi gym, tapi dia hantar aku dulu kat JJ..suruh jalan-jalan sana. Tapi kali ni nak rehatlah.. :) Badanku sudah suam-suam kuku..nak demam..huhuhuh~

Sabtu 29hb
Kami pergi Fahrenheit. Adik ipar duk sebuat-sebut sangat. Aku sangat berat hati nak pergi sebab malam dan pagi tu aku masih demam. Depa kata nak pergi petang-petang sikit. Aku tidur pagi tu mengumpul tenaga dan bagi hilang lenguh-lenguh yang menjalar dalam tubuh ini..Huhu..sangat lenguh! Sampai abang kena ururt agak lama..kesian juga kat abang..tapi pada siapa lagi yang dapat kuharapkan untuk menolongku :P Lepas zohor tu rasa ok sikit.. Demam dah kebah cuma tinggal selsema dan lenguh-lenguh sikit. Kesian juga tengok abang semangat nak jalan-jalan. Ikut jelah, anggap ia satu exercise. Lepas pergi Fahrenheit (yang aku tak berapa suka dan membosankan itu), kami pergi Pavillion plak..Masa kat sini kami solat maghrib dan enjoy dinner aje..tak round sangat walaupun ada kedai yang menarik..Tapi disebabkan saya sudah lenguh, ayuh pulang semua! hehe~

Rupa-rupanya tak pulang lagi. Kami ke Laman Santai Istana Budaya plak. Masa tu ada Maya bunga-bunga matahari duk jadi mc sementara..menggantikan Salima AF yang otw. Hurm..ok lah, duduk-duduk..tengok orang buat persembahan santai-santai ok juga. Layan~~ :) Tak sangka plak artis yang datang malam tu Zainal Abidin, JayJay.. memanglah best :) 11pm, kami pun bertolak pulang ke rumah..

Ahad 30hb
Ada kenduri saudara abang dekat Shah Alam. Moh le kite. Pergi dalam pukul 11.30pagi. Sampai kenduri tu, tak sangka sungguh dapat jumpa dengan DR MARIAH! Excited sangat..rasa nak bergambar, tapi kamera canggih bebenor huhu~ lepas tu diapun tengah makan dan orang sangat ramai..jadi kami berbual hanya seketika. Okla kan, melepaskan rindu selaku bodyguard/PA beliau masa PRU yang lepas ;))

Lepas kenduri, singgah rumah adik ipar yang duduk area situ juga. Jalan Kebun. Solat zohor, rehat-rehat, kami menuju ke Putrajaya :)) Saya suka! Sebab tak menyesakkan dada macam area pavillion tu heheh~ Mulanya abang ajak pergi Sunway Pyramid, tapi dapat rasa mesti sangat ramai orang dan bersesak-sesak juga.. rasa nak pergi tempat nature gitu.. Bila abang cakap Putrajaya, terus setuju..haha..sekarang ni nak pergi mana-mana kena tanya mak buyong dulu yep :P Terima kasih kerana menghargai patik. hehe~ Sampai sana pergi Alamanda dulu sebab cuaca agak panas..petang sikit baru pergi tasik.. Kami pulang ke rumah dalam jam 10.30malam

Begitulah kisah beberapa hari ni aku di sini..Sebenarnya minggu sebelum ni pun sangat aktif ke hulu ke hilir. cakap kat abang,
"kita ni asal malam je keluar..macam kupu-kupu malam je"
"bukan kupu-kupu malam..kupu-kupu gemuk!"
hahaha sakit perut aku abang cakap macam tu.

Pavillion
Masa di Putrajaya tak sempat bergambar sebab rushing balik Shah Alam untuk solat maghrib. Tak apa, lepas ni kita datang sini lagi ye abang..Ambil gambar cantik-cantik :)

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button