Sedihnya hari-hari yang aku lalui akhir-akhir ini. kalau tengok pada catatanku, sudah lama terbiar... bukan tak jenguk blog. Kerap sebenarnya.. tapi nak berkongsi, jauh sekali perasaan tu. Kebiasaanya aku akan menceritakan dan meluahkan kegembiraan aku di sini, tapi sekarang..... perasaan sedih, tertekan, pilu..itu mengatasi kenangan-kenangan manis yang menerpa dalam hidup. Entahlah, aku tak mahu berkongsi di sini kerana terlalu peribadi. Namun cukup aku katakan, aku sangat tertekan dengan situasi yang melanda. Aku buntu untuk cari penyelesaiannya. Aku menangis. Semahu hatiku. Lega seketika. Esok-esoknya, aku menangis lagi.. Allah..tunjukkan aku jalan yang diredhaiMU.. Kuatkan aku hadapi musibah ini...
.Tetamu Istimewa.
Showing posts with label pengalaman pahit. Show all posts
Showing posts with label pengalaman pahit. Show all posts
11 January 2012
23 November 2011
moga semalam menjadi permulaan perubahan
assalamualaikum.
semalam yang sungguh menyentuh hati dan perasaanku. sadis dan pilu. namun aku harus terima qada dan qadar ilahi. aku haru redha dan psrah. semua itu demi kebaikan juga. demi yang terbaik buatnya. allah..syukur ya allah.. terima kasih ya allah..berterusanlah melindungi kami dan menunjukkan kami jalan yang benar dan diredhai. anugerahkan kami hidayah dan hati yang bersih.. agar dapat kami lalui dugaan dunia dengan penuh iman dan taqwa. aameen..
mengharapkan suatu masa nanti.cahaya yang dihajati akan terus bersinar dan menerangi kehidupan..
Labels:
luahan rasa hati,
pengalaman pahit
08 November 2011
Korban sungguh-sungguh.
banyaknya ujian allah untukku sekeluarga. hari raya haji...hari raya korban..namun rasa benar benar berkorban dan terkorban. sedihnya ya allah.. bantulah kami ya allah.. cekalkan hati kami.. pimpinlah kami menempuhi dugaan yang maha berat ini..
Labels:
pengalaman pahit
29 July 2011
Tak sepatutnya aku mengeluh...
Agaknya hari ni memang hari sedih aku. Sedih sangat sangat sangat. Tegah tidur semalam tba-tiba terjaga sebab ada sesuatu berlaku. Jam 3pagi masa tu. Allah...berlaku lagi, detik hatiku.. Sedih sangat hanya Allah yang tahu..sehingga aku tertaya-tanya sampai bilakah keadaan ini akan terjadi.....Allah, ampunkan aku. Kau berilah aku kekuatan dan kebijaksanaan menghadapi ujian seperti ini...Aku sedih ya Allah... Hanya padaMU aku mengadu....(T-T)
Labels:
pengalaman pahit
14 May 2011
Sekuat kesabaran
Seingat aku, kali terakhir aku kena tumbuk dan dibelasah, masa zaman aku kecik2 dulu. Bergaduh adik beradik. Biasalah tu masa tu. Tapi tadi baru je aku kena tumbuk diwajah 2 kali..lalu ditolak hingga jatuh ke lantai.. Terduduk aku. Sedih. Semua ini ujian untuk aku. Banyaknya dosa aku yang lalu. Moga ujian sebegini menghapuskan dosa2 lalu dengan sekuat kesabaran yang aku kumpulkan.. Allah........
Labels:
pengalaman pahit
11 April 2011
:(
Kerasnya mata malam ni... tak dapat tidur dari tadi. Hurm..dah pukul 2.10pagi. Esok kerja.. Mungkin sebab terkenang-kenangkan Esya kot..huhuhu~ Sedih sangat dia terjatuh petang tadi. Aku menyaksikannya...sangat sakit kurasakan..benjol dahi Esya..huhu~ Harap2 tak ada effect apa-apa..Dah la Esya memang tengah demam...sedihnya..Allah lindungi Esya...♥
Labels:
pengalaman pahit
30 December 2010
OT I
Assalamualaikum..
Alhamdulillah, hari ni dah masuk seminggu selepas aku operation. Rasa kurang sikit sakit nak menelan. Tadipun mak dah bagi greenlight untuk makan nasi..Selama seminggu ni makan bubur je. Semalam je aku buat kue tiaw goreng kosong (kosong sebab tambah bawang, kicap dan secubit garam je). Dah boring makan bubur..Alhamdulillah boleh makan daripada tak boleh makan langsungkan..:P
Nak kongsilah juga pengalaman detik detik nak operate tu. Huhu I really hope that this is the first and last!!! Aaameen. Memanglah last kan, tonsil mana ada tumbuh2 lagi hehe..tapi maksud aku last untuk tidak menjalani operation2 lagi..Cukuplah! Tak nak! Tak nak! Tapi dah berfamily esok esok, mesti kena masuk OT gak kan kalau nak bersalin kui kui kui.
Ok, alkisahnya...
Rabu 3.00pm
Aku bertolak ke Kuantan bersama Abah tercinta. Ambil Wan dulu kat kampung. Sempat aku jamah sesenduk nasi dan beberapa suap sura..Perrrggghh sedapnya sura. Dapat gak makan. Lepasni kena pantang dah! Memang pagi tupun makan roti je. Sampai KHS dalam 5pm lebih. Abah uruskan. Aku menanti je dengan Wan.. Hati tak ada perasaan apa-apa. NAK BALIK! huhuhu~ Dalam 5.30, abah dah nak pulang. Ada urusan katanya. Aku peluk cium Abah. Ingatkan abah akan hantar kami sampai wad... Akupun melepaklah kat situ tunggu nurse panggil utnuk masuk wad. Lamalah juga. Ada dekat sejam! Huhu~
Wad 216-5. Bilik untuk 5 orang pesakit. Malam tu ada 3orang je pesakit kat situ. Kami request untuk duduk bilik seorang, tapi kena tunggu turn. Bilik penuh. Tapi tengok bilik 5 orang tupun dah selesa sangat..Toilet 3 4 langkah je. Senang Wan yang tak berapa sihat nak ulang alik toilet. Malam tu pening-pening sikit. Pening naik kereta kot. Setiap kali ulang alik Kuantan mesti pening:( Lepas Isya' rasa boring amat. Tv pun tak ada. Nak lepak2 tengok tv kat bawah, kesian plak Wan sakit lutut. Lapar. Terus turun jugak nak beli dinner kami berdua. Tengok-tengok kedai dalam KHS tu dah tutup since maghrib. Huhu sangat sedih! Lapar...Mujur ada kiosk dalam tu. Belilah roti...sob..sob...Sedih bukan apa, esok tu kan dah nak kena bedah dan akan berpantang, sekali malam tu makan roti je. Kecewa. :P Aku layan juga felt malam tu. Bawa sikit2 je..11pm dah tidur dah. Berdua dengan Wan diatas katil single hospital;)
Khamis 8pagi
Nurse datang cek tekanan darah. Depa bagi baju yang kena pakai masa operation. Hodohnya...Macam jubah apa je..kui3. Aku pakai terbalik! kah kah. Nurse kata dalam 8.30 kena get ready dah.
9.45pagi
Mereka datang! To be continued!
Labels:
nikmat sihat,
pengalaman pahit
25 December 2010
Day 3
Assalamualaikum....
Alhamdulillah, ni dah masuk hari ke3 since aku kena operate tonsilitis. Allah...sakit rupanya... Tapi macam bos aku cakap, mana ada orang operate tak sakit..semua sakit.. Cuma aku tak gambarkanlah sakitnya macam tu sekali. Kalau sakit beranak, entah macam mana pula ye....huhu takut.. Aku nak cerita detail pasal operaton tu, tapi terpaksa tangguh dulu. Jari jemari dah terasa letih ni..huhuhu. Doakan aku cepat sembuh ya. Hari ni kuat plak batuk..Sakit sangat sekali batuk tu..:(( Sabar...sabar.. Ujian tanda Allah sayang dan kafarah dosa... Aameen♥
Labels:
nikmat sihat,
pengalaman pahit
01 November 2010
Rezeki...datanglah yang berkat:)
Assalamualaikum geng-geng semua? Apa khabar?
Whoooaaa...lama majnun aku tak update blog. Laptop mak aku still problem network. Dah hantar kedai, katanya kalau repair semua sekali, sekali dengan mother boad rosak, ada dalam 700! Huhuhu~ tersangatla kering sekarang ni..
Baru ni plak Kassim Selamat aku dilanggar lari. Dalam hati Tuhan saja yang tahu betapa remuknya hatiku tatkala melihat Kassim tertoreh panjang sekali.. Lepas tu siap kemek 2 pintu. Aku parking elok elok je..Siap ada 2 parking kosong kat tepi..macam mana la dia masuk parking...betapa 'celo bolo'nya pemandu lelaki itu! Betapa teruknya sebab dia lari dari mengakui kesilapan!!! Huhuhu~ Ya Allah....Dah doa banyak2 dah selaku hamba yang dizalimi :(( Abah kata nak repair tu kena dalam 300-400..:( Hold dululah..
Bulan ni juga bulan service kereta..Ai, nak repair lagi, nak service lagi..I'm broke! :(( Allah, murahkan rezeki aku dengan rezeki yang berkat. Aameen..
Oklah, sampai di sini je dulu ya. Ni menumpang online di rumah Acu Srikandi:) Lepasni nak ke Paka dengannya. Nak beli sikit lagi barang2 untuk Concert & Graduation Day SRK :) Dekat dah..hari sabtu depan. 13 November 2010. Semoa Allah permudahkan urusan..Sekarang ni mengajarpun sampai 10pagi je. Rehat hal an hour. Lepas tu berjoget je kerjanya :P Haha..tak lah berjoget je, ada nasyid, tarian melayu cina india, lakonan, sajak, dan macam-macam lagi:) Aku seronok handle semua tu dengan teachers di SRK:))
Labels:
luahan rasa hati,
mencari nafkah,
pengalaman pahit
03 September 2010
Nur Afrina Qalesya 9 Months
Assalamualaikum wbt kawan-kawan..Apa khabar? Harap semua dikurnikan kesihatan yang baik dan hati yang tenang.
Aku baru je selesai buat puding ni. Nak jual esok. InshaAllah, biasanya kalau hari Jumaat, customer ramai sikit sebab kedai lain banyak tutup. Apatah lagi dah mula cuti sekolah dan seminggu lagi Ramadhan berbaki..:(( Maksudnya seminggu lagi Syawal menyusul. Biasa ramai customer. InshaAllah, laku jualan nanti. Aameen.
Tak rasa sangat nak cakap soal raya. Raya kali nipun macam tak confirm balik kampung ke tak. Macam-macam berlaku sejak bulan April yang lalu. Keadaan masih berlarutan hingga detik ini. Mak akupun lagilah tak bersemangat nak menyambut Syawal. Tak seperti tahun-tahun yang sudah. Aku pasrah. Andaikata memang tak pulang ke kampung, sebab itu keputusan yang terbaik, aku pasrah. Aku terima. Hidup tak selalunya indah. Raya juga tak selalunya bahagia dan ceria. Allah....bahagiakanlah aku sekalipun diuji begini. Berilah ketabahan dan ketenangan untuk terus melalui dugaan ini.
Cukuplah berbicara soal tu. Oh ya, aku tadi buat 2 jenis puding. 1 yang dah biasa buat; puding koktel. 1 lagi baru try buat. Puding Honey Dew. Mak kata sedap juga. Kalau mak kata sedap tu maknanya 'pass' la tu:) 3 hari lepas ada buat puding mangga. Juga habis dijual. Alhamdulillah. Sebenarnya suka buat puding sebab mudah dan simple. Kalau dah selalu buat, 15-20minit dah siap dah. Mangga dengan honey dew tu aku baru je reka:) Tak sangka sedap juga. Tapi aku rasa semulut je. Entahlah, memang tak suka makan masakan sendiri. Kurus la kalau duduk sendiri nanti kui kui kui.
Tadi Esya singgah kejap dengan papa mamanya(of course la kan, mana mungkin Esya 9bulan tu datang sendiri hehe). Sempatlah snap beberapa keping gambar. Pakaikan Esya dengan tudung syria yang Amal Athirah punya. Cantikla pulak!!!♥ Tapi memerlukan usaha yang jitu juga tadi sebab Esya sekarang dah semakin aktif. Dah pandai tarik-tarik tudung / apa-apa hiasa yang kami 'sangkut' kat rambut dia:) Kalau dulu dia 'diam' je. Pasrah. hehehe
Lihatlah, bukan mudah untuk bergambar dengannya sekarang..aktif. aktif. aktif:))
31 July 2010
D.O.A
Assalamualaikum.
Something bad happen again... Allah. Hanya kepadaMU aku mohon kekuatan hati dan perasaan untuk menghadapi situasi2 yang kritikal ini. Ketidakstabilan emosi bila2 masa sahaja mudah terjadi. Saat perasaan marah datang, aku cepat berundur. Ambil wudhuk dan menunaikan solat. Allah....betapa aku terasa berat dengan ujian2 sebegini...Aku mohon agar ujian sebegini pantas berakhir:( Aameen Ya Allah. Aameen....Maafkan aku kawan2 kerana aku tak berterus terang di sini. Setiap daripada kita pasti ada kisah yang amat sulit untuk dikongsikan. Tapi meluahkan sebegini cukuplah untuk mengharapkan doa2 mustajab dari kawan2 agar Allah beri aku ketabahan. Terima kasih kawan2 (T-T)
**********
"Berpenat lelahlah kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kepayahan. Jangan berduka cita kerana hidup ini meletihkan,sebab demikianlah hidup ini diciptakan "
-Imam Syafie-
Labels:
luahan rasa hati,
pengalaman pahit
29 July 2010
Terguris
Assalamualaikum..
Kawan2 apa khabar? Aku? Masih belum pulih demam, batuk dan selsema.. Ubat sudah hampir habis. Ubat demam totally habis! Entahlah, macam pelik sikit kali ni. Aku dapat sejenis ubat batuk yang tak pernah dapatpun sebelum ni. Tapi dah doktor bagi, kita ambil jelah kan.. Bila balik rumah, belek2.. Dia ada tulis tidak sesuai untuk kanak-kanak berumur 2tahun ke bawah, sesuai untuk 2-6tahun. Aik? Kalau 25tahun macam mana? Tapi sebab tu doktor dah bagi, jadi makan aje. Biasanya lepas makan mesti rasa lega sikitkan? Tapi ni tak pun..Malahan makin teruk batuk aku. Entahlah, mungkin memang badan dah tak berapa nak imune huhuhu~ Tapi mungkinkah doktor tersalah ubat?? Wallahu'alam.. Sabtu ni kalau tak kurang sakit aku ni, abah suruh pergi klinik lain. Klinik yang aku pergi hari tu klinik yang paling dekat dengan rumah aku. Senang. Kebetulan masa tu memang tak larat sungguh nak pergi klinik jauh2... Tapi ujian sakitni, apalah sangat nak dibandingkan dengan ujian2 orang terdahulukan? Jadi bersabar sajalah. Namun kena ingat, Allah bagi ujian bukan untuk kita merelakannya semata2 tanpa ikhtiar. Kita mesti buat sesuatu untuk menghadapi dan mengatasinya disamping....DOA SEPENUH PENGHARAPAN KEBADA ALLAH!:)
Actually... ada something happen petang tadi. Tapi sangatlah tak elok untuk diceritakan di sini. Tapi aku tulis ni, sekadar meluahkanlah.. Aku rasa tak berdaya nak pendam seorang diri. Siang tadi memang dah 'hujan' seketika. Sekejap je. Entahlah, mungkin sebab dah selalu sangat berendam air mata lately, so dah 'kering' air mata dah.. Aku memang terguris sungguh dengan kata2 seseorang petang tadi. Aku tak pernah terfikir orang akan kata macam tu dan kata2 tu dikeluarkan oleh orang tu. Sungguh!Pedih sekali... Tapi selepas beberapa titis 'air hujan' tu, aku pujuk diri. Aku fikir buat apalah aku nak bazirkan air mata dengan perkara yang sia-sia...:(( Allah, tabahkan hati aku. Berikanlah hidayahMU pada orang yang mengguriskan perasaanku....
Labels:
mencari nafkah,
nikmat sihat,
pengalaman pahit
19 June 2010
Mencari bahagia dalam diduga
Assalamualaikum..
Innalillah.. dah 92 hari aku tak update blog. Tak sangka begitu lama. Tak pernah2 buat 'perangai' macam ni :( Maafkan aku 'SoalHati'. Serasa seakan menzalimi 'SoalHati'. Menzalimi juga pengunjung2 yang datang selama ini. Kuharap ada manfaatnya sedikit pada entry2 yang telah lalu. Selama ini bila melihat sahabat2 lama tidak meng'update' blog, terfikir juga.."boleh plak dorang ni tak update lama2 macam tu.." Hairan. Rupa2 nya aku sendiripun 'boleh buat' macam tu huhuhu~
Sebenarnya kondisi aku mulai bulan April lalu, memang tidak stabil. Mulai dari bulan tersebut, rasa untuk mengupdate blog seperti selalu hilang begitu sahaja. Online pun sama. Eantahlah, sukar untuk kuhadapi saat2 tegang seperti itu. Tak sangka pula perkara ini berlarutan hingga kini. Allahu akbar.. Sudah tak tertanggung rasanya. Tapi aku selalu ingat ayat Allah: "Allah tak bebankan manusia melainkan sesuai dengan kemampuannya". Aku sendiri rasa tak mampu, tapi keyakinan bahawa Allah tahu aku mampu itulah yang memberi kekuatan pada aku. Terus dan terus melaluinya tanpa jemu ikhtiar dan doa.
Aku yakin, keadaan ini tidak akan selamanya. Pasti suatu hari nanti semuanya kembali pulih dan normal. Cuma untuk kembali seperti sedia kala itulah yang mengambil masa agak lama nampaknya.. Allah, sabarkan aku..:(
Tiada seorang mu'min yang ditimpa oleh lelah atau penyakit, risau fikiran atau sedih hati, sekalipun jika terkena duri, melainkan semua penderitaan itu akan dijadikan penebus dosanya oleh Allah (H.R. Bukhari-Muslim)
Labels:
luahan rasa hati,
pengalaman pahit
06 February 2010
Erase
Assalamualaikum
Sehari dua ni, ada beberapa perkara berlaku. Kesemuanya agak menguji kestabilan emosi. Entahlah, aku sensitif sangat ke? Ke sebab fizikal yang penat menyebabkan wajah serius, mulut muncung dan tak larat nak senyum? Atau sememangnya perkara2 itu mengundang kemarahan dalam hati? Huhuhu maafkan aku kalau keadaanku ini memberi kesan negatif kepada insan-insan sekeliling. Bukan 'kalau' lagi, memang terkesanpun..:(
Bila sesuatu berlaku, aku usaha positifkan pemikiran. Apa saja yang berlaku, aku usaha hadapi dengan senyuman. Namun, tak segalanya begitu mudah untuk senyum sepanjang masa. Apatah lagi apabila melibatkan certain issues yang agak sensitif. Mahu juga naik angin kadang-kadang. Tapi tidaklah sampai tahap bertindak diluar kawalan. Membebel seorang diri tu ada lah..Tapi sekejap je. Then back to normal.
Kalau zaman primary & secondary school dulu, memang pendam je apa saja masalah yang berlaku. Tak kira sebesar dinasour atau sekecil zarah. Sampai satu tahap, diri tak boleh nak 'terima' dah semua tu, lalu meletup! KEBABOOOOMMM! Sangat teruk natijah yang aku terima. Pahit untuk dikenangkan..... Sebab tulah sekarang bila ada problem, aku kena luahkan. Paling mudah aku luah kat blog tercinta ni. Jadi padan muka 'korang' yang sanggup baca blog aku ni (hahaha). Lepas luah kat sini atau di mana-mana yang sesuai (pada Allah lah tempat selayaknya..(T-T) ), aku cubalah lupakan apa yang telah berlaku. Pastinya yang pahit la kan nak erase cepat2..yang manis tu ku semat2 dalam qolbu ni.
Oklah, nak tidur dah. Merepek semacam je ni... Esok plan nak pergi MM. Nak berchit chat dengan Izzah Ulfah. Tapi tadi Wan cakap Wan nak ikut, Wan nak pergi bank. Takkan Wan nak join kami kot....hehe~ Nampaknya kena setelkan hal Wan dululah. Hantar Wan balik then pergi semula. Mujurlah MM tu depan rumah je:)
Oh ya, nak ucap terima kasih kat dia ni. Selalu ajak aku untuk selangkah mendekatiNYA :(. Alhamdulillah, tadi dapat juga attend majlis ilmu kat Kemaman. Walaupun dengar tazkirah tu dalam 40minit je, tapi alhamdulillah, aku rasa syukur sangat dapat attend. Allah tak tanya berapa lama kan? Allah tanya apa aku dah buat dengan pengisian2 yang aku dapat tu..InshaAllah, nanti kalau dapat attend lagi, aku nak kongsikan. Kali ni belum lagi, sebab tadi tak catat apa pun, dengar je..hehe (alasan) :) Yela yela, nanti aku rujuk syllibus tu dan kongsikan di sini yep! Sekarang dah mengantuklah...
Sebelum berundur, aku nak kata sesuatu.....
Tu je pun...hehe~ Bubye geng!
Oh ya, nak ucap terima kasih kat dia ni. Selalu ajak aku untuk selangkah mendekatiNYA :(. Alhamdulillah, tadi dapat juga attend majlis ilmu kat Kemaman. Walaupun dengar tazkirah tu dalam 40minit je, tapi alhamdulillah, aku rasa syukur sangat dapat attend. Allah tak tanya berapa lama kan? Allah tanya apa aku dah buat dengan pengisian2 yang aku dapat tu..InshaAllah, nanti kalau dapat attend lagi, aku nak kongsikan. Kali ni belum lagi, sebab tadi tak catat apa pun, dengar je..hehe (alasan) :) Yela yela, nanti aku rujuk syllibus tu dan kongsikan di sini yep! Sekarang dah mengantuklah...
Sebelum berundur, aku nak kata sesuatu.....
I REALLY LOVE MY NEW LAYOUT! ITS' VERY FLEXIBLE! =)
Tu je pun...hehe~ Bubye geng!
Labels:
pengalaman manis,
pengalaman pahit
01 January 2010
The End of 2009
2009 dah melabuhkan tirainya.. Apa yang dah aku buat sepanjang tahun ni? Actually aku biasanya muhasabah tahunan ni bila masuk birthday aku. Azam setiap tahun juga aku pasakkan bila tiba birthday aku. Bila? Cek sendiri (hehehehe). Jadi untuk usia 24tahun ni, banyak jugalah perkara yang berlaku & telah selamat aku lalui. Dengan izinNYA. Kali ni tak nak tunggu masuk 25lah, nak catat dulu manis pahit masam kelat sepanjang 2009:)
- Tahun ni aku beli sebuah motor senyap2. Tanpa pengetahuan mak. Tapi dengan keizinan & sokongan penuh dari abah! Hahah.. aku beli jugak walaupun masa tu aku dah final year & final sem! Tapi dek masalah kesihatan yang melanda, aku tekad nak guna motor juga. Mudah nak ke kelas(kononnya la..padahal asyik keluar kampus je dengan si AEY 4880 itu kih3). Siap bonceng kawan2 lagi walaupun baru lesen L. Alhamdulillah, tak pernah kena saman:P Ha, motor tu aku beli dari suami Puan Zaiti :P 3rd hand dah sebenarnya. Tapi ok la kan..asal boleh gerak.
- Aku gembira sangat bila dapat gather ahli keluarga semua untuk hadir my convocation ceremony! Tak tahu kenapa, sangat manis dirasakan! Alhamdulillah!
- Dapat pengalaman interview. 1st interview sangat berdebar2 sampai tumit kasut tercabut! hahaha.. memang dah burukla kasut tu. Tapi pengalaman pertama tu benar2 mematangkan diri. Lepas tu attend interview2 lain, ok dah..tak se'nervous' dulu dah..
- Dapat pengalaman kerja. Kerja satu bidang je: PENDIDIK. Tapi berlainan tempat, anak murid dan suasana kerja. Memang pengalaman yang tak dapat dilupakan sungguh! Gaji pertama kerja, aku belanja orang umah & bagi hadiah setiap sorang:) Seronok sangat dapat gembirakan orang. Paling best bila dapat bagi mak abah sampul yang berisi 'nafkah' kepada ibu bapa huhu~
- Tahun ni juga satu persoalan yang dah ku nanti jawapannya selama 7tahun, telah terjawab. Aku bersyukur kepada Allah. Penantian tanpa kepastian itu telah berakhir. Aku tak perlu memikirkannya lagi dan boleh maju ke hadapan dengan hati yang sungguh tenang. Terima kasih buat insan2 yang telah membantu;)
- Ramai juga sahabat2 mendirikan rumahtangga tahun ini. Yang ni memang kenangan manis, tapi dalam manis2 tu, ada rasa kelat sedikit. Entahlah..Mungkin sebab terasa 'kehilangan' sedikit setelah sahabat2 berumahtangga ni. Sudah ada kehidupan sendiri yang menuntut mereka lebih fokus pada urusan rumahtangga. Tapi nak buat macam mana kan..begitulah aturan kehidupan. 'Alyaa, Aishah... sampai hati kahwin awal :P
- Oh ya, aku dah jadi Mak Ngah!:) Tapi pak ngah mana? hahahaha kalau mak baca ni mesti mak kata 'galoknye kak in!'. Alhamdulillah, kehadiran Nur Afrina Qalesya benar2 mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kami:)
- Aku juga ada sahabat baru tahun ni. Si Kassim Selamat namanya. Sentiasa bersama tatkala aku mahu ke mana saja;) Alhamdulillah. Tapi 'se eh' goklah nak bayar bulan2. huhu~
Tapi mak kata tak apa, ni keperluan, bukan kehendak atau kemahuan semata.
- Finally......erm...ada satu lagi. Tapi biarlah dulu. Have to stop here:)
Alhamdulillah. Tahun 2009 memang ada turun naiknya. Alhamdulillah Allah bimbing dan lindungi hambaNYA yang hina dan penuh dosa ni untuk terus menjalani kehidupan fana ni. Moga2 apa yang buruk, tidak lagi aku ulangi pada masa kini dan akan datang. Allah, lindungi aku. Lindungi hati aku. Berilah NUR kepada hati ini sentiasa. Agar aku mengorak langkah dengan pimpinanMU ya Allah... Syukur atas segala rahmat dan kasih sayangMU!
Labels:
luahan rasa hati,
pengalaman manis,
pengalaman pahit
24 December 2009
Dugaan orang berniaga
Assalamualaikum.
Hurm........nak update jugak hari ni. Kisahnya? Pasal bisnes kami sekeluarga. Kesian betul kat mak aku. Sampai menangis seorang diri (tapi kami anak2 perasan sebab mata mak merah dua2). Sampai tak lena tidur dan bila tidur, mimpi mengarut. Mesti sebab serabut otak memikirkan masalah pekerja yang lesap semuanya! Ya, tiga2 sekaligus huhu~ 1st yang Mbak indon tu. Baru datang semula selepas cuti 2 minggu. Itupun dia ada buat hal. Sampai kami terpaksa call polis untuk cari dia. Bila dah elok2 kerja, kata nak balik plak. Ayah sakit. Tapi muka relax je. Lagi sorang Indon ni dah nasihat tak payah keluar walaupun kedai tutup, nak keluar jugak. Orang kata tak payah keluar tu sebab nak suruh dia rehat sepenuhnya. Dia dah la tengah sakit. Degil nak keluar jugak. Keluarlah dia senyap2 macam selalu. Yang thailand plak, tiba2 cakap nak balik juga. Ayah tenat. Hari ni, cakap tokki tenat. Tak tahu siapa yang tengah tenat sebenarnya. Benarkah??? Hanya Allah yang Maha Tahu. Allah.... pening kepala mak aku. Makanpun mak tak selera. Dalam 2 pagi baru mak cakap dia lapar. Akupun masak ayam goreng kunyit & telur dadar. Mak makan sampai licin(lapar sangatlah tu) & tunggu cerita Putri Yang Terbuang huu~
Semalam mak seharian keluar mencari pekerja. Mak kata dapat 2 orang. Lelaki & perempuan. Hari ni start masuk kerja. Tapi faham2 jela kan, kalau dah baru start, banyak benda nak kena ajar.. Kedai ni plak jenis customer datang serentak ramai2. Lepas serbu sekali ramai2, lepas tu 'senyap' kejap.. Lepas tu datang serbuan kedua plak ramai2. Jadi memang kena cepat dan betul lah! Amboi macam polis plak ye. Tapi kena bersyukur apa yang ada. Redha. Setakat mana pekerja yang ada, kedai mesti berjalan juga. Dah 2 hari kedai tutup. Bukan takut customer lari (alhamdulillah mak ada customer tetap) tapi bimbang barang2 dapur membazir macam tu je.. ish..ish..ish..
Pagi ni, mulakan hidup baru. Semangat baru. Setelah di'down'kan oleh karenah pekerja2 yang sungguh menyusahkan itu huhu~ Tengok2 mak masak nasi lemak! Perrrgghh! Memang sedap! Sebab limited edition haha. Memang buat khas untuk makan pagi je. Bukan untuk kedai. Sangat sedap!
Nampaknya lagi awal la aku kena masuk kerja dan lagi lewat aku kena stop kerja. hurmm.... SABARLAH WAHAI DIRI!
Labels:
luahan rasa hati,
pengalaman pahit
28 October 2009
Terkini
Assalamualaikum wbt..
Lama sungguh aku tak update blog. Bukan tak jenguk blog sendiri ni. Hari2 mesti buka. Tapi nak menaip sesuatu sangatlah malas. Malas ke?? Ish, tak elok malas2 ni.. Campur ngan penat bekerja kot.. tu yang akhirnya duk baca je blog2 orang. Itupun tak sempat nak baca semuanya dengan detail.. Sudahnya, ketiduran dihadapan laptop. Sokmo la saya kena belebel di adik saya. Online pandai tutup tak pandai :)
Esok hari terakhir mengajar. Minggu depan dah start final exam budak2. Berdebar? Berdebar jugak.. Rasa macam nak ajar semula topik2 yang ada tu.. Tapi budak2 kan.. Mana boleh sumbat banyak2:) Bagi kerja sikitpun makan masa nak pastikan semuanya siap. Itupun entah mereka ni faham ke tak.. Tapi takpelah kan, kita usaha setakat mampu. Harap2 Allah bagi nur dihati budak2 ni. Biar dapat study dengan baik & jawab dengan tenang. Baru darjah 1 ni!!! hehehe...
Minggu depan kiranya jaga exam jelah. Tapi jaga exam budak darjah 1, boleh tahan juga penatnya. Sama macam mengajar cuma kali ni tak boleh jerit kuat2 hehe~ Biasanya dari mula exam sampai habis masa, banyak betul soalan budak2. Teliti sangat mereka tanya. Yang tak tanya langsungpun ada. Tak sampai 10minit, dah sibuk keluarkan pensel warna...nak color. Ada yang nak lukis2 spiderman ultraman kat kertas kosong belakang tu.. Ish budak2 ni....Harap2 jaga exam kali ni tak pening macam yang sudah2 la.. Nama budak aku rasa aku nak tuliskan untuk mereka. Especially yang kelas2 belakang sedikit. Kalau tak.... macam2 masalah nanti. Lagi cikgu fenin..
Minggu depan juga last week aku jadi guru ganti di SKSP. Ye, guru ganti baru:) Harap2 dapat jadi guru betul suatu hari nant :) Aameen.. 5 November aku stop menggantikan Ustazah Rozita. Macam tak sempat je nak marking semua paper budak2. Kak Ta kena sambunglah nanti.. Ok jugak hehe~ Kiranya aku ni 'cuti sekolah' awal sikitlah dari cikgu2 lain :p Nak mintak ganti lagi, sekolah dah nak penghujungnya. Takpelah, tinggal kerja belah malam jelah buat masa ni nanti. Tolong mak lama2 sikit :)
Cuti sekolah ni banyak betul kenduri kahwin mereka yang dekat dihati:) Tapi yang confirm pergi, inshaAllah kenduri mek comey 'Alyaa n awang ensem Hayyi. hehehe~ jangan maraa nanti kena jual! Biasala kan orang rebut masa cuti sekolah ni. Senang sikit family, sanak saudara, kenalan2 nak gather.. Harap2 semuanya berjalan dengan baik nanti. Moga cuaca juga baik:)
Ok, mohon permisi dulu. Agak tak bermaya hari ni. Tapi still kerja macam biasa. Nak buat macam mana, nak cari pendapatan lebih sikit. Baru2 ni ada kejadian tak diingini berlaku. Agak banyak wang sendiri diperuntukkan untuk mengatasi masalah tu.. Sedih sangat2.. Sampai 3 malam migrain.. Tak bagitahu parentpun, takut kena marah. Jadi pandai2 solve sendiri. Mujurlah ada simpanan sikit. Tapi tu untuk bayar kereta aka Kasim Selamatku... huhu~ Nampaknya kena tampung dengan gaji buat airlah macam ni..sedihnya saya... Soal duit yang mengalir bagai air tu memang menyedihkan.. Tapi soal kejadian tu, lebih2 menyedihkan saya...Benda dah jadi kan.. kena terimalah. Tapi bukan mudah untuk terima bila tak kena pula caranya..... :( :( :( PASRAH...
10 September 2009
Decision!
Assalamualaikum wbt. Selamat Memanfaatkan Pengakhiran Ramadhan.
Hmm..hari ni berat kepala sikit. Masa tengahari kat sekolah tadi ada satu konflik. Bukan konflik dengan sesiapa, tapi lebih kepada konflik dalam diri sendiri. Mesti buat keputusan secepat mungkin! Dalam keadaan panas, sibuk, ramai insan2 disekeliling, riuh rendah.. Sukar untuk akal berfikir dengan baik, hati menilai dengan pandangan mata hati. Kebiasaannya aku list down baik & buruk antara pilihan2 yang ada. Bila mana ada pilihan yang lebih banyak kebaikan, itu yang aku akan pertimbangkan. Tapi....tak semua yang baik itu, baik juga untuk diri sendiri kan? Itu yang menggelisahkan aku.... Allahu Rabbi.... Ihdinassirotol mustaqiim.. Aku tak dapat nak tuliskan satu persatu, aku dikelilingi 'adik beradik' setugasku.. Akhirnya, segalanya aku congak di dalam kepala sahaja...lalu berdoa agar Allah bimbing keputusanku ini.
Akhirnya, dengan lafaz bismillahirrohmanirrahim, aku buat keputusan tersebut dalam jangka masa kurang 15minit, dan terus melakukan step2 berikutnya. Hati rasa hiba dengan keputusan tu, tapi dalam masa yang sama....hati juga dapat merasakan beberapa perkara yang baik juga akan berlaku & bakal dilalui. InshaAllah.
Maka, dengan langkah penuh tawakal yang diambil tadi, Khamis 10 Semptember 2009, merupakan hari terakhir aku menjalankan amanahku di sekolah swasta tersebut (T-T)
Labels:
luahan rasa hati,
mencari nafkah,
pengalaman pahit
30 August 2009
Dugaan Ramadhan di KL
2 hari lepaskan aku pergi KL. Ingatkan aku kata aku bawak bekal untuk sahur siap2 tu? Bekalannya adalah nasi + ayam berempah + timun batang + kuah kari + telur dadar. Alkisahnya disebalik semua makanan yang lazat ini sangatlah sadis. Makanan2 ni aku bawak banyak skali sebab nak berkongsi dengan adikku yang ada di Ampang & sahabat2 di rumah generasi. Oh, malang memang tak ada bau. Naik bas malam tu dalam 1.15 pagi. Mengantuk tahap gaban time tunggu bas! Bas ambil masa 3 jam nak sampai dari KT-Kemaman.. Huhu lambatnya...!Terima kasih & mohon maaf kat Abahanda sebab terpaksa stay teman kami malam tu.
Bila baru je setengah jam duduk dalam bas, macam biasa bas berhenti kat Chendor. Dalam hati aku memang malas nak turun sebab awal lagi. Takkan nak sahur sekarang? Masa ni baru 2 pagi. Nak makan lambat2 sikit sebab takut lapar nanti makan awal2. Lagipun esok nak guna banyak tenaga. Adikku, Fequl dah ajak turun makan. Aku menolak sebab masih awal & rasa kelakar je sebab baru je bungkus makanan tadi, tetiba turun sini dan makan terus.. Aku agak bas akan stop lagi nanti untuk sahur....
Apa yang terjadi adalah.............bas tak berhenti langsung! Waaawaaawaaawaaaa..aku meraung di dalam hati. Adikku disebelah menjeling. "Tulah dok dengor cakap orang sangat", komen adik. Huhu mana tahu bas tak berheni dah. 5pagi, bas sampai area Karak. Faham2 jelah highway kat sini. Berliku2 & masa nilah kebiasaannya aku tak bergerak dalam bas. Takut pening & nak m****h! Tapi, disebabkan fikir nak jamah makanan jugak sikit, akupun meraba2 lah bekalan yang ada di dalam beg aku tu. Huhu.. Akhirnya aku ambil ayam, bagi seketul seorang. Adik & Izzah makan ayam yang mak masak tu. Akupun sekali. Tapi memang tak lalu....Nak makan nasi, nasi plak bungkus dalam plastik. Kalau bubuh dalam polystrine, bolehla buka & makan je dalam bas tu. Hai nasib...nasib.... Duk fikir macam manala nasib nasi, telur dadar, timun2 ni... sedihnya..:(
5.30pagi, bas tiba di Greenwood. Hah, ada dalam 15minit lagi! Aku dan Izzah bergegas mencari port yang sesuai untuk menjamah sedikit nasi tadi. Fequl plak memang dah tak selera. Pening katanya. Kesian pulak adik aku... Maafkan kakak sebab tak endah cadanganmu tadi.
Alhamdulillah, sempatlah jamah beberapa suap nasi. Gopohla jugak sebab dah nak 'katup'. huhu~ Akhirnya, memang banyak tak sempat untuk dihabiskan :(
Kami pun tahan cab nak ke masjid Ar Rahimah tepi jalan tu. Nak berjalan kaki menapak ke sana, jauh pula. Naik cab jelah, mesti tak mahal sangat tambangnya. Nak jadi cerita jugak naik cab ni... Orang nak pergi masjid tepi highway tu je, langsung dia pergi masjid area Batu Caves sana.. ayyoyyo.. pakcik..pakcik.. Mujur dia minta maaf cepat2. Ada sesetengah driver teksi tu, kita pulak disalahkan walaupun dia yang silap dengar huhu~
Alhamdlullah, tenang sikit hati dapat solat berjemaah di masjid ni. Lama wirid & zikirnya.. Baguslah, patut ramai datang masjid ni. Lepas solat subuh, ada tadarus al-quran. Sampailah ke 'ceroh'.. Tapi kami tak joinpun...... sangat mengantuk & kepenatan huhuh~ Takpelah, dengar orang mengaji pun dapat pahalakan?kan?kan? :)
10.30pagi.....AKHIRNYA TIBA DI UIAM.....TBC
Labels:
pengalaman pahit,
ramadhan kareem
27 August 2009
Kena berjaga-jaga
Assalamualaikum geng2 semua..Salam Ramadhan.
3 hari aku demam ni, agak lesu untuk update blog. Ada benda nak dicerita. Tapi main tak larat gitu, terbantut semuanya. Alhamdulillah, hari ni beter than semalam. Semalam aku pergi salah sebuah klinik kat Kerteh. Pesakit tak ramai sangat, dalam 3 orang je. Tapi masa menunggu nak dapat ubat....mak oi! sampai tinggal aku seorang diri tercongok kat situ, still tak dapat ubat lagi. Aku tengok pekerja diapun tak la busy sangat.
"Ubat saya dah siapke?"
Dia plak tersengeh2.. "Kak nok cepat ke?" Lepas tu tersengeh2 lagi...
Eeee geramnya, ikutkan hati nak je jawab "tak kiralah saya nak cepatke, lambat ke, kalau dah siap bagila terus. Takkan saya nak kena tanya plak!"
Tapi disebabkan ramadhan yang mulia ini dan aku malas nak hot2 kan suasana tambah pula suhu badan aku yang dah hot tu, akupun angguk je dengan seriusnya huhu... Masuk je dalam kereta, terus aku pok pek pok pek kat abang & adik yang setia menanti (tapi dalam kereta)~ Abang kata "sabar..sabar...nikan bulan puasa..."
Ok, stop kisah pasal customer service yang tak berapa nak bagus tu. Malam ni inshaAllah aku akan ke KL. Bas transnasional 11.15pm dari Dungun. Tapi bas tu dari Kuala Terengganu sebenarnya...Jadi aku agak mesti 12 lebih jugakla aku naik bas nanti... Aku tunggu kat bustop Kemasik sekali dengan Fequl. Adik aku nak ikut kali ni. Katanya nak rasa pergi KL naik bas & nak jalan2 KL. Kesian jugak dia, cuti sekolahni tak pergi mana2pun... Aku ok je. Lagipun adik aku lagi sorang ada kat Ampang Indah. Jadi bolehla tidur kat bilik sewa tu je. Aku plak akan ke rumah generasi kat Taman Melewar tu. Alhamdulillah. Senang plak rasa sekarang ni kalau nak pergi KL sendiri.. Adik ada, sahabat2 ada, rumah ada... hehehe. Kalau rumah tak adapun, boleh menumpang secara suka hatinya kat kampus tu..junior2 kan ramai... hahaha.. sahabat2 yang masih study pun ramai lagi.. tak gitu? :)
Tapi, disebabkan kami sampai pepagi buta nanti, jadi eloklah kami menumpang rumah generasi saja. Tengku, nantikan kedatangan kami!!!( yang bakal menyusahkan anda ini. hehehehe~)
Ohye, lately, rumah aku ni macam2 berlaku. Takut plak rasa. Rasa dah tak selamat anymore. 2 hari lepas ada orang pecah masuk kat bahagian dapur mak aku, kat sinki. Boleh plak dia lalu celah tu & patah2kan papan kayu tu. Dia curi barang2 & sebungkus duit syiling. Yang lain, tak ada yang hilang. Aku bersyukur sangat sebab dia tak masuk dalam rumah huhuh~ Rumah aku dengan kedai bersambung kut dapur... Jadi memang kalau dah masuk kedai, terus boleh masuk dalam rumahlah huhu~. Dianggarkan pencuri tu pecah masuk dalam 10pagi gitu. Masa tu, memang seluruh penghuni rumah ni tidur dengan lenanya lah huhu~ Orang rumahni memang tidur lepas subuh. Malam, berjaga...Jadi pencuri tak bolehla curi malam2 hari....
Petang tadi plak, aku tengok tingkap mak aku tercabut & ada tersadai kat atas lantai. Tingkap rumah ni semua ada gril... Kalau nak kata tingkap tu tercabut sendiri & terjatuh, kenapa cermin2nya tak pecah? Huhu misteri sungguh. Mak lagilah terkejut & tak senang hati. Kesian mak.Bilik mak plak tu huhu risaunya aku. Aku plak nak pergi KL 2 hari ni. Tinggallah mak dengan ayahje. Abang balik kampung mertua. Kalau ada anak2, especially anak2 lelaki ni, lainlkah sikit. Ya Allah..lindungilah kami. Jauhilah kami dari anasir2 jahat perbuatan manusia...
Tiada apa yang mampu kami lakukan selain mempertingkatkan keselamatan, solat hajat & terus doa & berjaga2. huhu~ Tak sangka awal2 puasa ni dapat ujian macam ni...
Oklah, aku nak pergi bersiap. Nak bungkus lauk pauk & nasi sikit untuk sahur sampai sana nanti. Jimat kos sikit. huhu Lagipun tak rasa nak makan2 kat kedai bila sampai sana. Bimbang dengan wabak2 sekarang ni.. Makpun dengan semangatnya bekalkan ayam berempah untuk kami adik beradik & sahabat2 aku kat sana nanti. Doakan kami selamat pergi dan pulang. Doakan juga keluargaku jauh dari dugaan2 yang tak mampu kami tanggung..
Labels:
luahan rasa hati,
pengalaman pahit,
ramadhan kareem
Subscribe to:
Posts (Atom)



















