CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

06 February 2010

Erase

Assalamualaikum

Sehari dua ni, ada beberapa perkara berlaku. Kesemuanya agak menguji kestabilan emosi. Entahlah, aku sensitif sangat ke? Ke sebab fizikal yang penat menyebabkan wajah serius, mulut muncung dan tak larat nak senyum? Atau sememangnya perkara2 itu mengundang kemarahan dalam hati? Huhuhu maafkan aku kalau keadaanku ini memberi kesan negatif kepada insan-insan sekeliling. Bukan 'kalau' lagi, memang terkesanpun..:(

Bila sesuatu berlaku, aku usaha positifkan pemikiran. Apa saja yang berlaku, aku usaha hadapi dengan senyuman. Namun, tak segalanya begitu mudah untuk senyum sepanjang masa. Apatah lagi apabila melibatkan certain issues yang agak sensitif. Mahu juga naik angin kadang-kadang. Tapi tidaklah sampai tahap bertindak diluar kawalan. Membebel seorang diri tu ada lah..Tapi sekejap je. Then back to normal.

Kalau zaman primary & secondary school dulu, memang pendam je apa saja masalah yang berlaku. Tak kira sebesar dinasour atau sekecil zarah. Sampai satu tahap, diri tak boleh nak 'terima' dah semua tu, lalu meletup! KEBABOOOOMMM! Sangat teruk natijah yang aku terima. Pahit untuk dikenangkan..... Sebab tulah sekarang bila ada problem, aku kena luahkan. Paling mudah aku luah kat blog tercinta ni. Jadi padan muka 'korang' yang sanggup baca blog aku ni (hahaha). Lepas luah kat sini atau di mana-mana yang sesuai (pada Allah lah tempat selayaknya..(T-T) ), aku cubalah lupakan apa yang telah berlaku. Pastinya yang pahit la kan nak erase cepat2..yang manis tu ku semat2 dalam qolbu ni.

Oklah, nak tidur dah. Merepek semacam je ni... Esok plan nak pergi MM. Nak berchit chat dengan Izzah Ulfah. Tapi tadi Wan cakap Wan nak ikut, Wan nak pergi bank. Takkan Wan nak join kami kot....hehe~ Nampaknya kena setelkan hal Wan dululah. Hantar Wan balik then pergi semula. Mujurlah MM tu depan rumah je:)

Oh ya, nak ucap terima kasih kat dia ni. Selalu ajak aku untuk selangkah mendekatiNYA :(. Alhamdulillah, tadi dapat juga attend majlis ilmu kat Kemaman. Walaupun dengar tazkirah tu dalam 40minit je, tapi alhamdulillah, aku rasa syukur sangat dapat attend. Allah tak tanya berapa lama kan? Allah tanya apa aku dah buat dengan pengisian2 yang aku dapat tu..InshaAllah, nanti kalau dapat attend lagi, aku nak kongsikan. Kali ni belum lagi, sebab tadi tak catat apa pun, dengar je..hehe (alasan) :) Yela yela, nanti aku rujuk syllibus tu dan kongsikan di sini yep! Sekarang dah mengantuklah...

Sebelum berundur, aku nak kata sesuatu.....

I REALLY LOVE MY NEW LAYOUT! ITS' VERY FLEXIBLE! =)

Tu je pun...hehe~ Bubye geng!

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button