CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

03 February 2010

Calon Suami

Assalamualaikum.

Semalam google2, terjumpalah 1 website ni. Cari nipun sebab tolong carikan artikel best untuk kawan. Biasa tak baca cara2 nak memilih calon isteri yang baik/solehah? Selalukan? Tapi kali ni aku nak share cara nak cari calon suami yang baik dan soleh pula :) Kalau geng2 yang dah selamat nikahpun, ok jugak baca. Ada pedoman yang boleh diamalkan. Moga2 bermanfaat untuk kita semua yep!
(Gambar ni tiba2 ada dalam handphone aku. Tak tahu sumber. Pelik3 :)

"Sebagai seorang gadis apabila mula memikirkan alam dewasa dan ingin menggantungkan nasib dirinya kepada lelaki melalui rumahtangga,hendaklah membuat pemilihan teliti, seeloknya pilihlah lelaki;

1)Berkemampuan 
Sebagaimana hadis Nabi Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud: "Wahai pemuda-pemuda; barang siapa diantara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat memelihara kehormatan, tetapi barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu."
Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang biasa mengikut suasana sekarang, serta pakaian untuk menutup aurat. Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan suami dan kegagalan menyempurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan mudah berlaku perceraian.

2) Boleh dijadikan pengganti ayah bonda
Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.


3) Pandai menjaga darjat diri
Apabila bercakap dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu. ** begitu juga isteri yang baik... seringkali la mengajak suami kearah kebaikan dan sering mengingatkan...kerna ada ketika suami2 ini terlalai

4) Berkebolehan dalam urusan rumahtangga
Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu krana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan. Ramai yang berkata kerja ini sepatutnya diatas bahu isteri... dan tidak patut sama sekali dibuat oleh suami.. but then...sekiranya isteri2 ini senantiasa mengingatkan diri bahawa segala kerja2 dibuat utk mendapatkan keredhaan allah.. maka buatlah seikhlasnya..dan jangan sekali2 mengungkit setiap apa yang telah dilakukan olehnya ....


5) Mempunyai kepercayaan kepada perempuan & tidak berburuk sangka
Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk. Begitu juga isteri. Jangan menaruh sebarang syak wasangka yang buruk terhadap suami. kerana syaitan itu amat mengemari dan senantiasa menghampirkan diri kepada mereka yang berada didalam keadaan syak wasangka untuk menjayakan niat jahatnya..

6) Rajin, berfikiran luas dan tidak 'makan' harta perempuan
Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Allah sangat tidak menyukai manusia yang hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha sedangkan kejayaan dicapai melalui usaha.

7) Mudah memaafkan
Sifat ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasulullah ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak.


8) Datang dari keturunan yang baik lagi rajin beribadah
Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia, berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada kesengsaraan hidup. Oleh itu buatlah pilihan dengan tepat dan seadil-adilnya kerana ianya akan menjamin masa hadapan yang bahagia..... WALLAU'ALAM.
(Memetik kertas kerja Dasar Pembentukan Rumahtangga serta Adat-adat Yang Bercanggah.. tulisan Kadi Kuala Selangor, Haji Asmungi Mohd Sidek)

sumber: Wanita2u.com

Pendapat aku, apapun syarat yang kita letakkan untuk calon suami/ isteri kita, yang penting diri sendiri mesti 'mau baek punyerrr'. Usahlah terlalu mengharapkan pelangi yang indah di langit tinggi jika kita sebenarnya boleh mencipta bahagia sendiri apabila kaki berpijak di bumi :)

2 comments:

ZULTIE said...

Rajin Aufa yek.. bagus..bagus..

SoalHati said...

aik..kak teh tersilap post ni:)


.I ♥ Khat.





Grab A Button