CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

03 February 2010

Sabar menanti

Assalamualaikum. Geng2 semua sihat? Kalau 'kureng' tu, bawak2lah pergi jumpa tobib ya?:)

Alhamdulillah hari ni customer tak ramai sangat..(aiik..bolehke 'alhamdulillah' sebab kes macam ni?:) huhu) Bukan apa, kan mak aku tak cukup pekerja lagi, jadi dalam hati aku asyik doa 'Ya Allah, janganlah KAU uji kami dengan sesuatu diluar kemampuan kami..' Alhamdulillah Allah makbulkan. Buktinya, aku boleh online awal sikit hari ni kih3..

Sebenarnya..start 3 hari lepas, asyik berkepit je dengan handphone. Rimas? Kadang2 la..sebab aku ni biasa tinggal je handphone tu dalam rumah bila bekerja. Selalu jugak tak berapa dengar bila handphone berdering. Selalu orang lain yang dengar dulu walaupun handphone tu duk dalam poket aku haha..Appadaa.. Aku sebenarnya menantikan panggilan dari PPD Dungun. Minggu lepas aku beranikan diri sms salah seorang pegawai PPD sana. Tawakal jelah masa sms tu. Takut jugak kalau2 dianggap 'mengganggu'. Nak call, lagi la takut. hehe..Walaupun orang cakap dia ok je sebenarnya, tapi aku masih tak boleh nak terima hakikat tu :P Sebab apa? Sebab dialah yang jadi interviewer aku masa mohon guru ganti dulu. Serius amat! Sungguh! Itu yang kesannya kekal sampai sekarang tu hahaha~

Aku tanya pegawai tu bila dapat tahu result interview GSTT masa 13 Januari 2010 hari tu. Dia kata dapat tahu minggu ni. Hari ni dah Selasa, tapi masih sepi tanpa berita. Dia kata yang 'berjaya akan dihubungi..' Tapi aku macam tak sanggup nak tunggu sampai habis minggu ni memandangkan aku ada job offered yang lain. Itu yang membuatkan aku resah sikit memikirkannya. Tak sabar jadinya nak tahu yang GSTT ni. Kalau dapat tahu nanti, banyak benda boleh diaturkan dan diselesaikan satu persatu.

Akupun beranikan diri sms pada pegawai tu lagi sekali. Alhamdulillah, after office hour, he replied. Lega rasa. Dia kata result akan dapat tahu seminggu / dua minggu lagi. Mereka baru je buat mesyuarat data guru. Jadi macam kena buat semulalah pemilihan untuk penempatan GSTT tu. Akupun bukannya tahu sangat bab2 ni hehe tapi bila dia kata seminggu dua lagi, maknanya minggu ni tak perlulah ternanti-nanti panggilannya:)

Ada hikmah sungguh bila lambat dapat tahu ni. Mak akukan memang krisis pekerja sekarang ni. Jadi bolehlah aku fokus membantu mak aku kat warong buat masa ni. Alhamdulillah. Tuisyenpun berjalan lancar. Hajat nak melebarkan sayap lagi. Tapi aku rasa lebih baik tunggu bila dapat result GSTT tu. Manalah tahukan, kalau murah rezeki, dapat, then ditempatkan di sekolah yang jauh..huhu~ Kesian plak budak2 tuisyen nanti.... Harap2 Allah beri yang TERBAIK buat aku, agamaku, keluargaku, akhiratku, duniaku kini dan akan datang. Aameeen.

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button