Assalamualaikum, salam Februari, selamat tinggal Januari sayang(sayang sebab lahir bulan ini hehe~). Pantas sungguh masa berlalu!
Hari ni kedai tak beroperasi. Memang 'bos' dah announce semalam tapi macam malas nak percaya lagi.. Bukan apa, bos selalu macam tu hehe jangan marah ye bos. Bila bos cakap nak tutup, esoknya bos ubah fikiran plak. Tu yang malas nak peduli announcement bos tu kih3. Rupa2nya kali ni betul2 tutup kedai! REHAT! Mungkin kami ni pun isytihar cuti sempena Hari Wilayah ke 36 hahaha..
Semenjak 2 orang pekerja balik Siam, oh, sungguh merana kurasakan..huhu~ Banyak sangat nak dilakukan dalam 1 masa. I'm working under pressure! Really!
Nak buat air customer,
nak basuh pinggan mangkuk, gelas2, sudu garfu, kuali2,
nak ambil order,
nak hantar makanan dan minuman customer,
nak angkat pinggan mangkuk dan gelas2 yang dah selesai makan,
nak kira (ada yang datang kat counter dan ada yang buat ''pppsss..pppsss'' dengan mulut suruh datang kira kat meja.. Macam panggil apa entah! Sangat tak suka ok...! Memang aku tak berpaling dan pandangpun pada customer yang buat bunyi2 macam ni huhu),
nak lap meja,
nak masak nasi,
nak potong sayur mayur,
nak lap pinggan mangkuk, gelas2, sudu garfu yang telah siap dibasuh (lap satu persatu taw..)
dan....................semuanya ada 28 meja! huhu~
Memanglah tak penuh semua meja tu dalam satu masa, tapi bila sesekali 'serbuan' dibuat, memang tercungap2 dan berlari-larilah kami ni (mak, ayah, aku dan mbak). Macam semalam, kena serbu dua kali. 'Serbu' ni maknanya datang ramai2 serentak walaupun bukanlah saling mengenali apatah lagi nak berpakat hehe. Tapi macam janji2 je depa ni datang pada masa yang sama. 1st ada bus UTM Skudai stop kat kedai kami. 2nd sebab MU lawan Arsenal huhu~ Bila pelanggan reda sikit je, aku cepat2 buat kerja2 pembasuhan dan pencucian. Cepat2 kemaskan tempat air dan bancuh air siap2 untuk minuman yang biasa customer order. Macam Milo dan Teh'O. Mak aku yang dah merah padam muka duk memasak tak henti2 pun 'join' sekali basuh pinggan mangkuk. Tak sampai hati plak tengok....
Masa aku tengah rancak cuci dan mak aku tolong bilas tu, tiba-tiba mak kata,
"Ni lah yang boleh 'buat' awok semua sekoloh, belajor tinggi2..."
Allah....sayu sangat masa tu...Nak mengalir air mata bersama aliran air sabun tu.. tapi buat2 cool dan senyap je sampailah siap basuh kesemuanya dan meneruskan kerja2 yang tak selesai selagi belum pukul 3 pagi.
No comments:
Post a Comment