CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

28 October 2009

Terkini

Assalamualaikum wbt..
Lama sungguh aku tak update blog. Bukan tak jenguk blog sendiri ni. Hari2 mesti buka. Tapi nak menaip sesuatu sangatlah malas. Malas ke?? Ish, tak elok malas2 ni.. Campur ngan penat bekerja kot.. tu yang akhirnya duk baca je blog2 orang. Itupun tak sempat nak baca semuanya dengan detail.. Sudahnya, ketiduran dihadapan laptop. Sokmo la saya kena belebel di adik saya. Online pandai tutup tak pandai :)

Esok hari terakhir mengajar. Minggu depan dah start final exam budak2. Berdebar? Berdebar jugak.. Rasa macam nak ajar semula topik2 yang ada tu.. Tapi budak2 kan.. Mana boleh sumbat banyak2:) Bagi kerja sikitpun makan masa nak pastikan semuanya siap. Itupun entah mereka ni faham ke tak.. Tapi takpelah kan, kita usaha setakat mampu. Harap2 Allah bagi nur dihati budak2 ni. Biar dapat study dengan baik & jawab dengan tenang. Baru darjah 1 ni!!! hehehe...

Minggu depan kiranya jaga exam jelah. Tapi jaga exam budak darjah 1, boleh tahan juga penatnya. Sama macam mengajar cuma kali ni tak boleh jerit kuat2 hehe~ Biasanya dari mula exam sampai habis masa, banyak betul soalan budak2. Teliti sangat mereka tanya. Yang tak tanya langsungpun ada. Tak sampai 10minit, dah sibuk keluarkan pensel warna...nak color. Ada yang nak lukis2 spiderman ultraman kat kertas kosong belakang tu.. Ish budak2 ni....Harap2 jaga exam kali ni tak pening macam yang sudah2 la.. Nama budak aku rasa aku nak tuliskan untuk mereka. Especially yang kelas2 belakang sedikit. Kalau tak.... macam2 masalah nanti. Lagi cikgu fenin..

Minggu depan juga last week aku jadi guru ganti di SKSP. Ye, guru ganti baru:) Harap2 dapat jadi guru betul suatu hari nant :) Aameen.. 5 November aku stop menggantikan Ustazah Rozita. Macam tak sempat je nak marking semua paper budak2. Kak Ta kena sambunglah nanti.. Ok jugak hehe~ Kiranya aku ni 'cuti sekolah' awal sikitlah dari cikgu2 lain :p Nak mintak ganti lagi, sekolah dah nak penghujungnya. Takpelah, tinggal kerja belah malam jelah buat masa ni nanti. Tolong mak lama2 sikit :)

Cuti sekolah ni banyak betul kenduri kahwin mereka yang dekat dihati:) Tapi yang confirm pergi, inshaAllah kenduri mek comey 'Alyaa n awang ensem Hayyi. hehehe~ jangan maraa nanti kena jual! Biasala kan orang rebut masa cuti sekolah ni. Senang sikit family, sanak saudara, kenalan2 nak gather.. Harap2 semuanya berjalan dengan baik nanti. Moga cuaca juga baik:)

Ok, mohon permisi dulu. Agak tak bermaya hari ni. Tapi still kerja macam biasa. Nak buat macam mana, nak cari pendapatan lebih sikit. Baru2 ni ada kejadian tak diingini berlaku. Agak banyak wang sendiri diperuntukkan untuk mengatasi masalah tu.. Sedih sangat2.. Sampai 3 malam migrain.. Tak bagitahu parentpun, takut kena marah. Jadi pandai2 solve sendiri. Mujurlah ada simpanan sikit. Tapi tu untuk bayar kereta aka Kasim Selamatku... huhu~ Nampaknya kena tampung dengan gaji buat airlah macam ni..sedihnya saya... Soal duit yang mengalir bagai air tu memang menyedihkan.. Tapi soal kejadian tu, lebih2 menyedihkan saya...Benda dah jadi kan.. kena terimalah. Tapi bukan mudah untuk terima bila tak kena pula caranya..... :( :( :( PASRAH...

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button