CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

17 October 2009

Nendaku

Petang tadi hujan masih rintik2. Aku keluar sekejap bersama kasim selamat. Hajat nak beli kek hari lahir tokwan kat Kerteh. Tapi bila tengok jem macam tu, aku pergi beli kat kemasik aje. Try lah rasa kek kat kedai baru tu sekali.

Lepas pilih kek yang ada 2 jenis je tu, aku hajat nak pergi mesra mall kejap. Tapi tak bestla plak seorang diri je. Akupun melencong ke pantai :) Lagipun still jem lagi tu. Ada lori besar gedabak bawak loji2 yang juga besar gedabak! Memang kena bawak slow amatlah sebab takut tersangkut loji dekat wayar2 tepi, tengah, jalan tu.. Siap ada seorang pekerja yang pegang ranting pokok yang agak panjang untuk alihkan wayar2 tu... Bahaya jugak hujan2 ni kan... takut kena zzrrrrr!

Masa kat pantai tu, aku snap gambar dari dalam kereta aje. Seorang diri ni, tak jadi nak turun jalan2.. Entahla, rasa kurang selamat je petang tadi. Dengan anak2 muda yang duk lepak tu...errmm, esoklah datang semula, Ajak Wan & Fequl :)

Tadi kononya nak buat surprise kat Wan. Tapi mak plak tersilap... Alkisahnya kek tu aku biarkan aje dalam Kasim Selamat. Tunggu nak celebrate nanti baru bawak keluar. Maybe dalam 1130pm kot. Nak tunggu kul 12am takut lewat sangat & Wan dah nak tidur. Petang tadi plak ada kawan adik hantarkan donut Big Apple. Wah, rezeki yang tak disangka betul nih! Tapi mak kata jangan makan lagi, tunggu celebrate malam karang. okey, aku tahan perasaan nak makan. Tapi dalam 10pm gitu, aku dah tak tahan dah. Lapar & memang terliurlah donut yang cheesy tu! Akupun bukalah kotak donut tu.. Yang mak plak ingatkan aku buka kotak kek, terus mak lari2 anak datang dekat dengan aku & wan dan.... "Selamat hari jadi Wannnn!!!" Maaaaakkkkkk!!!

Huhu wan terpinga-pinga. Wan sendiri tak ingatpun esok hari lahir dia. Huhu~ Biasalahkan dah tua2 ni. Aku acap kali kenyit2 mata kat mak. Nak bagitaunya konon sempena hari lahir wan, donut jelah yang kami belikan. Kiranya rahsia kek masih terjaga.. Tapi, tetiba je mak sambung kata2nya "Kak In ada beli kek ke mok tapi dia buh dalam keta. Nak wak surprise ke mok" Dush! Dush! Dush1 Tension waser masa tuh.... Tapi nak buat macam mana kan... dah tak ada rahsia lagi...


SELAMAT HARI LAHIR KE 65 BUAT NENDA WAN RAKIAH WAN NGAH.

SEMOGA ALLAH BERKATI NIKMAT UMUR YANG DIBERIKAN PADA WAN.

MOGA WAN BAHAGIA SELALU DAN DIBERI KESIHATAN YANG BAIK.

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button