CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

24 December 2009

Dugaan orang berniaga

Assalamualaikum.

Hurm........nak update jugak hari ni. Kisahnya? Pasal bisnes kami sekeluarga. Kesian betul kat mak aku. Sampai menangis seorang diri (tapi kami anak2 perasan sebab mata mak merah dua2). Sampai tak lena tidur dan bila tidur, mimpi mengarut. Mesti sebab serabut otak memikirkan masalah pekerja yang lesap semuanya! Ya, tiga2 sekaligus huhu~ 1st yang Mbak indon tu. Baru datang semula selepas cuti 2 minggu. Itupun dia ada buat hal. Sampai kami terpaksa call polis untuk cari dia. Bila dah elok2 kerja, kata nak balik plak. Ayah sakit. Tapi muka relax je. Lagi sorang Indon ni dah nasihat tak payah keluar walaupun kedai tutup, nak keluar jugak. Orang kata tak payah keluar tu sebab nak suruh dia rehat sepenuhnya. Dia dah la tengah sakit. Degil nak keluar jugak. Keluarlah dia senyap2 macam selalu. Yang thailand plak, tiba2 cakap nak balik juga. Ayah tenat. Hari ni, cakap tokki tenat. Tak tahu siapa yang tengah tenat sebenarnya. Benarkah??? Hanya Allah yang Maha Tahu. Allah.... pening kepala mak aku. Makanpun mak tak selera. Dalam 2 pagi baru mak cakap dia lapar. Akupun masak ayam goreng kunyit & telur dadar. Mak makan sampai licin(lapar sangatlah tu) & tunggu cerita Putri Yang Terbuang huu~

Semalam mak seharian keluar mencari pekerja. Mak kata dapat 2 orang. Lelaki & perempuan. Hari ni start masuk kerja. Tapi faham2 jela kan, kalau dah baru start, banyak benda nak kena ajar.. Kedai ni plak jenis customer datang serentak ramai2. Lepas serbu sekali ramai2, lepas tu 'senyap' kejap.. Lepas tu datang serbuan kedua plak ramai2. Jadi memang kena cepat dan betul lah! Amboi macam polis plak ye. Tapi kena bersyukur apa yang ada. Redha. Setakat mana pekerja yang ada, kedai mesti berjalan juga. Dah 2 hari kedai tutup. Bukan takut customer lari (alhamdulillah mak ada customer tetap) tapi bimbang barang2 dapur membazir macam tu je.. ish..ish..ish..

Pagi ni, mulakan hidup baru. Semangat baru. Setelah di'down'kan oleh karenah pekerja2 yang sungguh menyusahkan itu huhu~ Tengok2 mak masak nasi lemak! Perrrgghh! Memang sedap! Sebab limited edition haha. Memang buat khas untuk makan pagi je. Bukan untuk kedai. Sangat sedap!

Nampaknya lagi awal la aku kena masuk kerja dan lagi lewat aku kena stop kerja. hurmm.... SABARLAH WAHAI DIRI!

2 comments:

Banafsaji said...

sabar la ain ye... setiap org b'beza ujian yg Allah bg sbb Allah nk kita igt kt Dia selalu. karenah manusia ni x habis, lps satu, satu yg timbul.... smpikn kdg2 kita yg jd buntu disebabkn org lain puny kerja... hmmm ...walau apa pn hidup mesti diteruskn..

♥Cahaya Mata Kemuliaan Agama♥ said...

tula kak..sabar jelah. sy fikir ade org lain yg lebih mencabar lagi dugaan dr sy ni.. stp org diuji mengikut kemampuannya kan..

.I ♥ Khat.




Grab A Button