CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

01 January 2010

The End of 2009

Warna warni kehidupan
2009 dah melabuhkan tirainya.. Apa yang dah aku buat sepanjang tahun ni? Actually aku biasanya muhasabah tahunan ni bila masuk birthday aku. Azam setiap tahun juga aku pasakkan bila tiba birthday aku. Bila? Cek sendiri (hehehehe). Jadi untuk usia 24tahun ni, banyak jugalah perkara yang berlaku & telah selamat aku lalui. Dengan izinNYA. Kali ni tak nak tunggu masuk 25lah, nak catat dulu manis pahit masam kelat sepanjang 2009:)
  • Tahun ni aku beli sebuah motor senyap2. Tanpa pengetahuan mak. Tapi dengan keizinan & sokongan penuh dari abah! Hahah.. aku beli jugak walaupun masa tu aku dah final year & final sem! Tapi dek masalah kesihatan yang melanda, aku tekad nak guna motor juga. Mudah nak ke kelas(kononnya la..padahal asyik keluar kampus je dengan si AEY 4880 itu kih3). Siap bonceng kawan2 lagi walaupun baru lesen L. Alhamdulillah, tak pernah kena saman:P Ha, motor tu aku beli dari suami Puan Zaiti :P 3rd hand dah sebenarnya. Tapi ok la kan..asal boleh gerak.

  • Aku gembira sangat bila dapat gather ahli keluarga semua untuk hadir my convocation ceremony! Tak tahu kenapa, sangat manis dirasakan! Alhamdulillah!

  • Dapat pengalaman interview. 1st interview sangat berdebar2 sampai tumit kasut tercabut! hahaha.. memang dah burukla kasut tu. Tapi pengalaman pertama tu benar2 mematangkan diri. Lepas tu attend interview2 lain, ok dah..tak se'nervous' dulu dah..
  • Dapat pengalaman kerja. Kerja satu bidang je: PENDIDIK. Tapi berlainan tempat, anak murid dan suasana kerja. Memang pengalaman yang tak dapat dilupakan sungguh! Gaji pertama kerja, aku belanja orang umah & bagi hadiah setiap sorang:) Seronok sangat dapat gembirakan orang. Paling best bila dapat bagi mak abah sampul yang berisi 'nafkah' kepada ibu bapa huhu~
  • Tahun ni juga satu persoalan yang dah ku nanti jawapannya selama 7tahun, telah terjawab. Aku bersyukur kepada Allah. Penantian tanpa kepastian itu telah berakhir. Aku tak perlu memikirkannya lagi dan boleh maju ke hadapan dengan hati yang sungguh tenang. Terima kasih buat insan2 yang telah membantu;)

  • Ramai juga sahabat2 mendirikan rumahtangga tahun ini. Yang ni memang kenangan manis, tapi dalam manis2 tu, ada rasa kelat sedikit. Entahlah..Mungkin sebab terasa 'kehilangan' sedikit setelah sahabat2 berumahtangga ni. Sudah ada kehidupan sendiri yang menuntut mereka lebih fokus pada urusan rumahtangga. Tapi nak buat macam mana kan..begitulah aturan kehidupan. 'Alyaa, Aishah... sampai hati kahwin awal :P

  • Oh ya, aku dah jadi Mak Ngah!:) Tapi pak ngah mana? hahahaha kalau mak baca ni mesti mak kata 'galoknye kak in!'. Alhamdulillah, kehadiran Nur Afrina Qalesya benar2 mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kami:)

  • Aku juga ada sahabat baru tahun ni. Si Kassim Selamat namanya. Sentiasa bersama tatkala aku mahu ke mana saja;) Alhamdulillah. Tapi 'se eh' goklah nak bayar bulan2. huhu~
    Tapi mak kata tak apa, ni keperluan, bukan kehendak atau kemahuan semata.

  • Finally......erm...ada satu lagi. Tapi biarlah dulu. Have to stop here:)

Alhamdulillah. Tahun 2009 memang ada turun naiknya. Alhamdulillah Allah bimbing dan lindungi hambaNYA yang hina dan penuh dosa ni untuk terus menjalani kehidupan fana ni. Moga2 apa yang buruk, tidak lagi aku ulangi pada masa kini dan akan datang. Allah, lindungi aku. Lindungi hati aku. Berilah NUR kepada hati ini sentiasa. Agar aku mengorak langkah dengan pimpinanMU ya Allah... Syukur atas segala rahmat dan kasih sayangMU!

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button