CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

03 January 2010

Engkaulah Pembakar Semangatku

Kalau lah ada alat yang boleh hitung berapa kali aku type perkataan 'mak' dalam blog aku ni...Rasanya banyak jugalah! Tak tahu kenapa. Aku boleh dikatakan sentiasa bersama mak. Especially after grad ni. Memang kehidupan aku sehari hari dekat dengan mak. Tapi bab2 nak meluahkan perasaan ni, aku jarang meluahkan terus pada mak. Malu? Mungkin.. Tapi mak selalu cerita itu dan ini. Tiada rahsia. Kod2 rahsia mak pun mak beritahu aku hehe~ Kalau aku sakit sekalipun, aku tak beritahu pada mak. Aku biarkan mak melihatnya sendiri. Kenapa ye? Biasanya aku tengok anak perempuan senang bercerita dengan ibu masing2. Ha, kalau adik beradik aku yang lain, macam tulah. Walaupun semuanya lelaki, tapi depa ni selalu juga aku tengok mengadu itu ini dengan mak. Ada sampai sama2 menangis plak tu. Jelous aku..huhu~ Pelik plak rasa.. Tak pandai nak bermanja dengan mak.. :(

Tapi aku cuba tunjukkan betapa kasih dan sayangnya aku pada mak dengan menolong mak sedaya mampu.. Itulah yang aku lakukan.. Sekalipun diri bermandikan keringat setiap hari...huhu~Tapi aku teruskan jua. Apa yang disuruh, aku segera melakukannya. Walaupun ada ketikanya aku juga mengeluh. Tapi didalam hati cuma.. Bukankah adab2 kita dengan ibu bapa dikehendaki sebegitu? Menurut kata mereka. Segera melakukan apa yang dipinta. Tidak bercakap kasar. Tidak meninggikan suara. Menghormati mereka. Banyak lagi tanggungjawab kita sebagai anak terhadap ibu bapa. Syurga kita ada disana...

Namun, aku bukanlah manusia yang sempurna. Ada ketika2nya aku juga menurut perasaanku. Marah. Memberontak. Mulut ku muncungkan sampai boleh sangkut hanger. Kononnya nak tunjukkan betapa tak puas hatinya aku. Ya Allah..tak matangnya time tu huhu~ Ampunkan aku mak...Ampunkan apa yang telah anakanda ini lakukan...

Suatu malam saat aku mengemas kedai, aku terjumpa satu kertas. Aku tahu, ni tulisan mak. Tulisan yang agak jiwang dan lebih cantik daripada tulisanku hehe~
Mak tulis:
Aku tak kisah kalau aku tak hidup senang lenang asalkan aku bahagia. Ada suami setia di sisi. Ada anak2 yang mendengar kata. Ada rezeki yang berkat...(panjang lagi..).

Terus aku terduduk dan .......

Buat kawan2 semua, selagi kita mempunyai ibu dan bapa, kita sama2 lah hargai mereka. Tunjukkanlah kasih sayang kita mengikut cara tersendiri. Yang mana mencari rezeki/hidup diperantauan, berjauhan dengan ibu bapa, sekali sekala pulanglah. Usah tunggu raya saja. Sekalipun mungkin kita tak pernah miss kirim nafkah untuk ibu bapa kita, tapi ibu bapa sebenarnya lebih mahukan dan rindukan peluk cium kita.

Jika ibu bapa yang sudah kembali ke rahmatullah, perbanyakkan doa buat mereka. Moga roh mereka sentiasa tenang di sana dan ditempatkan dikalangan hamba2NY
A yang soleh dan solehah. Aameen. Ziarahlah pusara mereka... Kematian itu dekat. Kematian itu pasti. Tidak akan dilambatkan atau diawalkan walau sesaat. Usahalah untuk redha dengan segala ketentuan ini. Aku sendiri tak dapat gambarkan kehidupan aku tanpa mak dan abah. Sungguh! Menggambarkan saja sudah cukup membuatkan diri merasa perit sekali. Ya Allah, KAU panjangkanlah umur ibu bapaku dan KAU berkatilah usia mereka. Berikanlah kesejahteraan hidup dan kesihatan yang baik buat ibu dan bapaku. Aku sayang mereka Ya Allah...♥

No comments:

.I ♥ Khat.




Grab A Button