CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

03 January 2010

Teruskan jua


Semalam pekerja tak datang 2 orang. Tinggal Mbak dengan seorang adik lepasan spm tu. Dia jadi tukang basuh pinggan. Alhamdulillah dia datang jugak. Kalau dia tak datang...Tak tahulah nak kata.huhu~ Tapi semalam memang celaru jugaklah. Makanan lambat hantar. Minuman pun sama. Nak buat macam mana. Yang pelayannya 2 orang je. 2 orang ni jugalah tukang ambil order, tukang kira, tukang angkat pinggan mangkuk, tukang lap meja, tukang terkejar sana, terkejar sini dan lain-lain lagi tukang. Kesian..kesian... Rasanya 2 pekerja yang baru tu dah tak nak kerja kot. Ya, kerja kat sini memang penat! Tapi kalau ramai-ramai, inshaAllahlah ringan sikit bebanannya. Hanya pekerja asing yang nampaknya sanggup bekerja di sini. Termasuklah seorang pekerja warganegara Malaysia ->Aku. hahahaha

Hari ni tak tahulah macam mana. Berniaga musim ni macam tawakal je apa nak berlaku. Pekerja datang tak datang, bisnes on macam biasa. Nak tutup? Beberapa hari lagi Mbak tu dah nak pulang ke tanah airnya. Sah kedai memang kena tutup time tu sebab memang tak ada pekerja langsunglah kiranya. Allah.. kesian sungguh mak aku. Kat mana lagi nak cari orang ni.... Dengar cerita ada 2 lagi pekerja Indonesia yang mak ambil. Tapi sampai sekarang tak kunjung tiba. Entahlah...

No comments:

.I ♥ Khat.




Grab A Button