CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

16 June 2008

Lafazkanlah sejujur hatimu...

Bila Hari Bapa? Aku tak pasti bilakah sebenarnya hari bapa ni. Pasti ada yang menjawab, hari-hari adalah hari bapa…kan?

Tapi bila ada hari ekslusif kita raikan untuk bapa ni, pasti lebih bermakna dan terkesan dihati. inshaAllah.. macam hari ibu lah juga. Aku lihat hari ibu lebih hangat sambutannya berbanding hari bapa. Kesian kepada para bapa di Malaysia ni huhu. Walhal bapa juga insan penting dalam hidup kita. Segala keringat, pengorbanan dan jasa bapa terhadap sesebuah keluarga sangatlah besar. Bukan mudah untuk menggalas kewajipan tersebut…

Buat sahabat-sahabat yang masih mempunyai bapa di dunia ini, hargailah bapa anda. Jika ada berselisih faham atau terasa hati dengan bapa kita selama ni, usahakanlah untuk menjernihkannya kembali. Walau sesukar mana sekalipun masalah yang telah melanda, pasti ada jalan keluarnya. Hidup di dunia hanya sementara. Rebutlah peluang yang ada. Kasihi bapa selagi hayat dikandung badan..

Pernah aku terasa hati dengan abah. Hal kecil cuma. Aku mogok. Aku tak beritahu abah yang aku pulang ke kampung. Aku kembali semula ke kampuspun secara senyap-senyap. Beberapa hari selepas itu, abah mengirimkan sms. Kata abah, abah sakit masa tu.. ya Allah, terus air mataku mengalir deras… selepas pada itu, tiada apa lagi yang abah lakukan, aku terasa hati. Jika adapun, aku positifkan fikiran. Pasti tindak tanduk abah ada sebabnya!

Buat abah,

TERIMA KASIH ABAH!

ANAK MU INI MERASA SANGAT BERTUAH KERANA MEMILIKI AYAH SEPERTI ABAH!

DAH BANYAK ‘KES’ DAH ABAH BUKTIKAN KASIH SAYANG ABAH PADA DIRI INI!

Sa……yang Abah!

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang mebuat ibubapanya gembira (memberi keredhaan) maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t. Sesiapa yang menyakiti hati ibubapanya, maka sesungguhnya ia mendapat kebencian Allah s.w.t."

(Riwayat Bukhari)

p/s:

cepat-cepat lafazkan kasih sayang anda kepada bapa anda. jika tidak, anda akan menyesal:) malu? tak biasa? cuba sekali, pasti tak malu lagi....hehe.

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button