CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

06 September 2007

5 hari berada di rumah. Segala-galanya indah! Aku rasa tak nak balik. Ya. Itulah perasaanku setiap kali nak berangkat pulang ke kampus.

Aku sampai rumah dalam 430pagi. Terus adikku bertanya berapa hari aku balik. Aku cakap 4hari.
“baik dak yoh balik kalu gitu”
“doh nok wak gane. Ni cuti pertengahan. Bukan akhir semester..”
“cutilah lame2 sket….”
Aku diam saja.

Paginya, kami sekeluarga terus pulang ke kampung wan. Terubat rindu dendam nak pergi belakang rumah wan :p Kagum aku dengan kesungguhan wan menanam pokok. Walaupun kawasan belakang rumah itu hanyalah sekangkang kera( tapi besar lagi dari kangkang kera kot!) tapi wan dapat tanam macam-macam pohon buah-buahan dan sayur-sayuran. Tak perlu pergi pasar kalau nak kangkung, cili api, daun pandan, limau purut dan lain lain lagi. Tak perlu pergi pasar malam kalau nak makan buah rambutan, durian, salak, cempedak, nangka, limau, langsat! Banyakkan? Macam-macam ada…

Sepupu-sepupu ku yang masih kecil mengajak aku ke belakang rumah. Terus kami mencapai buah-buahan yang pokoknya rendang sekali. Aku makan sepuas-puasnya samnil duduk di atas sebuah pondok kecil. Sekali lagi, seorang sepupuku bertanya,

“Kak in balik lama dok? Tidolah sini. Lame doh kak in dok tido sini…. “

“Kak in cuti ni kejap je..Kak in kene balik. Kene tolong mok long kat kedai…”

“Allah.. tido jelah sini. Esok kak in baliklah!”

Mak pula mencelah,

“lain kalilah kak in tidur deh.. dik da gi lah kutip buah rambutan yang abah kait tu..”

Nak tahu apa jawapan sepupuku yang baru darjah satu ni?

“Gi ah! Malas layan!”

Aku tak tahu nak cakap apa. Kecewa sangat agaknya tu. Sayu hati mendengar permintaan mereka. Bersungguh benar nampaknya hajat mereka.

Petangnya kami nak berangkat pulang, sekali lagi ditanyanya mereka aku tidur sana atau tak.

“Hmmm..maaflah, kak in tido bila nok raya nanti ye.”

Terus mereka masam muka tanda merajuk. Apa boleh aku buat. Aku teringat lagu Hijjaz. Sunnah orang berjuang. “Berjuang ertinya berkorban..”

4 comments:

Sunan_Jati said...

buat per???
hapdet...pls!!!

faridmw said...

salam....

biar kesusahan datang dahulu... kesenangan kemudian.... dugaan itulah sbagai kekuatan dalam melakukan sesuatu...

Anonymous said...

ain bg la dik da 2 kat k.riah..boring le x de adik kecik..

CahayaMata KemuliaanAgama said...

sunan jati,
kan dah update tu. xleh update selalu nanti org tak tahu nak baca yg mana satu hehehe

farid,
terima kasih. betul tu.hanya Tuhan yg tahu betapa sy nak cepat2 habis blajar n nak duk umah hehehe...

kak riah,
mana boleh bagi. tu sepupu ain lar..kak riah amik anak angkatlah;p

.I ♥ Khat.




Grab A Button