CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

09 September 2007

Yuran sekolah sudah dihapuskan..PTPTN macam mana?

Apabila melihat budget 2008 yang dibentangkan kerajaan, pastinya ramai ibu bapa yang berasa lega. Tak perlu lagi pening kepala. Tak perlu lagi susah hati. Maklumlah, mulai tahun depan,ibu bapa tidak perlu bimbang lagi untuk menanggung yuran sekolah anak-anak. Apatah lagi sekiranya ibu bapa yang mempunyai ramai anak-anak yang masih bersekolah. Tapi bagaimana dengan anak-anak yang belajar di universiti? Di sana menuntut begitu banyak perbelanjaan hakikatnya bagi mendapat segulung ijazah. Pinjaman yang diberikan dengan mudah, namun aku rasa ramai yang agak seksa nak membayarnya. Apayah lagi dengan bunga-bunga yag dikenakan. Sehinggakan kerajaanpun terpaksa mengenakan hukuman bagi mereka yang tidak menjelaskan semual pinjaman itu.

Patut ke generasi pelapis ini dibebankan dengan yuran pengajian yang begitu mahal sedangkah generasi inilah yang menjadi pelapis pada pemimpin negara?Menerajui negara?Bukan adik-adik sekolah yang masih setahun jagung itu.. Tak salah nak hapuskan yuran sekolah yang takat berapa sen je tu...Malah sepatutnya sudah berpuluh-puluh tahun ia perlu direalisasiakan. Tapi kalau betul-betul nak bagi pendidikan percuma, bagilah kepada yang banyak memngangung kos pengajian ni... Mereka kata nak berkongsi kekayaan yang dimiliki negara dengan semua...nampaknya mahasisiwa masih berkecuali.

Setelah 50tahun merdeka, baru kali ini yuran pelajaran dihapuskan dan SPBT diberikan kepada semua golongan pelajar..Mungkin kita terpaksa menunggu kemerdekaan negara ke 100 agaknya baru mahasiswa dapat habuan!
Bersama 'membina' negara dan 'menikmati' kemakmuran.

Sekadar pendapat peribadi.

4 comments:

faridmw said...

salam..

insyaallah..
mula 2008 ka mula?
selamat menyambuat bulan ramadhan almubarak... moga kita dapat penuhinya dgn memperbanykkan ibadat dan berdoa....

Sunan_Jati said...

assalamualaikum...
nice en3...
heheheh :P

syauqah-el-wardah said...

hmm semuanya sudah terlambat bagi keluarga wani.. hehe

dulu time kami adik beradik sekolah rendah dulu, kena beli buku teks... tp sekarang, bila buku teks free, kami dah tak sekolah dah. tinggal yg bongsu je, tu pun sebab SMKA, dapatlah buku teks...

Mahasiswa? Gigit jari....menunggu Merdeka ke 100....

CahayaMata KemuliaanAgama said...

farid,
ye tahun depan mula.tahun depankan nak PRU:p

sunan_jati
terima kasih..cam perli jerk:p

syauqah-el-wardah
terlambat juga bagi keluargaku...
huhu

.I ♥ Khat.




Grab A Button